Di suatu kawasan pedalaman di Texas, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Janet.
Janet membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.
Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang gay, dan seorang kaki mabuk. Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Janet terpaksa memilih salah seorang dari mereka. Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Janet memilih si gay, bernama John untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk.
Minggu demi minggu berlalu. John telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. John kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si Janet ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si John ni, Janet pun berkata kepada John, "John, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah John, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.
Sampailah ke tengah malam, John tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah John pulang erumah. Sampai ke rumah, didapati Janet sedang menunggunya sambil duduk di ofa berhampiran unggun api.
"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Janet. John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut, melakukan apa yang diarahkan.
"Sekarang, buka kasut but ku." John buat, perlahan sekali.
"Buka, setokin ku.." Dia buat juga.
"Sekarang, buka skirt ku." Dia buat juga.
"Sekarang buka coliku." Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.
"Sekarang....buka seluar dalamku..." Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.
Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata...
arr...arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....
dengan nada gerammmmmmmmmm
"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."
walique ni...umi dh reply tau...ada tu umie cite mcm2...kt ruangan ni umie lain ...kt email pd walique cara umie bercete lain...tak tima ke...walique hantar gambar mayat tu ..tul tak, then gambar kereta..dan cete nabi..suma tu umi ada blas la sayang....