Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Jangan Lewatkan Solat


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:
Jangan Lewatkan Solat


 


Perbuatan melewatkan sembahyang dengan sengaja adalah ...ditegah/dilarang dalam Islam. Sekiranya tidak sengaja, maka yang demikian dimaafkan, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Perkara ini disebut oleh Allah sendiri di dalam Al-Quran yang bermaksud celakalah orang2 yang sembahyang yakni orang2 yang meringan2kan sembahyangnya surah Al-Maun dan oleh Nabi s.a.w. di dalam sabda baginda perkara yang paling disukai Allah adalah solat pada waktunya.

Berdasarkan firman Allah di atas, para ulama menafsirkan ayat tersebut iaitu pada kalimah lilmusollin yang bermaksud orang yang melewatkan sembahyangnya sebagai contoh subuh badak. Perbuatan yang lazim orang amalkan dan sukar untuk ditinggalkan. Perkara ini ditafsir oleh sahabat Nabi sendiri iaitu Ibnu Abbas sebagaimana yang diriwayatkan dalam tafsir At-Tobari yang merupakan kitab rujukan pertama di atas muka bumi.

Berkenaan melewatkan solat ini juga diceritakan sendiri oleh Nabi s.a.w tatkala beliau melihat dengan mata kepala beliau sendiri ketika peritiwa Isra dan Miraj. Nabi diperlihatkan bagaimana orang yang selalu melewat2kan solatnya di atas muka bumi dahulu, mereka menghantut kepala mereka pada batu yang besar sehingga berkecai kepalanya lalu tumbuh kembali, kemudian dihantuknya lagi dan begitulah sehingga lunas dosa2nya.

Apabila ditanya kepada Jibril, itulah dia ummatmu yang sayang tempat tidurnya daripada bangun untuk solat sekaligus menggambarkan kepada kita perihal/balasan melewatkan solat subuh. Itulah sebahagian daripada gambaran2 yang diperlihatkan oleh Allah kepada kekasihNya Muhammad s.a.w. untuk diberitakan kepada ummatnya agar bisa mengambil tauladan/pengajaran sebagai pedoman kehidupan. Ini diceritakan oleh Syeikh Taha Afifi dalam wasoya Rasulullah.



__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

tips terbest dari aku,
dengar je azan, ambik wudhu, pastu gi masjid, inshaallah, takkan terlewat tiap2 waktu.
kalu dengar azan tapi nak solat sorang2 jer, mesti ade perasaan "nanti laa solat, jap lagi laa.."

ah, korang bukan buat pon ape2 yang korang bace kat sini, bace pastu insaf jap, pastu lupe, kann?
korang kan poyo..(cam aku gak laa tu..)

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard