Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sekadar Berkongsi


Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:
Sekadar Berkongsi


Terjemahan Bacaan Talkin..... Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang ygmeninggal dunia. Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer (pada y di bold kan) 

kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..

WALLAHU A'LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam,

Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,

Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,

wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku,

malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.

Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,

bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: 'La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah'.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.

Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - 'Kullu nafsin za iqatul maut' Firman Allah swt, 'Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.' Surah Al-A'sr .

Dari Abdullah bin 'Amr R..A, Rasulullah S.A.W bersabda: 'Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat...' Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur 'masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN' dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?' Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.'

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka.

Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati 1. Para Nabi 2 Para Ahli Jihad 3. Para Alim Ulama 4. Para Syuhada 5. Para Penghafal Al Quran 6. Imam atau Pemimpin yang Adil 7.. Tukang Azan 8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: ' Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.

Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. 'Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

 

 Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237 Untuk renungan dan amalan bersama . 'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'



__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

berpinar-peninar mata aku  ...... panjangnya tulisan adik laila ni ...

apa pun terima kasih kerana terjemahan talkin, maksud beberapa ayat Al-Quran .. serta kisah akhirat .... sama-sama kita menghayati dan mendalami maksud yang dinyatakan ..... Inysa Allah ...



__________________

make me feel it



Senior Member

Status: Offline
Posts: 106
Date:

ala tok baddar ia ni...mcm tu pun panjang ke??

tau lah kalau datang pat org baca talkin tak sabar2 je nak habiskan..kan..kan..kan..

cik lailatul...trma kasih sebab menaikkan bulu roma aku yg tak berapa ni..hehehe

 

 

alhamdulillah syukur

 



__________________

Rock adalah muzik yg disukai oleh masyarakat b'jiwa m'berontak, yg m'ambil sikap 'peduli apa'. Mereka tdk suka memikirkan soal2 yg m'gelirukn mereka. Krn itu mereka sering disalah anggap sebagai golongan yg menentang kelaziman hidup bermasyarakat



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

adik peer ... kira panjang ler tu ... kalo x caya ... ko ambik ler pembaris yg enam inci tu ... ... cuber ko ukur ... mau mpat kali ukur ... 4 kali banyak beb ... ngehehehehehe ...

errr ... kalo di kira .. ade ler lebeh kurang empat puluh empat elai ....bulu cik peer ni yg berdiri ... yg lelain tu ... kaki lemah ... dek dengorkan suara cik peer bace terjemahan talkin ni  dengan kekuatan 4 kuasa kuda ....... keh keh keh keh ...

(adik laila ... terima kasih sekali lagi ...)



__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

pak baddar aku, membacakan amalan kita.makin panjang bacaan makin byklah amalan ko.hi3!!

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

keh keh keh ... membaca amalan yg baik  kan kan kan ... kalo membaca tulisan-tulisan yang boleh mendatangkan mudarat ... macamane pulak  adik laila ...? tertutama ... yang boleh menegangkan kepala lutut ....? ngeh ngeh ngeh .....

(er .. hanya org2 tua jer yang paham ayat aku ni ... kalo takat lailatul munawarah ni ke .. oil kolera ke ... errr... x paham punyer ler .... kih kih kih .. kalo cikk asben .. ha .. dia tu ... memang paham bebenor ..... sebeb kepala lutut dia selalu tegang ... kih kih kih ...)



__________________

make me feel it



Senior Member

Status: Offline
Posts: 114
Date:

tHANKs untuk info..tp boleh jelas kan x..nape die cakap saya bin ibu saya ea ..? nape xltk nama org yg meninggal tue dan bin ayah nya ea..maaf..sy lemah skit dalam agama nie..harap dpt diberi tunjuk ajar..supaya kalau2 ade org yg bkn islam dtg jumpa sy..dpt sy trgkan mksudnya..dan ia akan lebih ykin tntng islam inie..thanks..~

__________________



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

santan saya tu ko kena letak nama si mati lah..kalo aku letak nama aku nanti aku lak jd manyat..sebagai contoh kalo y mati 2 abu n nama mak abu lak mariam so jd"wahai abu bin mariam"

bab nama binti ibu, x silap aku mmg dlm islam kat dunia je berbin kan ayah tp alam y satu lg mmg berbinkan ibu.utk penerangan lanjut n sokongan hadis or ayt quran nanti aku minta pak baddar or bro bluss komen.

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

sebelum aku memberi sedikit penjelasan ... aku ingin nyatakan bahawa ..... aku hanyalah  manusia biasa yng .... kurang ilmunya  .....dan cukup sekadar aku dapat mendidik diri dan famili aku dengan fardhu ain dan fardu kifayah ....

talqin dalam erti bahasa memberi ingat ... ulamak-ulamak dalam Mazhab Shafie ..menfatwakan bahawa membaca talqin itu sunat hukumnya, berfaedah dan berguna kepada yang telah dikebumikan. Oleh itu ... mengingatkan org yang sudah meninggal dunia ...dan baru sahaja dikuburkan .. untuk menghadapi malaikat Munkar dan Nakir .....

Hukum membacakan talqin ..

Hukumnya sunat.

Hadith Rasullulah saw yang diriwayatkan oleh Thabrani .. bermaksud ...

` Dari sahabat Nabis Abu Umamah Al Bahlil rda. Beliau berkata: kalau aku wafat hendaklah urus aku sebagaimana yang diperintahkan Rasullulah saw dalam menguruskan orang kita yang mati.Baginda berkataL Apabila mati salah seorang dari kamu (orang Islam) dan telah ditarkan tanah di atas perkburannya maka hendaklah salah seorang diantaranya berhenti sebentar bersetentangan dengan mayat itu, hendaklah ia berkata : ` Hai fulan anak wanita si fulan. Maka ia menjawab: Berilah petunjuk kepada kami. semuga Allah memberi rahmat kepadanya. tetapi kamu tidak mendengar ucapan itu. Kemudian , ingatlah hal ketika engkau keluar daripada dunia bahawa Allah itu Tuhanmu, Islam itu agamamu, muhamad itu Nabimu dan Quran itu imamu.Ketika itu keluarlah malaikan Munkar dan Nakir sali memegang tangan rakannya dan berkata:  Silakan kita pulang saja. Apa gunanya kita duduk di hadapan orang yang telah tahun jawapannya.               Berkata Anu Hurairah, ` Seseorang sahabat bertanya kepada Nabi"`Hai Rasullullah kalau (orang yang mentalqinkan itu) tidak tahu nama ibu si mayat bagaimana? Dinamakan sahaja kepada ibunya Siti Hawa." (pertikan daripada Kitab Mukjam Al Kabir) .

(nota: petikan daripada Panduan Penyelenggaraan Jenazah , susunan Mohd Solehah Sharif (Musa Asy Syaraf 92).  x banyak buku di rumah aku mengenai talqin)

begitu lah salah satu dalil yng menyatakan bahawa takqin mesti di bin atau dibintikan kepada ibunya .

kenapa di atas nama ibu? hadith menjelaskan sedemikian. Jelas .

apa yang aku ingat  melalui uztaz yang mengajar aku ketika di alam pembelajaran ... anak adalah hak ibu (yg mengandung dan melahirkan) kerana Islam itu agama sempurna ... di dalam dunia ini tidak semua ada anak yang halal (kepada bapanya...) di harap adik santan faham penjelasan ini ...  wallahualam.

 

(nota: edit sedikit kerana speling error .. bro blues .. tambahan dari bro dierlukan untuk penjelasan lebih terperinci... terima kasih)



 



 



-- Edited by baddar on Saturday 14th of May 2011 05:09:17 PM

__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

Alhamdullilah & Syukuran

Subhanallah........tersentuh ati ni gan membaca talqin tadi.....moga2 Allah cucuri RahmatNya kpd kita supaya kita Istiqamah pada Iman & Taqwa yg diredhai

Berkenaan nape bacaan talqin x disebut "Bin" tapi disebut "Binti".....bro blues rasa hadis yg pak baddar ketengahkan tu sudah cukup memadai penerangannya.....namun begitu bro blues cube xplain secara relative & logik nya kenapa berkeadaan begini......

Dari syarah Uztat Muhammad Besa pondok Alim Ulumiyyah.....sorang murid bertanya nape ber bin & ber binti ayah & ibu dlm keaddan idup & mati

Jawapannya :- Sunnatullah Allah jadi kan demikian kerana.......bile berbin & binti kan kpd ayah kerana......ini menunjukkan bahawa anak itu adalah dari sepasang suami isteri yg sah.....sesuai dari sepotong hadis Rasullulah "Berkahwin (nikah) lah kamu utk meimarahkan (meramaikan) umat Islam" dan sepotong hadis yg lain yg berbunyi "anak-anak adalh penyambung keturunan kamu".........jadi x molek kite (kecek kelate ckit deh) mempermainkan keturunan seseorg tu sbb iselagi anya ada ber "bin" & "binti" dema2 tu dateh dhari keturune yg soh

Manakala bile kita mati & di padang masyahar nnti.....kita di panggil gan ber binti kan Ibu kite......sbb Allah nak menunjukkan bahawa hak anak kpd ibu adalah 3x gandanya gan haq terhadapa bapa.....sesuai sepotong hadis Rasullulah bile ditanya sorang badwi ttg hak ibu dan bapa maka jawapan Rasullulah adalah "Ibu kamu.....Ibu kamu.....Ibu kamu......kemudiannya baru lah bapa kamu"........khilaf mantiq (pecaraan logik).....di dlm perut ibu roh kamu ditiup maka di dlm mati kamu adalah bersama hak terhadap ibu (kitab Ahlamu Azzab)......setiap bermula pasti akan mati......bermula di dlm perut ibu....mati musti membawa juga nama ibu kamu

Wallahulam




__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

hah... woih aliza misbon...!! ko tak reti2 nak tobat lagi? ko kene ingat, kubur kata pegi, umah pun kate pegi... abih tue kubur mana ko nak pegi...!!

nih haku kasik pantun nih...

membeli helikopter di tengah bandar,
bandar indah maju membangun,
negara malaysia negara yg maju,
perodua kancil ko dah beli?

