Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: SIRI 2: AGENDA YAHUDI TIPU KITA. EPISOD 2: SUSU RENDAH LEMAT (DIET LA KUNUN...)


Senior Member

Status: Offline
Posts: 403
Date:
SIRI 2: AGENDA YAHUDI TIPU KITA. EPISOD 2: SUSU RENDAH LEMAT (DIET LA KUNUN...)


Penipuan kepada umat manusia kes susu rendah lemak

 

Gambar 1: Di sebelah kiri gambar adalah susu fullcream dan disebelah kanannya adalah susu rendah lemak

 

Bismillahirrohmanirrohim Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha penyayang.

 

Apabila kita membelikan makanan bagi keluarga kita, sejauh mana kita semua berfikir adakah makanan ini selamat. Kita semua perlu berfikir sedemikian kerana ada segolongan manusia yang memang inginkan kita semua tidak sihat. Apabila kita semua tidak sihat, mudahlah mereka mengawal Goyem (orang bukan Yahudi) dan mudahlah mereka mendapatkan keuntungan dengan menjualkan ubat mereka pula . Perlu diingat bahawa industri perubatan adalah sangat menguntungkan dan hampir kesemuanya dikuasai oleh puak Yahudi ini.

 

Nestle di Malaysia memasarkan pelbagai barangan termasuk Maggi mee, Nescafe dan Coffe-mate. Ketiga-tiga produk ini sangat merbahaya dan rakyat Malaysia terus menerus membelinya.

 

Kali ini saya ingin bercerita tentang penipuan segolongan manusia dengan tujuan untuk menjadikan umat manusia kurang sihat disamping mereka mendapat keuntungan kewangan yang lumayan. Penipuan ini dilakukan melalui penghasilan SUSU RENDAH LEMAK / LOW FAT MILK.

 

Susu seperti susu lembu adalah catu contoh terbaik berkenaan emulsi. Emulsi adalah proses di mana butir-butir lemak terampai di dalam air. Santan kelapa juga adalah satu contoh baik berkenaan emulsi. Lemak memang tidak boleh larut di dalam air dan lemak susu hanya terampai di dalam air.

 

Bagi sesiapa yang ingin membuat eksperimen mudah pembentukan emulsi, bolehlah mencuba eksperimen berikut. Ambil sedikit ethanol atau sebarang spirit. Masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya dan kacau sehingga larut. Seterusnya masukkan campuran ethanol dengan minyak ini ke dalam air dan akan terbentuklah emulsi minyak yang berwarna putih macam susu atau macam santan kelapa.

 

Susu memang mengandungi banyak lemak dan itulah sebabnya ia berwarna putih kerana kehadiran butir lemak yang halus di dalamnya, sama seperti santan kelapa.  Apabila susu lembu segar yang baru diperah dibiarkan di dalam gelas yang lutsinar untuk beberapa jam,  butiran lemak di dalam susu ini akan naik ke atas kerana ketumpatannya yang lebih rendah berbanding air. Ini menyebabkan bahagian atas susu ini semakin berminyak dan berwarna putih manakala bahagian bawah semakin kurang berwarna putih. Hasil yang sama seperti ini juga dapat diperhatikan apabila membiarkan santan kelapa di dalam gelas lutsinar.

 

Dengan mencedok bahagian atas susu yang berlemak dan berwarna putih ini keluar dari gelas tersebut, apa yang terhasil ialah susu rendah lemak atau susu tanpa lemak. Susu lembu atau susu ibu mengandungi kesempurnaan zat makanan. Seorang bayi yang semata-mata menghisap susu ibu selama 2 tahun tanpa sebarang makanan lain insya-Allah akan menjadi kanak-kanak sihat. Begitulah juga anak lembu akan terus membesar menjadi sihat hanya dengan minum susu lembu ibunya. Namun sekiranya anak lembu yang baru lahir diberikan hanya dengan susu rendah lemak, insya-Allah anak lembu ini akan mati menjelang usianya 1 bulan.

 

Susu adalah satu ciptaan Allah SWT yang sangat sempurna dan ajaib sungguh. Berbagai khasiat perubatan sebagaimana yang telah saya sebutkan seperti mengubati gastrik, ulcer, paru-paru dan pelbagai penyakit lainnya. Adakah dengan membuang komponen lemak yang terdapat di dalam susu lembu ini masih menjadikan susu lembu ini sempurna dan ajaib???

 

Terdapat keseluruhan kelas makanan dari karbohidrat, protin, lemak, vitamin dan mineral di dalam susu lembu ini. Membuang lemak dari susu telah menyingkirkan komponen lemak daripada susu namun adakah semata-mata lemak sahaja yang disingkirkan daripada susu rendah lemak ini???????

 

Terdapat dua jenis Vitamin iaitu vitamin yang larut di dalam air dan vitamin yang larut di dalam di dalam lemak. Sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Vitamin untuk maklumat berkenaan vitamin secara lengkap.

 

Kumpulan pertama vitamin terdiri dari vitamin B1, B2, B3, B5, B6, Biotin, Asid Folik, B12 dan vitamin C adalah larut di dalam air manakala vitamin A, D, E dan K adalah terdiri daripada kumpulan kedua vitamin yang larut di dalam lemak.

 

Dengan menyingkirkan lemak dari susu, kita bukan sekadar kehilangan lemak namun segala vitamin yang larut di dalam lemak sebenarnya juga telah disingkirkan!.

 

Kehilangan vitamin-vitamin yang larut di dalam lemak melalui susu rendah lemak adalah satu tragedi. Kekurangan vitamin D sahaja sudah boleh menyebabkan berbagai kesan negatif. Sila baca artikel menarik kesan kekurangan vitamin D ini melalui http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2008/11/01/Vitamin-D-is-a-Key-Player-in-Your-Overall-Health.aspx dan artikel ini ada saya copy paste di bawah ini.

 

Susu mengandungi segala macam mineral yang diperlukan tubuh badan termasuk kandungan mineral terbanyak di dalam susu iaitu Kalsium dan Phosphorus. Kedua-dua mineral ini sangat diperlukan untuk pembentukan tulang yang sihat. Persoalan seterusnya ialah adakah dengan pengambilan susu rendah lemak ini akan menyebabkan kehilangan lemak dan vitamin yang larut dalam lemak sahaja??? Untuk memahami soalan cepumas ini, marilah kita memahami fungsi vitamin D berikut.

 

Vitamin D adalah larut dalam lemak. Penyingkiran lemak dari susu samalah juga sebagai penyingkiran vitamin D dan juga vitamin A, E dan K. Fungsi penting vitamin D adalah sebagaimana dijelaskan di dalam wikipedia iaitu membantu penyerapan kalsium dan Phosphorus dari makanan dalam usus kecil.

 

  Vitamin D regulates the calcium and phosphorus levels in the blood by promoting their absorption from food in the intestines, and by promoting re-absorption of calcium in the kidneys, which enables normal mineralization of bone and prevents hypocalcemic tetany. It is also needed for bone growth and bone remodeling by osteoblasts and osteoclasts  ..


  Absent vitamin K or with drugs (particularly blood thinners) which interfere with Vitamin K metabolism, Vitamin D can promote soft tissue calcification.

 

Ini membawa maksud bahawa sekiranya makanan di dalam usus kecil banyak mengandungi kalsium dan phosphorus yang amat berguna bagi tubuh tetapi dengan kekurangan vitamin D, penyerapan ke dalam tubuh boleh tidak berlaku atau sedikit sahaja yang berlaku. Ini membawa maksud, dengan kurangnya vitamin D, makanan yang kaya dengan kalsium dan phosphorus hanya menjadi sia-sia kerana tubuh tidak dapat menyerap secara keseluruhannya. Inilah yang berlaku dalam kes susu rendah lemak.

 

Susu lembu memang mengandungi banyak mineral termasuk kalsium dan phosphorus tetapi dengan mengambil susu rendah lemak, segala lemak berserta vitamin A. D, E dan K telah turut hilang. Kehilangan vitamin D dan K sebagaimana dijelaskan di atas menyebabkan kandungan kalsium dan phosphorus yang kaya di dalam susu tidak dapat dimanfaatkan oleh tubuh badan. Ini membawa maksud bahawa pengambilan susu rendah lemak menyebabkan:

 

1. Kehilangan lemak baik dari susu
2. Kehilangan Vitamin A, D, E dan K
3. Kehilangan mineral Kalsium dan Phosphorus kerana tubuh tidak dapat menyerap kesemuanya.
4. Kesan-kesan negatif sebagaimana dinyatakan di http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2008/11/01/Vitamin-D-is-a-Key-Player-in-Your-Overall-Health.aspx termasuk merosotnya tahap kesihatan.

 

Selain daripada isu kehilangan zat makanan yang penting dari susu rendah lemak, mari kita lihat pula isu harga susu rendah lemak. Sebagai perbandingan, kek berkrim sepatutnya berharga lebih mahal berbanding kek tanpa krim, begitulah susu penuh krim atau fullcream juga sewajarnyalah berharga lebih mahal berbanding susu rendah lemak. Ini dapat diterjemahkan melalui harga susu berikut:

 

Perkara                                                                         Harga
Fernleaf Instant 600gm (Susu rendah lemak)                    13.80
Fernleaf Fullcream 600gm                                               15.20
Fernleaf Kuat Family Milk 2 Kg (Susu rendah lemak)      34.90
Fernleaf Fullcream Milk 2 Kg                                          45.50


Apa yang menjadi kemusykilan besar kepada saya ialah mengapakah susu Anlene dan Anlene  Gold menjadi sangat mahal mengalahkan harga susu fullcream sedangkan susu Anlene ini adalah diperbuat daripada susu rendah lemak? Cuba perhatikan harga berikut:

 

       Anlene 700gm  berharga             RM20.90
       Anlene Gold 700gm berharga      RM21.70

 

Keistimewaan susu Anlene menurut apa yang dijelaskan oleh pihak penjualnya adalah kandungan kalsiumnya yang tinggi. Harga sumber kalsium adalah sangat murah. Ambil sahaja kulit kupang yang dibuang oleh penternak kupang di Johor Bahru, dibersihkan dan dikisar sudah menjadi sumber kalsium. Namun dengan kandungan kalsium yang tinggi ini, adakah badan dapat memanfaatkannya dengan menyerap ke dalam tubuh sedangkan melalui penjelasan saya di atas, penyerapan kalsium ke dalam tubuh memerlukan vitamin D? Vitamin D yang terkandung di dalam susu telah dibuang apabila lemak susu telah diasingkan!

 

Bagi pandangan saya, hasrat pembeli susu Anlene untuk menambahkan kesihatan tulang hanya sekadar harapan semata-mata. Membelanjakan wang yang mahal untuk membeli kononnya susu premium susu Anlene hanya seperti mengejar fatamorgana. Duit habis tetapi hasilnya tiada atau sangat rendah.

 

Kes Anlene ini sebenarnya mirip peniaga Malaysia yang ingin memasarkan baju berkualiti dengan harga murah ke Brunei. Pakaian berharga RM150 berkualiti tinggi di Malaysia dapat dipasarkan di Brunei selepas kos penghantaran, cukai dsbnya (1 $ Brunei = RM2.40) dengan harga Brunei $100. Namun hakikatnya sekiranya pakaian ini dijual di Brunei dengan harga Brunei $100, insya-Allah tidak ramai yang membelinya tetapi sekiranya pakaian ini dijual dengan harga Brunei$200 atau lebih, insya-Allah laris jualannya.

 

Inilah yang berlaku ke atas susu Anlene Gold. Berbagai iklan menipu yang diusahakannya disamping diletakkan harga yang mahal konon kerana kualitinya sangat tinggi tetapi hakikatnya pembeli tertipu. Kembalilah gunakan susu fullcream, khasiatnya sudah sangat bagus pemberian ajaib dari Allah SWT.

 

Anlene Gold yang menggunakan istilah Formula unggul kekuatan tulang hanya sekadar iklan untuk meramaikan pembelinya. Jangan tertipu!

 

Namun saya ingin memberikan kepujian kepada pengedar Fernleaf Kuat Family Milk 2Kg kerana mencatatkan catatan berikut di pembungkus susu tersebut:

SUSU TEPUNG KURANG LEMAK TIDAK SESUAI SEBAGAI MAKANAN LENGKAP UNTUK KANAK-KANAK DI BAWAH 12 BULAN

 

Susu rendah lemak adalah sebenarnya susu cacat yang sudah dibuang komponen penting lemak yang menyumbang peranan yang amat penting dalam kesihatan manusia. Itulah sebabnya ia tidak boleh digunakan bagi kanak-kanak dibawah 12 bulan. Persoalannya ialah jikalau tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah 12 bulan, mengapakah ia sesuai digunakan untuk orang dewasa??

 

Seterusnya berbagai iklan tipu sebagaimana iklan ubat gigi Colgate dapat melindungi gigi dipaparkan dimedia massa menyatakan pelbagai faedah dari penggunaan susu rendah lemak. Saya ulangi sekali lagi bahawa susu rendah lemak adalah susu cacat dimana kandungan lemak daripada susu ini telah dikeluarkan. Lemak susu yang dikeluarkan ini tidak dibuang tetapi dijual untuk pelbagai kegunaan lain. Kehilangan lemak dari susu seterusnya menghilangkan segala vitamin (A,D,E,K) yang larut didalamnya dan dengan ketiadaan vitamin D daripada sumber susu ini mengakibatkan penyerapan mineral Kalsium dan phosphorus ke dalam tubuh badan terjejas. Kehilangan Vitamin terutama sekali vitamin D menjejaskan kesihatan manusia.

 

Ramai orang menyangka bahawa lemak di dalam susu menggemukkan dan memberikan kesan negatif lain. Bagi saya ini adalah pandangan yang kurang wajar. Keluarga saya termasuk isteri dan 6 orang anak, alhamdulillah tidak gemuk pun walau pun mereka kuat minum susu fullcream. Yang belajar di UIA dan UTM siap minta dibelikan susu fullcream setiap bulan.

 

15112009032.jpg?et=aX%2BbgVuCEPPvHvYnVIvNIA&nmid=0


Gambar 2: Susu fullcream jenama Nespray.


Satu lagi fakta yang pengguna perlu tahu tentang lemak susu ialah lemak susu adalah lemak yang baik kepada manusia sebagaimana baiknya minyak zaitun kepada manusia. Minyak zaitun terlalu banyak khasiatnya dan tidak boleh diganti oleh minyak kelapa sawit. Minyak zaitun membawa 15112009033.jpg?et=BbxQM4t8nMEetdPnS%2Cq6Ow&nmid=0khasiat manakala minyak kelapa sawit membawa mudharat. Begitulah juga dengan lemak dalam susu banyak khasiatnya.

 

Gambar 3: Susu fullcream jenama Dutch Lady

 

Sekian sahaja untuk kali ini

 

Wassalam wallahuaqlam

 


SUMBER: Emjay

http://emjayjb.multiply.com/journal/item/219?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem



__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

best lah post mu ni ainie, err.. nescafe bahaya?
aku ni tiap-tiap hari minum nescafe instant, bahaya ke? ish, kena tukar minum susu fernleaf pulak la gayanya..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Senior Member

Status: Offline
Posts: 403
Date:

setahu ku, nescafe 3 in 1 ni leh merosakkan jantung n buah pinggang... tapi ku tahu sebab ku tengok intenet...


__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

sekali lagi haku terpana dengan info adik aini munawan binti abdul malik ...

selama ini ... makcik aliza misbon berbaik hati dan bermurah hati ...

kerana memberi susu rendah lemak beliau kepada incik asben ...

hingatkan ... demi kesihatan jazad dan tubuh badan kekasih beliau itu ....

hupernya ... untuk melupuskannya dari dunia yang fana ini ...ish ish ish .. dasatnyer ....



-- Edited by badda2 on Friday 6th of January 2012 04:02:55 AM

__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard