Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: hantam je...


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 67
Date:
hantam je...


Adha masih duduk membisu di hadapan pusara Luna, kenangan bersama Luna membuatkan air matanya sering menjengah ditubir matanya, kenangan-kenangan indah bersama isterinya itu membuatkan Adha tak mampu melupakan Luna.

Sebulan sebelum, maaf encik Adha, setelah pemeriksaan penuh terhadap puan Azluna pihak kami dapati beliau mengalami penyakit leukemia atau kanser darah, penyakit ini disebabkan  pertumbuhan sel darah putih yang tidak terkawal didalam badan puan Azluna terang Dr. Zalia , Adha tergamam lalu memandang isterinya yang sudah  teresak di bahunya  seraya bertanya ada cara untuk mengubat penyakit ini ke.?  Dr. Zalia memandang Adha bersilih dengan luna lalu menjawab penyakit seperti ini hanya memerlukan penderma tulang sum-sum, tapi untuk melengahkan masa pertumbuhannya kita kena jalani rawatan kemotrapi bagi mematikan sel-sel yang  telah sedia ada. Luna memandang suami disisi lalu berkata abang, saya tak nak jalani kemotrapi, tolong la bang.. rayu Luna menatap tepat pada mata Adha,    kalau saya menderma boleh ke?  Tanya Adha pada Dr. Zalia, Dr. Zalia mengganguk dan berkata boleh tapi kita kena jalankan pemeriksaan sama ada sesuai atau tidak Adha mengganguk dan bangun,keduanya beriringan keluar dari bilik Dr. Zalia.

Seminggu berlalu pagi itu Adha menerima panggilan dari Dr. Zalia meminta Adha dan luna datang ke kliniknya, setiba di klinik mereka di panggil masuk ke bilik Dr. Zalia, ada apa-apa berita ke doctor.? Wajah Dr. Zalia berubah dan memandang tepat pada wajah Luna seraya berkata maaf puan pihak kami cuba sedaya upaya namun semua ini kuasa Allah, setelah pemeriksaan kami dapati tahap penyakit puan.. Dr. Zalia menarik nafas dan meneruskan kata-katanya ditahap kritikal dan tiada ubat yang mampu menyembuhkannya melainkan kuasa Allah sahaja Adha memandang dan bertanya tak kan sampai macam tu.?, tiada cara lain ke doctor.? Adha memandang tepat wajah Dr. Zalia mengharap agar ada harapan untuk isterinya, namun harapannnya hancur apabila Dr. Zalia hanya mengeling kepala kita berdoa mengharap keajaiban berlaku.

Beberapa minggu berlalu keadaan Luna semakin mencengkung dan pucat, hari-hari yang dilalui seboleh-bolehnya cuba Adha sempurnakan dengan kebahagiaan bagi isteri kesayangan itu, malam itu  Adha membuat kejutan untuk Luna denga membawa Luna ke taman menikmati keindahan malam Abang, malam ni cantik sangatkan, kalau saya dapat nikmatinya tiap-tiap harikan bagus, abang terima kasih sebab  gembirakan hari-hari saya dengan bahagia, saya rasa saya lah isteri yang paling gembira dalam dunia ni sebab memiliki suami yang baik, handsome, pandai dan sebagainya.. sambil tersenyum dan meletakan kepala dibahu suaminya abang, buku ni sayang tulis khas untuk abang, nanti abang baca bila dah siap nanti tau Adha mendongak memandang jauh  ke langit bila la gamaknya nak siapkan.?  Luna tersenyum dan berkata kalau saya tak sempat nak siapkan nanti abang siapkan la, lepastu kita gabungkan nama kita Adha, Luna  jadi ADNA bolehkan Abang, nak tanya boleh..? Adha tersenyum dan mengganguk kat mana tempat saya dalam diri abang..?  Adha memandang Luna melalui ekor matanya seraya bertanya sayang nak dekat mana? Luna tersenyum manja emm, saya nak dekat hati dan fikiran abang boleh ?, tapi bila nanti abang dah ada pengganti saya, abang letak saya dalam lipatan kenangan terindah abang tau.  Terasa air mata mula bertakung Adha cepat mengilap air matanya dan berkata abang tak tau apa yang  terjadi akan datang, tapi apa yang abang pasti setiap dalam angota abang hanya ternampak wajah sayang dan abang akan pastikan ianya menjadi selama-lamanya wajah sayang Luna memejam matanya, Adha menguit tangan isterinya tetapi tiada respon Adha panik dan memegang bahu isterinya, tersembur tawa Luna kerana dapat mengusik suaminya Apalah abang ni panik cepat sangat, macam mana la kalau betul-betul saya pergi... ucap Luna sambil tangannya mencuit dagu suaminya sayang, jangan buat macam tu lagi, abang belum sedia lagi menatap tepat wajah isterinya abang, mati tu kan pasti tambah-tambah macam saya ni, tapi ini yang terakhir saya nak minta, abang tolong siapkan buku ni ya. Mata luna memejam rapat menahan sakit yang tiba-tiba bertandang pada tubuhnya  sayang siapkan la, abang mana tahu nak buat ayat yang indah-indah macam sayang. Luna memejam mata seraya menjawap dalam nada yang perlahan abang, cepatnya masa berlalu maafkan saya.... waktu seolah-olah terhenti ketika itu hanya suara alam yang berbunyi mata Luna terpejam rapat Adha membisu mengerti keadaan apabila orang yang disayangi telah pergi meninggalkannya.

Rebisan air hujan menyedarkan Adha dari lamunannya,  Adha menatap pusara isterinya untuk kesekian kalinya sebelum berlalu meninggalkan pusara Luna.

Siang dan malam bagai tidak terasa lagi bagi Adha wajah Isterinya terus menguasai dirinya, keluarga terus memberi semangat agar Adha kembali ceria seperti dulu ibu rasa baik kamu pindah tinggal dengan ibu dan ayah, lagipun rumah kamu ni sunyi susah kamu nak lupakan arwah, kesian arwah tak tenang dia asyik tengok kamu bersedih je, ibu bukan suruh kamu lupakan arwah tapi,  ibu tak sanggup tengok anak ibu macam orang  tak terurus je, marila tinggal dengan ibu dan ayah, temankan ibu ya nak..? pujuk puan hamidah ibu  Adha, betul tu Adha setidak-tidaknya kamu boleh tolong ayah uruskan syarikat kita, kalau kamu tak nak kerja untuk sementara waktu ni pun tak apa, janji kamu nak ikut kami balik rumah sana tu pun dah menyenangkan sedikit hati kami ni. Bersungguh Hj. Idrus memujuk anak lelakinya itu, Adha tak nak tinggalkan rumah ni, rumah ni satu-satunya kenangan terakhir Adha dengan Luna, banyak kenangan kami di sini, ucap Adha matanya tidak lepas  memandang halaman rumah di mana, di situlah kali terakhir Luna menghembuskan nafas terakhir dipangkuannya, ibu tak suruh kamu jual rumah ni, sekali-sekali kita datang jenguk rumah ni, tak pun kamu sewakan je dengan orang, sambung puan hamidah apa yang ibu harapkan, ibu nak tengok kamu seperti dulu, dah dekat enam bulan arwah pergi ibu tengok keadaan kamu makin tak terurus, jangan seksa diri sendiri Adha, ibu suruh kamu nikah lagi kamu tak nak, ibu sedih tengok kamu macam ni, sampai bila Adha nak terus macam ni.? Adha menunduk sayu tiada siapa dapat gantikan Luna, tak ada siapa ibu. Nada perlahan tetapi tegas yang diucapkan Adha jelas ketelinga Hj. Idrus dan Puan Hamidah, tengok la macam mana, Adha fikirkan dulu, esok Adha bagitahu Ibu dengan Ayah keputusan Adha. Ucap Adha.

Berita yang diterima mengejutkan seluruh ahli keluarga Adha, apabila pihak Polis memaklumkan Adha meninggal dalam kemalangan, tanggal 10/11/2012 berakhir sebuah kisah cinta antara dua hati,perlahan puan hamidah  membuka bungkusan yang diserahkan oleh  pihak berkuasa kepadanya kelmarin, bungkusan yang berisi barang milik Adha,  sebuah diari dan sekeping nota, dengan hati-hati puan hamidah membuka lembaran tersebut dan  membaca nota terakhir arwah yang tertulis TUNJUKAN RUANG YANG TIADA NAMA MU DALAM HATI DAN FIKIRANKU, TANPAMU TERASA HIDUPKU BAGAIKAN TELAH MATI, SELAMAT MALAM SAYANG perlahan tangan tua itu melipat lebaran nota itu, seraya mengucapkan in sya Allah, kalian akan bertemu jua

 

Tahmat...



__________________
A+R+A+B = Anda Rasa Anda Bagus..??


Senior Member

Status: Offline
Posts: 251
Date:


hmm bergenang jgk la mata aku ni..

" TUNJUKAN RUANG YANG TIADA NAMA MU DALAM HATI DAN FIKIRANKU, TANPAMU TERASA HIDUPKU BAGAIKAN TELAH MATI, SELAMAT MALAM SAYANG"

pilu tol stetmen ni ...wlu bgaimn pun pasti akn lbh cemerlang klu en. empty shoulder elaboratekn cite ni scr lbh comprehensive..

tp a good try! syabas

__________________

sebab aku x baik la aku nk perbaiki diri aku...

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 414
Date:

waa.. Bez2 ! Menyayat ht la wlopun mcm dh pena bce. Bez la ! Boleh msukan dlm novel aku tgah krg ni. Hahaha. Idea cilok. X marah kan ?? Hehe..

Cita2 aku nk jadi penulis ! Wlopun aku x de blog nk mengembangkan bkat aku, x pe. Aku ada microsoftword 2011. Hehe.. Pndai2 je microsoftword 2011. Hehe.

__________________

AKU SUKA BACA KOMEN KORANG DARI CERITA..

TAPI AKU SUKA BACA CERITA KORANG DARI KOMEN...

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard