Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Gadis disergah harimau meninggal dunia


Super Member

Status: Offline
Posts: 1018
Date:
Gadis disergah harimau meninggal dunia


KUALA KANGSAR: Seorang remaja perempuan yang berdepan detik ngeri apabila 'disergah' dua harimau ketika mengikuti ibunya menoreh getah pada 15 Januari lalu, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, petang kelmarin dipercayai akibat trauma melampau.

Mastura Kamaruddin, 16, sebelum ini dikatakan mengalami trauma berpanjangan sejak kejadian itu hingga dia gagal menghadiri sesi persekolahan.


Sejak insiden itu, arwah yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Kati, Kati, di sini, dikatakan sering termenung, sukar tidur dan hilang selera makan.

 

Kedua-dua kakinya dijangkiti kuman akibat terpijak duri rotan ketika lari menyelamatkan diri daripada dikejar harimau berkenaan.


Arwah juga hanya bersekolah seminggu selepas kejadian itu sebelum terlantar sakit di rumah keluarganya di Kampung Chuar Hilir, di sini.


Dalam kejadian itu, arwah bersama ibunya, Rohani Osman, 50 terpaksa melalui pengalaman menakutkan apabila terserempak dengan dua harimau dewasa ketika menoreh getah berhampiran kawasan jirat Cina lama berdekatan Hutan Simpan Bintang Hijau, di sini.

 

Dua beranak itu terpaksa berjalan mengundur hampir dua kilometer selepas diekori dan cuba dibaham dua harimau dewasa berkenaan sebelum diselamatkan penduduk kampung dua jam kemudian selepas bersembunyi di atas pokok.


Rohani berkata, hampir 10 pakar perubatan tradisional dan Islam yang dirujuk mengatakan arwah anaknya berdepan gangguan makhluk halus atau terkena badi harimau selepas kejadian itu

 

Rohani yang ditemui semalam berkata, dia tidak menyangka perubahan sikap dan trauma melampau dialami arwah sebelum ini menjadi petanda pemergiannya.


Beliau berkata, dia bersama suaminya, Kamaruddin Jene, 52, reda dengan apa yang berlaku biarpun dia sendiri masih dibayangi wajah pak belang yang cuba membahamnya itu.


"Beberapa minggu sebelum kematiannya, arwah pernah berpesan kepada saya dan suami supaya tidak lagi keluar menoreh kerana bimbang menerima nasib sepertinya.


"Seminggu selepas kejadian ngeri itu, arwah menunjukkan perubahan sikap yang ketara selain banyak menyendiri dan kurang bercakap. Arwah mungkin terkena badi pak belang itu selain dirinya yang mudah lemah semangat," katanya.


Menurutnya, pada Februari lalu, tahap kesihatannya bertambah teruk sehingga terpaksa berulang-alik ke Hospital Kuala Kangsar dan Hospital Taiping mendapatkan rawatan lanjut.


Katanya, selepas menerima rawatan di dua hospital berkenaan, keadaan arwah tidak banyak berubah dan doktor mengesahkan darahnya dicemari kuman serta merebak ke bahagian pinggang ke bawah.


Rohani berkata, arwah terpaksa dikejarkan ke HRPB pada 13 April lalu selepas demam panas sebelum doktor mengesahkan kuman berkenaan merebak ke bahagian otaknya.


"Beberapa hari sebelum meninggal dunia, arwah langsung tidak boleh bercakap malah, doktor mengesahkan sebahagian tubuhnya dari pinggang ke bawah lumpuh," katanya.


Jenazah Mastura dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chuar Hulu, di sini, semalam.

 

 **sumber - myMetro(26/04/2012)

 

- tingkatan empat dah ikut pergi menoreh.. semoga syurga balasan mu..



__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 371
Date:

AL-Fatihah..

__________________

~~~~ No Need To Die To Prove A Lie ~~~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 2028
Date:

innalillahiwainnailaihirajiuunnnn...



__________________

nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 227
Date:

al fatihah

__________________
Bagai jatuh ditimpa tangga,tangan pulak terkena taik ayam


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

dah bace jugak berita nii kat metro ....

dah sampai ajal Allahyarhamah tu dengana cara yang demikian ...

seme tu ... cumer buat penyebab jerk ...

Innalillahi wai'nna Ilaihi roji'un



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 1519
Date:

al-fatihah jugak dari haku...

sajer jer nak tambah skit.... citer cenggini kalau pemberita agak biase jer... kalau betul2 berita...


KUALA KANGSAR: dua harimau yang berdepan detik ngeri apabila 'disergah' Seorang remaja perempuan ketika jalan2 pada 15 Januari lalu, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, petang kelmarin dipercayai akibat trauma melampau. bla....bvla.....bla.......!

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 227
Date:

kahkahkah

__________________
Bagai jatuh ditimpa tangga,tangan pulak terkena taik ayam
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard