Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Teladan.
rue


Senior Member

Status: Offline
Posts: 445
Date:
Teladan.


Seorang lelaki yang membujang kerana mahu menjaga ibunya
yang menghidap Parkinson, ditemui mati di pangkuan wanita itu di
kediaman mereka di Flet Kos Sederhana Rendah Fasa 13, Jalan Padi
Malinja, Bandar Baru Uda di sini, semalam.
Membujang? Ya Allah inilah bukti kasihnya seorang anak terhadap
ibunya. Betapa hebatnya pengorbanan seorang anak sanggup melupakan
nikmat sebuah perkahwinan utk  kebahgiaan ibunya. Tapi aku..dulu baru
di Universiti setahun dua, duit makan hari2 pun bergantung kat mak
bapak dah gatai nak kawin, lepas kerja setahun dua, duit tak cukup pun
dah nak kawin, ntah bila teringat nak bantu ibu bapa? Ntah bila
teringat nak bantu adik-adik? Ntah bila teringat nak balas budi baik
ayah bonda? Yang diingat selalu birthday makwe, valentine day, dating,
tapi tak pernah pun ingat birthday mak bapak, adik-adik. Sanggup
himpun duit yang mak bapak bagi utk beli hadiah, sanggup makan sehari
sekali tapi utk ayah ibu apa yang sanggup? Ya Allah ampunilah
dosa-dosaku, dosaku kepada ibu bapaku, dosa ibu bapaku terhadapMu Ya
Allah! Tempatkanlah mereka dalam rahmat dan kasih sayangMu!
 
Abu Bakar Hamzah Mohamad, 41, dikenali sebagai Halim di kalangan
jirannya dan bekerja kilang di kawasan perindustrian Ungku Mohsin di
sini, dipercayai mati di pangkuan ibunya, Aishah Sulaiman, 65, sejak
dua hari lalu.
 
Kematian Abu Bakar hanya disedari oleh jiran dua beranak itu pagi
semalam apabila menjenguk mereka dan mendapati, Aishah, yang tidak
dapat bercakap kerana penyakitnya, dilihat memicit Abu Bakar, tanpa
menyedari anaknya itu sudah mati.


Lihat betapa tinggi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
Walaupun diri sendiri menderita namun utk seorang anak yang taat si
ibu tetap berusaha memicit anaknya dengan penuh harapan. Inilah bukti
keredhoan seorang ibu terhadap anaknya. Redho Allah adalah juga atas
redho seorang ibu..Adakah ibuku meredhoi diriku ini?
   
Aishah, yang kematian suami sejak lima tahun lalu bergantung penuh
kepada Abu Bakar untuk menyuap nasi dan memandikannya setiap hari
kerana penyakit Parkinson dihidapinya.
Bayangkanlah sejak 5 tahun! Alangkah bahgianya Puan Aishah
memiliki anak yg taat sebegini. Bagi aku kadang-kadang utk berada 5
hari bersama ibunda tercinta pun sudah dirasakan lama, asyik teringat
nak balik rumah je, apatah lagi dengan keadaan kesihatan yg begitu.
Balik cuti sehari dua dah rasa lama, mak ayah suruh urut/garu belakang
pun malas, apatah lagi untuk menjaga ibu yang sakit! Selama 5 tahun!
 
Pengusaha kedai runcit di flet itu, Saim Arif, 48, berkata pagi Selasa
lalu, dia ternampak Halim menunjukkan reaksi seperti sedang menanggung
kesakitan, sebelum terjatuh berhampiran motosikalnya.
 
"Halim biasa keluar kira-kira jam 6 pagi dan pagi itu dahinya berdarah
selepas jatuh dekat motosikalnya. Penduduk yang nampak berkata,
sebelum itu Halim duduk di meja di bawah blok seperti orang sakit.
 
"Saya tanya dia sama ada nak dibawa ke klinik tapi dia tak mahu. Jadi
saya cuma tolong dia balik ke rumah," katanya.
Ingatan beliau terhadap ibunya melebihi kesakitan yang dihadapi.
Mungkin masa tu beliau rasa kalau ke klinik akan memakan masa,
bagaimana dengan ibunya? Sapa nak tengok?  Kalau kena masuk hospital
macammana? Biarlah dia menderita asal ibunya dapat makan, asal ibunya
dapat mandi. 
 
Saim berkata, selepas dua hari tidak melihat Halim keluar bekerja,
beliau menyuruh seorang penduduk flet menjenguk rumah dua beranak itu.
Baguih jugak Si Saim ni kira prihatin jugak la..Inilah peranan
seorang jiran.
 
"Ketika dia tiba di rumahnya, pintu tidak berkunci dan apabila
diselak, Halim yang tertiarap di ruang tamu sedang dipicit oleh
ibunya. Apabila diperiksa, Halim sudah tidak bernyawa, lantas dia
menghubungi polis," katanya.
 
Seorang lagi jiran, Kalsom Mohd Ali, 52, yang terkejut dengan kematian
itu berkata, hubungan dua beranak itu memang rapat, malah Halim tidak
pernah lekang bertanyakan makan minum ibunya.
Inilah bukti betapa Halim seorang yang benar-benar
bertanggungjawab. Kalau seseorang tu meninggal dunia dan orang lain
bercakap tentang kebaikannya maka bersaksilah bahawa orang itu memang
benar-benar baik
 
"Mereka duduk dua beranak saja di rumah sebelah dan mak cik tak sangka
Halim dah meninggal dunia. Sebab itulah dah tak nampak dia. Tengah
malam Selasa lalu, ada dengar bunyi batuk Halim kuat, lepas itu bunyi
orang jatuh tapi tak adalah kami sangka yang bukan-bukan," katanya.
 
Kalsom yang menyedari kematian itu berikutan kehadiran anggota polis
kira-kira jam 8 pagi semalam berkata, Halim mesra dengan penduduk di
rumah pangsa itu dan ibunya bergantung hidup padanya.
Tengok, dengan jiran tetangga pun beliau disenangi. Aku camna?
Jiran depan rumah pun jarang bertegur sapa, apatah lagi yang lain.
Apatah lagi yang 40 buah rumah dikeliling? Ya Allah! Jauhkanlah aku
daripada sifat sombong dan bongkak! Ya Allah berikanlah aku kekuatan
utk menunaikan hak jiran-jiranku Ya Allah!
 
"Makan minum ibu, Halim suapkan. Dia tidak beristeri dan selalulah
kami dengar ibunya ditanya "mak nak makan", "mak nak pergi bilik air"
ketika menjaga maknya itu.
"Mak mai makan" , "Mak, nak kencing habaq!"  Beza sungguh akhlak
beliau dengan akhlak aku! 
 
"Apabila ada yang bertanya kenapa tidak berkahwin, Halim menjawab
takut nanti isterinya tidak dapat menerima keadaan kesihatan ibunya
yang memerlukan perhatian penuh," kata Kalsom.
Kasihnya ibu....membawa ke syurga. Kasihnya saudara..masa berada.
Teruskan lagu ini berputar..
 
Jenazah Halim dibawa ke rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA)
oleh anggota polis Tampoi untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan di
Tanah Perkuburan Bukit Alif dekat sini, petang semalam. 
 
Ketua Balai Polis Tampoi, Cif Inspektor Mazlan Osman, berkata pihaknya
menolak sebarang unsur jenayah sebagai punca kematian Halim.
 
 
Quote:
"Kasih seorang anak menjaga ibunya yang sakit/tua berbeza dengan kasih
seorang ibu terhadap anaknya sedari kecil kerana seorang anak
mengharapkan ibunya meninggal lebih cepat supaya hilang segala
penderitaannya walhal seorang ibu mengharapkan anaknya terus hidup
agar menjadi seorang yang berguna"
Rasanya Halim bukannya termasuk dlm golongan ini. Semuga Allah
memberikan rahmat dan hidayah kepada kita semua. Al-fatihah! 
 
 
Harap dapat memberi manfaat!
Wallahu a'lam
 
 
Quote WK: "Too many people spend money they haven't earned, to buy
things they don't want, to impress people they don't like"



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

ni lagi satu..ade ke lelaki kat forum ni sanggup nak wat macam si pemuda tu?..aku tahu ramai yg sanggup sbb lelaki kat sini semuanya berhemah kan. korang suma baik2...bukan ngan mak saje tau..kat ayah juga kene hormat..ingat, tanggungjawab lelaki terhadap ibubapa tak habis walaupun setelah kahwin..bukan macam pompuan..

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 270
Date:

baca citer nie... teringat aku kat ex teacher aku tue..... umor dah masuk 50 tahun, tak kawin-kawin lagi, sebab jaga emak dia yg sakit. now, mak dier dah meninggal, jadilah dier andartu.

__________________
You made me feel alright For once in my life Now I can't breathe No, I can't sleep I'm barely hanging on


Senior Member

Status: Offline
Posts: 293
Date:

subhanallah!!....terima kasih pada yg forwordkan citer ni...menguatkan keimanan kami...

__________________


hihi huhu haha hoho...gatalnye dia....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 166
Date:

aku tak nak komen apa2..aku hanya berdoa supaya aku jadi anak terbaik untuk kedua org tua aku. syabas kepada yg telah berjaya menjaga emak bapak mereka. kepada yg belum lagi tu, ha bila lagi nak mulakan. mudah2an apa yg diberitahu oleh rue tu menjadi pedoman untuk kita suma lelaki kat forum ni. syabas rue..jasamu tetap dikenang!! (eh terlebih komen pulak aku, sowi le kengkawan)

__________________
dont worry of pick pocket. kalau duit takde dalam poket..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 202
Date:

semoga Abu Bakar ni ditempatkan di kalangan orang yang soleh

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard