Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Apa yg Korang Patut Tahu pasal Istana Bilah@Penunggu Istana!!!!


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:
Apa yg Korang Patut Tahu pasal Istana Bilah@Penunggu Istana!!!!


Tlg,tlg,tlg lah.....Bila korang baca apa yg ak tulis ni tlg lah amik perhatian especially pd bdk2 "u" yg kt luar sn yg sibuk nk cari menda2 halus ni utk projek class korang. Korang rentikan aje lah. carilah menda lain.....

Ak ckp cmni sbb ak xnk ap yg dh jdk pd bdk2 yg sibuk nk cari hantu/setan kt Istana Bilah tu jdk kt korang jgk. Korang akn phm ap yg ak ckp ni kalau korang tgk muvie Penunggu Istana.Ak bkn nk review sgt psl muvie ni tp tujuan ak ialh utk peringatan korang smua.

Terus terang ak ckp yg cter Penunggu Istana tu adlh muvie real tnpa ad sebarang penambahan pape video lain. [ak tau sbb member ak journalis,dia smpt g pra-tonton cter ni aritu+wakil2 pelakon dlm cter tu pn ad dtg gak tp xnk bg komen cuma diorg kta harap dpt bg lesson kt org lain].

Mungkin ad yg kt luar sn akn ckp cter tu fake or reka2 tp totally korang salah. Bdk yg mati dlm cter tu mmg mati, dn bdk yg hilang dlm cter tu mmg hilang......smp skang. Report polis da buat tp diorg still x jumpe bdk tu smp skang. Almost setahun lebih dah.

Klu korang nk tau, cter Penunggu Istana tu dibikin brdasarkan cantuman2 video yg 5 org bdk "u" rakamkan selama 15 hari pd sekitar 2009 kt Istana Bilah ni.

Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd. Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf.

Kes kematian dlm video2 tu dpt dirakamkan tp polis msh lg x jmpa suspek utama  iaitu Amar Asyraf. Dia hilangkan dri smp skang dn dlm ramai2 bdk "U" tu, dia salah sorang yg hidup, yg lain "jalan"....

Ok,ak cter sket psl cter Penunggu Istana a.k.a Istana Bilah.

Ad 5 bdk U dtg ke Papan [Perak] utk study/record sendiri aktiviti paranormal yg ad kt Istana Bilah. Diorg dtg tu dgn ditemani+dibantu oleh Uncle Seekers. Ringkas cter, diorg dpt footage aktiviti paranormal kt istana tu after 4,5 hari stay. Tp diorg xpuas hati lg sbb imej hantu/setan ni diorg xnmpak.

Lastly,diorg pinjam gadjet uncle seekers dn diorg gtau nk stay lg kt istana tu tp uncle seekers bg syarat diorg kna bg semua salinan video yg diorg rakamkn kt uncle seekers. Diorg stuju. Meanwhile, uncle kna balik sbb ad hal lain nk buat dn bdk2 5 org tu akn stay kt Istana tu sendirilah.

Ok,ms ni one of the member tarik diri [sbbnya dia x ckp la]. Klu x silap ak nm dia Nadhirah. Dia blah ms hari ke8 kt istana tu. Reason dia blah mybe sbb bdk2 jantan dlm group tu soh guna pad [kotex] pompuan utk panggil hantu tu kuar. Dia x stuju. Bdk2 jantan tu nk guna pad pompuan sbb alasannya diorg still x nmpk2 hantu tu. Mknanya skang tinggal 4 org je la.

After stay 10-12 hari kt istana tu,nothing happen. Lastly diorg guna kemenyan+pad pompuan yg ad darah haid utk panggil "menda" tu kuar [one of the members diorg ms tu kebetulan period].Memula tu xde pape jdk,sama jek tp pd hari ke-15 semuanya brlaku. Kt sinilah cerita ni "bermula"......

Utk pengetahuan,diorg letak video camera kt setiap penjuru rmh tu dn diorg akn dtg tukar tape setiap 3 jam. Video cam tu akn berada dlm kedudukan statik ajelah kiranya ni. Video2 cam ni jgk la yg akn rakam sbrg aktvti yg brlaku kt dlm istana tu.

Ok pd mlm ke15 tu [lebih kurang kul 11++ mlm] slh sorang member diorg ni [Amar Ashraf] dh kna rasuk,[video dpt rakamkan hal ni ok]. W/pun xnmpk hantu jembalang dtg tp riak muka ngn gerakkan tubuh dia menunjukkan yg "ada" menda lain ikut dia. Amar hilang.

Member2 lain yg sedar Amar hilang terus geledah istana tu tp xjmpe.

Diorg cr kt luar rmh tp still xjmpe jgk n decide nk msk istana tu smula sbb diorg dgr ad suara mnjerit dr dlm. Cari punya cari,diorg x jumpa jgk n decide nk brpecah.

Ms kt tingkat 2 umah tu, si Mustaqim ni jumpe Amar kt dlm satu bilik, brdiri tegak tanpa suara. Dr footage tu jgk, menunjukkan yg Amar tetiba pkul member dia ni guna kaki meja. Ms tgk scene ni ak bbtl cuak+seram sbbnya ap yg brlaku tu bknnya direka2 tp real. Darah jgn ckp la, abis penuh baju si Amar ngan darah. After that,Amar terus brdiri tegak mcmna dia diri memula td mcm xde pape brlaku.

Manakala 2 org bdk pompuan lg tgh cr Amar ni kt tingkat bwh. Ms ni si Sara kna ganggu, olh krn dia cuak, dia terus lari ke luar rmh tinggalkan member dia trkontang-kanting sorg diri. Yang si Firah ni plak g naik level 2 utk panggil mmber dia Mustaqim tu tp yg sedihnya dia jumpa Mustaqim tu dh mati.

Dia trpandang si Amar kt pnjuru istana tu. Ingatkan nk mtk bantuan tp dia pn turut kna bntai gak guna kaki meja kayu.

Sara yg lari ke luar rumah ni smpt tepon uncle seekers utk tlg diorg tp dia pon kna hempuk ngan kaki meja jgk [kt topi dia ad pasang kamera].Firah+Sara,dua2 pon out....

End.

Ok menurut risikan kwn ak [pmberita], bdk2 tu dijumpai slps bberapa hari tp Amar tkde. Uncle seekers kna panggil utk siasatan.

Jurnal,buku catitan,kamera,video camera smuanya kna amik utk jadi bukti dn pihak polis yg 1st time tgk rakaman tu agak trperanjat ngn ap yg brlaku. Kalau x silap ak, ad lebih kurang 800 keping gmbr diorg snap [start dr 1st day sampailah hari ke 15].Polis x jmpe lg Amar.

Sblm ni bnyk cerita yg ckp istana ni brhantu tp bukti xde,nah skang bukti dh kt depan mata, ada beran?

 



 

 

 

 




-- Edited by mr q on Thursday 21st of April 2011 05:10:28 PM

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 159
Date:

ade ke dak2 u nk bt projek cm 2???

__________________

AkU bErSyUkUr DeNgAn ApE yG AkU AdA....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 159
Date:

ee seram la baca post nie....smpai skunk la x jmpa lg si amar 2..maybe kna sorok kot...allahualam

__________________

AkU bErSyUkUr DeNgAn ApE yG AkU AdA....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 428
Date:

aku rase la dak amar tu mesti ade kt alam bunian...sbb tu smpai skrg xjmpe2...

__________________

apa ponn x bolehhh!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 791
Date:

takut gak ni

__________________

tumblrln61knlyhk1qbz3uh.gif

[saya lembam sekian terima kasih]



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

korang nk gambaran lg jelas, korang ble tgk Penunggu Istana tu.......

itulah satu2nya muvie kt M'sia ni yg xde pengarah,xde bdk lighting,xde org yg jg sound n xde lagu background langsung.......sbbnye citer tu dibikin hanya rangkuman drp video2 bebudak tu......

citer cmni agak jarang kita nk jumpa siot....



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

elehhh... paling tidak pun lepak kat umah pak badar atau aliza misbun... ntah ker sedang bersenang2 main dam ular ngan gab...!!

ee tatutnyee... mintak ketiak sape2 nak nyuruk..................!!

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 5
Date:

Salam 1 Malaysia...

Sekadar renungan bersama...saya amat tertarik dengan pendedahan berhubung filem adaptasi sebenar Penunggu Istana...Namun demikian, saya amat terkilan kerana cara yang budak-budak Universiti ini dalam mencari kenyataan tentang makhluk ghaib/halus.. Sewajarnya setiap orang yang inginkan kebenaran tentang hal-hal ghaib ini perlu mengetahui dengan jelas maksud tujuan mereka...Iblis, syaitan dan jin memang telah dijadikan oleh Allah yang merupakan makhluknya untuk mendiami muka bumi Tuhan sekian Alam ini.. Persoalan yang saya ingin kemukakan apakah mereka ini faham akan perkara ghaib...seperti angin boleh dirasa tetapi tidak dapat dipegang..seperti panasnya matahari tetapi tak dapat dilihat...

Untuk mencari kebenaran perlulah dengan ilmu, kena pada adab dan tatatertibnya...apabila kita menyeru kepada mana-mana makhluk ghaib iaitu jin amnya adakah kita tau apa maksud kita...kiranya ia hadir apakah yang perlu kita lakukan...sekiranya kita tidak mengetahui artinya kita mengerjakan barang yang kita tidak ketahui dan akhirnya mendatangkan mudarat kepada kita sendiri..

Amatlah malang dan saya amat bersimpati ke atas kejadian yang berlaku kepada semua pelajar yang terlibat..apa yang saya kesalkan apabila melihat filem tersebut mendapati pada awal-awal lagi para pelajar ini kenampakan jahil dari segi ilmu, adab dan tertib dalam menjalankan hasrat hati mereka...saya mendapati beberapa perkara yang tidak wajar dilakukan semasa memasuki kawasan istana tersebut...

Beberapa perkara tersebut seperti:

1. Memasuki surau lama dalam istana tersebut dengan tidak menanggalkan kasut. Dimanakah adab kita sebagai orang islam yang beriman tetapi tidak mensucikan rumah ibadat kita. Mengapa tidak mengmbil wudhuk dan mengerjakan solat sunat bagi mempermudahkan urusan seterusnya dan mohon perlindungan dari Allah S.W.T.

2. Memasuki kawasan dalam istana dengan tidak menjaga mulut, perbuatan dan tindakan...Hal ini jelas tidak menghormati "penghuni" istana tersebut..

3. Mencabar makhluk yang ada di istana tersebut sememangnya perbuatan yang keterlaluan dan tidak wajar.

4. Menggunakan barang-barang yang dikatakan dapat memaksa makhluk yang ada di istana tersebut keluar.

Hal ini semua membuatkan makhluk penjaga di istana tersebut marah dan kecelakaan/tulah berlaku kepada pelajar-pelajar tersebut.
Adakah kajian dilakukan terhadap istana ini..siapakah penghuni asal usulnya. Memandangkan istana ini di dalam Negeri Perak yang berdaulat amatlah perlu setiap orang mengetahui akan asal usul bermulanya negeri ini. Hal ini kerana Kerajaan Perak yang berdaulat mempunyai Jin-Jin yang menjaga Kerajan Raja dan Negerinya yang berdaulat..Adakah pelajar-pelajar ini tahu setiap kawasan mempunyai "penjaganya" sendiri. Pemahaman yang jelas perlu bagi mengelakkan perkara-perkara tidak diingini berlaku.

Sesunggunya keimanan kepada yang ghaib merupakan salah satu dari Rukun Iman..Tidaklah penting untuk buat projek seperti ini, apa yang penting kita mengenali diri kita sendiri..mencari jalan untuk beriman dengan benar, mentauhidkan Allah S.W.T. Apabila kita telah mengenal diri kemudiannya mengetahuilah kita akan hal-hal yang ghaib. Inipun bukan pandai-pandai sendiri tetapi dengan panduan guru yang mursyid. Islam itu terdiri dari tiga cabang iaitu Usulluddin, Fekah, dan tasauf. Jadi pelajarilah tiga cabang ilmu ini hingga yakin kita adanya Tuhan!

Bukan dengan buat projek yang memudaratkan kita sendiri.

Sekadar renungan bersama.


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

Alhamdullilah.....wooooow....ber informatika lah bro mior kite punye komen.....thanks a lot.....I will make your comment as a guidance in the future.....but I have a curiosity about your statement psl Musyid.....bleh x bg tau mana2 guru yg yg kategori cam tu....nak blajo lah.....bro blues ni dangkal ilmu ugama ni

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 168
Date:

Baru cadang nak tgk filem ni wekend ni. Patot la filem ni takde pengarah, yg ade hanya Projek koordinator. MHI TV3 ada panggil projek koordinator ni untuk story pesal filem ni. Memang dia ada cakap sume scene adalah scene real.Video asal lebih kurang 4 jam. Tapi sebabkan panjang sangat (berdarah mata aku kalau layan movie 4 jam) so diorang cut jadi sejam lebih.

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 5
Date:

blues6906 wrote:

Alhamdullilah.....wooooow....ber informatika lah bro mior kite punye komen.....thanks a lot.....I will make your comment as a guidance in the future.....but I have a curiosity about your statement psl Musyid.....bleh x bg tau mana2 guru yg yg kategori cam tu....nak blajo lah.....bro blues ni dangkal ilmu ugama ni


Assalamualaikum....saudara blues6906.

Terima kaseh atas komen saudara. Sesungguhnya saya hanya manusia biasa, tiada kelebihan apa-apa. Semua yang ada di dunia ini kepunyaan Allah Tuhan Yang Maha Kuasa. Saya juga tidak mengetahui semuanya dan semua yang ada adalah dari ILMU Allah S.W.T.

Berhubung dengan "Mursyid" ini adalah istilah dalam tasauf yang bermaksud guru yang boleh memberi petunjuk berkaitan ugama suci kita Islam. Baik dari segi Akidah dan Syariat hinggalah ke tahap Ihsan. Guru ini boleh memberi tunjuk ajar kepada kita berhubung dengan kerohanian. Bukan untuk mendapat apa-apa kelebihan duniawi. Hendaklah kita ingat apabila hati dan jiwa kita ke arah akhirat insyaAllah dunia akan kita peroleh dengan izinNya. Sebaik-baiknya maksud dan tujuan hidup kita hanyalah Allah dan KeredhanNya saja.

Kita tidak sepatutnya putus asa dari Rahmat dan Kaseh Sayang Allah..Mintalah pada Allah nescaya Allah perkenankan. Allah tak pernah menipu kita, tapi kitalah menipu diri kita sendiri dengan mereka-reka sendiri mengatakan sesuatu ilmu itu salah atau sesat tanpa mengetahui dan mengkaji dengan mendalam. Ingin saya ingatkan, Guru Mursyid membimbing kita untuk mengenal diri melalui Ilmu Tasauf. Ilmu Tasauf inilah yang perlu kita pelajari untuk mempertebal keyakinan kita kepada Ghaibul Ghaib..Ianya merupakan Ilmu 'Rasa'. Selebihnya saudara bolehlah bertanya kepada ahlinya.

Suka saya mengingatkan sekarang ini banyak Tarekat-Tarekat di Malaysia yang disyaki sesat. Saudara perlulah mengkaji terlebih dahulu sesebuah Tarekat dan mendapatkan maklumat lanjut tentang Tarekat tersebut dengan Negeri yang berkaitan. Hal ini supaya tidak timbul kekeliruan dalam Ilmu tersebut.

Saudara sekiranya berminat untuk belajar dan beramal bolehlah membuat kajian sendiri tentang Tarekat-Tarekat yang ada di Malaysia.