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 791
Date:

baddar wrote:

keh keh keh ... membaca amalan yg baik  kan kan kan ... kalo membaca tulisan-tulisan yang boleh mendatangkan mudarat ... macamane pulak  adik laila ...? tertutama ... yang boleh menegangkan kepala lutut ....? ngeh ngeh ngeh .....

(er .. hanya org2 tua jer yang paham ayat aku ni ... kalo takat lailatul munawarah ni ke .. oil kolera ke ... errr... x paham punyer ler .... kih kih kih .. kalo cikk asben .. ha .. dia tu ... memang paham bebenor ..... sebeb kepala lutut dia selalu tegang ... kih kih kih ...)


hoh patutla tyme aku mkn kepci aku terase macam ade angin2 berbau rupenye2 datang dari post neh..cheisstt pak bador!!tak usah dikau memperkotak katik maupon menggonjengkan martabat aku selaku laki sejati..aku taw regangan kepale lutut bermaksud sum2 gris kat tulang sudah kurang..walaupun sungguh lembam untuk pemahaman tersebut bg pak bador yg monopos tapi tetap aku ingin tegaskn disini sum sum tulang ayam baek utk kesihatan



__________________

tumblrln61knlyhk1qbz3uh.gif

[saya lembam sekian terima kasih]



Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

erm nak tanye ye..kalau non muslim...tukar agama ke islam..
nama die mesti berbinkan abdullah kan...
bagaimana pula kalau dah meninggal...dia nak berbintikan sapa..?
sedangkan ibu dia non muslim...ermmm..ada yg boleh tlg jawabkan.....

__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*


Super Member

Status: Offline
Posts: 555
Date:


meh haku jawab bagi kite kongsi lagi,

sebut nama dia sahaja pun dah memadai...Allah tau lebih dari kite tau.....

okey puas ati x jawapan haku?

__________________
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda, jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki


Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

GreeN AppLe wrote:

erm nak tanye ye..kalau non muslim...tukar agama ke islam..
nama die mesti berbinkan abdullah kan...
bagaimana pula kalau dah meninggal...dia nak berbintikan sapa..?
sedangkan ibu dia non muslim...ermmm..ada yg boleh tlg jawabkan.....



 jawapan ade kat posting aku tu .... ber bintikan siti hawa .... err.. adel epel hijo ...dah ready ker ..?

(dik ... lum sempat nak buat pos laju menatang yg aku janji tu .. maklom ler ... bos baru 2 bulan ..nak kene tukor lagi.... penin2 ... aku kene buat banyak bende lagik ...)



__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

ni aku ambik dari buku2 agama jugak la.....
ada empat perkara yang dituntut oleh org yg telah mati trhdp org yg maseh hidup...
1. mandikanlah aku
2. kafankanlah aku
3. sembahyangkanlah aku
4. kebumikanlah aku
Imam as syafie menambah... sudahkanlah dengan membaca talkin... kerana talkin itu adalah utk org2 yang maseh hidup... (dikutip dr buku "Urusan Hidup dan Mati" tulisan Bey Ariffin, Pustaka Nasional, terbitan 1967..

__________________

Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...



Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

oooo..ok badot..sory2 aku x prasan ayat2 yang hujung tu..sebab kepala aku senget je menatap tulisan tu..hehehe..
banyak lagi kene blajar...hehehe...insyaallah x lame lagi ye....:)
siti hawa.....cantek nama tu...

__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*


Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

GreeN AppLe wrote:

erm nak tanye ye..kalau non muslim...tukar agama ke islam..
nama die mesti berbinkan abdullah kan...
bagaimana pula kalau dah meninggal...dia nak berbintikan sapa..?
sedangkan ibu dia non muslim...ermmm..ada yg boleh tlg jawabkan.....


 Pn Baddar dah jawab cik adik pnya soklan......ni bro blues nak tanye....

dari gerak tulisan adik ni cam nak convert to Islam......else mungkin ada kekawang adik yg nak convert to Islam......

Klu ada niat dan terbuka hati utk memeluk Islam.......adik or kekawang adik jgn lah risaukan persoalan2 cenggini.....sbb permaslahan cenggini adlah dikira sbg pekara2 furuq yakni perkara2 kecil yg x patut sgt difikirkan......

Nasihat bro blues.....kenali & buka kan hati adik or kekawang adik itu ttg kebenaran dan keindahan Islam itu sendiri......lihat Agama Islam tu snediri bukan melihat kpd bangsa yg memeluk Islam.....Insya Allah (jika di izinkan Allah)....akan terjawab nnti segala permasalahan kecil2 tu nnti

 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

terima kaseh bro blues..n terima kaseh gak pada badot sbb byk dah membantu....
hanya masa yg menentukan....insyaallah...

__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

apel ijau...

rasanya berbinkan abdullah jugak kot.... rujuk lagi ngan imam2 muda dalam GC ni

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard