Al-ikhlas merupakan surah ketiga (surah ke 112) yang terakhir dalam al-Quran. Diriwayatkan dari Atha dari Ibnu Abbas r.a bahawa suatu hari datang seorang utusan dari kaum Nasrani bertanyakan kepada Nabi Muhammad saw sebagaimana berikut "Terangkan kepada kami tentang sifat Tuhanmu. Adakah ia adalah dari zabarjad, yaqut atau emas?"
"Tuhanku adalah zat yang mencipta segala sesuatu". Tidak lama kemudian turunlah surah Al-Ikhlas ini. Kalau nak ikutkan surah nie ringkas je, senang nak hafal tetapi ia juga menyimpan sebegitu besar ganjaran ataupun kelebihan. Kenapa dikatakan besar ganjaran atau banyak kelebihan?
1. Baca sekali seperti baca sepertiga Al-Quran. Sabda-Sabda Rasulullah SAW, Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur'an (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
2. Malaikat menyedekahkan pahala bacaan al-ikhlas mereka kepada siapa yang membaca surah ini. Dari Ubay Ibn Ka'ab - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada" "Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan" (Riwayat Ibnu Abbas)
3. Ditulis ayat-ayatnya pada sayap-sayap malaikat. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
4. Apabila mati, tidak membusuk jasadnya dan dipimpin malaikat ketika melintasi titian siratul mustaqim. Sabda Rasulullah S.A.W yang artinya: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
5. Sesiapa yang melintasi kawasan lalu membaca al-ikhlas 11 kali dan disedekahkan kepada ahli kubur, maka dia akan mendapat pahala menyamai pahala ahli-ahli kubur disitu.
6. Diriwayatkan bahawa terdapat sahabat yang datang kepada Nabi Muhammad saw dan mengadukan tentang kemiskinannya, maka baginda pun bersabda "Jika kamu masuk ke rumah mu, bacalah surah al-ikhlas!" Amalah amalan ini secara berterusan insyaAllah akan dilapangkan dari kesusahan & ditambah rezekinya.
7. Rasullah bersabda "Barangsiapa membaca surah al-ikhlas sebanyak 30 kali maka Allah swt menulis untuknya kebebasan dari neraka dan aman dari seksa juga aman dari huru-hara besar(fitnah kiamat)"
8. Dalam kitab al-Jami al-Shagir, disebutkan satu hadis yang maksudnya "Sesiapa membaca tasbih sebanyak 1000 kali maka sesungguhnya ia telah membeli dirinya dari Allah (yakni sebagai tebusannya)".
9. Melenyapkan rasa lapar ketika tidur iaitu dengan membaca al-ikhlas dan al-Mu'awwizatain (An-Nas & Al-Falaq) lalu ditiupkan pada tangan dan disapukan ke seluruh tubuh.
-- Edited by young areza on Tuesday 31st of July 2012 02:16:24 AM