Selepas meninggalkan kerjayanya beniaga air tebu yang sedikit tipu dan akhirnya tak laku di lorong Ellypopia dulu itu, Jaki mendapat kerja baru sebagai pengutus surat rasmi di Putriskirt Specialist Centre.
Hari pertama, “Serah surat ni pada tiang di Dewan bedah, segera ye Abang Hensom.” Fuu… bederau darah Jaki, bila sekretari bos yang cinoni gilerh itu membisikkan ayat sepowerr itu.
“small matter!!!” sahut Jaki ala-ala superman hensom.
Tiba di Dewan Bedah. “1, 2, 3, 4.. termasuk bilik B.. ada 4 tiang, bilik C pun sama.” Nak bertanya, semua jururawat dan doktornya, macam robot je. Nampak mata je dua bijik.
Lama Jaki dok depan tiang. Dari satu tiang ke satu tiang.. tengok dari atas sampai bawah kalau-kalau ada peti surat rahsia di sebalik tiang-tiang itu.
Rupanya tugas ‘mendespatch’ ni memang tak se’easy’man yang dijangka.
Jom pekena kopi o dulu.
Dekat waktu lunch, Jaki belum sampai balik ke ofis lagi. Cik Julia bengang gilerh.. sebab jawapan daripada tiang perlu diketahui sebelum masa rehat.
Petangnya,
“Tiang kata awak belum serah surat tu, awak pergi mana ni?” suara Cik Julia dah tak semerdu dulu.
“Ha… Cik Julia bercakap dengan tiang? Sepagi dah saya duduk kat tiang-tiang tu.. Berbelas tiang, 12 semuanya. Sepatah haram tadak dengar apa dan tadak peti surat kat situ.”
“Saya suruh awak dispatch surat ni kepada EN. TIANG CHOON WEE, atendan di Dewan Bedah tu. Bukan suruh awak kira berapa tiang-tiang yang ada di sana!!” Geleng Cik Julia.
"0hhhhhh gitu."
(kisah benar yang terjadi kat rakan seofis saya, nama dan lokasi sebenar dirahsiakan.. tabik hormat kengkawan)
la apa elly ni...org cete lain dia cete lain...mana tau umie baik ngan waliq...ni apa cete ni...elly ni kan org baru...mana plak kenal walique....sebenarnya umie tak tau waliq gi mana...lama dh dia tak muncul...dulu maliki ada gak cr dia tp tak jumpa gak.....