Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: lawak mix


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 49
Date:
lawak mix


Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.

Doktor : Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang

Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging haiwan yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi kerumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.

Mendengar itu sang Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga bersenam untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya.Doktor terus bergegas menuju ke kolam renang dimana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?

Salim berada di dalam air melatih kambing berenang

Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak !!!

Amir dan Amar adalah dua orang saudara kembar. Banyak perkara yang mereka lakukan bersama seperti bermain atau menonton rancangan kartun di television. Mereka berkongsi hobi dan minat yang sama.

Namun begitu ada satu perkara yang membuatkan Amir agak tidak menyukai Amar iaitu ketika menyusu badan. Amir selalu sahaja tidak dapat menyusu badan dari ibunya gara-gara Amar yang selalu dapat. Ibu mengatakan yang Amar adik kepada Amir jadi sebagai seorang abang Amir terpaksa beralah walaupun sebenarnya dia juga mahu disusukan oleh ibunya.

Pada suatu malam Amir dengan senyap-senyap telah menyusup masuk ke bilik ibu bapanya dan meletakkan racun pada puting ibunya.

Esok mesti Amar akan mati. Boleh la aku hisap susu ibu tanpa perlu berebut Kata Amir didalam hati sambil tersenyum. Tak sabar-sabar dia menanti hari esok.
Ke esokkan harinya Amir melihat ibunya menangis teresak-esak. Dalam fikirannya membayangkan yang Amar tentu sudah mati. Terkejut Amir apabila melihat Amar berada disebelah ibunya dalam keadaan sihat. Langsung tiada tanda-tanda yang Amar dalam kesakitan. Dengan terketar-ketar Amir bertanya pada Ibu:
Amir Bu Kenapa Ibu menangis ni?
Ibu Ayah dan meninggal dunia! Ibu pun tak tahu sebab pe!!

Alahai menantuku... ......... .

pak
kasim seorang yg tamak harta.. dia
menawarkan anak dara suntinya yg
cun
melecun kepada golongan yg kaya
raya sahaja.. suatu hari datang la
seman, seorang usahawan muda
ingin melamar anak pak kasim.
beliau cukup
sifat tanpa cacat cela tetapi beliau
malas solat. setelah 3 hari
berkahwin.. seman masih duk kat
umah mentuanya. setelah azan
maghrib
berkumandang. .pak kasim
mengajak seman utk solat maghrib
berjamaah.
seman gelabah.. sebelum ini dia tak
pernah solat. lalu seman masuk ke
bilik untuk menemui isterinya.
"yang.. camner ni.. abg tak penah
solat
ni" "takpe bang.. abg ikut je ape yg
ayah buat" isterinya berbisik
perlahan.. seman pun keluar untuk
solat bersama pak kasim. setelah pak
kasim takbir.. seman ikut takbir...lalu
pak kasim membaca surah
alfatihah.. "bismillahirrahmani r
rahim..." seman pun turut membaca
bismillah dengan lantang...
"bismillahirrahmani r rahim..." aisyh!
pelik menantu aku ni. mazhab mana
yg dia ikut? setahu aku imam je yg
baca kuat.. getus hati pak kasim..
pak kasim buat selamba. dia terus
membaca surah al-fatihah. seman
pun turut membaca surah al-fatihah
dgn
kuat seolah-olah seorang budak yg
baru nak belajar mengaji. pak kasim
pelik.. lalu dia terus berpaling ke
belakang utk melihat seman. seman
turut berpaling ke belakang kerana
mengikut gerak langkah pak kasim.
"ish! gila ke menantu aku ni??" pak
kasim berjalan ke depan utk
menjauhkan diri dari seman. seman
turut berjalan ke depan mengikut
langkah pak kasim. pak kasim terus
melarikan diri melalui pintu depan
dan terus menuju ke sawah di tepi
rumahnya. seman terus berlari
mengejar pak kasim sampai ke tepi
sawah. tiba-tiba pak kasim
tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah
padi. seman pun turut menjatuhkan
badannya ke dalam sawah seolah-
olah tergelincir. pak kasim pun terus
bertanya kepada seman. "seman.
apesal yg ko ikut aku sampai ke
sawah
ni?" "ayah.. susah ye nak solat
maghrib ni. baru saya tau. sampai
kena
berlari.."

(sorry la kalau post ni dah dipost di zaman silam dah, kalau post ni dah ade, cpt2 kasi tau saya tau, biar saye cpt2 delete

and, memperkenalkan, saya, seorang newbie yang bertauliah lagi bijaksana, ingin meminta korang sume sudi accept friend request aku kat sini...hehe

and, dulu, lebih kurang 1 tahun lebih dah kut, saya hanya menjadi guest yang tetap. Saya dah bace byk post2 korang antaranya ialah Suha, Ijoi, Pak baddar a.k.a badda2, mister rie, gabriel, matematik, lailatul, ke2path n ramai lagi.... chopp, ckp pasal si Suha ngan Lailatul ni, dah lame sgt dah saya x nampak mereka...adess, sibuk sgt ke dorang ni?)




__________________

i'm just enjoying my life, dude. 



Super Member

Status: Offline
Posts: 791
Date:

selamat dtg ke Gay Cirit
aku quote lik pesanan mod n ceo gonjeng kite
nak bace pos lame takpe tapi nak tayang lik mende yg da basi x digalakkan
so pos la mende yg fresh yg dpt menaikkan napsu tulang sepultura aku n rakan2 GC len
have fun ber'GC'an..klu ko dpt jawapan gonjeng or kne kutuk mmg adat dlm GC neh
n musuh kaberet aku dlm GC ni ijoi dr kampung gondolan..
hingus meleleh-leleh lagi ade hati nak bela kongkang bukit


__________________

tumblrln61knlyhk1qbz3uh.gif

[saya lembam sekian terima kasih]



Super Member

Status: Offline
Posts: 570
Date:

ceh ko ni mikey,

aku x masuk beberapa hari, dah meleleh hingus.....=='

apela ko ni, cam pompuan...k bai

__________________

kuro vs shiro



Senior Member

Status: Offline
Posts: 342
Date:

welcome to GC, dik mikey...
hehehehe...memang lawak ar...

__________________

It's better to let it unknown...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

kah kah kah kah  ... tergelak aku sampek terguling-guling bawah tangga ...

errrr ..... kalo gitu ..  buleh ler aku bawak kambeng incik asabi tu berenang ... keh keh  keh .....

adik miki ... syabas la kerana kopi pes citer lawak yang memang lawak niii ...

welkam tu gay ciritan .... jngan lupe menjadi gay .... wokeeehhhhh ....



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 216
Date:

cite kambing tu dh penah bace... Cite pak pandir tu biase je tp cite no 3 yg amar and amir tu ngan cite no 4 mmg best.. gelak sorg2 aku bce cite tu

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard