Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Taufiq & Hidayah dari Allah


Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:
Taufiq & Hidayah dari Allah


Assalamualaikum & Greeting

Pepagi Jumaat ni bro blues nak postkan lah 1 cete yg menarik yg terjadi kpd Imam Syafi'e (nama sebenar Imam Syafi'e Muhammad bin Idris bin Al-'Abbas bin 'Uthman bin Shafi' bin Al -Saib bin 'Ubaid bin Yazid bin Hashim bin 'Abd al-Muttalib)

Sperti biasa amik pengajaran dan ikhtibar.......most importantly don't ever....ever lost hope with Allah......or gan kata lain.......every time & then.......bergantung haraplah gan Dia....supaya memberi RahmatNya kpd kita utk beriman & bertakwa serta berjaya dunia & akhirat.......Inysa Allah

Jgn lupe gak sbelum mula baca cete ni......bacakan dulu Ulul Kitab (Al-Fatihah).......utk kita hadiahkan kebajikkan membacanya....kpd Rasullulah, Para Anbia, Para Sahabat Rasullulah, IbuBapa kita, keluarga kita, Guru2 kita serta ppd muslimin & muslimat yg masih idup ada dah kembali ke Rahmatullah.....

Ketika Imam asy-Syafie Radhiallahu anhu berada di Masjidil Haram, beliau terlihat seorang pemuda yang bernama Usquf yang dulunya beragama Nasrani sedang tawaf di Kaabah.

Imam asy-Syafie menghampirinya dan ingin tahu mengapa dia meninggalkan agama yang dianutinya daripada nenek moyangnya itu.

Pemuda itupun menceritakan peristiwa aneh yang dilaluinya sehingga menyebabkan dia memeluk Islam.

Saat saya sedang belayar menumpang sebuah kapal, tiba-tiba di tengah lautan yang luas datang angin ribut yang sangat kencang dengan gelombang tinggi menggunung memukul kapal itu sehingga tenggelam. Semua penumpang kapal tersebut turut tenggelam bersama harta benda dan barang dagangan yang dibawa, kecuali saya seorang sahaja yang dapat menyelamatkan diri dengan berpegang kepada sekeping papan serpihan daripada kapal itu.

Saya terdampar di tepi pantai sebuah pulau di tengah-tengah lautan setelah mengharungi ombak badai beberapa hari. Saya gagahi diri berjalan mencari-cari kalau ada orang yang tinggal di pulau itu. Namun ternyata pulau itu sepi sekali, tidak berpenghuni, walaupun tanahnya sangat subur, penuh dengan tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan.

Apabila malam saya merasa takut kalau-kalau ada binatang buas yang berkeliaran mungkin akan mengganggu saya. Akhirnya saya mengambil keputusan memanjat sebatang pokok yang sangat tinggi dan mengikatkan diri di sebuah cabang yang kuat sehingga saya tidur di situ.

Cerita Pemuda itu lagi: Di tengah malam, saya terkejut daripada tidur apabila mendengar suara tasbih dari arah lautan. Saya melihat ke kiri dan ke kanan mencari suara itu. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati suara itu datangnya daripada seekor binatang ganjil yang kelihatan di bawah sinaran bulan. Binatang itu dengan jelas mengucap:

Ertinya: Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun. Muhammad itu adalah Pesuruh Allah dan menjadi Nabi yang terpilih. Abu Bakar itu temannya di gua. Umar adalah kunci penaklukan negeri dan kota. Usman pula orang yang terbunuh di dalam rumahnya. Ali adalah pedang Allah untuk menumpas kaum kafir, maka siapa yang membenci mereka nerakalah tempatnya.

Kalimat-kalimat yang di atas itu diulanginya beratus kali hingga tidak terkira, sehinggalah masuk waktu fajar. Tatkala binatang itu bergerak meninggalkan permukaan laut menuju ke darat diucapkannya tasbih yang lain pula:

Ertinya: Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Memiliki Lagi Maha Mulia. Muhammad itu adalah utusanNya yang membawa petunjuk yang benar. Abu Bakar adalah sahabatnya yang menyandang pangkat kebenaran. Umar adalah benteng dan besi yang kukuh. Usman adalah sahabatnya yang terbunuh dan yang menjadi syahid. Ali bin Abu Thalib adalah pemilik kekuatan yang keras, bagi pembenci mereka adalah laknat Allah, Tuhan Yang Maha Mulia.

Selama saya hidup inilah pertama kali kata-kata ini saya dengar. Saya sangat terpegun dengan zikir dan tasbih yang diucapkan oleh makhluk itu sehingga membuat saya berfikir sejenak agama yang saya anuti selama ini.

Bila binatang itu naik ke darat ternyata ia memiliki mulut seperti burung Naamah (bangau berkepala panjang), tetapi kepalanya manusia, berkaki binatang dan berekor ikan.

Melihat sifatnya yang sungguh pelik itu, saya ketakutan dan gementarlah seluruh tubuh saya. Rupa-rupanya binatang ini tahu saya sedang memerhatikannya lalu dia melihat kepada saya, lalu dia menyuruh saya turun.

Turun! Kata makhluk itu dengan suara yang agak kasar.

Rupanya dia boleh berkata-kata seperti manusia. Bentak hati saya. Saya takut dan enggan turun.

Turun! Jangan takut! Perintahnya sekali lagi. Kali ini suara itu agak perlahan.

Saya pun turun dengan hati yang penuh takut dan bimbang. Badan saya gementar, lalu dia bertanya kepada saya:

Wahai manusia! Apakah agamamu?

Nasrani, jawab saya yang masih dalam ketakutan.

Sebenarnya agama itu sudah ditolak dan tidak berguna lagi, ujarnya.

Kembalilah engkau kepada agama yang benar! Dia menasihatiku.

Agama yang benar itu apa? Tanya saya memberanikan diri.

Agama Islam, jawabnya.

Dia kemudian menoleh kepada saya lagi, seraya berkata:

Tahukah engkau di mana engkau berada sekarang?

Tidak, jawab saya ringkas.

Kau berada di negeri jin mukmin, tiada yang selamat daripada ganggu-an mereka, kecuali orang-orang Islam saja, dia memberitahu.

Mendengar kata-kata makhluk itu, saya menjadi ketakutan yang amat sangat kerana saya bukan orang Islam. Mungkin dia akan mengapa-apakan diri saya. Oleh sebab sebelum ini pun saya sudah tertarik dengan kata-kata makhluk itu, maka saya tidak ragu-ragu lagi ingin memeluk agama Islam.

Kalau begitu saya mahu memeluk agama Islam, tapi bagaimana caranya? Tanya saya kepadanya.

Kata makhluk itu: Ucaplah

Ertinya: Saya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan sesungguhnya Muhammad itu adalah utusan Alah

Makhluk itu menasihati saya lagi: Wahai orang muda, bertakwalah kepada Allah, jagalah aqidahmu baik-baik supaya jangan terpesong. Sempurnakanlah keimananmu dengan mengakui sahabat Nabi yang empat iaitu: Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali Radhiallahu anhum.

Terima kasih, kata saya kepada makhluk itu.

Adakah engkau ingin tinggal di sini atau pulang saja ke negerimu? Tanya lembaga itu pula.

Ingin pulang ke negeri saya, jawab saya gembira.

Baiklah, sebentar lagi ada kapal yang akan lalu di sini, tunggulah, kata makhluk itu.

Saya menjadi hairan bagaimana lembaga itu tahu, ada kapal yang akan lalu di situ.

Setelah segalanya selesai, binatang itu pun masuk semula ke dalam laut dengan cepat seperti kilat sehingga tidak kelihatan lagi. Tinggallah saya keseorangan duduk termangu-mangu sendirian dengan hati yang penuh harapan.

Tidak berapa lama selepas itu nampaklah dari jauh sebuah kapal melalui pulau tempat saya menunggu itu. Setelah melihat lambaian saya, dengan izin Allah kapal itu datang menyelamatkan saya.

Rupa-rupanya di dalam kapal tersebut ada seramai dua belas orang penumpang yang beragama Nasrani. Sebaik saja saya selesai menceritakan kepada mereka peristiwa yang menimpa saya, tiba-tiba mereka juga redha ingin memeluk agama Islam. Maha Suci Allah.

Saya merasa binatang itu telah membawa berkat yang sangat besar kepada diri saya, sebab keislaman saya berlaku dengan perantaraannya. Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya jua apabila dua belas orang pemuda Nasrani di dalam kapal tersebut memeluk agama Islam dengan perantaraan saya.

Demikianlah cerita bekas orang Nasrani itu kepada Imam asy-Syafie mengenai keislamannya.

Alhamdulillah, engkau telah menyaksikan sendiri akan kebenaran Islam itu, semoga engkau mendapat petunjuk dan keberkatan daripada Allah Subhanahu wataala, kata Imam asy-Syafie kepada Usquf.

Terima kasih, semoga Allah berkenan mematikan diri saya dengan iman dan takwa serta tetap berpijak pada agamaNya yang mulia ini, jawab Usquf pula.

 

Dipetik daripada kitab Mukhtashar Raudhur-Raiyahin karangan alAllamah al-Yafiiy

 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

walaikumussalam (sejahtera juga untukmu dan sekelian ahli gc) ...

Terima kasih bro blues .... kerana sudi mengaplikasi cerita taufik dan hidayah seorang nasrani ... yang diceritakan melalui Imam As Syafie ... salah seorang imam ahlul sunnah wal jamaah ... yang menjadi ikutan kita umat Islam di Malaysia ...

aku ingin jugak berkongsi sedikit di pagi jumaat yang mulia ini ... mengenai beberapa perkara berikut :-

A- Keutamaan Zikir

    Diantara ayat Al-Quran yg menyebutkan keutamaan Zikrullah :

   Ayat Al-Akzab 41 :      `yg bermaksud Wahai orang2 yg beriman! Ingatlah dan sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.'

   Ayat An-Nisa`:103 bermaksud:   `Kemudian apabila kamu telah selesai mendirikan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk atau semasa kamu berbaring.'

    Keterangan hadith Rasullullah SAW yang diriwayatkan oleh Thabrani bermaksud :

     Barang siapa yang ingin mendiami taman-taman syuurga maka perbanyakkan zikir Allah SWT.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

B - Keutamaan Berdoa

      Keutamaan berdoa boleh dilihat melalui firman2 Allah :-

       Ayat Al-Baqarah: 186 bermaksud     " Apabila hamba-hambaKu bertanya mengenai Aku maka (beritahulah kepada mereka) ` Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKU."

        Ayat Al-Ghafur: 60: bermaksud  " Tuhanmu berfirman: ` Berdoalah kamu kepadaKU nesaya. Aku perkenan doa permohonan kamu.' "   

        Hadith Rasullullah SAW yang diriwayatkan oleh Tarmizi, mafhumnya : " Doa adalah otak ibadat.'

         Hadith Rasullullah SAW yang diriwayatkan juga oleh Tarmizi, mafhumnya : " Mohonlah kepada Allah swt dari keutamaanNya, maka sesungguhnya Allah itu suka apabila diminta dariNya. Aada pun seutama-utama ibadat ialah menantikan waktu mendapatkan kelapangan."

         a: Adab Berdoa ada 10 perkara:-

             1. Pada hari Arafah dalam setiap tahun, bulan Ramadhan (diantara bulan2 yg lain), hari Jumaat (diantara hari2 dlm seminggu) dan waktu menjelang pagi (waktu sahur) (diantara waktu2 dalam sehari)

                 Firman Allah mafhumnya : " Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar), mereka selalu beristghfar kepada Allah (memohon ampun)" Ad-Dzariyat: 18

               2. Ketika berada di barisan perang fisabillillah, waktu hujan lebat, selepas solat fardhu, waktu antara azan dan iqamat dan ketika sedang sujud.

               3. Menghadap kiblat. Angkat kedua-dua tangan sehingga menampakan ketiak kemudian daripada selesai berdoa sapu/usap kedua telapak tangan ke muka.

                4. Berdoa dengan suara perlahan (umpama berbisik tetapi jelas).

                 5. Berdoa dalam bahasa yg difahami dan ayat tersusun

                  6. Semasa berdoa disertai dengan rasa rendah diri dan penuh berharap serta takutkan Allah swt

                   7. Hati yang mantap dan tetap serta yakin bahawa  doa dimakbulkan oleh Allah.

                   8. Berdoa denganbersungguh2

                   9. Memulakan doa dengan didahului zikir kpd Allah

                   10. Bertaubat dari perkara2 yang menzalimi diri sendiri (iaitu dari perbuatan maksiat).

(nota: adab berdoa ini aku ringkaskan ... agar mudah dibaca...)

Petikan daripada Buku   :-

Intipati IHYA` ULUMUDDIN - PENGAJARAN BAGI ORANG-ORANG MUKMIN - IMAM AL-GHAZALI  - AL-ASYEIKH mUHAMAD jAMALUDDIN aL-qASIMI AD-QASIMI Ad-DIMASQI. "     Terjemahan oleh Panel Penterjamah ... Disemak oleh Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi yg telah mengetahui perkara-perkara di atas ... aku mohon maaf .. bagi yang lupa .... aku mengingatkan diri aku sendiri disamping mereka yang lain ... sambil bergembira di laman Geng Cerita ini .... sesekali ... kita timba lah jugak ilmu .... x banyak .. sikit pun jadik lah .... Wallau`alam ... aku akhiri dengan Wassallam ...

nota: kena edit juga sebab ada typing error ...

  

            

 

 

 

 



-- Edited by baddar on Thursday 12th of May 2011 09:14:39 PM

__________________

make me feel it

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard