tadi mse ngah surf ternet nk cri bende laen tpi jumpe bende ni..pastu tergerak hati nk kongsi kat...same la kite bace dan cuba mengubah diri menjadi org2 yg beriman/baik
inha allah
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya. (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.
Hassan r.a berkata : Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.
Thanks on the good info.......Kita sll lalai kena lah kena updtaekan diri kita ni....tapi aku rasa terkilan sbb nape klu posting psl agama....kurang dpt sambutan
Correction....fakta no. 4....Lelaki yg melarikan diri dari peperangan yakni Fisabillilah
bro blues ... kalo pasal topik agama ni ... diarang bukan x bace ... bace jugak .. cuma mungkin diaorang x buat posting balas ... mudah-mudahan posting macam ni dapat respon yg baik di masa akan datang ... Insya Allah ...
(pssst ..... epel ijo ... baca eh ... information yg baik untuk ko ...)