Kelas Tahun 1 Ansar. Sekolah Rendah Agama Bilal Yang Azan.
Assalamu’alaikum dan ahlan wa sahlan murid-murid. Hari ni sesi perkenalan kita. Jadi ustaz nak tau gak nama dan cita-cita murid-murid. Kita mula dari belakang sebelah kanan dulu ya..
Budiman : “Nama saya Budiman bin Bakti, cita-cita saya ingin menjadi orang yang berjasa kepada agama, bangsa dan Negara.”
“Wahh, bertuahnya ibu bapa kamu Budiman. Saya turut berbangga dengan kamu. Terima kasih, seterusnya..”
Siti : Nama saya Siti Norhaliza bt. Tajudin, cita-cita saya ingin menjadi wanita solehah dan menyanyikan lagu nasyid ciptaan bapa saya hanya untuk suami yang tercinta, dan anak-anak saya menjadi penghafal Quran belaka.”
“Mulianya tujuan hidup kamu, Siti. Semoga Allah mengkabulkan cita-cita kamu. Hrmm sebelah Siti.. “
Ali : “Saya Ali. Mak panggil Lee aje, bila besar nanti, saya sudi membantu Siti mencapai cita-citanya dan berharap jasabaik Budiman untuk berbakti kepada saya menghantar anak-anak kami ke sekolah kerana saya ingin anak saya juga belajar di sekolah ini.”