aku copy n paste je citer ni...aku x paham motof citer ni....tapi citer die memamag paling lawat la yg penah aku bce...korang hayatilah citer ini
Zip dibuka, mata gua terpejam, lama gua tunggu saat tu. Tubuh gua sedikit menggeletar. Gua rasa sedap, nikmat. Gua pancut tepat ke sasaran. Sudah terpancut, gua senyum puas, lega. Hampir setengah jam gua tahan kencing. Semuanya gara-gara jamban klinik yang ada satu saja. Kepuasan saat itu tak dapat gua gambarkan dengan kata-kata.
Sebagai seorang muslim, gua beristinjak mengikut cara Islam. Di luar, suara misitajam memekik " @#%%#*(name dirahsiakan), cepat sikit, doktor dah tunggu ni ". Menggelabah sabah gua keluar dari jamban.
*** 5 minit sebelum kisah di atas.....
" Cilake, sikit punya lama malaun ni melepas ", bentak hati gua sambil mengepit-ngepit paha. Dari start gua register kat kaunter klinikuntuk buat medical check-upbeberapa minit yang lepas, malaun sorang dalam jamban tu belum keluar lagi. Entah najis apa yang dihasilkan pun gua tak tahu. Yang gua tahu, hanya maki hamun ikhlas dari gua ke atas malaun tersebut dalam hati.
Cukup 88 kali gua terkepit-kepit menahan kencing, pintu jamban terbuka. Seorang lelaki berperwatakan jambu, dada sedikit bidang, wajah licin bercukur rapi, dan berpakaian kemas melangkah keluar sambil melirik manis ke arah gua.
" Hai ", bukan salam yang beliau berikan. Gua fikir mungkin sebab kami berada di tempat syaitan bermesyuaraat itu jam, jadi agak tidak manis jika beliau mengucapkan salam.
" Hai ", gua balas sapaan lelaki tersebut dengan senyuman tawar, masih menahan kencing. Kalau bukan sebab gua tahan kencing sekalipun, gua tak rasa gua boleh lawan senyuman dan lirikan mata beliau kepada gua sebentar tadi.
*** Berbalik semula pada waktu selepas kakak misi memekik tadi....
" Jap kak, saya nak setting rambut sekejap"( Ok gua tipu, itu jam gua tak ada rambut. Gua botak ala-ala Tsumawi ).
" Jap kak, nak basuh tangan sekejap. Sikit jam lagi saya datang ", gua jerit semula pada kakak misi yang memekik sebentar tadi.
Gua cuci tangan dengan sabun anti-bakteria. Habis meninggal dunia semua bakteria yang melekat di tangan gua. Mudah-mudahan mereka mati dalam iman. Selesai mencuci tangan, gua melangkah masuk ke dalam bilik doktor. Gua kontrol wajah dan perwatakan gua agar nampak iras-iras orang-orang tabligh. Setahu gua, orang-orang tabligh akan diberikan layanan baik dan lebih dihormati. Maka dengan itu, gua harap gua akan dapat layanan yang sama juga.
Langkahan gua ke dalam bilik doktor terencat seketika di langkah yang ketiga. Doktor tersenyum manis memandang gua. Lirikan matanya sebijik-bijik macam lelaki malaun yang berak lama tadi. Degup jantung gua terhenti seketika. Gua renung mata beliau, dan beliau terus-terusan dengan senyum manisnya. Sah! Doktor itu dan lelaki dalam jamban tadi adalah manusia yang sama. Gua cakap dalam hati, " alamak ".
Gua duduk di kerusi bersebelahan meja doktor. Soalan-soalan doktor yang biasa diajukan di semua klinik-klinik serata Malaysia diajukan doktor itu kepada gua. Gua jawab tenang, jawapan sama macam jawapan-jawapan yang gua berikan di klinik-klinik lain. Doktor tu pun puas hati dengan skrip jawapan gua.
