seorang lelaki sering melintasi sempadan dengan menaiki basikal serta membawa dua guni pasir. perbuatannya itu telah disedari oleh pihak imigresen dan mengesyaki lelaki tersebut membuat kerja penyeludupan.
pihak imigresen pun menahan lelaki tersebut dan bertanya apa yang ada dalam guni tersebut.. lalu lelaki itu menjawab "pasir encik". pegawai imigresen tidak percaya lalu membuka guni tersebut. setelah diperiksa hanya pasir sahaja yang terdapat dalam guni itu. keesokan harinya lelaki itu membuat kerjanya seperti biasa... membawa basikal bersama dua guni pasir.. pegawai imigresen masih tidak puas hati lalu menahan lagi lelaki tu.. apabila diperiksa hanya pasir yang terdapat dalam dua guni itu... setelah 3 tahun berlalu... lelaki itu tidak lagi melakukan kerjanya yang dulu.... suatu hari pegawai imigresen terjumpa lelaki tadi di kedai kopi.... pegawai imigresen pun bertanya... "sebenarnya apa kerja kamu"? jawab lelaki itu.... "seludup basikal"......
__________________
Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.