Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat taik kucing, busuk menyengat tapi bila ditimbus elok hilanglah busuknya.
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat pakai spenda kain satin, glamer dan seksi.
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat sampah di dalam tong jadi buangan, bila tiba masanya tetap dikutip oleh lori sampah lalu dibuang lagi. Dibuang, dibuang dan terus dibuang.
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat dapat makan megi di asrama, sangat sedap di kala susah.
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat naik motor tak pakai baju, kalau kau jatuh habis bercalar-balar.
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat minum kopi kaw di atas bukit sambil hisap rokok, sungguh asyik.
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat dapat iPad nak iPhone pula, tamak dan tak pernah cukup.
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat tayar kereta, bila dah tak ada bunga tukar baru.
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat sumpah laknat orang politik, semua pembohong.
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat Pak Lah, entah apa dia buat sekarang ni.
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat 1Malaysia, tak kira bangsa.
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat henset cabuk yang ada torch light, fangsyen tak seberapa tapi berguna di kala gelap.
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat orang pekak kena kentut, tak ada bunyi tak ada apa, tiba-tiba busuk.
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat orang tak ada bakat melukis yang melukis gambar katak, sudahlah katak itu hodoh bila dilukis lagi menjadi-jadi hodohnya.
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat air tangan emak, buat air kosong pun rasa sedap.
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat Buletin Utama dan Utusan Malaysia, membelit mangsa macam ular sawa lapar.
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat memetik buah durian, tak ada kerja dan cari masalah. Pokok durian tinggi dia bukan macam pokok rambutan nak main panjat-panjat.
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat tengok bola di stadium Malaysia, sepi tapi kalau dah semangat tu tetap semangat.
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat makan sambal belacan, pedas tapi sedap.
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat naik komuter, naik sekali taubat tak nak naik dah.
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat makwe solid melawan cakap emak, indah di mata tapi bahaya dibuat bini.
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat batu-batuan di bawah air terjun, tetap setia walau terus-terusan dihempas dan dibalun.
Ada orang kata cinta itu kadang-kadang ibarat Justin Bieber nak kahwin dengan engkau, mustahil.
Itu orang kata. Aku kata, "Cinta sejati ibarat berak cirit memulas. Memang sakit di awalnya, tapi percikannya memberikan kepuasan tak terkata."
Jadi, cinta engkau yang mana satu?
-- Edited by izat_raikkonen on Friday 27th of May 2011 05:57:06 AM
aku x stuju..w/pun x habis baca suma x stuju.. bg aku cinta ibarat PAYUNG panas or hujan tetap diperlukan..extra function as a secret weapon, kalo balak curang leh katuk kpala dia gan payung gak..
aku x stuju..w/pun x habis baca suma x stuju.. bg aku cinta ibarat PAYUNG panas or hujan tetap diperlukan..extra function as a secret weapon, kalo balak curang leh katuk kpala dia gan payung gak..
x elok katok pale ngn gayung...kan elok ko join silat sayong..kolo boipren culang jer ko jadikan beliau alat untuk sparring...barula x sie2 ilmu yg penoh di dada
silat gayung?? seumur idup aku x penah blaja pe2 teknik mempertahankan diri pun..blaja westling dr tv je then praktik gan ank2 buah aku..laki kalo curang silat gayung pun x mampu wat depa tobat, sunat je kali ke 2..sure x mo wat lg.
owh takpela..wrestling pn begune gak..netaw ko nk chokeslam maupon summersolt boipren mu yang culang...eh lai bile ko kapel..aritu janji ngan aku kao mau masuk meminang...skang neh hape kes huhu
part mana lak aku ckp aku kapel?? tunggu ko pinang lmbt kot.. ko tunggu YES (year end sales) ke baru nak pinang aku..nak tunggu dpt diskaun hantaran aku lah 2...
pat pat siku lipat sape cepat die lepat pisang...em aku dengar dalam telegram..tenggiling bukit aku impom kate kao da kapel ngan encik borhan...so aku rase sedih lalu buah pinang yang aku nak rombongkan tak jadi anta...ko tunggu pokok pinang yg aku cantas idup lik..nanti berbuah aku bagi padamu lailai..neway hantaran diskaun la bagus lai...potongan 20% demi maser depan kite cewah
Cinta itu boleh diibarat mcm mkn sambal belacan... Walaupun pedas hingga mengalir air mata.. Masih mahu dimakan juga... (Apek n Yusri - Babak dlm cerita Lady Boss)