Beberapa proses medical check-up berjalan. Mata gua diperiksa ketajamannya dan memang sah, tajam bak pisau belati. Ujian X-Ray menunjukkan yang gua banyak hisap rokok, gua geleng kepala, itu memang benar. Sampel air kencing diambil, keputusannya boleh diketahui hanya selepas 3 hari, tapi gua yakin gua clean.
Kemudian, doktor tu minta gua baring atas katil klinik untuk pemeriksaan selanjutnya. Beliau suruh gua bukakan baju, gua buka. Dada diperiksa. Belakang badan diperiksa. Tak sampai seminit rasanya, selesai proses tu. Gua turun dari katil. Belum sampat gua nak pakai semula baju gua, doktor tu bertanya,
" Abang bersukan? "
" Ya, saya bersukan. Saya main bola, futsal, bowling, badminton dan kadang-kadang karaoke "
" Abang ada workout? "
Gua angguk, " kadang-kadang lepas kerja saya pergi ".
" Daripada pemerhatian saya, saya nak kena cek abang ni ada 'angin pasang' ke tak ".
Gua sebenarnya tak tahu pun apa itu 'angin pasang', tapi gua apa ada hal. Kalau nak cek, cek sajalah. " Tak ada masalah doktor, go ahead ", gua memberikan kebenaran diselitkan dengan bahasa inggeris.
" Okay, abang buka seluar abang ".
Waktu itu gua masih melenggeng tak berbaju. Tapi gua tak kesah, sebab doktor tu lelaki. Gua buka seluar gua pun, gua masih ada boxer kat dalam. Maka dengan tanpa berfikir panjang mahupun pendek, gua keluarkan handphone gua dari kocek seluar jeans gua dan perlahan-lahan gua lucutkan seluar gua. Waktu tu, gua hanya berboxer dan berkaki ayam di dalam bilik doktor tu.
" Boxer pun kena tanggal jugak. Saya nak kena tengok abang punya tu untuk cek 'angin pasang' ni ", jelas doktor tu dengan muka penuh yakin dan profesional. Suasana hening seketika selepas penjelasan tersebut.
Keadaan jadi sunyi.......sunyi.........sunyi.......sunyi.......sunyi.......sunyi........sunyi sesunyinya.
Otak gua ligat memproses ......
Andai gua tanggalkan boxer gua ............. dah tak ada lagi boxer selepas tu ......dah tak ada apa-apa! Dengan kata ringkasnya, boxer tersebut adalah pakaian terakhir yang ada kat badan gua itu jam.
Gua geleng kepala, " Kalau saya bukak boxer ni, dah tak ada apa-apa kat dalam dah doktor ". Gua sambung geleng lagi.
Doktor tu angguk, " Memang ini prosedur dia bang. Takut nanti abang ada penyakit ni susah pula. Biasanya ahli-ahli sukan dan yang workout senang kena penyakit ni ".
Gua geleng kepala. Doktor tu angguk. Gua geleng kepala. Doktor tu angguk. Gua geleng kepala. Doktor tu angguk.
Gua berhenti geleng. Tak boleh jadi, tengkuk gua pun lenguh juga main geleng-geleng kepala itu macam. Cukup 100 kali geleng, mau teleng secara abadi tengkuk gua nanti.
Akhirnya gua akur. Gua tarik nafas dalam-dalam. Gua pegang boxer gua, dan perlahan-lahan gua lucutkan ke bawah. Gua pejam mata. Gua malu. Iya, binatang saja tak tahu malu, dan masalahnya, gua bukan binatang. Itu pasal gua malu. Gua bukan malu-malu kucing lagi itu jam, gua dah malu-malu dinosaur! Muka gua masa tu kalau letak dalam kuali yang baru lepas goreng lempeng pun gua rasa gua tak rasa apa. Tebal berkerak punya itu jam.
Beberapa saat berlalu. Mata gua masih terpejam. Masa terus berlalu. Gua rasa tak boleh tahan sebab gua rasa agak lama gua gonjeng. Sesaat gua rasa macam sejam lamanya. Dua saat gua rasa macam sehari. Tiga saat gua rasa macam seminggu. Empat saat gua rasa macam setahun. Tapi kalau dah berpuluh-puluh saat, nak saja gua terajang doktor tu. Lama gila bai gua gonjeng, dah la sejuk sebab pasang aircond 16 darjah celcius.Gua hilang sabar, gua buka mata...
Gua tengok doktor tu tengah tunduk menenung 'adik' gua. Cilake! Sungguh tak senonoh rupanya ketika itu. Gua tak boleh terima kenyataan yang 'adik' gua sedang ditenung tajam.
" Berapa lama lagi ni doktor? 'Adik' saya dah kesejukan dah ni, saya risau kalau lama-lama sangat, krem pulak beliau ".
Jarang-jarang 'adik' gua dapat keluar bebas sebegitu melainkan ketika gua mandi dan berhadas. Hari tu adalah hari yang bersejarah baginya. Cukup bersejarah.
" Okay bang, tak ada apa-apa. Abang tak ada penyakit 'angin pasang' ".
Gua sauk balik boxer dan seluar jeans dan baju gua. Otak gua masih tak boleh proses kejadian yang berlaku sebentar tadi. Gua tak boleh terima. Doktor minta gua duduk dan menerankan kepada gua keputusan ujian, " result medical check-upni akan saya hantarkan ke company encik nanti ".
Gua angguk lantas melangkah keluar dari bilik doktor tersebut. Fikiran gua kosong.
Gua keluar dari klinik, gua dail nombor officemate gua, Perus.
" Wei Perus, hari tu kau buat medical check-up ada kena tanggal seluar tak? "
" Tak ada ", terus gua rasa ternoda seraya gua mendengar jawapan Perus.
Gua dail pula nombor officemate gua lagi seorang, Najib, juga seorang lelaki seperti gua.
" Najib, hari tu kau buat medical check-up ada kena tanggal seluar tak? "
" Tak ada ", jawapan sama macam Perus tadi.
Gua melangkah perlahan dengan otak kosong, terus-terusan kosong. Muka gua maintain toya. Kedua-dua belah tangan dalam poket seluar jeans. Gua berjalan memandang ke bawah. Orang sekeliling tak lagi gua pedulikan. Syaitan berbisik memerli..
" Kau telah dinodai..kau telah dinodai..kau telah dinodai..kau dah tak teruna....kau telah dinodai..kau telah dinodai. ".
" Senyaplah setan!!! ", gua jerit memaki.
Beberapa orang di kedai mamak berhampiran terkejut lantas memandang ke arah gua. Ada yang bangun sambil memegang surat khabar. Ada yang tersedak tatkala meminum teh tarik. Ada yang roti canainya tergelincir keluar dari pinggan ketika cuba nak memotong menggunakan sudu dan garfu. Mamak yang sedang menebar roti canai pula terpelanting roti canainya lalu jatuh ke atas kepala mamat tukang kasut yang sedang mencangkung di kedai sebelah. Suasana haru, semuanya gara-gara setan.
Cepat-cepat gua masuk dalam kereta pulang ke rumah.
** Sampai saja di rumah, gua on PC. Gua googlekan 'angin pasang'. Beberapa pagegua buka. Tapi gua masih confuse. Perlu ke gua diperiksa untuk sakit 'angin pasang' itu??
Pergi mati lah apapun. Bak kata ahli falsafah " Hidup mesti diteruskan ", dan sampai sekarang gua pegang kata-kata ahli falsafah tu. Hidup tetap gua teruskan dengan tenang.
Nota kaki: Nasib baik kaki gua tak naik atas kepala doktor tu. Gaykah beliau? Arggghh! Kalau beliau pegang 'adik' gua itu hari, memang gua kakikan saja biji telur beliau. Sumpah gua bengang!
Fakta berguna: Angin pasang ni nama saintifiknya adalah hernia. Pemain bolasepak terkenal yang pernah kena 'angin pasang' adalah Kaka.
-- Edited by izat_raikkonen on Tuesday 26th of October 2010 03:55:57 AM