Madhiah mula membuka mata.Mummy yang sejak semalam berkampung di Hospital Sultan Ahmad mula memegang tangan Madhiah.Pandangannya tepat ke wajah Madhiah. Alhamdulillah akhirnya Alia sedar juga.Nak makan tak?Mummy ada bawakan sup cendawan Campbell kegemaran Madhiah.Ungkapan lega ibu Madhiah padanya. Daddy dan Pak Cik Khair yang berada di sekeliling katil Madhiah pun turut tersenyum melihatnya. Madhiah di mana ni Mummy? Tangan kanannya memegang kepalanya yang berbalut.Kebingungan.Seingatnya sebelum ini dia dan rakan-rakannya bermain air di Pantai Kuala Ibai.Selepas itu dia terlelap sehinggalah dia berada di wad Pesakit Luar Hospital Sultan Ahmad. Sewaktu leka bermain air kamu pengsan dan lemas.Mujurlah ada orang yang selamatkan kamu.Panjang ceritanya,nanti balik rumah Daddy sambung.... sahut Daddy . Yang penting sekarang anak kesayangan Mummy ni selamat ..sambung Mummy sambil mengusap-usap rambut Madhiah. Ya,belaian seorang ibu memang tiada tandingannya dengan belaian kawan kita.Tidak sama juga dengan belaian dari seorang guru.Sentuhan seorang ibu kepada anaknya sentiasa menyuburkan benih kasih sayang.Penuh keberkatan.Itulah kata orang lama masakan ibu di rumah lebih hebat dan sedap berbanding makan masakan di luar rumah.Tiada tandingan. Kelihatan seorang Doktor keturunan Sikh masuk ke bilik Madhiah bersama jururawat.Mudah dikenali disebabkan ketaatan dia mengikut tradisi kepercayaan memakai dastar di atas kepala. Dr Shahab Singh.Madhiah terbaca nama yang terselit di saku jubah doktor itu. Selepas memeriksa tahap kesihatan,Dr Shahab memberi kebenaran untuk Madhiah pulang ke rumah berehat.Kebetulan tempoh rehat diberikan cukup sebelum Madhiah memulakan pengajian bagi semester barunya di Universiti. Mummy..siapa sebenarnya yang menyelamatkan Madhiah? pantas Madhiah mahu membongkar cerita sebenar. Kereta Toyota Alphard laju menyusuri jalan ke kediaman indah Tuan Said,seorang bisnessman yang berjaya.Ayah kepada Madhiah. Keadaan menjadi sepi seketika.Mummy dan Daddy terdiam.Masing-masing teragak-agak di mana mahu memulakan kisah sebenar.Mungkin mahu disimpan seketika kisah itu.Biarlah kesan luka di kepala Madhiah sembuh dahulu.Namun desakan Madhiah semakin merimaskan mereka.Ya,naluri seorang perempuan memang hebat.Kuat inginkan kepastian sesuatu perkara. Daddy memulakan kisah di mana seorang pemuda bernama Syahid yang menyelamatkan nyawa Madhiah sewaktu dia lemas bermain di pantai bersama rakannya sehinggalah dia dibawa ke hospital. Madhiah cuba mengimbas kembali peristiwa bergembira bersama rakannya di pantai itu.Hampa.Dia tidak ingat apa yang terjadi selepas kepalanya terhantuk pada sebuah batu lalu dihempap ombak. Kisah tentang wira yang menyelamatkannya itu menjadi perhatiannya. Siapakah dia?..Seorang pemuda?.. fikiran Madhiah dihujani persoalan tentang lelaki itu. Tiada jawapan tepat mengenainya. Aku mesti mencarinya.Aku sudah berhutang nyawa dengannya.Madhiah terus mengunci mindanya agar nekad menemui pemuda itu. Niat dipasang.Kereta Satria Hitam hadiah hari lahir ke-22nya dari Daddy dihidupkan. 25 Solok 3,Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu.Ya.Itu alamat yang diberikan Pak Yaakob,driver Daddy. Jalan ke Kuala Terengganu dari Kota Bahru sudah dalam otak.Masakan tidak kalau banyak kali dia berulang alik dari rumah untuk ke universitinya setiap sebulan sekali.Kalau nak diikutkan orang kerap pulang ke rumah sewaktu pengajian dikatakan anak manja.Nak buat macam mana dah Madhiah satu-satunya anak kepada pasangan Said dan Nadiah.Sunyi agaknya rumah tanpa anak! Bandar Kuala Terengganu sudah sebati dengan jiwanya. Baik dari kawasan pasar malam mahupun tempat-tempat yang sering menjadi tumpuan mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaysia Terengganu(UMT) seperti Mesra Mall,Mydin Mall dan Giant Hypermarket. Enjin kereta dimatikan.Keluar seorang perempuan berwajah manis sambil memegang sekeping kertas.Gadis itu ialah Madhiah.Diangkat kaca mata hitam aviator ke atas rambutnya.Matanya menyapu seluruh isi halaman rumah kampung itu.Tas tangan coklat berjenama Komodo diambil dari tempat duduk penumpang. Assalamualaikum makcik,tumpang tanya ini rumah saudara Syahid kah? Madhiah terus bertanya kepada seorang makcik yang kelihatannya sedang menyapu sampah di halaman rumah.Mungkin ibu kepada Syahid kut. Mak cik itu mengangguk perlahan..Betul,cik ni siapa ya? Saya mak Syahid sambil menggelar panggilan dirinya Mak Cik Khadijah. ..saya rakan Syahid.. Madhiah bingkas menjawab sambil tangan dihulur bersalaman dengan Mak Cik Khadijah. Owh..jemput masuk dalam rumah dulu..Syahid tiada.Dia keluar ke masjid sekejap solat Jemaah.. Mak Khadijah agak musykil sedikit.Tidak tahu pula Syahid ada kenalan rakan wanita yang tidak bertudung kepala.Gayanya persis seperti anak orang kaya.Mukanya sebiji macam Rianti Cartwright,watak Aisya dalam filem Ayat-Ayat Cinta.Muda lagianggun bergaya dengan berbaju kurung kuningnyabisiknya lagi. Jemput duduk dulu..sekejap mak cik buatkan air..minta maaf kalau rumah ini sempit sedikit..nada rendah hati Mak Syahid. Terima kasih mak ciksaya ni menyusahkan mak cik pula.. Madhiah berasa serba salahtapi dia tahu ini memang adat orang Melayu apabila tetamu datang rumah..layan sebaik mungkin..kata orang tua-tua bawa rezeki! Assalamualaikum. Waalaikumussalam.. salam dijawab Madhiah.. Kelihatan seorang lelaki masuk ke rumah Mak Cik Khadijah.. Badan tegap.Mukanya iras Kholidi Asadil Alam yang melakonkan watak Abdullah Khairul Azzam dalam filem Ketika Cinta Bertasbih,satu-satunya cerita cinta islamik yang pernah ditontonnya.Cuma bezanya lelaki ini tiada tahi lalat macam Kholidi di kanan atas bibir. bersambung... nantikan ya.. http://zoosterpen.blogspot.com/2012/...hepisod-1.html