Sementelah aku tengah merajinkan diri aku nii ... izinkan aku membuka thread sendiri ... sebab ..... agak sudah lama juga aku tidak membuat topik baru ....
Beberapa peribahasa yang telah lama aku lupakan ... dan agak jarang kita pergunakan dalam kehidupan kita seharian ...
1)ANTAH PATAH LESUNG HILANG
maksudnya : mengalami masalah atau kemalangan secara berterusan
2)ARANG HABIS BESI BINASA
maksudnya:sia-sia mengeluarkan modal yang banyak jika hasilnya tiada
3)API PADAM PUNTUNG BERASAP
maksudnya: sesuatu yang telah aman atau selesai, kini timbul atau berbangkit semula
4) ADA NASI DI BALIK KERAK
maksudnya: apa yang disangka sudah selesai rupa-rupanya masihada yang inggal atau belum dihabiskan lagi
5)ADA ROTAN ADA DURI
maksudnya: sebelum berjaya mencapai kesenangan tepaksalah mengharungi kesusahan terlebih dahulu
6)BELUM MENETAS SUDAH DIBILANG
maksudnya: suka berangan-angan tentang keuntungan yang belum pasti lagi
7)BADAN BERSAUDARA EMAS TIDAK
maksudnya: keakraban dala [rsadaraan atau apersahabatan tidak bermakna boleh sama-sama berkongsi harta, persoalan harta adalah kepunyaan masing-masing
8)CACING HENDAK MENJADI NAGA
maksudnya: orang kecil dan lemahhenda berlagak besar dan kuat
9)DARI SEMAK KE BELUKAR
maksudnya: sekali lagi ditimpa nasib burukm daripada sesuatu yang buruk, mendapat keburukan yang lain pula
10)DIMANA KAYU BONGKOK DI SITULAH MUSANG BERHENTI
maksudnya : pencuri biasanya akan mencuri di tempat yang tidak dijaga dengan baik
11)DIRENDAM TIADA BASAH
maksudnya: gambaran tehadap orang yang sangat degil, walaupun suda ditegur berulang kali perangainya tetap begitu
12)HARIMAU MENGAUM TIDAK MENANGKAP
maksudnya: orang yang hanya bercakap besar tetapi tidak melakukan kerja
13)KUAT KETAM KERANA SEPIT, KUAT BURUNG KERANA SAYAP
maksudnya: walau pun berbeza rupa dan jenis, seap orang ada kelebihan mereka tersndiri
14)PELEPAH TUALURUH, PELEPAH MUDA JANGAN KETAWA
maksudnya: kita hendaklah berasa insaf terhadap ssuatu yang menimpa orang lain keran kelak giliran kita pula
15)TEMPAYAN PENUH TIDAK BERKOCAK AIRNYA
maksudnya: orang yang memiliki ilmu pengetahuan tetapi tidak suka bermegah-megah atau meinggi diri
16)UMPAT TIDAK MEMBUNUH, PUJI TIDAK MENGENYANG
maksudnya: sepatutnya jangan dihirau terhadap umpatan dan pujiann kerana ia tidak boleh berbuat apa-apa terhadap kita
17)USUL MENUNJUKKAN ASALNYA
maksudnya: tingkah laku seseorang itu dapat menunjukkan asal keturunannnya
18)UMPAT DAN PUJI TIDAK BERCERAI
maksudnya: setiap orang pasti mengalami kedua-duanya dalam kehidupan kerana telah menjadilumrah manusia disukai dan dibenci
19)YANG TEGUH DISOKONG YANG REBAH DITINDIH
maksudnya: sesuatu keadaan yang tidak adil, orang kaya terus ditolong manakala orang miskin ditindas
20)YANG DIJOLOK TIDAK JATUH, PENJOLOK TINGGAL DI ATAS
maksudnya: gagal mendapat apa yang dikehendaki dan segala usaha sia-sia sahaja
-- Edited by badda2 on Wednesday 11th of January 2012 06:50:23 AM
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
Beberapa simpulan bahasa dan contoh penggunaannya dalam ayat untuk kita tatap bersama ....
1)ANGKAT TOPI
maksudnya:memberi penghormatan kepada seseorang sebagai tanda pengiktirafan
contoh ayat:
puan Mister Rie, angkat topi selepas pasukan cik Gabiel memenangi perlumbaan anak ayam dilorong taib andak
2)DARAH PANAS
maksudnya: cepat marah atau lekas naik darah
contoh ayat:
kala diikutkan darah panasnya, sudah lama makcik eliza misbon memukul basikal beliau yang nakal itu
3)EKOR MATA
maksudnya: menjeling atau melihat dari sisi mata
contoh ayat:
akibat malu hendak bertentang mata, saudari Mat Matematik memandang encik G Freedem dengan ekor matanya sahaja
4)ILMU HITAM
maksudnya:ilmu salah yang diamalkan oleh orang jahat
contoh ayat:
saudara asberionz didakwa terkena ilmu hitam yang ditujukan kepada beliau oleh kembing beliau sendiri, sehingga penyakit kencing malam beliau sukar sembuh ....
5)NYIUR GADING
maksudnya:gadis yang berwajah comel dan molek
contoh ayat:
wajah pengantin perempuan iaitu saudari IJO sungguh comel bak nyiur gading
6)ORANG LAMA
maksudnya:orang tua atau orang yang banyak berpengalaman
contoh ayat:
sebagai orang lama, makcik badak mengambil kesempatan menaburkan ilmu di dadanya itu kepada pendatang-pendatang tanpa izin seperti gaara, helmi, ijo, alang, lolipon, drim hai, mrbingka, lalat, pijie, oil, wawa, dan semua-semualah yang terlibat
7) PEKAK BADAK
maksudnya:terlalu pekak, tidak mendengar wala pun orang bercakap dengan kuat
contoh ayat:
" si Oil kolera tu memang pekak badak. Puas aku panggil tetapi beliau buat tak tahu sahaja." rungut pakcik lolipo kepada makck helmi
8)SAKIT MATA
maksudnya:keadaan yang menyakitkan mata melihat atau hati tidak berasa senang untuk melihatnya
contoh ayat:
"timbuan sampah yang dilonggokkan di tepi jalan itu benar-benar sakit mata orang memandang" kata makcik gayah merujuk kepada seteru ketatnya encik badak yang berlonggok di tepi jalan
9)TABUR JANJI
maksudnya:membuat janji yang tidak ada kepastian atau belum tentu ditunaikan
contoh ayat:
menjelang pilihan raya yang tidak lama lagi berlangsung, maka encik rajemansorek menabur janji untuk mengahwini Alang secepat mungkin
10)UMANG-UMANG
maksudnya:suka menyamar atau menunjuk-nunjuk dengan memakai barang orang lain
contoh ayat:
perangai cik puan asberionz tak ubah seperti umang-umang, rantai basikal yang dikalungkan dilehernya itu adalah kepunyaan makcik eliza misbon
-- Edited by badda2 on Wednesday 11th of January 2012 07:28:16 AM
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
huishh !!! pok badot nie.... sesuka suki je mengutuk haku kate haku pedatang tanpa izin !! hoi pok bado...jikalao takde pendatang2 nie..kopom demo kerepot kat sini tau takkk !!!!
ishhh .... best jugak kalo aku luku buah pinggang soni ereksen nih barang doplo das ....... buat pening kepala aku nak mentranslte ayat beliau niii .. ish ishh ...
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
woah aku takleh join post sembang orang-orang monopos ni...ramai btul owang2 yang monopos kat atas ni yer n sefaham aku yg diketuai oleh perangai yg amat israel skali pak badot dan kuncu2nyer yang bertaraf kaberet..bagi meluahkan rase penghargaan aku pade warge tuer dalam menukilkan preebahasa mase silam aku menukilkan jua preebahasa aku sindri buat tatapan warge monopos sekalian especially pak badot al-gendutan
1) ibarat berkawan dengan tapir, kongkang bukit dilupekan
maksudnya: seorang monopos bname pak bedut sudah melupai jasa spentot sahabat nirrajim beliau iaitu bernama ijoi penari kaberet
contoh ayat: arakian seorang penjual cendol tegar bname ijoi gondolan suke mengibaratkan spentot beliau berkawan dengan tapir dan melupakan kongkang bukit peliharaan beliau
maksudnya: setelah berhabis wang ringgit, titik peluh dan masa, kolera masih gagal untuk memikat buah hatinya iaitu encik ICU yang langsung tidak memperdulikan segala usaha kolera. ibarat ARANG HABIS BESI BINASA atau YANG DIJOLOK TIDAK JATUH, PENJOLOK TINGGAL DI ATAS.
CACING HENDAK MENJADI NAGA
maksudnya: sony kim berhajat hendak mengatasi mister rie dalam pertandingan menulis sajak pecacai, sedangkan beliau hanya pandai menulis beberapa huruf sahaja.ibarat CACING HENDAK MENJADI NAGA.
maksudnya: sesuatu keadaan yang tidak adil, orang kaya terus ditolong manakala orang miskin ditindas
............................
baddaq, aku ske le pribahasa di atas..
maksudnya tak adil le nko asyik beri perhatian kat gaara je..akupun nak gaks..hehe
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
makcik oil kolera .... mandangkan usia nko ngan usia haku .... lebey kurang .. selisih beberapa seken jer ... maka .. lebih apdol ... sapiee .. nko usah syekali syekali ...melupakan asal usul bangsa dan budaya kita ....peribasaha dan bidalan inilah ..... yang akan pemes satu hari nanti ... di muka bumi inii ....
cik puan ijoiiii ... agak2 kalo ... cacing kerawit naik ke mata ... ape maksud yek ...?
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
wahai adik wawa binti abdul kudus ...... peribahasa dan simpulan bahasa ini ... sengaja haku ceduk dari buku anak aku (wakakaka ..) ..... kerana ..... aku sendiri jarang mendengarnya .... tu .... saje haku kopi rait kat sini ..... amacam ... tua x haku nii...?
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
hahahahahah...mane ade pak badda tue....pak badda sanggggggggaaaaaattttt REMAJA...MUDE BELIA...uweekkkk...muntah ijo...hahahahha..nie nk bg satu peribahasa....
tak sungguh seluang melaut, akhirnya ketepi juga ->merajuknye cik gayah dgn gaarra tu xsmpai kemana pun...nanty pak badda bg cikedis.....tergedik2 ler dia balik ke dada pak badda...hahahahhahah
eh hilmiau..mane de baby dia yg ajo..tu bai roti yg ajo..ahaks
TUA TAK TUA...MUDA TAK MUDA..SEDANG2 LE..
apa maksudnya pak baddaq
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
makcik oil kolera .... mandangkan usia nko ngan usia haku .... lebey kurang .. selisih beberapa seken jer ... maka .. lebih apdol ... sapiee .. nko usah syekali syekali ...melupakan asal usul bangsa dan budaya kita ....peribasaha dan bidalan inilah ..... yang akan pemes satu hari nanti ... di muka bumi inii ....
cik puan ijoiiii ... agak2 kalo ... cacing kerawit naik ke mata ... ape maksud yek ...? ________________________________________________________________________________________________________
makcik baddar, cacing kerawit naik ke mata maksudnya anda mempunyai masalah cacing tahap kronik, sila ke klinik swasta yang terdekat, nak ke hospital kerajaan pun boleh, tapi kena tunggu giliran 7-8jam lah...
bukan le...ijoi. ccing kerawit naik ke mata tu maksudnya cacing tu tak reti bahasa sbb dia tak gi sekolah. yang tuan dia pulaks laaaaagi le tk sekolah..soh je la cacing tu duduk diam2 kat lubang dubur tu..kan dah tu memang tempat dia jangan le ngada2 nak jalan2 ke mata pulak..kang orang nampak langsung tanak depa tu kawan ngan nko..ish ish
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
uik..uik..uik.. tu mcm bunyik tenuk sedawa je. Tgk aku ni yg betul2 masih bayi lg suci. Uweekkk.. uweekk...uwekkk... (ishk.. ni bunyik baby nangis ke bunyik nak dapat baby baru ni. kompius aku)
cik badak. aku suka peribahasa kalamsinkwalia. ayam telepas tgn bau taik. wakakakakaka.. maknanyer apa tu.
aku rasa generasi org2 warga emas pun ramai dah lupa..guru2 generasi aku lak lg ah x pernah dengar..jd suma peribahasa n simpulan bahasa akan ilang once generasi lama dah x de..
umang2 bukan haiwan yerk? darah sejuk pun ada gak kan?
peribahasa zmn skrang lak.. 1: apa celop 2: dimana ada highway disitu ada roadblock. 3: say no to lynas.. * Terkesima lak tgk baddar buka post ilmiah.. sorry baddar bertandang ke gc x bgtw..

laaa ... idop lagi makhluk sorang nii ...
eh lalat ... umang2 tu ... binatang la jugak ... karangan laut ...
depa ni .. kulit lembut ... kalo tapak kaki ko terpijak .. memang ancurrrr ...
tu .. depa suka masuk dalam kulit2 siput yang da mati niii....
(macam le makhluk jin.. yg suka masuk2 rasuk2 dalam badan manusia .. tu umang2 le .. kih2 ... eee...kakut laa...)
darah sejuk ? ... ala ... yang dalam pek2 darah kat peti ais sepital ... tu darah sejuk la .. hik hik hik
lalat .. cer ko jelaskan maksud pekataan yan ak BOLD tu... x paham ..
(nota: welkam bek to GC adik lailatul yang manis lagi rupawan ...)