Tentang orang-orang yang tak berpuasa ni, mungkin agaknya mereka tak tahu yang ianya wajib. Tapi macam orang-orang di kilang ni, apalah yang kita nak harapkan pada mereka yang tak pernah bersolat? Dengar ceritanya Encik P2 ada bagi ceramah pada diorang nih. Encik P2 agak perihatin juga dengan hal-hal ibadah, kadang-kadang dia bising juga pada sesetengah pekerja yang abaikan solat. Tapi dia pun faham, orang yang ditegur tu bukannya anak kecil, semuanya dah besar belaka.
Rehat tengahari tadi aku, Encik P1, CT1 dengan CikBed duduk dalam bilik borak-borak. Encik P1 cadang nak tunggu sekejap sebelum pergi ronda-ronda kat kawasan belakang kilang, tempat 'berkelah' diorang tu lah. Yang lucunya ada dua tiga orang yang dah ready nak ke belakang tapi teragak-agak bila nampak Encik P1 dalam bilik. Tertinjau-tinjau agaknya tunggu kalau-kalau Encik P1 tidur. Memang lucu sangat, kenapa takut? Takut dengan Encik P1 bukan apa sangat pun, apa sangatlah yang Encik P1 boleh buat. Paling besar Encik P1 cuma mampu membebel sajalah, takkan pula nak potong gaji mereka semata-mata sebab tak puasa?
Sepatutnya takutlah pada Allah.
Aku dah mula *bercuti*. Jadi untuk beberapa hari ni aku tak akan ke surau solat tarawikh. Esok cuti sampai Ahad, boleh buat kuih. Ada tempahan jugak, seronok juga boleh la buat tambah duit kan. Tapi tempahan tu dibuat sebelum orang tu rasa kuih buatan aku. Tak tahulah kalau dia yakin dengan kebolehan *gelak guling-guling* aku ni kan. Apapun, aku akan buat jugak tapi aku nak dia rasa dulu kalau dah rasa dan masih mahu beli, aku jual. Kalau lepas rasa dia tak mau beli, aku makan la sampai habis.
Al-fatihah untuk Allahyarhamah Datin Seri Endon.
Tengah aku tersengguk-sengguk depan pc tadi, CT1 telefon bagitau katanya Endon dah meninggal. Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun. Teringat kata ibu, memang dah jangka keadaan Endon yang kurang baik. Alhamdulillah dapat dia berusaha untuk mengubat penyakitnya, syukur dia di kalangan orang yang mampu. Aku sebenarnya kurang berminat dengan isteri PM ini (terutama rambutnya) tapi sebagai saudara sesama Islam, tetap ada rasa satu kehilangan. Alhamdulillah juga pengebumiannya tidak dilewatkan. Menjelang Maghrib semuanya dah selesai. Kan bagus tu daripada ditangguh-tangguh macam yang diorang selalu buat pada Agong atau Sultan. Jadi aku kagum dengan PM yang seorang ini, nampak kesederhanaanya.
Aku perhatikan bila ada orang kenamaan meninggal dunia, berlakulah senario-senario ni:
>> Stesen radio termasuk swasta akan memutarkan bacaan ayat suci Al-Quran sepanjang siaran.
>> Penyampai berita memakai selendang/tudung. Aku tak tahu pula kalau noralina redzuan sememangnya sudah bertudung, tapi cara pemakaiannya dalam Buletin Utama tadi kurang kemas. Hampir tergelak juga bila penyampai berita tamil pun berselendang. tapi tak apalah...
>> Pemimpin politik mengenepikan soal kelainan pendapat mereka...yang ini kalau selalu lagi bagus..
Selain tu, senario di atas juga akan muncul kembali bila tiba waktu perayaan..hari kebangsaan dan lain-lain tapi di kebanyakan masa...semuanya lesappp...