Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Apabile Maut Datang Menjemput


Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:
Apabile Maut Datang Menjemput


Assalamualaikum,

Posting ni di postkan adalah utk berpesan2 sesama kita......kita ni kan slalu lalai......jadi bro blues ketengahkan berita gerun ini supaya kita lebih kuat mengingati Allah.....Insya Allah & Wallahualam

DIKISAHKAN bahawa malaikat maut (Izrail) bertemu dengan Nabi Sulaiman a.s. Dia datang dengan bentuk manusia sehingga tidak seorang pun yang mengetahui kedatangannya selain baginda. Pada ketika itu Nabi Sulaiman sedang berkumpul dengan beberapa orang sahabatnya. Semasa malaikat maut hendak pergi dia memandang salah seorang sahabat Nabi Sulaiman dengan pandangan yang aneh, lalu pergi.

Setelah malaikat maut pergi, sahabat Nabi Sulaiman itu bertanya: "Wahai Nabiyullah, mengapa ia memandang ku seperti itu?" Jawab Nabi Sulaiman: "Ketahuilah, dia itu adalah malaikat maut".Kemudian sahabat Nabi Sulaiman itu berkata, "Wahai nabi, tiupkanlah angin dengan kencang, sehingga angin itu membawaku ke puncak negeri India, sesungguhnya aku berfirasat buruk"."Apakah engkau akan lari dari takdir jika maut akan menjemputmu?" tanya Nabi Sulaiman.

"Sesungguhnya Allah memerintahkan kita untuk mencari sebab-sebabnya. Dan, aku yakin bahwa engkau akan mengkabulkan permintaanku," kata sahabat Nabi Sulaiman itu. Kemudian, Nabi Sulaiman memerintahkan kepada angin untuk membawanya ke tempat yang diinginkan.

Selang beberapa saat malaikat maut datang, Nabi Sulaiman bertanya: "Apa urusanmu dengan salah seorang sahabatku, mengapa engkau pandang dia seperti itu?"

Malaikat maut menjawab, "Aku memandangnya kerana tercatat didaftar kematian bahawa dia akan mati di sebuah negeri di India. Aku hairan, bagaimana dia dapat pergi ke sana sedangkan dia ada bersamamu? Kemudian, di tempat yang telah ditentukan, pada waktu yang telah digariskan aku lihat dia datang kepada aku dan aku cabut nyawanya".

Kisah di atas mengingatkan kepada kita bahawa malaikat maut akan selalu mengintai sesiapa saja yang masa perjanjiannya akan berakhir di dunia ini. Jika masa perjanjian itu berakhir maka tiada sesiapa pun dapat melarikan diri daripada maut. Allah berfirman yang bermaksud: Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan, maka apabila telah datang tempohnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya. (al-A'raaf: 34)

Dalam ayat lain, Allah SWT menegaskan, Dan apabila (sampai ajal seseorang) datanglah 'sakaratul maut' dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya. (Qaf: 19)

Kita berjumpa doktor apabila sakit menimpa, kita makan apabila datang rasa lapar dan minum apabila haus, tetapi apabila kematian datang menjemput tiada tempat yang boleh kita lari atau meminta pertolongan.Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal) sekalipun berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh...(an-Nisaa': 78)

Sebab itu, mari kita hayati dan renungkan pesan Rasulullah SAW agar kita tidak mensia-siakan peluang hidup yang diberi oleh Allah kepada kita semasa di dunia ini.Janganlah kita dilalaikan oleh urusan dunia sehingga lupa membuat persiapan bekalan untuk mengadap Allah SWT.

Ingatlah sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati". (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi) Justeru, janganlah kita bertangguh-tangguh dalam berbuat kebaikan dan rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.

Beribadatlah, dan perbanyakkanlah ibadat sunat di samping ibadat fardu semasa sihat sebelum datangnya kesakitan. Bersedekahlah semasa masih kaya (berharta) sebelum ditimpa kemiskinan.

Berzikirlah sewaktu masih mempunyai kelapangan sebelum dilanda kesibukan, misalnya di waktu pagi sebelum melakukan kerja-kerja harian dan di waktu petang setelah selesai bekerja. Atau kita boleh sahaja berzikir sambil memandu ke tempat kerja terutama sewaktu kita terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di bandar utama khasnya Kuala Lumpur.

Carilah keperluan dunia dan akhirat semasa masih muda dan mempunyai kekuatan tenaga sebelum datangnya tua dan tidak mempunyai kekuatan. Beramallah di sini (semasa berada di dunia) semasa hidup kerana ia berguna selepas kematian nanti (semasa di akhirat). Di sana kita tidak lagi dapat beramal.

 

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 555
Date:

insyallah abg blues....insaf da bace amlan dah la x banyak huhuhuu

__________________
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda, jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki


Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

terima kasih bro blues kerana share perkara ni kat GC ... cerita malaikatulmaut dengan Nabi Sulaiman Alaihisalam dan sahabatnya ... aku dah pernah dengar dah ... begitu ler ... kalo dah ajal ... sampai jua masaya ... tidak  dipercepat atau dilewatkan walo sesaat pon ...

