Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Keranamu Qaisara


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:
Keranamu Qaisara


 

Langkah kakinya diatur keluar dari kereta yang dipandunya.Briefcase yang menjadi peneman setia selama ini dicapai bersama.Sebaik pintu kereta ditutup,terdengar namanya dipanggil dari arah belakang.

 

"Sekejap Najwa,"panggil pak Halim selaku tukang kebun yang umurnya hampir sebaya dengan umur papa.Kerana kurang selesa namanya dipanggil secara formal oleh lelaki yang sudah dianggap seperti ayah sendiri,Najwa lebih selesa jika pak Halim memanggilnya dengan namanya sahaja.

 

"Ada apa pak cik?"senyuman dihulurkan buat lelaki itu.Tangan pak Halim menghulurkan sesuatu,lantas Najwa menyambutnya.

 

"Ini ada surat untuk Najwa.Pak cik tak tahu dari siapa,pagi tadi sampai,"beritahunya.Najwa memandang lama surat ditangannya,kalau nak kata surat klien tak mungkin kerana jelas ianya bukan surat formal.Tapi dari siapa?

 

"Tak apalah pak cik,terima kasih ya.Pak cik dah makan ke?"tanyanya prihatin.

 

"Dah sudah pun,tadi Tuan ajak pak cik teman dia makan sekali.Mak Piah kamu masak gulai ketam,bukan main sedap!"pak Halim mengangkat ibu jari kanan tanda bagus.Najwa menelan liur.Sudahlah dia tidak sempat makan tengahari tadi,jadi perutnya kini sedang rancak bergendang.Pekena gulai ketam memang sedap!

 

"Oklah pak cik,Najwa masuk dulu ya.Dah tak sabar nak makan ni.."tangannya menepuk-nepuk perut yang sedang berbunyi minta diisi.Pak Halim sekadar tersenyum dan mengangguk.

 

"Pergilah masuk,pak cik nak ke belakang ni.Kalau ada apa-apa panggil je pak cik dekat belakang,"

 

Najwa mengangguk lantas berlalu setelah pak Halim juga sudah mengangkat kaki.Kepalanya sudah berkira-kira,selesai sahaja solat asar sebentar lagi,dia harus mengisi perut.

 

------------------------------------------------

 

'Assalamualaikum adikku Najwa.Wawa apa khabar?akak harap wawa dengan papa berada dalam keadaan sihat sentiasa.Maafkan akak sebab menghilangkan diri sudah terlalu lama tanpa khabar berita.Sepanjang 3 tahun akak tinggalkan rumah,akak banyak belajar tentang kehidupan,sehingga akak menemukan seseorang yang berjaya membahagiakan akak.Sepanjang kami berkenalan,dia banyak mengajar akak supaya menjadi wanita yang baik.Sebaik kami mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga,dia menyuruh akak pulang untuk meminta restu papa dan menjadi wali untuk akak.Tapi akak masih tidak boleh melupakan apa yang papa dah lakukan terhadap akak dulu.Tunang akak lari tinggalkan akak gara-gara papa tidak boleh menerimanya dulu.Jadi kami mengambil keputusan untuk berkahwin berwalikan hakim dengan alasan papa tinggal jauh dan tidak dapat mewalikan akak.Syukurlah,perkahwinan yang kami dirikan hampir 1 tahun,kami dikurniakan seorang puteri,Qaisara namanya.Umurnya kini baru mencecah 2 bulan.Kalau akak tengok wajahnya,akak tentu teringatkan wawa.Matanya tak ubah seperti mata wawa,coklat kehitaman,persis arwah mama.Hati akak sayu,akak dah berdosa pada papa.Apa yang papa buat untuk akak dulu sebenarnya untuk kebaikan akak juga,cuma akak yang tak sedar.Sekiranya sesuatu terjadi pada akak mahupun abang sham,akak mohon pada wawa.Jagalah Qaisara seperti anak wawa sendiri.Dia lahir tanpa sedar sebenarnya dia masih punya wawa dan papa sebagai keluarganya.Terimalah dia sebagai pengganti akak dalam keluarga.Mohon maaf ikhlas dari akak dan abang sham sebab merahsiakan semua ini.Hanya Qaisara peninggalan kami untuk papa.Harap papa maafkan segala kesilapan akak dan halalkan segalanya.Diselitkan bersama gambar akak dan abang sham dihari pertama kelahiran Qaisara.Salam sayang dari Natasha'

 

 

Najwa mengesat air mata yang sudah mengalir.Kakak yang pergi beberapa tahun dahulu amat dirinduinya.Tapi syukurlah kakak menemui kebahagiannya bersama abang sham.Papa sudah teresak-esak disisinya sambil menatap gambar yang dikirim kak Natasha.Kelihatan berseri wajah kak Natasha tersenyum walaupun pucat,sedang memeluk seorang bayi yang berada didalam selimut putih.Disebelahnya mungkin abang sham sedang memeluk erat bahu isterinya sambil mencium bayi mereka.Jelas kelihatan kebahagiaan yang sedang kak Natasha lalui.

