Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Dahsyatnya Hari Kiamat Dan Padang Mahsyar.


Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:
Dahsyatnya Hari Kiamat Dan Padang Mahsyar.


Assalamualaikum Wbr.
Teringat saya semasa di sekolah agama di johor
masa darjah dua,sudah diajarkan peringatan
sama sebijik seperti ini..bersyukur sangat cz telah didedahkan
ilmu2 seperti ini sejak awal2 lagi..
terima kasih kpd semua guru2 jasamu sentiasa dikenang..

Hari yang Pasti Terjadi
Gambaran Hari Qiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar)
yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat
yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan
akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah
kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan
keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan
kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup,
tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup
sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi
putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit
atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang
berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang
kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka
tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang
tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau
manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka
menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang
amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan
lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib
mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya,
lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat
dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah
malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat
saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga
dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama
berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya
seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka
rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.
Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang
mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan
mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak
akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu
bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih
putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang
mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang
mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata
"Aku takut pada Allah".

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya
kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak
tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara
"pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi.
Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha
mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan
dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab
seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa
antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard