> Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah > jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah > kau tidak membuat sebarang anggapan? > > Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada > kekasih baru untuk menjalankan tindak balas > penggantian ke atas diriku. > > Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis > lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi > unsur dan bukannya sebatian. > > Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar > songsang dengan kesetiaan yg kuberikan. > > Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar! > > Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana > penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum > sahih. > > Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton > ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan > dengan cinta yg kau berikan. > > Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui > bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji- > janji manis yg bergerak secara rawak. > > Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui > proses pencaran dan perolakan. > > Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh > perkahwinan kita mengalami rintangan? > > Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh > laras untuk mengurangkan rintangan itu. > > Mu:Adakah kita akan berpadu secara kimia? > > Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya > nanti dapat dilihat dengan menggunakan > mikroskop cahaya. > > Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg > lebih aktif dan bertindak balas dengannya. > > Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi > dan haruslah menggunakan hukum-hukum > penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya. > > Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam > magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak > percaye? > > Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu > dalam bentuk lazim. > > Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu > ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami > pecutan yg seragam. > > Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari > iman. > > Mu: Tapi, imanku adalah infiniti! > > Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana > kau blum mendarabkannya dengan 6x10'23. > > Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. > Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau > jugakk yg susah kerana aku akan mengalami > hemolisis. > > Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku > telah mengalami plasmolis. > > Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku > sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau > grafit. Pergi kau dari sini. > > Biarkan aku sendirian........ > >
KU MU: Walaupun rupamu seperti Penunu Bunsen, akan ku alkalikan cintaku di benak lubuk kalenjar insulin mu, Secara jujukannya, cintaku ibarat titanium yang tidak boleh dihakis oleh asid etanol, sehingga la wajahmu menjelma dalam ruang tindakan kinetik.
True.. true... sini ramai org2 yang bijak ilmu sains... apa.. Cik Miss Stick suker belajar Sains ke.. emm.. biasanya Mister Rie buleh tolong, tapi maklum la.. 2-3 minggu ni dia sibuk sikit study utk repeat paper Sains SPM dia yg kantoi tu..
Tapi jangan susah hati.. saya dengan suka citernya mengoffer diri saya utk membantu.. apa la nak berkira sangat kan.. kita kawan2..
__________________
"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."
jgnlah cakap camtuh...habis arteri pulmonori aku kembang nih.....kelenjar adrenal pun merembeskan hormon adrenalin....maka salur udara pun kembang....prooooOOOooottttt....alamak terkentut pulak aku.....
__________________
Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.