Gini, korang kebanykan da kawen n ramai la maybe yg pernah rse breakup kan..ak nk tnye..kalo bukan kita sy nk breakup tu tp psangan kta yg decide..so kita terpksa la ikot..kan..ap ak nk tnye nye..lpas breakup tu, prnh x korang2 rse cam dye tu btol2 jodoh kta yg wat kite rase cam nk tnggu je lagi..stu lg..ap yg kite rase tu xbtol langsung kan?tu di panggil withdrawal symptoms?btol x eh theori ak ni..wat theori sndri da ni..hahaha..
nahh, aku belum kawen n belum pernah breakup, aku tak brapa suka la bercinta macham nak rak sebelum kawen, bila duit dah cukup, aku soh mak aku carikan jer kot, senang n gerenti terbest untuk aku.
zuan, ko pernah dengar tak ayat ni, "Boleh jadi apa yang kamu suka itu buruk bagi kamu, dan boleh jadi apa yang kamu benci itu baik untuk kamu, sesungguhnya kamu tidak mengetahui."
ayat Quran tu, aku lupa surah apa, tapi dalam hidup ni, aku rasa lebih baik kita bersama orang yang mencintai kita walaupun kita tak mencintai dia, daripada bersama orang yang kita cintai tapi orang tu benci kat kita.
sebab cinta akan pudar, tapi kasih sayang akan kekal.
kalau nak cari isteri, janganlah pandang pada kecantikkannya semata-mata, carilah yang baik perangai dan ilmunya.
kalau kamu mencintainya kerana kecantikkannya, dengan berlalunya masa, akan didapati sekelip mata telah berlalu kecantikkannya,
kalau kamu mencintainya kerana ahlak dan ilmunya, dengan bertambah umur, akan kamu dapati bertambah cinta kamu kepadanya, dengan bertambah umur dan ilmunya.
break tu okay... at least ko tahu mmg dia meluat dekat ko lah kan.. HAHAHA
tapi mcm mana kalau GANTUNG X BERTALI... agak2 korang rasa nk sepak x..? nak kan..?
kesimpulannya.. jodoh dekat tgn tuhan.. sabar jer lah.. kalau kat dunia jodoh tu mati sebelum sempat kawen.. dekat syurga insyaAllh gerenti ade.. ok bye !
__________________
Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)
betol tuh,jodoh tuh penting.........klau bercinta..brthahun2 pn tp klau x de jodoh...pn x gune gak......... (tension.................mak srh ku kawin cpt2...)
kawen je lah, apa nak tension, umur camni la saham paling tinggi, bila dah cecah 30an, dah susah sikit kalau belum kawen, kawan2 semua anak dah dua tiga. jangan jadi macam ella, fauziah latip, nasha aziz tu, masa muda, orang nak, dia taknak, nak capai menara gading dulu katanya.
apalah makna hidup, walaupun kerja ceo syarikat, gaji sebulan puluh2 ribu, tapi umur dah 40an++ pun masih tidur sorang2. lagi2 kalau duduk rumah besar bagak, tapi sorang2, masa tu terpaksa la bela kucing jadi teman kat rumah ngan time nak tidor.
alangkah ruginya aku rasa, lelaki dan perempuan yang membujang sampai lewat umur, pastu ia meninggal, sadis.
orang perempuan yang umurnya lewat 30an pastu jawatannya tinggi n berkaliber, kalau masih bujang, orang lelaki dah takut nak mengurat punya, lelaki akan fikir, "mana laa dia nak pandang orang macam aku ni, buatnya diherdiknya aku depan orang ramai, naya pulak, lupakan jelah..".
kalau ada hensem guy yang ngurat pun, 8/10 berkemungkinan diorang tu pisau cukur jer. yang tak hensem memang sah takkan berani nak ngurat punyer.
ada jugak orang cakap kawen ibarat satu perjudian. kalau nasib baik, bahagia, kalau nasib tak baik, sengsara lah hidup.
pendapat ni adalah salah, tokleh pakai langsung!
kawen/nikah adalah sunah, besar pahala orang yang bernikah untuk menyambung keturunan,zuriat ni.. bahkan bila seorang muslim/muslimah menikah,telah sempurna separuh dari agamanya..
sedangkan judi ialah salah satu dari dosa2 besar, so kalau ada orang kata perkahwinan adalah satu perjudian, ia orang yang bodoh.
bahagia atau sengsara korang lepas kawen nanti bukan bergantung pada nasib, ia bergantung pada pilihan korang tu lah..
kalau korang pilih lelaki/wanita yang memang sebelom kawen dah macham2 perangai tenuk dia, cam bf korang tu penagih, ashik pinjam duit, pemarah jer, kerja kejap2 tukar, penganggur, ashik ajak ringan2,berat2, tak tau malu, tapi korang nak jugak jadikan pasangan hidup, muka dia hensem/jelita banget, yang lain tak kesah laa, lepas kawen berubah laa dia..
ada sorg kakak tu yg aku knl dr kecik..skgn ni umo dia 40 -an la kot...anak dara tua...dgr2..dia xmo kawen pasal takut nak beranak..euww...mcm tu pn ada jgk...