Saya boleh mengesyorkan saudara ke Lenggeng, Negeri Sembilan kerana di sana ada seorang Tuan Guru bernama Syeikh Haji Abu Talib Bin Rabit yang membawa amalan Tasauf dari Tarekat Naqsabandiyah AL Kholidiah. Tempatnya adalah di Surau Suluk Kampung Baru, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan. Tuan Guru tersebut merupakan menantu kepada Guru tua Tarekat tersebut iaitu Syeikh Haji Maaruf Bin Hj. Yaakob. Untuk makluman saudara juga Tarekat tersebut mempunyai tauliah dan kelulusan dari Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Saudara boleh merujuk kepada portal tersebut untuk maklumat lanjut.

Selain itu, antara Syeikh Mursyid lain yang mengamalkan Tarekat Naqsabandiyah Al Kholidiah ialah Tuan Guru Syeikh Dr Haji Jahid Bin Haji Sidek. Beliau memimpin jumaah dan mengajar di Markas dan Pusat Suluk di alamat A91, Kampung Melayu Sri Kundang, Tasik Biru Kuang, 48050 Rawang, Selangor. No Tel: 03-60341204(Rumah) / 03-6034 4472(Pusat Rawatan).

Sedikit maklumat tentang Tarekat Naqsabandiyah Al Kholidiah ialah Tarekat ini menekankan disiplin syariat yang ketat dan mengamalkan zikir-zikir yang ditetapkan  dan diijazahkan oleh Guru untuk kita amalkan. Sekiranya tanpa talqin zikir dari guru maka kita tidak boleh mengamalkannya. Hal ini kerana setiap ilmu ada ahlinya. Saudara bolehlah bertanya kepada guru tentang hal tersebut. Mudah-mudahan Allah memberi saudara petunjuk dan hemah yang kuat dalam mendalami ilmu ini untuk bekalan kita di akhirat kelak.

Iblis dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi kita, hanya dengan hemah yang kuat dan zikir boleh membantu dalam menewaskan hasutan dan tipu daya mereka. Namun demikian, Iblis dan syaitan tidak pernah berhenti dalam berusaha menyesatkan kita semua.

Lihatlah apa yang terjadi kepada 5 orang pelajar Universiti tersebut, bukan niat untuk mengaibkan atau menyalahkan tetapi sebagai pedoman bagi kita untuk menghadapinya. Dengan Izin Qudrat dan Iradat Allah Tuhan Maha Esa lagi Maha Kuasa lagi Maha Perkasa Lagi Maha Mengetahui, Lagi Maha Melihat dan Mendengar insyaAllah kita dapat menewaskan tipu daya Hawa Nafsu, Iblis Syaitan dan Dunia.

Saya hamba yang hina

Mior Al Kholidi

 

 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

incik mr q .... terima kasih ler pemberitahuan yang sangat berguna dan berimformasi ni ... apa yang dah ko bentangkan ni ... sebenornya berputar2 dalam minda haku .... babak tu ngeri bro ... sebab kejadian sebenor ... so ... adik students kat u tu  ... hati2 la yea ... baik korang tenguk pilem tu .... ambik iktibar .....

adik asberinoz ....( .. apasal la plak gase geli-geli peha haku ni panggi dia ni adik ...) .... eden nak ketiak .... meh ...... haku bagik tiga ketiak sekalik untuk ko menyuruk  ... dua ketika makcik aliza punyer  ... satu lagi ketiak cik puan rajenas ... yang satu lagik ketiak ... cik puan rajen lom cabut bulu ... segan dia kata ..... ngeeeee ....

saudara mior al kholdi .... terima kasih juga kepada saudara kerana berkesudian memperjelaskan hal-hal tarekat .. tasauf .. guru murshid .... haku ni ... manusia biasa .. orang awam ... yang masih kosong ilmu di dada tentang ilmu dan pendekatan secara sufi ... terima kasih sekali lagi ...

(bro blues ... bukan ker guru yang kat nogori sombilan tu .,. bro blues kenal rapat? ke lain orang? ..... pestttttt ... bro ... ular menyusur akar ... x hilang bisanya ... haku tabik bro .... sebab haku dah maklum sape ko ...smile.gif )



__________________

make me feel it



Senior Member

Status: Offline
Posts: 428
Date:

uiks...dassatt ar pilem nih...kalo aku ler kt tmpt bebudak tu..mau melarikan diri dua hari dua mlm tanpa henti dr tmpt tu....heheehehe

__________________

apa ponn x bolehhh!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

ooooooooooo menda alah nie la member2 aku dok ckp dulu... aku buat bodo jer lah sbb igt cita istana lama2 aper ke benda tue suma.. cisss.. erk mr q.. maner nk dpt citer nie..? xtawu plak aku dah divideokan..?

__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 428
Date:

cik bingka...kn ker dh kuar panggung...

__________________

apa ponn x bolehhh!!!



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

mrbingka, ko gi tgk movie Penunggu Istana.

Aku ni bkn lah peminat movie M'sia lgpn dgn keje yg brlambak, hampir mustahil aku dpt g tgk wayang.
Ak dtg tgk movie ni pon atas 2 faktor:

1.Prof aku yg ajak [lgpn dia yg nk belanja]

2.Ke'seraman' Istana Billah tu sendiri.

Kalau umah seram yg kt seksyen 2 tu seram, ini berkali ganda lagi seramnya sbb istana tu sendiri dikatakan dah 100 thn [xtau iye ke tidak].Cter Istana Billah ni memang serius angker dn bdk2 tu dh popularkan tmpt tu 1 Malaysia secara x sengaja dgn dpt rakamkan footage2 yg x sepatutnya dirakamkan.

Kalau dulu aku ada cerita psl "Umah Seram Seksyen 2" tu, aku rs hantu kt Istana Billah ni lg la menakutkan.

Ms awal thn lepas [klu x silap aku la], ad student ak hantar proposal kt ak nk buat research kt Istana Billah tu. Ms ni cter Penunggu Istana ni belum main wayang lg. Diorg [student ni] ingat ak xtau pape la pasal Istana Billah ni la kononnya. Dan jawapan aku adalah no way!!

Ape ke bangang diorg ni, ingat ak xtau pape psl istana tu. Ak dh dgr cerita psl istana tu ms ak study lg, siap ad dgr org tua cerita yg ad geng bdk2 U msuk istana tu tp x jumpa2 jln kuar.

 



-- Edited by mr q on Friday 22nd of April 2011 05:08:58 PM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

ouh ok.. aku dah tgk trailer dia... tp aku musykil.. x diedit langsung ker sbb ramai orang ckp citer tue mcm paranormal activities,, aku dah tgk paranormal activities 1&2 tp citer nie serius diorang rakam balik berdasarkan video yg diambil.. kire mcm kisah benar laaa.. tp just shoot balik guna bnyak2 camera tue kan.. neway.. insyaAllah aku g tgk movie nie.. pesal x tawu pon ader citer nie haa..? x diuar2kan mcm citer2 yg lain..

__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 371
Date:

mmg nk sgt tgk penunggu istana ni..sbb aritu tgk trailer dia jer..cm best...lgpn xdiedit....tp kan..nape xbuat jer penunggu istana part 1 & 2..leh la tgk 4 jam...hehehe.....baru best....

