Masak sebiji di atas peti Kat pasaraya tak ada hutang hutang Kalau nak, bayar, Cash On Delivery
Kalau ada jarum yang patah Jangan di simpan di dalam peti Kesian betul dengan kau ni Jarum patah pun kau simpan dalam peti.
Dua tiga kucing berlari Mana nak sama si kucing belang Kalau kau berani kejarlah kucing tu Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..
Kajang Pak Malau kajang berlipat Kajang hamba mengkuang layu Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat Kain aku, si pencuri yang sapu
Rumah Pak Mamat di tepi sawah Pakai langsir berwarna biru Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.
Air pasang dalam surut pukul lima Nyonya bangun pagi siram pokok bunga Haloo nyonya, mau tanya sikit Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?
Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Kalau padi tu belumlah masak Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .
Limau purut masak di dahan Batang selasih condong uratnya Limau purut tak boleh makan Nanti sakit perut nak kena cari ubat.
Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu Pergi aje ke Kampung Pandan
Sorong papan tarik padan Buah keranji dalam perahu Tolonglah jangan makan buah keranji tu Nanti badan kau orang berbau
Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda Ana banyak takut jalan tutup mata Memanglah takut kalau jalan tutup mata Sebab takut terpijak lubang Indah Water
Encik Baba jatuh dalam parit Cik Aminah ketawa jerit jerit Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit
Buai laju laju Sampai pokok sena Woii, jangan buai laju-laju Nanti kang tercampak kat pokok sena
Timang tinggi-tinggi Sampai cucur atap Cucur atap tak sedap Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap