Suatu ketika dahulu, ada seorang nenek yang berkerjaya sebagai penjual topi straw ( yang apek2 selalu pakai). Nenek ini selalu ke berjalan ke luar sempadan negeri untuk menjual topi bagi memperoleh pendapatan untuk menyara cucunya yang bersenang lenang di rumah.
Pada suatu hari, dalam perjalanan, tiba-tiba enenk ini berasa haus dan berehat sebentar di bawah pohon yang rendang dan nyaman sekali rasanya kalau tidur sekejap. Nenek itu pun terlelap dalam perjalanan ke pasar untuk menjual topi itu.
Sebangunnya dari tidur, nenek itu terkejut melihat topi-topinya dah hilang. Dia terdengar suara-suara yang terdekah-dekah seakan mengejek dan mempermainkan dirinya yang malang. Lalu dia pun mendongak ke atas pepohon tempat dia resting td.
Seekor monyet sedang memakai salah satu topinya dan bergaya ala-ala model gitu. Nenek itu agak marah dan hairan kenapa monyet-monyet itu menganggu dan mengambil topinya.
Nenek itu menggaru kepalanya dan kera itu pun mengikut sama. nenek itu hampir tidak perasan sangat. Ketika nenek itu mendongak lagi, dia perasan yang kera itu pun ikut mendongak. Nenek itu pon memebuat aksi lain, kera itu pun ikut sama. Akal jahat mula timbul dalam benak fikiran nenek itu.
Perlahan-lahan nenek itu mengangkat topinya dan menghempas topinya ke bawah. Serentak itu jugak, kera-kera yang ade melakukan aksi yang sama. Nenek itu pon cepat-cepat mengutip topinya dan lari dan sempat menunjuk jari tengahnya ke arah kera-kera yang sedang menggaru kepala sebab rasa macam bodoh je.
5 tahun kemudian...
Setelah berkarier hampir 5 tahun, nenek itu merasakan hampir waktu cucunya pula meneruskan karier warisan itu. hendak tak hendak, demi menjaga hati neneknya, si cucu pun memulakan marketing strategy dan menggunakan strategi yang sama untuk memasarkan produk yang sama.
Tetapi si cucu ini mudah berasa jemu dan dan dalam perjalanan ke pasar yang sama, di pohon yang sama, dia tidak menyedari perbuatan dia diperhatikan. si cucu ini merasa tenang pula melihat pepohon itu dan mengambil keputusan yang nekad untuk melelapkan mata sekejap la kononnya.
Sambil mendengar mp3, dia pun melelapkan mata yang kengantukan dan hanyut dibuai angin-angin yang sepoi-sepoi bahasa. Mata-mata yang mengntainya pun keluar untuk memulakan tugas mereka. Habis topi dilarikan dan mereka ini merupakan cucu - cucu kepada kera dalam cerita yang kat atas.
Budak ini tersedar dari nyenyaknya bila dia termimpi neneknya mengetuk kepalanya. Hampir terbeliak matanya melihat topi-topi straw dah hilang. Dia terdengar bunyi-bunyian dari atas pokok dan melihat kera-kera sedang terkinja bagai kera dapat bunga sedang menggaya-gayakan topi-topinya.
Si cucu ini berasa bimbang dikhuatiri dimarahi neneknya dan agak marah dengan tindakan tidak bermoral kera-kera itu. Dengan lagak ala-ala "the thinking statues" dia memikirkan cara untuk mngambil balik haknya. Dia tersedar yang kera-kera itu turut mengikut tingkah lakunya.
Perbuatan itu mengingatkan kembali pada cerita neneknya yang terkena sekali pada masa lalu. Lalu dia pun membuat beberapa aksi terlarang. Sampai aksi terakhir iaitu menjatuhkan topi. Semasa dia melakukan aksi itu, dia terkejut kera-kera tersebut tidak berbuat sedemikian tapi mengetawakan dia. Dia kehairanan. Dalam kehairanan itu, salah seekor kera itu datang kepadanya lalu berbisik kepadanya " ko ingat, ko sorang ade nenek?"
____________________________________________________________________________ janganlah kita ingt bahawa kita manusia aje yang pandai bercerita.
__________________
study high2, stupid never finish~ dh terkene batang idung sendirik baru tersorong2 pipi tu!
munyet bkn pndai...dorg pndai memanipulasikan persekitaran n learn from past exp..keh3...bercoleteh sket2 je..xbyk pon...kekdg, hewan ne bijak sket dari mnusia..dorg phm yg dorg leh wat je..eheheh...
__________________
study high2, stupid never finish~ dh terkene batang idung sendirik baru tersorong2 pipi tu!
wahhh..agak berlanjutan jugak idea2 korang ne.. kes monyet bercakap tu mmg ada..korang xtau ke? pernah tgk cte planet of the apes? siap pkai baju dan lebih maju dari manusia yg ade wlpn muke tetap cam berok. aku sambungla ceta tu dlm version aku sendirik la eh...
Disebabkan kemaluan yang amat sangat, si cucu ini bercucuran air mata umpama air yang mengalir di gelungsor kat SUnway tu. Digalinya tanah yang berada di situ dan di sembunyikan kepalanya yang terasa berat di dalam lubang yang baru diciptanya. Sehari semalam die menahan rasa sebak dan kemaluan yang amat sangat sambil diketawakan oelh monyet-monyet yang nakal itu. Selepas sehari, gelak hilai monyet itu kedengaran reda dan mungkin bosan kerana menyaksikan aksi yang tidak menghiburkan langsung oleh si cucu.
Si cucu menanam azam dalam hati dan berfikir secara bagaikan orang bijak di dalam tanah lalu mempunyai satu idea untuk mengenakan monyet-monyet itu balik. Dikeluarkannya kepala dari tanah dan terus sahaja dia berlari balik ke rumah. Sampai di rumah, tanpa membuang masa, dibuka nya PC dan google mecari bahan-bahan murah di mudah.my. Neneknya begitu hairan tapi enggan menegur cucunya kerana dia yakin cucunya baru lepas kena tipu kerana wajahnya pun mirip-mirip orang yang selalu kene tipu, tanpa sedari die memandang ke cermin dan wajah yang serupa kelihatan. "Bukan die ne ke yang selalu kene tipu?" getus hatinya.
Si cucu berjaya membuat sebuah sangkar perangkap untuk menangkap monyet-monyet yang memalukannya di depan pembaca-pembaca GC yang mengetawakannya disebabkan kebodohannya. Perangkap itu lengkap dengan segala jenis senjata dan kemudahan. Tidak pernah ada seorang pun yang pernah mencipta melainkan dirinya. Pergilah dia mendaftarkannya dengan SIRIM dan berjaya mengalahkan peserta-peserta lain yang layaknya mencipta barang yang tidak berkualiti.
Untuk membuktikan keberkesanan perangkapnya, maka dipercubakan nya perangkap itu pada dirinya. Tanpa disedari, ada mata-mata yang melihat tingkah lakunya. Semasa si cucu masuk ke dalam perangkap itu, tanpa disedari, suis penutup ditekan dan si cucu terperangkap di dalam. Kelihatan seekor monyet pergi berdekatan dan menunjukkannya satu benda yang bergitu penting dan boleh tercicir semasa dia melawat zoo minggu lepas. MANUAL utnuk menggunakan perangkap. Terbeliak mata si cucu tersebut.
__________________
study high2, stupid never finish~ dh terkene batang idung sendirik baru tersorong2 pipi tu!