 

"Papa rindu dekat kakak kamu,"sayu nada suara papa.Najwa memeluk bahu papa untuk menenangkannya.Yang dia tahu papa sudah lama memaafkan kesalahan kakak walaupun papa tidak pernah meluahkannya.

 

"Sabar papa,semua ini dugaan daripada Allah.Yang penting kita sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka,"pujuknya.

 

"Wawa janji dengan papa,cari tahu dekat mana kakak dengan keluarganya.Mereka semua keluarga kita,"

 

Najwa mengangguk laju.Air matanya dikesat,dia harus cari tahu.

 

------------------------------------------------------

 

Najwa mencium bayi yang sedang lena dalam pangkuannya.Sudah hampir sebulan jenazah kak Natasha dan abang sham dikebumikan.Syukurlah papa sempat bertemu dengan anak sulung dan menantunya sebelum mereka pergi menghadap Ilahi.Kemalangan yang menimpa mereka suami isteri telah meragut nyawa.Permintaan Najwa untuk menjaga Qaisara pada hari itu menimbulkan rasa syukur yang teramat sangat.Mereka redha dengan ketentuan Ilahi,sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

 

"Mak Piah,Najwa pergi dulu.Tolong tengokkan Qaisara ya,"Qaisara sudah beralih tangan.Kini tangannya mencapai briefcase yang berada diatas meja.Kelihatan papa sedang menikmati sarapannya sambil membaca surat khabar.

 

"Papa,wawa pergi dulu ya.Hari ini mungkin lewat sikit balik,ada proposal yang nak kena hantar,"tangannya mencium tangan kasar Dato Hasan.

 

"Ada masalah ke?"tanyanya ingin tahu.Sejak menyerahkan urusan syarikat kepada anak bongsunya,dia ditegah oleh Najwa daripada memenatkan diri memikirkan masalah syarikat.Itulah,kadang-kadang dia sendiri kesian melihat anaknya itu yang bersungguh-sungguh menjaga syarikat keluarga.Jarang sekali dia melihat Najwa menghabiskan masa bershooping dan makan angin seperti kebanyakan wanita muda yang lain.Yang dia tahu,anaknya itu hanya keluar untuk bekerja dan duduk dirumah untuk menghabiskan masa.Dah ada Qaisara sekarang,makin liat anaknya itu mahu keluar.

 

"Tak ada apalah papa.Cuma ada sedikit kecuaian dalam pengiraan kos,itu yang last minute jadinya.Kalau ada apa-apa papa terus call wawa ye,"pesannya.Dato Hasan menggangguk sambil tersenyum.Walaupun baru mencecah umur 23 tahun,Najwa sudah mahir dalam selok-belok syarikat mereka.

 

"Yalah.Lagipun mak Piah dengan pak Halimkan ada untuk temankan papa,cucu kesayangan papa pun ada,"Dato Hasan memandang cucunya yang sedang lena dibuai oleh mak Piah.

 

"Wawa jangan kerja keras sangat,jaga kesihatan.Nanti sakit,siapa nak jaga papa dengan Qaisara.wawa tu kalau sakit susah nak elok,nasib baiklah jarang sangat penyakit nak singgah dekat Wawa,"gurau papa.Najwa sudah tersenyum lebar,papa memang suka bergurau.

 

"Insyaallah,wawa pergi dulu ye.Mak Piah,pergi dulu ye,"Mak piah menoleh dan menggangguk.Bersemangat sungguh anak majikannya itu.

 

" Kak Piah,tengoklah anak dara saya itu, bersemangat sungguh,"

 

"Samalah macam Tuan,tak ada bezanya,"Dato Hasan tersenyum.Kerana sudah lama berkhidmat untuk mereka sekeluarga,mak piah sudah faham benar dengan sikap mereka seisi keluarga.

 

"Yang saya risaukan,wawa itu tak pernah nak bercinta.Macamana nak berumah tangga nanti?"

 

"Tuan,nak kahwin tak semestinya kena bercinta dulu.Kalau bercinta lepas kahwin,lebih manis rasanya,"

 

"Insyaallah kak Piah.Saya cuma harapkan ada orang yang betul-betul ikhlas mencintai anak saya.Saya terlalu menyayanginya lebih-lebih lagi sejak kehilangan Imah dan Natasha,"luahnya.Mak piah mengangguk setuju.

 

"Pasti ada untuknya,"

 

---------------------------------------------------

 

Lelaki itu menatap gambar bayi yang berada ditangannya.Mata anak kecil itu begitu menarik perhatiannya.Bibirnya mengukir senyum,entah kenapa dia begitu terpesona dengan mata coklat kehitaman itu.

 

'Ikut mata siapalah agaknya, arwah abang Sham dengan Kak Natasha mata hitam,'Izzat membuat pemerhatiannya.

 

"Hoi!Apa yang kau menungkan?khusyuk aku tengok kau tatap gambar tu,gambar awek ke?"tanya Man dalam nada bergurau.Izzat mengalih pandang kearah sahabatnya.Ada-ada sahaja man ni.

 

"Banyaklah kau punya awek.Gambar anak saudara aku ni,"gambar yang dipegangnya ditunjukkan kepada Man.Man menyambutnya dengan kerutan didahi,anak saudara?

 

"Kau biar betul.Bila masa pula kau ada anak saudara ni?"

 

Izzat tersenyum sendiri.Dia sendiri pun baru dapat tahu yang dia sebenarnya adalah seorang pak cik.Sesuatu yang begitu mengejutkan.

 

"Kau ingat aku pernah cakap pasal arwah abang aku yang dekat Dubai tu?tanyanya mengingatkan Man.Man termenung sebentar,lantas mengangguk.

 

"Anak dialah tu,akupun baru tahu beberapa hari lepas,"

 

"Jadinya,kau tak pernah jumpa lah ye.Parents kau macamana?"Man mula berminat ingin mengetahui cerita selanjutnya.Izzat menyandarkan tubuhnya di sofa empuk yang selalu mereka duduki sebaik menjejakkan kaki ke disko Blue Ocean ini.Bunyi muzik rancak yang bingit,langsung tidak mengganggu mereka berdua.

 

"Parents aku dah pernah jumpa masa arwah kakak ipar aku bersalin berapa bulan lepas.Lepas aku balik dari Brunei masa kenduri tahlil abang dengan kakak ipar aku tupun aku tak pernah jumpa dengan dia lagi.Parents aku cakap maybe mak cik dia yang jaga dia sekarang,"ceritanya.Man mengangguk-ngangguk tanda memahami apa yang sahabatnya itu ingin sampaikan.Tiba-tiba kepalanya terasa ingin mengenakan sahabatnya itu.

 

"Mak cik dia tu,bini kau ke?"dia ketawa sendiri.Izzat sempat menumbuk bahu sahabatnya sebelum turut ketawa.Banyaklah punya bini.

 

"Kalau belum ada yang punya,aku on aje,"sengaja Izzat menambah sehingga mencetus gelak ketawa dua sahabat itu.Beberapa orang yang melalui mereka sempat mengenyit mata,yang perempuan sahaja ye..

 

"So apa plan kau sekarang?"tanya Man setelah kedua-duanya berhenti ketawa.Wajah Izzat kembali serius,ini yang pening ni.

 

"Parents aku nak aku cari dekat mana anak saudara aku tu tinggal sekarang.Kalau boleh diaorang nak jaga anak tu,takpun suruh aku yang jaga,"ujarnya perlahan.Man ternyata terkejut,mulutnya ditekup menahan ketawa.Tak sampai beberapa saat,ketawanya meletus lagi.Izzat mengeleng sendiri,apa kena Man ni?

 

"Kau jaga budak?Izzat jaga budak?kalau jaga mak budak bolehlah,"Man meletus ketawa.Kepalanya nakal membayangkan sahabatnya yang macho habis tu menjaga budak,bayi pula tu.

 

"Kau jangan pandang rendah dekat aku Man.Setakat budak besar tu,not a big deal,"ujarnya berbangga diri.Sebenarnya dia sendiri pun tak yakin yang dia boleh menjaga budak kecil.Diri sendiri pun tak terurus,inikan nak jaga budak kecil.Mengingatkan umi dengan baba yang akan menyerahkan segala urusan syarikat kepadanya sekiranya dia berjaya menjaga anak buah yang tidak pernah ditemui,Izzat nekad.Tak kira apapun caranya,dia akan mendapatkan Qaisara.Titik!

 

-----------------------------------------------

 

Najwa memberikan ucapan penutup pada minit mesyuarat petang itu,sebelum semuanya bersurai untuk minum petang.Ada juga yang tergesa-gesa pergi tanpa menjamah apa-apa.Yalah,jam pun sudah menginjak ke pukul 5.30 petang,pasti ada yang nak ambil anak pulang dengan kadar segera.Bukannya mahu menyusahkan para pekerja,namun keputusan ahli lembaga pengarah yang begitu mendadak menyebabkan mesyuarat harus dilakukan hari ini juga.Najwa melangkah laju menuju ke ruang pejabatnya,dia juga tidak ada selera mahu menjamah makanan petang itu.Tubuhnya terasa begitu penat,mana tidaknya dari pagi tadi dia terkejar-kejar menguruskan mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah,kemudiannya ke tapak projek di Pahang sebelum menguruskan mesyuarat petang itu.Sabrina yang masih belum pulang sudah berdiri sebaik dia melintasi meja setiausahanya itu.Najwa terpandangkannya lantas tersenyum.

 

"Tak balik lagi ke?dah pukul berapa ni,"tegurnya.

 

Sabrina kelihatan teragak-agak mahu menjawab.Lain macam je Sabrina ni?

 

"Hmm..belum lagi cik Najwa.Ni ada orang tunggu cik dekat dalam,dah dekat setengah jam rasanya,"beritahunya.Dia kenal sikap majikannya itu yang tidak suka sesiapa masuk ke ruang pejabatnya sesuka hati,namun begitu Najwa tetap tidak naik angin sesuka hati.

 

Najwa memandang Sabrina dengan kedutan didahi.Siapa yang datang waktu macam ni?penting sangat ke sampai tak boleh tunggu esok.

 

"Siapa?saya ada apa-apa appointment ke yang mungkin saya terlupa?"tanyanya cuba mengingati jadualnya hari ini.

 

"Tak ada cik.Tapi Encik tu kata ada urusan penting,saya pun tak tahu apa-apa,"beritahunya.

 

"Tak apalah,terima kasih.Boleh saya minta tolong awak sekejap?ke awak kejar masa?"

 

"Saya tak apa,suami yang ambil anak hari ini.Tolong apa cik?"

 

"Jangan balik dulu ye,teman saya jumpa tetamu tu.Dah lewat macam ni,tak elok pula rasanya,"Najwa memegang bahu Sabrina dengan senyuman.Sabrina mengangguk setuju.Dia faham situasi majikannya itu.Dia hormat majikannya itu yang pandai menjaga nama baik dan batas-batas pergaulan biarpun sering kali berurusan dengan lelaki.

 

"Terima kasih ya,"ujarnya ikhlas.Sabrina tersenyum puas.

 

Pintu kayu itu dikuak dari depan.Najwa tercari-cari tetamu yang tidak diundangnya itu,lantas matanya terpandang sesusuk tubuh yang berdiri membelakangkannya menghadap tingkap.Kecil besar matanya memerhatikan orang itu,rambutnya,bentuk tubuhnya dan wangian yang dipakainya,tak pernah kenal pun.Menyedari dirinya diperhatikan,pantas lelaki itu memusingkan tubuhnya.

 

'Buat macam bilik sendiri pula,'ngomel Najwa dalam diam.

 

Lelaki itu menguntum senyuman buatnya yang masih tercegat dekat pintu bersama sabrina.Pandangannya terus dialih ketempat lain,wajah itu boleh mencairkan hati mana-mana wanita.Wajahnya putih bersih dan nampak cukup segak dan kacak.Najwa menelan liur,dadanya sudah berdegup kencang.Ini kali pertama dia sebegitu apabila berhadapan dengan lelaki yang bukan muhrimnya.

 

'Sabar Najwa,sabar.Be profesional.selalunya kau cool je,relaks..'Najwa berbual sendiri.Entah monsun mana yang datang,tiba-tiba dia rasa sebegini.

 

"Maaf,kita kenal ke?"tanyanya cuba berlagak selamba.Daripada melayan debaran ni baik cepat-cepat selesaikan urusan kedatangan lelaki ini,boleh cepat balik.

 

Kelihatan lelaki itu ketawa sendiri.Najwa dan Sabrina saling berpandangan,apa kena mamat ni?

 

"Boleh cik yang manis tu tinggalkan kami sendirian?"soalannya dibiarkan berlalu sahaja,malah soalan lain pula yang ditujukan buat Sabrina.Mendengar ayat-ayat manis lelaki itu,Najwa mengangkat kening,sabrina pula sudah ketawa kecil.Lelaki itu sempat mengukir senyuman,senyum menggoda!Melihat majikannya itu langsung tidak tersenyum,Sabrina diam kembali.Dipandangnya Najwa untuk mendapatkan kepastian,perlu ke ikut cakap lelaki tu?

 

"Apa yang penting sangat?saya rasa lebih elok kalau Sabrina tak kemana-mana.Kalau ada apa-apa kita bincang sekarang,"putus Najwa.Melihat lenggok lelaki itu,nampak sangat macam kasanova,penggoda!Sabrina hanya menjadi pemerhati dan pendengar.Dia tahu majikannya itu pandai dalam membuat keputusan.

 

Lelaki itu tersenyum sendiri lantas menggeleng.Ada nada ketegasan dalam kata-kat itu.Sabrina dapat merasakan yang lelaki itu cuba menyampaikan sesuatu yang begitu personal,jadi mungkin dia harus memberi sedikit ruang buat mereka.

 

"Tak apalah cik,saya sediakan minuman dulu ya,"cadangnya lalu terus berlalu.Harap-harap tindakannya ini tidak mendatangkan amarah majikannnya.

 

Najwa belum sempat berkata apa-apa,Sabrina sudah menghilangkan diri.Dia menarik nafas dalam,mungkin Sabrina berasa tidak selesa dengan keadaan ini.Langkah kakinya diatur menuju ke arah sofa yang berhampiran pintu yang dibiarkan terbuka luas.

 

"Jemput duduk,"pelawanya walaupun dia sudah tahu tak perlu dijemputpun lelaki itu sudah duduk terlebih dahulu.

 

Jam ditangan dikerling,lagi 10 minit pukul 6.Harap-harap cepatlah boleh balik.Ekoran matanya dapat menangkap pandangan lelaki itu yang sedang memandangnya dari jauh.Entah apa yang dia nak pun tak tahulah.

 

"Please don't waste my time.Awak tahu kan dah pukul berapa sekarang ni?"sengaja dia memulakan bicara.Kesunyian yang melanda hanya akan mendatangkan kerimasan,malah membuang masa.Lelaki itu mengerling jam tangannya.

 

"Ok,just straight to the point Mr.."katanya terhenti.Lupa pula nak tanya namanya siapa.

 

"Izzat,Izzat Arsyad,"sambungnya bersahaja.

 

Najwa terdiam sebentar,tak pernah dengar pun.Siapa?kawan papa ke?sepupu jauh?klien?

 

"Tak perlu pening-peningkan kepala cik Najwa Arina,sebab awak memang tak kenal saya pun,"seperti dapat membaca apa yang difikirkannya sekarang,Izzat mencelah.Najwa terkesima.Mana dia tahu?

 

"Biar saya terus terang sajalah.Saya adik kepada Risham,suami Natasha,"

 

Natasha?Natasha mana?kakak ke?

 

"Saya dengar awak yang jaga Qaisara sekarang,dia macamana?sihat?"tanyanya prihatin.

 

Sah!Memang kakak yang dimaksudkannya.Tapi tak tahu pula pasal ahli keluarga abang Risham.

 

"Dia sihat,alhamdulilah.Jadi apa tujuan awak datang ni?"

 

"Serahkan Qaisara pada saya,biar saya yang menjaganya,"ujarnya tenang.Najwa membulatkan mata,hatinya mula berasa tidak tenang.Bibirnya mula mengukir senyuman,cuba menenangkan hati.

 

"Are you serious?kita tak kenal satu sama lain pun.Then tiba-tiba awak nak menjaga Qaisara,awak ingat ni main pondok-pondok ke?"

 

"Saya dan parents berhak keatas Qaisara,awak tak ada hak untuk membantah.She's not yours,"ujarnya keras.Najwa menarik nafas.Tidak!Dia akan pegang janjinya pada kak Natasha.Tak akan baru disergah sikit dah melatah?

 

"I don't think so mr Izzat Arshad.Maybe awak terlupa satu perkara yang saya adalah seorang wanita,seseorang yang layak untuk menjadi seorang ibu.Sejak saya berjanji pada arwah kak Natasha untuk menjaga Qaisara,sejak itu saya berjanji yang Qaisara adalah anak saya,tak kisah apa orang nak kata,"balasnya penuh yakin.Dia nekad,Qaisara tidak akan dibiarkan hidup tanpa kasih-sayang seorang ibu.

 

Izzat memandang wanita didepannya yang begitu ikhlas menuturkan setiap bait perkataan yang semuanya berbekas di dalam hati lelakinya.Matanya terpandangkan mata Najwa yang sayu sahaja,kepenatan mungkin?eh!Tunggu sekejap,mata itu?!Ya!mata coklat kehitaman yang diwarisi kepada Qaisara,yang berjaya menjentik hatinya yang penuh dengan cinta muslihat.

 

"Maaf,tapi saya tetap dengan keputusan saya.Maaf sekali lagi untuk pihak parents awak.Tapi saya langsung tak berniat nak rampas apa-apa dari mereka,Qaisara cucu mereka,hak mereka.Saya tak halang Qaisara untuk tinggal dengan mereka,tapi tolong,buat masa ni biarlah saya yang besarkan dia seperti anak saya sendiri,"luahnya sayu.Harap-harap perkara ini tidak mencetuskan perbalahan antara mana-mana pihak,terutama papa dan parents Izzat.

 

---------------------------------------------

 

Najwa menceritakan kedatangan Izzat Arshad minggu lalu,iaitu bapa saudara Qaisara kepada papa,mak piah dan pak Halim.Semuanya menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Najwa,asalkan tidak mendatangkan apa-apa perselisihan faham antara dua-dua keluarga.Pastinya mereka tidak mahu roh Risham dan Natasha tidak tenang disana.

 

Dato Hasan merehatkan tubuhnya sambil menonton siaran dihujung minggu.Najwa pula tidak ke pejabat hari ini,jadi bolehlah dia menghabiskan masanya bersama papa dan Qaisara.Anak kecil itu didukungnya sambil mengambil tempat disebelah papa.

 

"Cucu atuk dah bangun ye,dah mandi ke belum ni?"Dato Hasan mencium pipi gebu itu berulang kali.Sayangnya pada cucu yang satu itu memang tidak boleh digambarkan.Najwa tersenyum sendiri melihat gelagat papa dan mulut Qaisara yang terlopong seperti memahami apa yang papa katakan padanya.

 

"Qaisara dah mandilah atuk,dengan mama tadi,"ajuk Najwa dengan suara yang sengaja dipelatkan seperti anak kecil.Dato Hasan sudah ketawa besar lantas mencuit hidung anak bongsunya itu.

 

"Maaf tuan,ada tetamu,"beritahu pak Halim yang baru muncul.Dato Hasan dan Najwa saling berpandangan.Siapa yang datang hujung minggu begini?

 

"Siapa pak cik?"tanya Najwa bagi pihak papanya.Qaisara yang berada didalam dukungan dibetulkan supaya anak itu lebih selesa.

 

"Tak tahulah,katanya bawa rombongan meminang,"ujar pak Halim bersahaja.

 

Dato Hasan memandang anaknya yang juga sedang memandangnya.Meminang?

 

------------------------------------------------

 

"Apa awak buat ni?awak tahu tak papa saya boleh kena serangan jantung sebab terkejut,silap-silap saya sekali,"marahnya tapi cuba dikawal suaranya supaya tidak di dengari oleh orang lain.Matanya mencuri pandang kearah ruang tamu,dimana ahli keluarga Izzat Arshad sedang duduk berbual dengan papa,mak piah dan pak Halim.Kedatangan mereka secara mengejut membawa hajat besar,walhal mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain pun.Kata Puan Sri,ketika anak mereka Risham mengambil keputusan untuk mengahwini Natasha,mereka tidak berpeluang untuk melakukan adat seperti ini.Jadi untuk kali keduanya,mereka tidak akan melepaskan peluang.

 

"Kenapa?it's nothing wrong,"ujarnya bersahaja.Jelas kedengaran ketawanya dihujung talian,berjaya mengenakan Najwa.Najwa mengetap bibir,menyampah!

 

"Encik Izzat,awak tahu tak apa yang awak buat ni?awak ingat berkahwin ni main-main ke?awak lelaki lainlah,boleh kahwin sampai empat.Tapi saya ni perempuan,saya harap ianya hanya sekali dalam seumur hidup saya,"sayu suaranya.Dia tidak faham sebenarnya dengan lelaki yang bernama Izzat Arshad itu,baru sahaja kenal dah masuk meminang.Suasana sunyi sebentar,masing-masing berdiam diri.Najwa menarik nafas,dia tersalah cakap ke?

 

"Semuanya terserah pada awak,saya tak memaksa.Saya faham dan saya hormati keputusan awak nanti.Tentang parents saya awak jangan risau,sekurang-kurangnya mereka dapat mengenali keluarga besan mereka yang tak pernah mereka temui.Oklah,awak berehatlah,maaf kerana mengganggu.Assalamualaikum,"talian dimatikan.

 

Najwa menjawab salam didalam hati.Tiba-tiba hatinya dipalu resah,bersalah.Entah kenapa dia berasa semacam mendengarkan nada suara lelaki itu,begitu sayu di pendengarannya.Air matanya tiba-tiba terasa mahu mengalir,Najwa menarik nafas.Tangannya mengetuk-ngetuk dadanya yang terasa sesak dan sebak.Apa kena aku ni?Matanya menangkap senyuman papa yang seperti memberinya jawapan untuk keresahan yang dirasainya kini.Puan sri juga memandangnya dengan seribu harapan.Najwa kaget!Mulutnya terkumat-kamit menyebut kalimah Allah,semoga hatinya tenang dengan segala ketentuanNya.

 

Langkahnya menghampiri Qaisara yang baru sahaja lena diatas katil.Pipi gebu itu dicium penuh kasih.Sebaik pulangnya keluarga Izzat petang tadi,papa langsung tidak keluar dari bilik.Adakah papa marah dengan hal yang tiba-tiba ini?Pintu bilik dikuak.Najwa menoleh kearah pintu,kelihatan papa dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.Najwa membetulkan duduknya,memberi ruang kepada papa untuk duduk disebelahnya.Dato Hasan sempat menghadiahkan senyuman buat cucu kesayangannya.Najwa tersenyum puas,ini semua anugerah Allah buat dirinya.

 

"Anak papa macamana?dah buat keputusan?"Dato Hasan membelai rambut anaknya penuh kasih.Anak yang setia menemaninya,menggantikan arwah isterinya dan Natasha sudah besar panjang rupanya.

 

"Papa,wawa minta maaf sebab tak bagitahu papa tentang semua ni.Wawa sendiri pun..."ayatnya habis disitu apabila papa mengangguk-ngangguk seperti mengetahuinya.

 

"Papa dah tahu,Dato sri dah bagitahu papa yang wawa tak tahu pun tentang semua ni.Ini semua rancangannya Izzat,"jelas papa.Terkejut Najwa dibuatnya.Papa dah tahu semuanya?

 

"Habis papa tak marah?"tanyanya bodoh.Dato Hasan mengusap kepala anaknya lantas tersenyum lebar.

 

"Wawa,wawa.Dah jadi mak orangpun macam budak-budak lagi,tentulah papa tak marah,lagi suka adalah.Dah besar panjang rupanya anak papa ni,dah nak kahwin pun,"Najwa tersenyum malu.

 

"Apa keputusan wawa papa terima aja.Tapi papa nak wawa tahu yang Qaisara juga memerlukan kasih sayang seorang bapa,dan papa rasa dia adalah orang yang sesuai untuk wawa.Wawa fikirkannya,buat solat istiqarah,minta petunjuk Allah,"pesan papa.Najwa mengangguk perlahan,air matanya mula terasa mahu mengalir.Papa menariknya dalam pelukan,dibelai rambut anaknya lembut.

 

"Terima kasih papa,"ucapnya perlahan.Pintu diketuk dari luar.Mak Piah muncul dengan senyuman manisnya.Matanya nampak berair,pasti baru lepas menangis.Pelukan diuraikan,papa bangun dari duduknya.

 

"Masuklah mak piah,macam tak biasa pula,"gurau Najwa cuba mengembalikan suasana yang ceria kembali.Kelihatan mak piah mengesat hujung matanya dengan lengan baju kurung kedah yang dipakainya.Ditangannya kelihatan sebiji kotak baldu yang berwarna merah jambu.Kotak tersebut dihulurkan kepada Najwa,lantas tubuh langsing itu dipeluknya erat.

 

"Terima kasih juga mak Piah,"

 

------------------------------------------------

 

Najwa mengunci pintu dari dalam sebaik sahaja selesai membantu apa yang patut seusai majlis siang tadi.Jam sudah menunjukkan keangka 10 malam,patutlah matanya sudah mulai mengantuk.Qaisara masih tidak tidur,mungkin sedang bermain bersama neneknya.Badan yang sudah terasa melekit harus dibasahi dengan segera,barulah sedap nak solat,nak tidur.Baju kebaya putih yang dipakainya sudah ditukarkan dengan kain tuala.Tudung yang dipakai juga sudah diletakkan bersama.Rambutnya yang beralun lembut dibiarkan lepas,bergerak mengikut rentak kepalanya.Langkahnya diatur masuk kebilik air,segarnya.

 

Dingin dirasai diseluruh tubuhnya walaupun dia sudah mandi dengan air suam.Sudah agak lama juga rasanya dia menikmati mandiannya malam itu,pasti Qaisara sudah keletihan bermain dari siang tadi.Tangannya memegang tombol pintu untuk dipulas.Membulat matanya tatkala melihat perubahan yang ada pada kedua-dua belah tangannya.Kesemua sepuluh jarinya manis berinai,malas ada sebutir cincin berlian berkilau dijari manisnya.Terus tangannya melepaskan tombol pintu,satu tamparan hinggap dikepalanya sendiri.Macamana boleh lupa ni?Matanya memerhati segenap tubuhnya yang hanya berkain tuala ketika ini.Dipandang sekeliling ruang bilik air,takut-takut ada pakaiannya yang tertinggal.Namun hampa,kesemua pakaiannya pasti sudah siap dicuci dan mungkin sudah berada di dalam almari.Dadanya sudah berombak,berdegup kencang sekali sama seperti siang tadi ketika dia dan Izzat selamat dinikahkan.

 

Najwa menarik nafas dalam.Nak tak nak,dia harus menempuhi semua ini.Minta-minta Izzat masih berada di luar dan sempatlah dia mengambil pakaiannya.Ya!Kalau tidak silap,pintu dikunci tadi dari dalam.Cantik!!Dengan lafaz bismillah berulang kali didalam hati,Najwa memberanikan diri memulas tombol pintu.Sebenarnya dia hanya beradu nasib,tapi apa yang nak dikecohkan?bukankah mereka sudah sah?Kepalanya dijengguh disebalik ruang pintu yang dibuka kecil,diperhati segenap ruang bilik.Clear!Tapi lampu sudah ditutup?tak kisahlah,janji lepas sudahlah.Kakinya melangkah laju tapi senyap kearah almari baju yang berada disudutnya tersendiri,tergopoh-gapah pintu almari dibuka dalam keadaan gelap,nasib baik ada tempias cahaya lampu bilik air.

 

"Cari apa dalam gelap tu?"tegur satu suara dari jauh,tapi tetap dalam bilik yang sama.

 

Tidak perlu berpalingpun dia tahu suara siapa itu.Berderau darah Najwa,seram sejuk rasa tubuhnya.Bukanlah kerana air-cond yang terpasang,tapi kerana ditegur oleh seseorang yang digelar suami.Macamana dia masuk?Pap!Lampu bilik dibuka,terasa seperti jantungnya sudah tercabut dari badan,dan dia sudah tidak mampu bergerak seperti patung cendana.Yang terasa sekarang hanyalah kesejukan dan kedinginan.

 

"A..wa..k jangan dekat,"tiba-tiba dia bersuara,penuh dengan getaran.Dalam sekelip mata sahaja,lelaki itu sudah berada betul-betul dibelakangnya.Najwa memejam mata erat-erat,tak sanggup nak pandang.Bau wangian perfume Izzat sahaja sudah mampu menarik minat mana-mana wanita,belum bab wajahnya yang kacak habis tu.

 

"Awak cari apa dalam gelap ni?kenapa tak buka lampu?"tanyanya dan tanpa sedar Izzat sudah berada disebelahnya.Najwa membuka sedikit kelopak matanya,kelihatan Izzat sedang menahan ketawa memandangnya.Malunya!

 

"Tak sejuk ke pakai tuala basah macam ni,nanti demam pula,"ujarnya prihatin.Tiba-tiba bahunya terasa seperti diselimuti dengan satu tuala kering yang lain.Pantas matanya membulat memandang lelaki disebelahnya,mata mereka bertaut.Terkebil-kebil Izzat memandang ke tempat lain.sejujurnya dadanya kini sedang bergoncang hebat,hanya Tuhan sahaja yang tahu.

 

"Pergilah pakai baju dulu,saya nak solat sekejap lagi,"Izzat menukar topik.Langkahnya diatur menuju kearah katil.

 

Najwa mengangguk tanpa berkata apa-apa.Hatinya tiba-tiba terdetik sesuatu,sesuatu buat Izzat Arshad.

 

"Boleh awak imamkan saya?"tanyanya spontan sehingga menyebabkan langkah Izzat terhenti.Izzat Arshad tersenyum sendiri,dalam hati dia mengucap syukur kepada Allah yang Esa.Satu ungkapan yang ditunggu-tunggu olehnya terungkai juga.

 

Dipandang wajah isterinya penuh kasih,tanpa sedar satu ciuman hinggap di dahi licin Najwa.Terkesima Najwa dengan tindakan yang drastik itu,namun dengan perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman.Dalam hati dia berdoa agar Allah memberi mereka kebahagiaan dunia akhirat.

 

'Terima kasih Ya Allah kerana Kau temukan aku dengan dia,dan Kau satukan kami kerana Qaisara,segalanya keranamu Ya Allah,'luahnya didalam hati.Air matanya tiba-tiba terasa ingin mengalir.

 

Izzat memegang dagu isterinya,dipandang mata coklat kehitaman itu yang sudah berair.Pantas tangannya menyapu air mata itu,ya air mata kegembiraan barangkali.

 

"Apasal cenggeng sangat ni?kalau macam ni kena dendalah,"Najwa mengangkat kening,ada-ada jelah.

 

"Panggil abang,abang lepastu abang panggil sayang,sayang,boleh?"Najwa terlopong,biar betul.Izzat pantas mencuit hidung Najwa.Isterinya terjerit kecil lantas memegang hidungnya daripada dikenakan lagi.

 

"Batal wuduq sayang tau,abang dah pegang-pegang,"ujarnya spontan,tapi malu-malu juga sebenarnya.Boleh pula guna gelaran tu ye..Izzat tersenyum lebar,sedap telinganya mendengar Najwa memanggilnya abang,dan membiasakan dirinya dengan panggilan sayang.

 

"Tak apa,kita berwuduq sama-sama,"cadangnya berbaur gurauan.Najwa sekadar tersenyum membalas suaminya.Dah lewat ni,pasti Qaisara sudah keletihan.

 

"Abang,Qaisara mana?"Izzat memandang kearah pintu bilik mereka yang tertutup rapat.Ya juga,masa naik tadi tak perasan pula.

 

"Tak tahulah,mungkin dengan umi.Biarlah malam ni Qaisara tidur dengan umi,bagi chance papa dia nak manja dengan mama dia malam ni,"ujarnya dengan jelingan nakal memandang isterinya.

 

Najwa tersenyum malu,lantas mencubit perut suaminya itu.Padan muka!Izzat Arshad menggosok-gosok perutnya sambil ketawa besar.Tak sangka perit juga cubitan isterinya ini.

 

"Malaslah nak layan abang ni,baik pergi wuduq cepat,"arahnya seraya menolak tubuh sasa itu kearah bilik air.Izzat tersenyum pantas mencuit hidung isterinya.

 

"Baiklah tuan puteri,"

 

Najwa Arina hanya memandang suaminya penuh kasih.Terima kasih Ya Allah,semoga kebahagiaan ini kekal hingga ke syurga.

 

 

 

 

$ THE END $



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

kalau keranamu abg fizie tak ada ke?

cuba ko buat satu cita mengenai abg fizie yg hensem dan mulia..

sonok skit aku nk baca..

ni tak abes kisah mcm gini..

buhsan lerrrr...

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:

hmm...boleh juga kan?

terima kasih atas komen & cdgn anda

tapi memang idea mcm ni je yg selalu keluar

pening2 nk fikir idea lain

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2292
Date:

apa komen aku?

apa cadangan aku?

rasa mcm aku sorang je yg post topik ni..

tak faham...

zzz

__________________

ccpsantai.th.png

Crazy Chaos Paintballerz



Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:

Qaisara......teringat pd anak angkat ku
name die pun Qaisara.....Dhia Qaisara...comelnye huhuhu

__________________

 someOne .....is..waiting..

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard