Seorang petani dan isterinya pulang ke rumah setelah keluar berbelanja barangan keperluan. Ketika mereka membuka barangan yang baru dibeli, seekor tikus memerhati dengan harapan. "hmmm...makanan apa yang dibawa mereka dari pasar hari ni??"
Dilihatnya apa yang dibeli oleh petani hari ini adalah jerat tikus. Si tikus menjadi takut bukan kepalang.
Si tikus bergegas lari ke sarangnya dan berteriak,
"Ada jerat tikus di rumah!....di rumah sekarang ada jerat tikus!!...."
Si tikus pun mengadu kepada ayam dan berteriak,
"Ada jerat tikus !"
Ayam berkata,
"Wahai tikus, aku turut bersedih tapi ini tak ada kena-mengena dengan aku."
Si tikus lalu pergi berjumpa dengan kambing sambil berteriak seperti tadi.
Kambing pun menjawab dengan selamba,
"Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "
Tikus lalu menemui lembu. Si tikus mendapat jawapan yang sama.
" Maafkan aku. Tapi jerat tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah badan sebesar aku ni boleh masuk jerat tikus. "
Dengan rasa kecewa, si tikus pun berlari ke hutan menemui ular.
Ular berkata,
"Eleh engkau ni...Jerat tikus yang keciltak kanla membahayakan aku."
Akhirnya si tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui dia akan menghadapi bahaya seorang diri.
Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak, jerat tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat jerat tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang terjerat membuat ular semakin ganas dan mematuk isteri si petani.
Walaupun si petani sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya terkena juga patukan ular itu. Si petani pun membawa isterinya ke hospital. Beberapa hari kemudian
isterinya sudah boleh pulang namun demam berterusan.
Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam pada si petani kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang petani itu pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki ayam buat sup.
Beberapa hari kemudian sakitnya masih tidak sembuh. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Lalu si petani pon menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.
Namun masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.
Dari kejauhan...Si tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat jerat tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.
SUATU HARI....
KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN
Bagus2 teladan cerita ni.. Maka dgn ini izinkan aku menokok tambah sikit lagi..
Satu hari tikus dapat tau tuan rumah yg baru menimang cahaya mata telah memasang perangkap tikus, dgn gusarnya tikus berjumpa ayam utk meminta tolong, kemudian ayam yg baik hati pun merasa kesian. Masuklah ayam ke dalam rumah utk membuang perangkap tikus, namun ayam ditangkap dan disembelih tuan rumah..
Melihat ayam gagal membantu, tikus pun berjumpa kambing utk meminta tolong, sama, kambing merasa kesian lalu kambing pun masuk kedalam rumah utk membuang perangkap tikus, kambing juga ditangkap lalu disembelih utk dibuat aqikah utk anak tuan rumah tadi..
Kambing pun gagal, tikus berjumpa pula dgn lembu utk meminta tolong, tapi tikus kecewa kerana lembu berkata mustahil ia dapat membantu, bagaimana ia dapat masuk kedalam rumah tuannya utk membuang perangkap tikus itu? Tikus merasa marah dan tidak mahu lagi berkawan dgn lembu.
Kemudian tikus pun berjumpa ular utk meminta tolong, belum sempat tikus berkata apa, tikus pun di patuk ular itu. Dgn menyesal dan kesakitan tikus perlahan-lahan balik, 'alangkah baik kalau aku tak datang berjumpa ular, kan aku boleh elakkan saja perangkap tu.' Fikir tikus menyesal, tapi beberapa lagkah saja tikus pun mati, lalu ular pun memakan tikus..
ORANG YG JAHAT DAN BURUK PERANGAI..
KALAU DITOLONG MENYUSAHKAN DIRI..
TAK DITOLONG TERUS DIA MEMBENCI..
MASALAH KECIK, SENGAJA CARI MATI..
-- Edited by Ijoi on Saturday 9th of March 2013 12:12:56 AM