Tajuk lumba lawak kali ini adalah KANTOL. Apa itu kantol?
Kantol: Suatu kejadian dimana suatu rahsia yang tidak ingin di ketahui ramai terdedah
Contoh: Mister Rie , ketika mengurat anak en mutusamy kata dia belum ada awek. Tapi sebenarnya awek dia adalah sepupu kepada anak en mutusamy tadi. Sepupu anak en mutusamy itu beritau kepada anak anak en mutusamy yang dia adalah awek kepada misteri.
Note: misteri sudah kantol!!!!
Tarikh akhir penyertaan: 30 Disemberr 2005, 11.59 malam. (Masa beberapa hari selepasnya diperuntukan untuk proses pemilihan pemenang)
Syarat-syarat Penyertaan : 1. Lawak mesti sekurang-kurang 100 patah perkataan. 2. Lawak hendaklah asli. Bukan dicuri. 3. lawak /Foto hendaklah beradab sopan. Ayat lucah melampau/Gambar bogel tidak diterima. 4. Admin berhak menyingkir mana-mana lawak/foto yang tidak bersopan. 5. Maksimum 5 lawak setiap ahli untuk setiap bulan. 6. Lawak berFoto adalah di galakkan. 7. Keputusan hakim muktamad. 8. Hadiah misteri: (Dari puji-pujian, doa hinggalah ke tambang pergi balik ke Jepun. Kami belum buat keputusan tentang hadiah yang sesuai.). Terpulang sekiranya ada penaja. 10. Setiap penyertaan mestilah diikuti dgn: Tajuk LAWAK, Nama dan e-mail/weblog url. ( lebih bagus kalau letakkan tem[at kejadian ,suasana dan sebagainya. )