__________________

~~~~ No Need To Die To Prove A Lie ~~~~



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

cerita ni mmg la record psl paranormal punye activity but diorg bukan re-shoot semula citer ni. Apa yg berlaku adalah real. Ko g tgk disebalik tabir Penunggu Istana tu.

Bdk2 [Aswara] ni buat kajian aktiviti paranormal kt istana tu. Utk buktikan yg diorg ni semua x menipu kt prof@lecturer, diorg kna rakam semua skali ap yg diorg buat sbg proof la kiranya.

Kalau tgk disebalik tabir Penunggu Istana ni, penerbit citer ad cakap yg tape bebudak ni rakam ada lah dekat 4 kotak merangkumi beratus-ratus jam rakaman. Diorg rangkumkan semua tape tu utk dijadikan selama beberapa minit aje utk msuk wayang. Itu blom msuk gmbar2 yg diorg snap lg.

Mcm ak cter td, diorg akan dtg tukar tape setiap 3 jam, dn diorg stay kt umah tu selama 15 hari. Kamera yg diorg letak kt dlm istana tu plak kalau x silap aku ada 3 [lebih kurang la]. Hah, ko kira la sendiri bape bnyk tape yg ada.

Penerbit and another crew [dibantu oleh uncle seekers] hanya menyusun semula scene2 menggunakan tape2 yg budak2 tu tinggalkan aje. Sbb tu kalau tengok ending cerita ni mcm trgantung......



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

ok nie antara komen youtubers yg dah tgk cita nie yg buat aku 50-50 nk tgk ker x.. haha

aku recommend baik jangan tengok movie ni..teruk sangat2..antara filem yang paling teruk pernah aku tengok untuk permulaan thn 2011..watak2 dalam filem ni betul2 annoying..menyakitkan hati je..save ur money..menyesal sgt2 tgk filem ni..hampeh..


Sama ada filem ni realiti ke tipu ke..bagi aku filem ni sangat best dan membawa dimensi baru dalam industri perfileman. Tak payah nak heboh sangat la pasal filem ni tipu..filem hantu sebelum2 ni real ke?? Aku rasa lagi best dari Paranormal Activity walaupun terdapat sedikit kekurangan tapi tidak mencacatkan kesuluruhan filem..THUMBS UP!!


kerusi tu sape yg kasi gerak?ada tali ke??maklumlah..kalu ada uncle seekers aku dah x caye..buat gimik je lebey..lgpun..sejak uncle tu kuang ajaq ngan DATO' Fadzilah..buat aku makin meluat ngan sikap beliau...


cite mmg gempak..seram klau yg lmah smangat lbh baik xpyah tngk..xde rugi sesen pn tngk cite ni mmg best la thumbs up ^^..kluar kosmo lg cite tipu apenya..cite ni lpas dpt klulusan dr polis bru laa blh ditayangkn di panggung sebab bnda ni mmg realiti..


cerita penipu... buat habis duit aku jer... bangang punya cerita.... haktuih

 

bg aku setiap individu ada pandangan masing2.. xper laahh tgk jer lah.. 9 hengget jer pown.. tp sian kan pasal asgment nyawa melayang perghh.. tue la .. g lagi istana bilah la belah laa.. len kali mai istana anak bukit jea.. depan umah aku jer.. wahahak.. ader ict mini lagi biggrin tehee ! jom rakan2 GC kita tonton cita nie..



__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

patutlah mcm tertarik sangt nk tgk penunggu istana tue...tp xleh nk tgk ag skrg...ngah final exam....ade ea student2 yg bt kajian berkenaan dgn mistik ni...sokong ape yg di utarakan oleh En.Mior...yang pasti nak tgk jugak penunggu istana nih...weeeeeeeeeeee

__________________

~ i'm nobody but want to be somebody ~



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

eh baru teringat ade clasmate saye bt kajian ( tesis ) pasal rumah berhantu....cz rumah or building2 yang berhantu nih bg effect kt value buildg 2 sendr.....alamk adakh clasmate saye 2 dlm bahaye sekarng?????????????? tidaaaaaaaaaaaaakkkk...

__________________

~ i'm nobody but want to be somebody ~



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

For mrbingka,

Jujurnya aku x amik pusing sgt dgn pendapat org lain psl citer ni. Me myself have my own experience....

Ms aku g tgk muvie ni aritu pon ada jugak beberapa individu yg kutuk habis2 but for sure diorg yg kutuk citer ni gila2 ba#i [bagi aku la] lazimnya dia x baca paper atau jarang baca paper. [Jgn amik hati apa yg aku ckp ni].

Cerita ni da msuk Kosmo, Metro n Utusan la.....xkn Org paper ni x wt research? Still kata tipu lg ke?

Ni soalan ak pd bdk2 yg sibuk duk kutuk citer ni.....

Diorg tau x yg cerita ni perlu permission dr pihak polis sblm bleh tayang?
Diorg tau x yg bdk2 dlm cter ni semuanya x grad smpai skang?
Diorg tau x yg sblm ni ada crew drama [Warkah Terakhir] yg kena sampuk dek jin ms kt umah tu?
Diorg tau x citer ni xde penulis skrip?Xde pengarah?xde lagu backgroud?xde bdk jg lampu?xde make up artist?diorg tau k?

Ok, kita "ANDAIKAN" yg cerita ni tipu, at least kita tau yg istana tu 'keras'......

Lastly,Korang tau x nape ak post cter ni? Bkn ak dpt duit pon.......but i have my own reason......



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1643
Date:

pendapat org bro.. nk wat cener... aku rasa dgn tertayangnya cita nie suma org akan taw kekerasan tempat tersebut.. so aku harap xder lagi manusia2 yg terhegeh2 + syok sendri nk g siasat paranormal ke haper.. kadang2 mentaliti msyarakat kita nie susah la nk ramal.. huh ! terlalu taksub dgn mistik.. last2.. haaaa...

__________________

Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 257
Date:

yang penting mesti kene berani.....

sebnarnye bende ni tak perlu takot....

disebabkan terlalu fanatik..haaa...terima akibatnyee.....

bukan kah nabi dah ajar kite mcm mane nak hindar kan diri dari jin2 sumer??

yang ni p cari plak natang tu....haaa....mampuih p..hehehehe

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 428
Date:

bende tu mrh sbb g kaco tmpt die...siap seru2 lg....tu la jd mcm2 kt bebudak nih...huuhuuhu

__________________

apa ponn x bolehhh!!!



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

bleh x ak nk share cter psl tmp ni?

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 92
Date:

Ak citer sket pengalaman ak psl Istana Billah ni.

Ms diploma dulu, ak penah dtg kt Istana Bilah ni tp wktu tu ak xtau yg istana ni brhantu. Nama istana Bilah ni pon ms tu ak xpenah dengar langsung. Kiranya memang naif sangat2 la.

Ak dgn kwn2 ak [7 org] dtg kt situ slps terjebak dgn kata2 sorang kwn ak ni [Syawal]. Ms tu kitorg kna study psl rumah melayu lama [ukiran,corak,senibina]. Sblm tu,biarlah ak panggil diorg dgn nama pangkal aje. Lelaki 4 org, aku[Q],S,E dn W. Yg pompuan lak 3 org, BB,NN ngan AA.

Time ni kitorg dpt group assignment. Asalnya kitorg nk g ke Melaka/Pahang tp dh ad group lain yg kesana, so kitorg pun pilih la Perak . Kebetulan pulak rmh m.cik AA ni ad kt Perak. Cadangannya boleh la risik2 ngan m.cik AA ni umah yg best2 kt sana utk wt research ni nnt. Tp sayangnya ms kitorg smpai umah m.cik AA dia nk kna outstation plak. Dgn kebenaran m.cik AA, kitorg stay la kt umah dia. Ringkas cerita, kitorg x sempat nk tnya m.cik AA umah yg cantik/best kt sana la.

Ok, seingat ak ms kitorg dtg umah dia tu, tgh cuti.

Slps brbincang, kitorg satu group ni sebulat suara naik van nk ke rumah yg si Syawal kata "best" tu. Rmh yg dia mksudkan tu iyelah Istana Bilah.

Hampir sejam lepas brpusing-pusing kt area Papan[Perak], akhirnya kitorg jumpa la jgk tmp yg Syawal mksudkan tu. Ms sampai tu dalam pukul 10pg klu x silap aku.
Jln nk masuk tmp tu mmg trpencil sikit tp yg ak ingat lg, cuma ad satu aje umah melayu kt situ n yg lain semuanya rmh cina.

Utk msuk kawasan Istana Bilah tu plak kitorg kna lalu pagar.Ms kitorg smp tu, pagar tu x berkunci, jadi kitorg redah aje la masuk.

Sampai2 aje kt sana, si S yg bwk van terus parking. Kitorg smua keluarlah. First time tengok tmpat tu ak da rase seram sejuk aje. Pastu boleh la pulak kat dinding pagar tu tulis prkataan Istana Bilah. S yg trbaca tulisan tu terus naik angin. Sebabnya dia kta kitorg semua dh kna kencing ngan Syawal. Aku tanya lah nape. Dia cakap lah yg kitorg ni sepatutnya study pasal rumah melayu lama dan yg kt depan kitorg sekarang ni ialah Istana dn bukannya Rumah!!! Bila ak fikir2 balik, betul jgk ckp si S ni.

BB ms tu cuba tenangkan keadaan. Alang2 dh smp sn, E cadang kitorg g survey je la dlu.

S,W,E trus aje gerak nk ke istana tu manakala ak,BB ngn AA menyusul. Tetiba ak perasan yg si NN xikut kitorg. Ak soh la BB panggil si NN ni yg ms tu still lg kt dl van. Tetiba si BB menjerit panggil ak. Ak trus aje la dtg. Ak tgk si NN ms tu dh diam semacam smbil mulut terkumat-kamit mcm tgh bc sesuatu sambil mata dia trbeliak merah. Pintu van kunci dr dlm.Ms ni ak btul2 da start cuak sbbnya ak tau ad bnda lain dlm bdn NN ni. Dgn semangat yg ad,ak baca 3 KUL. Bebetul lpas ak habis bc 3 KUL ni si NN terus lari kuar dr van trus lari ke blkang Istana tu. KItorg cuba tangkap dia tp xdpt.

Ak panggil smua bdk group ak blk. Ak gtau la ap yg dh jdk kt NN. Ak,S,W ngn E akan cuba carik si NN. AA ngn BB ak,stay kat van aje sbb diorg kebetulan ms tu dua2 tgh period. Ak soh diorg bukak tape yassin/menggaji kuat2....

Bl smpai kt dpan istana tu tetiba aje kitorg trdgr ad bunyi bising kt tingkat atas. S,W ngn E boleh plak redah g naik tingkat atas. Ak ni sbnrnya penakut jd ak stay aje la kt bwh. Tetiba aje ms member ak smua naik atas tu, ak trnmpak si NN ni tgh brdiri sebelah tiang betul2 pandang tepat kt aku. Berderau jantung aku ms tu. Dn kebetulan lak ak bole trnmpk si S ni dah dukung si NN turun dr tangga. Ak jadik bertambah cuak sbb ak nmpk 2 NN, satu yg member ak dukung dn satu lg yg kt tepi tiang ni. Tanpa pedulikan NN yg kt tiang tu,ak terus aje g ke arah member2 ak. Dn yg lg "best"nya, kitorg masih lg dgr bunyi bising kt tingkat atas tu lg ms nk blah. Ak x gtau mmber2 ak psl ak nmpk 2 NN tp ak smpt lg menoleh kt tiang tu ms nk blah, "dia" still lg ada....

Seriously ak xtau la hantu pesen apa diorg ni, siang2 buta pun berani kuar.[ tp area tu mcm redup sikit la]

Bl smp kt van ak tgk AA ngn BB tutup/kunci semua pintu. Lepas msukkan NN dlm van kitorg terus nk kuar dr situ la tp ms smp kt pintu pagar tu kitorang kena tahan ngn sorang m.cik yg muka dia serius semacam.

M.cik tu bole plak tnya kt kitorg cmne kitorg msuk area istana tu? W cakaplah yg pagar istana tu tk kunci tp mcik tu cakap yg kitorg tipu, sbb nye mmg mcik tu dh kunci pagar tu semalam lg....KItorg yakinkan jgk mcik tu psl pagar tu mmg x kunci. Last2 mcik tu diam aje............

Mcik yg ak ckp muke semacam ni sbnrnya org yg jaga istana Bilah ni. Umah dia ni yg paling dkt ngn istana tu, yg lelain semuanya jauh2 belaka pastu umah cina plak tu.

