Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh.
Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.
Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat,
maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"
Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat,
syaitan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"
Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam......
Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah,
senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.
Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka syaitan itu sangat panik.
Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,
"Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"
Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?".
"Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil beredar pergi.
-- Edited by Fizie on Tuesday 2nd of November 2010 02:09:12 AM
cerita teladan ini seakan benar .. tetapi secara rialitinya ... iblis lagi ler bertepuk tangan kerana dapat bertenggek kat atas badan manusia yang jadik bahan bakar api neraka kerana tidak dirikan solat (membangkang 5 kali sehari ... tu baru sehari...)
Ini juga memperingatkan kepada diri aku...kita sebagai manusia tidak lari daripada kesalahan...nampak mcm sempoi topik ni...tapi dalam juga maksudnya..hehe
dalam jugak maksud cerita teladan nih .. (stuju bro pijie...) kalo yang paham ... okey jugak ... yg buat x paham tu ler yg susah ... kalo solat pun x nak ... orang solat dia dok tenguk jer.... diajak solat .. dia leh kata .. aaa.. solat lar dulu ... pas tu bla macam gtu jer ... ada jugak makhlok cangitu ... member plak tu ... macam nak lesing jer ngan anak batu ... tapi pikir2 ... kalo anak senirik leh ditegur ... kalu bapak orang .. nak buat macam maner .... mmmmmmmmmm ... (mudah2an zuriat kite seme x macam g2.. Inysa Allah...)
true... true ... true ... aku dah bape kali hinggatkan mkhlok tu ... tyime kuo ngan aku ... die solat ... la nie... aku dengor .. binie dia cakap... da x solat langsong .. hatta solat jumaat.. Astrghfirullah hala'azim .... (dalam hati.. mudah2an beliau mendapat semula hidayah dan petunjuk dari Allah... cian anak-anak beliau ...)
p/s: incik pijie ...ada x solat sunat sebelum solat dudha (seblom masuk waktu solat sunat dhuha ada satu solat ... waktunya pagi.. dan amat pendek ...)
Mafhumnya: Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.
Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah:
1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara
2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah
3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan
4. Dan ketika dirasakan perlu
__________________
I LOVE ALLAH, I LOVE MY PARENTS, I LOVE MY DEAR, I LOVE MY SELF
terima kasih ler kepada adinda pijie dan adinda oren878889 kerana memberi peringatan semula apa yang tertera itu ... cumer .. walo pun aku dah tua .. mengaku ler aku ... ape itu qob dan baq .. kerana tiada penjelasan yang teliti (adinda pijei... beri tafsiran ringkas atau pengertian'dari segi bahasa sekurang-kurangnya)
dan adinda oren .. buku fadilat sebahagian surah-surah pendek memang ler ada kat humah tu ... cumer mase jer ... bukan x ade maser.. maser sering diguna memenyet menatang nih .... terima kasih lerr... ayat seribu dinar tu ... selau aku macer lapas solat .. tu pun aku agak kedekut jugak .. 3 x jer (teruk btol aku nieee ek....)
baik ler uztaz kecit.... (lebih baik aku bertetus terang .. dari mengaku yang bukan2.. betol x... hik hik hik hik ..) (macam ni pun nak tulis ker... kata mat gedik yang dah merajuk tu...)