(nota: kekadang aku lihat masih ada kengkawan yg x menyedari
bahawa kita ni manusia ... dan kat dunia pula ... masih membesar2kan
perkara yang remeh temeh ....serta mengumpat kengkawan sendirik ...
.... walhal kawan tu x amik port langsung tentang diarang seme ...
mengapa manusia alpa? ....mengapa manusia kerap melihat kelemahan
org lain tanpa melihat diri sendiri ...... kadang2 sedih .... pilu ....)



-- Edited by baddar on Wednesday 9th of March 2011 04:25:22 AM

__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 1071
Date:

tu la bado...dh nmanya manusia...memg mcm2 perangai...selagi kita bleh tegur kita tegur sebagai sesama sedara... kalu tak jlkn , diorg bleh jln...

tq bro blues...ilmu tu

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 555
Date:

pas ni aku nak tego bado banyak2 ler..bado ni kalo die lagor siap die...kekeke

__________________
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda, jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki


Senior Member

Status: Offline
Posts: 304
Date:

peringatan yang sungguh menginsafkan...huhuhu...
kite sentiasa alpa...kadang2 kite tatau maut semakin menghampiri kite..
mati itu pasti, cuma masanya kite tak tau bila..
mungkin hari ni, esok @ 10 thn lg...
bersediakan kite..ckp ke bekalan..
ya allah...

__________________
~ Bercinta Sampai Syurga ~


Super Member

Status: Offline
Posts: 512
Date:

betul tu kta manusia selalu lupa... asyk pikir dunia je... mcm sekarang ni dok on9 GC jer.. ish2..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1071
Date:

brader bakang aku ni ade ckp...best gak kate2 tu dia amik kat tenet...

Semua org nk masuk syurga...tapi takut mati...

Easy...t sungguh bermakna

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 807
Date:

betul..betul tu kesuma...
semua orang nk masuk syurga...tp perangai cam lahanat..

__________________

LuCkY - nO tImE fOr LoVe...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 304
Date:

a ah..klu tanya org, xde sorang pun yg nk masuk neraka..
smua nak masuk syurga....tp kite lalui tak jalan nak ke syurga tu..
takot tersalah lalu jalan ke neraka...nauzubillah...

__________________
~ Bercinta Sampai Syurga ~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 387
Date:

assalamualaikum...sape ustaz?sape ustaz?aku nk tanye ni..boleh ke kite berdoa agar umur dipanjangkan?Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan, maka apabila telah datang tempohnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya. (al-A'raaf: 34) faham x ape yg aku tanye?

__________________

https://www.facebook.com/one.izat



Super Member

Status: Offline
Posts: 807
Date:

aku penah dgr sorg ustaz berceramah...kalo nk doa minta panjang umo xsalah...
tp lebih elok kalo kita doa supaya diberkati umo dan hidup kita..
sbb apa gn minta umo dipanjangkan kalo xdigunakan utk kebaikan...

wallahuallam...betulkan apa yg salah..k

__________________

LuCkY - nO tImE fOr LoVe...



Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

izat_raikkonen wrote:

assalamualaikum...sape ustaz?sape ustaz?aku nk tanye ni..boleh ke kite berdoa agar umur dipanjangkan?Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan, maka apabila telah datang tempohnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya. (al-A'raaf: 34) faham x ape yg aku tanye?




A'laikumusalam.......bro blues cube jawap iyeee.....tapi jgn chop bro blues ni uztat lak

Perspective Ahlul Sunnah Wal Jamaah

Usaha adalah teras pegangang Ahli Sunnah Wal Jamaah yg bersesuaian dengan Sabda Rasullulah "Berkerjalah kamu seupama kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadah lah kamu seumpama kamu akan mati esok nya" dan berdoa juga adalah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yg bersesuaian gan Sabda Rasullulah "Doa adalah senjata mukmin".....so, bro blues amik syarahan As-Saidi Ahmad Hussein yg mengatakan........"Adakah soal mati tidak bileh kita doakan....maka yg beranggapan seperti tersebut adalah terdiri dari org2 Muktazilah.......yakni kaum yg mengatakan bahawa qada & qadar telah menentukan sedemikian maka kami hanya mengikut......tidak kah kita sedar bahawa usaha & doa boleh mengubah qada (penentuan) yg Allah telah rancangkan.....manakala qadar tidak dpt diubah lagi kerana itu adalah pelaksanaan Allah

Oleh demikian kita masih diberi peluang utk mengubah Qada (penentuan) dengan cara berdoa & usaha ni termasuk umur panjang

Manakala surah Al-A'raf ayat ke 34 tu itu pula menerangkan bahawa Qadar (pelaksanaan) Allah yg tiada kuasa yg dapat menghalang & menidakkannya

Wallahualam.....

Perspective Ahlul Tasauf & Ahlul Kitab....bro blues x mau delibrate kat sini....sbb ada sedikit complex....... 

 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

Hurm.....!!! Dapat gak Information kat Sini...

Thanks bro Blues..

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard