Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: tik..tik ..tik


Asst Moderator

Status: Offline
Posts: 886
Date:
tik..tik ..tik


<<...OLE_Obj...>> Ini adalah mengenai  Nilai kasih Ibu <<...OLE_Obj...>>
Seorang anak mendapatkan ibunya
yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.  

Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai $4.00

Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00

Tolong kemas bilik $2.00

Tolong siram bunga $3.00

Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : S$17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
 

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA  
Kos berjaga malam kerana menjagamu -
PERCUMA  
Kos air mata yang menitis keranamu -
PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -
PERCUMA  
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -
PERCUMA  
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -
PERCUMA  
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.


Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."  

__________________
tok dan nenek


Senior Member

Status: Offline
Posts: 381
Date:

insafnyaaaaaa


tanpa ibu dan ayah, wella takkan hadir ke dunia ini.


 


Selamat hari Raya Tok & Nenek.



__________________
dekat padaku agar kau lebih mengenali diriku tapi jgn dekat sgt..nak kena lempang?
umi


Senior Member

Status: Offline
Posts: 478
Date:


akum suma...terutama Tok...lama tak chatting semenjak 2 menjak ni...bukan apa ada sebab2 tertentu...

Tok betapa agung nyer wanita sprt umie dan kengkawan yg sejenis ni tok....maka nyer...Tok kena berlemah lembut la dgn kami ni yea..kalo kami kutuk relaks je..kalu kami kt tok bodoh wat dee je...kalu kami kata tok penipu tok diam je tapi tok kalu kami kata tok lhensem tok terajang kami...coz kami tipu...

selamat hari Raya Geng...terutama utk walique, liki dan geng yg nakal nakal...

berhati hati di jln raya..ok my dear...

__________________


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

waaaa.....

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila
NN


Super Senior

Status: Offline
Posts: 581
Date:

buat apa ko nangis rie... bukannya ko ada airmata pun membazir jer...


Ni tambah lagi klu nak tahu betapa istimewanya menjadi seorang perempuan...


19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW
akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada
bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki
yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan
orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah
lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan
amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka,
maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-
mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut,
burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah
yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah
SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab
Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya
yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


 



__________________
belai cinta agar terus mekar


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:

ada juga anak yang sanggup bunuh ibu dia yer...... rujuk akhbar 17/11/2005, na'uzubillah

__________________
Ya.. aku seorang jawa


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 25
Date:

sapa yang dah lama tak balik kampung.balik ler...korang nie sayangngilah kuarga...penat kerajaan wat iklan kat tv tue...UTAMAKAN KELUARGA...inie tak utamakan PAKWE & MAKWE...kalo aku dapat pakwe cam tue dah lama aku pijak2...kasi perut dia terburai...



__________________
gila atau tekanan
umi


Senior Member

Status: Offline
Posts: 478
Date:



dh tentu la ko sanggup pijak perut pakwe ko tu...sebab ko ni pompuan giler...dh ada tiket..polis pun tak leh tangkap...aku sokong gak ko pijak perut pakwe ko tu...tapi aku tak sanggup pihak perut pakwe aku...kalau aku ada pakwe ler...aku akan syg dia, belai dia,,cium dia selalu...

ha tu la...ko giler....ko kena meroyan ke...giler meroyan ekk...sian ko yerk

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 270
Date:

Alhamdulillah,


Tunggul rasa manusia yang pi hantaq mak bapak depa kat rumah orang-orang tua tu memang tunggullah. kepada sesiapa yang punya kengkawan atau saudara-mara yang tak tau menghargai pengorbanan dan jasa ibubapa mereka, suruhlah diorang baca artikel ini.



__________________
You made me feel alright For once in my life Now I can't breathe No, I can't sleep I'm barely hanging on
rue


Senior Member

Status: Offline
Posts: 445
Date:

ko ni pun satu tunggul..ko ade ke termasuk org2 yg menghantar mak bapak ke umah org tua2 tu? 


yg si pompuan giler tu nape plak? tetiba marah n nk pijak perut pakwe dia..drp ko pijak perut dia, baik ko ajak dia gi makan, pastu ajak gi solat, pastu ajak dia gi mengaji cara2 nak hormatkan mak bapak..k..


apapun sorry le kalau aku sakitkan hati ko..dah nama ko cam tu habis aku nk paggil ko ape ha tunngul.ha pompuan giler..ishhhhh tukar nama le..tk comel langsung....



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 545
Date:

ish ish sedih tol la

__________________
gua tak leh tahan ketawa ~laalalala~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 270
Date:

rue, Tunggul tak kisahla.......


Tapi Tunggul setuju, si pompuan gila tu ubah nama. Bubuh ler nama pompuan solihin ker, pompuan aper-aper lah. Ni lagi satu, Tunggul tak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang buang ibubapa pi rumah orang tua-tua tau. Tapi, di luar internet ni mesti ada kan??kan??


 


 



__________________
You made me feel alright For once in my life Now I can't breathe No, I can't sleep I'm barely hanging on


Super Member

Status: Offline
Posts: 545
Date:

aku stuju tu tunggul ko pon ubah ler name ko tu.tunggul kayu ker

__________________
gua tak leh tahan ketawa ~laalalala~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 270
Date:

Banyaklah ko punya tunggul kayu masterlawak. Tunggul nama glamour aku tau tak leh main tukau-tukau jer. Kau pun kene tukau name gak la masterlawak. Nama jer masterlawak, tapi tak lawak pun.........

__________________
You made me feel alright For once in my life Now I can't breathe No, I can't sleep I'm barely hanging on


Super Member

Status: Offline
Posts: 545
Date:

nie name aku kat u tau jangan main2.aku klatu patah tunggul ko

__________________
gua tak leh tahan ketawa ~laalalala~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 270
Date:

Adush sakitnya....... Dahla tu masterlawak maleh den nak gaduh ngan ko.

__________________
You made me feel alright For once in my life Now I can't breathe No, I can't sleep I'm barely hanging on


Super Member

Status: Offline
Posts: 545
Date:

bila mase aku gaduh ngan ko nie.gurau je la


 



__________________
gua tak leh tahan ketawa ~laalalala~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 270
Date:

Takper........... aku pun melawak gak....... APA-apa pun thanks sebab ingat besday aku..........



__________________
You made me feel alright For once in my life Now I can't breathe No, I can't sleep I'm barely hanging on


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Nah amik ni...aku kasi hadiah...bukak la hadiah tu...mahal tu aku beli

Lalu tunggul pun membuka hadiah yang diberi Mister Rie


"Eiiii sukanya tunggul, pandai rie pilih, tunggul dah agak dah rie mesti beli berus tandas kegemaran tunggul, pandai rie pilih yer, siap ada ropol-ropol lagi"

Lalu tunggul pun berlari-lari riang dengan hadiah pemberian Mister Rie tu...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

menyampah tul le aku..tak habis2 dgn citer tandas..dari dulu sampai le skarang..tandas..tandas..tandas..korang ni ter'diberanakkan kat dalam tandas ke?


zzzzzzuuupppppppp (ni bunyi aku terbang tau..terbang ngan pantas..tak sempat korang nak kelip mata..aku dah hilang)



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 270
Date:

Nyampah  aku dgn rie ni. Tak romantik langsung. Ader ker bagi berus tandas, tak perlah nanti besday rie Tunggul bagi berus gigi. Ops, rie ader gigi ker???

__________________
You made me feel alright For once in my life Now I can't breathe No, I can't sleep I'm barely hanging on


Super Member

Status: Offline
Posts: 545
Date:

rie ade tulang je la

__________________
gua tak leh tahan ketawa ~laalalala~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 293
Date:

betul kata NN tu..jadi...sesapa wanita yg belum kawin tu, baik kawin cepat2...toksah memilih sgt...takut nanti terlepas peluang keemasan yg Allah bg tu...RUGI!!(jadi nombor 2 tok kelembai pun tak pe ummi...)

__________________


hihi huhu haha hoho...gatalnye dia....


Super Member

Status: Offline
Posts: 545
Date:

ha bagus sangat la tu

__________________
gua tak leh tahan ketawa ~laalalala~
fi3


Super Member

Status: Offline
Posts: 816
Date:

erk.. giler cekik darah si anak tuh.. seb bek ibu dier pandai.. kalo x abes pokai la poket si ibu tuh..

__________________
kalau kuat, tunjukkan kekuatan,
kalo pandai, tunjukkan kepandaian,
kalo berani, tunjukkan keberanian,
kalo malu, tunjukaannnn.....err...ehm....aper ekk????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard