pertama-tama sekali aku nak gitau mods2 GC, iaitu Mister Rie, Gabriel dan puan Radinnaz, kalau korang rasa post aku kali ni tak sesuai atau ada unsur2 berbau kafirun, lahanat, dajjal dan yang sewaktu dengannya, dipersilakanlah korang untuk men'delete' post ni tanpa was2 aja.
disebabkan syawal lagi 3 minggu, aku ingat nak buat sesuatu yang dah lama aku lupakan, iaitu aku nak hantar kad raya pada koranglah, takkan pada barrack obama pulak, obama tu bukannya warga GC maupun member aku pun kan? jadi kalau korang tak keberatan, tapi kalau korang keberatan, takpelah, sukati koranglah.
jadi kalau korang tak keberatan, aku nak mintak alamat korang, yelah, takkan aku nak hantar kad raya pastu tulis 'kepada ketupat, ahli gengcerita, activeboard.com' kang melilau pulak posmen nak hantar kad raya aku tu nanti kan?.. tapi.. yea, musti ada tapi dulu, kini dan selamanya...
kalau korang nak, sila pm aku , tapi jangan bagi alamat dulu, nanti aku akan pm korang balik alamat aku dulu, baru korang kasi alamat korang, yelah, mana tau aku tersilap hantar tayar bas ke, tulang ikan tongkol ke kat korang dan korang rasa aku dah pedajjal korang, korang buleh kasi alamat aku tu kat polis ke, bomba ke, atau ketua blok korang supaya mengambil tindakan sewajarnya ke atas aku.
dan, alamat korang tu jangan risau akan bocor ke mana2, kalau ada member yang nak alamat lain2 member, aku akan pm tuan empunya alamat untuk gitau,contoh Gabriel pm aku nak alamat mat the gedik, maka aku akan pm mat dulu dan gitau Gabriel nak alamat dia, kalau dia bagi, baru aku akan pm kat Gab, kalau mat tak rela alamatnya dinodai oleh Gabriel, nangis airmata nanah sekalipon Gabriel takkan dapat alamat tu dari aku..
Gab oo Gab.. insaplaa di bulan Ramadan yang mulia ini.
bukan apa,tujuan aku hanyalah nak mengeratkan sillaturahim antara member2 GC ini, mana tau ada korang yang tinggal dekat2, dua tiga blok aja, tapi tak tau dah kamceng kat GC, bila bersua muka, tak kenal pon. mana tau kan?.. pastu dah kenal kat GC, dok pulak dekat, mana tau ada jodoh, haa?..
memang boleh nak hantar gambar2 uchapan raya kat GC maupun email ke hapa, tapi aku saja nak hidupkan balik rasa bila dapat kad raya, nilai sentimental tu tak sama dengan dapat kat email, kat komputer.
contoh, ni aku tujukan pada nemesis tegar ku, oilquorra shifer, dikesempatan syawal yang bakal menjelang ni aku nak mintak maap dari hujung ubun2 sampai hujung kukukaki kalau aku ada buat salah dan silap pada nko yek?
kalau kat pc, takde apa2 sangat kan rasanya? tapi kalau dapat kat raya, feelingnya tak samalah.
sungguh kaberet sekali permintaan ijoi gondolan ni mule-mule beliau minta alamat pastu memang tak syak lagi beliau akan mengadakan sesi terjah pintu ke pintu usahla terpedaya wahai gadis2 GC sekalian pade dakyah songsang beliau sejak bahulu lagi ijoi adela lebih syapie abdal jikalau ko wish raye pakai tweeter ke..pesbuk ke..org da tak men kad da skang neh
PS://bulan pose aku takleh kutuk ko sgt..dah lame aku tak menggonjengkn ko kt GC neh..ko msih aktif sampai skang yer