Aku tiba di perhentian ini. Aku menjadi keliru, jiwaku bercelaru dengan keadaan sekeliling. Fenomena yang kuanggap sebagai satu titik ketidakpuasan hati dan fikiran yang memberontak seakan menyuruhku untuk terus menamatkan kehidupan yang gila ini. Kehidupan yang berserabut dengan seribu satu masalah yang tidak pasti bila akan berakhir.
Kemanakah lagi harus aku mengadu. Mengadu tentang penderitaan yang seakan api yang masuk terus kekerongkong ku. Kenapa hanya aku yang harus menerima penderitaan ini. Tidak adilkah Engkau, ya Allah. Kenapa hanya aku, ya Allah. Kenapa tidak Engkau biar sahaja aku mati kerana dengan kematian itu akan menamatkan kesengsaraan yang ku tanggung. Kerana dengan kematian, aku akan bebas dari segala mala petaka ancaman yang timbul dari kekecohan itu. Kenapa aku tidak mati, ya Allah. Kenapa Engkau biar ada orang yang menolongku. Aku tidak mahu. Aku sudah benci pada kehidupan ini.
Eh, dia dah sedar sayup-sayup terdengar suara di sampingku. Cepat, panggil doktor sahut suara lainnya.
Dimanakah aku?. Siapa yang pandai-pandai ingin menolongku. Siapa yang memberi izin itu. Siapa? Terasa cecair sejuk mengalir ke urat saraf. Ku cuba untuk membuka mata tetapi tak berdaya. Saraf otakku bekerja keras memfokus agar mataku bisa dibuka. Kubeliakkan mataku untuk memandang siapa yang berada disisi tetapi kenapa pandanganku kelam. Ohhh
Bertenang saudari, jangan paksa diri. Berehat dulu. Saudari selamat di sini. suara itu terdengar lagi. Siapa awak..di mana saya..apa yang terjadi pada saya..bagaimana saya boleh sampai di sini bertalu-talu soalan itu kutanya. Aku ingin segera mendapat jawaban agar keliruku hilang. Agar apa yang terbius di otak ku berlalu.
Bersambung.
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
kang wat byk2 nko ckp berpinau mata nak baca..tu aku bg skit2 dulu...
tgu je sambungannye ek...
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
haaaaaaaa pandai adik aduka nih.. wawau tu xpaham le tuh maksud cerpen nih..he he
tgu ye cik wawau...jaaaaaaaaaaaaaaaap je lagik dia dtg!!
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
dont care...nk gak suh penyet mende alah itam nie byk2 ckit....kalu sikit sgt.....tu satu perenggan pun xsmpai patutnyer......nie kalu wa jd cikgu bm....1.5% jer wa bg.....
dont care...nk gak suh penyet mende alah itam nie byk2 ckit....kalu sikit sgt.....tu satu perenggan pun xsmpai patutnyer......nie kalu wa jd cikgu bm....1.5% jer wa bg.....
ptt ler x jd cikgu...garang sgt cikgunyer...bg ler byk sikit..25% ker
__________________
hidup kalu selalu nyusahkan org...bek x pyh idop
jgn lari dari mslh sbb semakin kita lari maka makin byk la mslh ikot kt...jd tempoh saje mslh itu...
saudari, tunggu dulu suara itu terdengar di belakang ku. Aku menoleh dan terlihatlah seorang jejaka yang tidak kukenali. siapa awak?, tanyaku. Aku sudah dilatih dari kecil supaya tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Tetapi aku terbius untuk bertanya kepadanya memandangkan dia sudah dekat dengan ku. saudari hendak ke mana?, tanyanya lagi. kenapa? Siapa awak? aku membalas. sayalah orang yang membawa saudari ke hospital ini. Masa tu saudari pengsan, dia meneruskan. sekarang saudari hendak ke mana? Lanjutnya.. oh terima kasihlah. Saya.. kata-kataku terhenti di situ. cuba beritahu saya, ke mana saudari hendak pergi..boleh saya hantarkan katanya lagi. tak apalah, tak payah susah-susah. Saya sudah terhutang budi pada saudara kerana menyelamatkan saya. Lagipun. lagipun apa saudari.. saya tak tahu ke mana nak pergi..tujuan saya masih belum pasti, aku melanjutkan. kalau begitu, marilah tinggal bersama saya sementara saudari memutuskan untuk ke mana selepas ini, katanya memujuk. oh ya, saya belum memperkenalkan diri..nama saya Kyril Harris. Jangan bimbang, saudari selamat bersama saya. Ikutlah saya balik ke rumah dulu, saya tinggal bersama ibu, katanya melanjutkan. Memandangkan aku tidak mempunyai tujuan hendak ke mana, maka aku mengikutnya. Aku tidak mahu tahu apa yang akan terjadi nanti. Sekurang-kurangnya aku sudah ada tempat tujuan dari merempat di jalanan.
Sambung lagi..he he
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
he he wawau tak terpikat ek... betapa ensemnye dia...aduuuuhhh
ni baca sambungannye..
Sketsa 3
masuklah saudari..ini rumah saya. Tentu ibu ada di dapur, katanya menjemput aku. ibuibu..saya dah balik ni... Aku malu2 untuk melangkah masuk. Maklum la rumah agam yang indah seperti ini..rasanya seperti tak layak untuk aku menjejakkan kaki. Bermimpikah aku?
Tiba2 terlihat seorang wanita separa tua yang bermuka bersih keluar dari dapur. masuklah nak, mari duduk di sini, mari duduk dekat ibu, suara yang lunak itu membuai dan menghilangkan rasa takutku. Masyaallah, baiknya budi pekerti penghuni rumah ini. Sudahlah duduk di rumah agam yang indah, berbudi bahasa pulak tu. Jarang benar ada orang seperti ini sekarang. Aku terus menyalami wanita itu dan duduk di sisinya. apa kabar, Ain Qistina..dah sihat ke? Qistina lapar tak..mari makan dengan ibu.. katanya lagi. Eh, macam mana dia tahu namaku. Ah, mungkin dari anaknya..otakku memberikan informasi.
Hurmmm sedap sungguh makanan yang dihidangkan. Dah lama aku tidak makan seperti ini. Dulu, semasa arwah emak masih ada..aku selalu makan yang enak2. Setelah emak meninggal, ibu tiri tak pernah melayan kehendakku. Makan pakai, terpulang aku memikirkan sendiri. Pandai-pandailah nak hidup..itulah yang selalu dikatakan oleh ibu tiriku. ke mana Qistina nak pergi selepas ini? Sudah ada tempat hendak dituju? pertanyaan itu menyentak lamun ku. entahlah puan, saya tak pasti.. kataku jujur. kalau begitu, Qistina tinggallah di sini..mulai hari ini Qistina ibu anggap seperti anak ibu sendiri. Tawaran ini sungguh lumayan dan apakah aku harus menerimanya?. Otakku ligat membuat rumusan..jika aku tinggal di sini, sekurang2nya aku ada tempat berlindung dari panas dan hujan. Makan minum dijaga dan aku tak akan kebuluran lagi. Di mana Kyril Harris? Sepanjang aku menjamu selera, dia tidak kelihatan. Kemana agaknyadi bilik kut..mandi agaknya, aku merumuskan.
rancangan tergendala sebentar..tunggu.
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
meh sini haku tulun settle cerita tak bergaya nie...
Di mana Kyril Harris? Sepanjang aku menjamu selera, dia tidak kelihatan. Kemana agaknyadi bilik kut..mandi agaknya, aku merumuskan. lalu haku pun terus merayapkan diri di dalam rumah harris itu, tetibe harris memunculkan dirinye sambey membawak seketol ayam mekdi, tetapi haku dah kenyang melahap tadi... takpe lah biar jer.... dan tetiber haris telah membalingkan ketul ayam itu tepat kene kat tinge kiriku... haku plak tak sempat nak kluakan aura jurus ke 8 persilatan kelimbowono mancuran kabupaten tengah wilayah timur laut indon.... 'kelepek', dan haku duduk termanggu2 cam tak cukup oksigen dalam koklea telinga, jadi imbangan haku agak goyah la gayah... tetibe... jeng jeng jeng...!!
bukan kena tinga la asben.. aku tepis dia kena kat kening aku daaaa
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
Diam tak diam, sudah lima tahun aku bergelar isteri kepada Kyril Harris. Hidupku terjaga sepenuhnya. Makan pakai tak ada yang kurang..apa lagi kasih sayang yang diberi tak pernah susut. Kasih sayang itu ditambah pula dengan kehadiran dan keceriaan anak-anak. Syukur pada Mu ya Allah. Rupanya inilah anugerah yang ingin Kau berikan. Patutlah Engkau tidak mengambil nyawaku satu waktu dulu.
ibu terdengar suara anak sulongku memanggil.
ye boy..ada apa
a..adik bu.. sambungnya tersekat2. Matanya mula digenangi air.
kenapa dengan adik boy?..mana adik?..aku cemas.
ada orang dah ambil adik.., dia mula menangis.
Boysiapa yang ambil adik..macam mana dia boleh ambil adik? tanyaku bertubi2 tanpa menunggu jawaban. Aku lantas menelefon suami. Abang, ada orang dah culik adik. Aku diminta bertenang sementara suamiku bergegas pulang. Aku mencari sambil memanggil-manggil nama anakku. kyraadikkk..kyraaaa.air mata tidak dapat ditahan lagi. Ibu yang berada di dapur bergegas datang bila mendengar suaraku memanggil kyra. oh TuhanKau selamatkanlah anak kujanganlah dia diapa-apakandia masih kecil, ya Allah doaku tak putus2.
Sesampai suamiku di rumah, dia terus mendapatkan aku yang telahpun lemah tidak berdaya. Dari anak sulongku, kami diberitahu ada orang yang mengambil adiknya semasa sedang bermain di luar rumah. Laporan polis segera dibuat. Rakan-rakan dan jiran diberitahu. Saudara mara juga telah dihubungi agar memerhatikan jika ada ternampak anakku. Gambar telah diedarkan di surat khabar dan media. Ya Allah, kenapa ujian ini Kau berikan kepadaku. Kenapa tidak Kau hukum saja aku kerana aku yang banyak melakukan dosa. Kenapa anakku yang tidak bersalah itu harus menerima hukuman ini. Rintihan demi rintihan membuat diri ku tidak seperti kesurupan.
sambung ye......
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
dulu pernah sepak kaki mak dye sbb tak bagi wit blanja gi skul..he he
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
ooo...dia sepak kaki mak dia erk???cik gayah...kalu pijak mak....dpt balasan tak cmnie...dose ker???sebab wa selalu pijak mak wa....jahat kan wa.......wa taknak sebab nanti kate anak derhaka...tp mak wa pakse suh wa pijak gak siap ugut2....asal wa pijak jer...bunyi...errrrrrrrkkkkk....erkkkkkk....cmne tuh...hish...sob..sob...sob..
hahahahahh...masalahnye perkara tu berlanjutan dari wa kecik sampai wa beso gajah sekarang nie....huhuhuhuh...adekah aku anak derhaka????huwaaaaaaaaaa......xmo...xmo...xmo masuk neraka....