Dia ad tnya kt kitorg ap yg dh jdk. W cter la yg c NN ni da kna smpuk smpai lari msuk istana tu. Bl diorg jumpe2 aje, c NN da pengsan. Lg skali mcik tu tny, "mcmna korang msuk istana tu?". "Ikut pintu la cik" jwb si W. "Tp kn pintu tu brkunci?" jwb mcik tu lg...Msing2 da buat muka confuse....Last2 mcik tu soh kitorg jumpe sorang ustaz kt satu gerai mkn. Kitorg pn g la.

Ak ringkaskan, kitorg jumpe ustaz tu n terus la berubat. NN lastly sedar. Dia ckp la dia x sedar langsung ap yg jdk kt dia start kitorg msuk area istana tu lg.

Lps ustaz tu ubatkan si NN, E plak tetiba diam semacam. Ms ni kitorg da nk gerak blk umah dh [lepas Asar]. Ustaz tu ckp la yg E ni pon ad "benda" ikut dia balik. E start ckp bahasa2 yg ak x phm langsung tp bdn dia langsung x gerak. Ms ni ustaz tu amik serban dia, baca ayat n terus libas kt kepala member ak ni. Terus dia pengsan.

Lpas maghrib barulah E ni sedar. Ustaz tu tanya la apa yg dia buat ms kt istana tu. Rupanya ms naik istana tu, si E ni ada amik satu tepak sirih. Ustaz tu soh dia pulangkan mlm tu jugak tepak sirih tu. Ms ni ak da xbole nk bayangkan rupa kitorg bl ustaz tu soh kitorg balik kt istana tu. Nk tgk istana tu pun da tkut inikan plak nk msuk!!

Tp kitorg lega bl ustaz tu ngn anak laki dia akan temankan kitorg g istana tu tp syaratnya sape yg amik tepak sirih tu yg akan letak balik ke tmpt asal. Selain NN, kitorg smua g kt istana tu balik.

Olh sbb W ni mmg da tkut nk msuk istana tu, ustaz tu soh E ngn S temankan dia msuk skali. Alasannya, ms W amik tepak sirih tu, diorg pun ad jgk. Ak plak stay kt luar istana tu dgn yg lelain. Selamat aku siot sbb ak mmg tkut sgt ms tu.

Sblm msuk istana tu ustaz tu soh W ni ikat jari kelingking dia guna satu benang putih. Gulungan benang yg lain ak yg akan pegang. Dia bg amaran yg benang tu jgn skali-kali tanggal atau putuskan. Senang cter, ak akan jaga diorg la ni.

Aku ingat lg ms tu jam dah dekat pukul 10 mlm. Member2 ak yg 3 org ni pon msuk la istana tu ngn keadaan yg serba cuak. Ak hanya jaga benang yg ad kt tgn aku tu, tkut trlepas atau putus. Dekat 10 minit pastu diorg x kuar2 lg dr istana tu. Ustaz tu soh ak tarik benang yg kt tgn aku tp benang tu boleh plak putus.

Ustaz tu terus geleng kepala.Terus dia soh anak dia msuk istana tu.

X lama pastu ak tgk si W,E ngn S semua keluar dr istana tu tp dgn keadaan bogel!! Ak ulang lg skali, diorg BOGEL!!! Org yg pertama skali keluar iyelah W. Diorg mmg bogel habis tp pakaian diorg pegang la sbb nk tutup "anu". Ak tgk BB ngn AA x kelip langsung pun mata ha..ha..

Ok, lepas diorg pkai bj smua, terus kitorg balik.Mlm tu kitorg tumpang tdo kt umah ustaz tu.

Esoknya br la ak tnya ustaz tu nape diorg smua bogel. Ustaz tu ckp la kalau umah org dulu2 atau istana biasanya akan ada "pengawal". Kalau pencuri msuk umah tu nk mencuri, diorg xkan dpt keluar melainkan diorg bogel. Kalau tdk, smp bebila pn diorg xkn jumpe pintu kuar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



-- Edited by mr q on Sunday 24th of April 2011 11:54:33 PM

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 428
Date:

uih...dassaatt cite ko ni...mesti ade misteri yg maha dasyat di sebalik istana ni...huhuhu...hanya Allah je yg tau...
tema nye,x perlu nk g kt tmpt2 mcm ni...huhuhu

__________________

apa ponn x bolehhh!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

akceli ... aku memang nak tnguk sngat citer penunggu istana ni ... kat astro first pon da tayang 23 april jam 9.00 malam .. tapi aku lom bli lg ... nk g tguk wayang ... sape nak meneman ...? patner x minat .. harap anak2 ler teman ... tapi anak2 x blik ... ade pon yg kecit ...

awal2 mr q dah kate .. x ade penulis skrip.. x ade muzik latar ... x ade pengarah ...... so .. it is a real punyer citer ... kalo dah jadik kes polis ... memang ler susah beb ... kalo nk ditayang buat tatapan umum ...... musti ler cerewet ... banyak prosedur kene ikut ........ tu sebab aku nak tnguk citer ISTANA BILAH/PENUNGGU ISTANA  niii ... nak sangat ... x pon .. aku tnggu CD ler ... bleh tnguk berulang2 kali ....

tang komen2 u tubers tu .. biasak lar ... x tau back ground pilem tu ... tup-tup g tguk ... kemedian nak komper ngan movie lain .. memng ler x same ...

yg best MR Q ...... eksperien ko ler mase amik diploma tu ... err... istana lama tu ... yang dalam citer yang lisdawati berlakun tu ke ? ala ... lupe plak haku tajuk pilem tu ....istana yng kat hutan tu ... bile diarang nak balik ... ade sorang muncol kat tiang tingkat atas .. sedang tguk diarang .... (macam yg ko citer nie ler ....)

ade lagi satu .. drama tv .. pon gune istana lama ... alahai .. haku luper laku tajuk2 tu seme ...

(MR Q ... apa jadik ngan NN tu? .... g berubat ker? n sape makcik tu? err... naper syawal leh pekenakan ko rang?  n  ...... aku just nak tanya ....... apa pandangan ko ... time ko nak g research istana lama tu ... awal2 lagi walo pon hari siang .. mende tu semua leh muncol plak ... sedangkan ..... kru budak u yang mati seme tu ... tnggu 15 hari ... adekah waktu memainkan peranan kemunculan hantu2/makhluk tu ... kerana zaman ko diploma dulu  dah lama  la jugak kan ..... la ni da abad 21 .... )



__________________

make me feel it

1 2 36  >  Last»  | Page of 6  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard