Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Misteri Kuda Kepang


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:
Misteri Kuda Kepang


 

Assalammualaikum wbt semua..

 

Kali ini Bonda berpindah rumah.. sebab kisah pengalaman yg akan Bonda ceritakan bukanlah cerita hantu atau berunsur seram. Kisah yg ini lebih kepada misteri serta persoalan.....

 Bonda pasti semua di sini mengetahui akan sejarah KUDA KEPANG dan juga sejarah tarian KUDA KEPANG. Sebagaimana yg  kita maklum, KUDA KEPANG yg juga dikenali sebagai KUDA LUMPING berasal dari Tanah Jawa dan ia adalah sebuah tarian pahlawan. Terciptanya tarian ini sempena 9 wali Songo dalam usaha mereka menyebarkan ajaran Islam di kampung-kampung pendalaman. Peristiwa peperangan yang dilalui Rasullullah s.a.w dan para sahabat telah disampaikan dalam bentuk tarian.

 Dikatakan juga...... Oleh kerana tarian ini berkembang di seluruh  Tanah Jawa, beberapa unsur mistik dan pemujaan telah diterapkan dalam tarian KUDA KEPANG  ( ...yang terang-terangan telah menyimpang dari akidah Islam ).

KUDA KEPANG dimainkan adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan dengan roh orang telah mati. Selain itu, mereka juga  mempercayai KUDA KEPANG dimainkan bertujuan untuk membersihkan desa daripada gangguan roh-roh jahat, penyakit dan malapetaka. Masyarakat Jawa masih memegang kuat kepercayaan unsur ghaib serta kepercayaan nenek moyang mereka sehinggakan banyak upacara tertentu dilakukan melibatkan pemujaan bercampur-aduk dgn nilai agama. Dan salah satu daripadanya ialah persembahan KUDA KEPANG.... sebagaimana yg kita lihat atau tonton sekarang..

 Jadi disini Bonda hendak bercerita ttg pengalaman misteri berkaitan dengan KUDA KEPANG.

 

Begini...

Ketika Bonda bertukar tempat kerja yang baru, Bonda tinggal berseorangan menyewa rumah. Bonda ni mmg jenis kurang berminat utk mempunyai housemate. Bonda lebih senang tinggal bersendirian. Takut? Mmg tidak ada....Syukur pada Allah yg Maha Pelindung lagi Maha Mengasihani.. tidak pula Bonda diganggu oleh apa-apa penampakkan atau gangguan.. Alhamdullillah...

 Tetapi...apabila ayah Bonda mengetahui akan perkara ini ( 6 bln Bonda rahsiakan xd.gif ), dengan segala perintah...... Bonda diarahkan berpindah dan menumpang tinggal bersama-sama sepupu emak Bonda ( Pakcik Im -  nama samaran ) sekeluarga. Mahu tak mahu terpaksa juga Bonda tinggal bersama mereka sekeluarga. Bukannya mereka ini tak baik.. jangan salah sangka. Mereka baik... begitu juga dengan anak-anak mereka. Cuma Bonda sendiri yg kurang selesa sbb Bonda tak biasa.

Mereka sekeluarga tinggal di satu kawasan perumahan yg besar. Suatu hari, salah seorang dari jirannya mengadakan majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan ini diadakan secara besar-besaran iaitu selama 3 hari 3 malam.. bermula dari kenduri doa selamat, majlis nikah dan diikuti dengan majlis persandingan.

Dipendekkan cerita, pada hari yg ketiga ( Bonda tak dapat hadir disebabkan Bonda terpaksa kerja pada hari itu ), Bonda balik lewat petang. Sampai saja dirumah, kelihatan beberapa orang sedang sibuk menyiapkan sesuatu di padang kecil yg terletak dibelakang rumah Pakcik Im ( hanya 20 langkah dewasa saja dari beranda dapur ke padang ) Sekeliling padang kecil itu dikelilingi dengan tali halus yg dijadikan pagar. Manakala di hujung kanan padang, terletak pondok kecil dimana terletaknya beberapa alatan muzik.

Bonda diberitahu oleh isteri Pakcik Im yg malam nanti akan diadakan tarian KUDA KEPANG sebagai penutup majlis perkahwinan. Bonda cuma cakap 'ok' saja sebab masa tu rasa macam tak berminat sangat.

Malam tu.... selepas makan, Bonda menjengah ke luar tingkap. Orang ramai sudah mula memenuhi tepi padang. Kelihatan beberapa lelaki lengkap berpakaian ala-ala Jawa telah mula bersiap dengan kuda masing-masing. Tengah leka memandang lelaki-lelaki gagah tadi, pandangan Bonda terlindung oleh orang-orang yg mula bersesak-sesak menyibuk memampirkan diri di tepi padang.

Alahai... bosan! Bonda rapatkan sedikit tingkap dan terus duduk menonton tv. Pakcik Im tiada sebab belum lagi pulang dari masjid. Isterinya pergi ke rumah jiran sebelah rumah. Jadi tinggal Bonda dan anak mereka yg bongsu.

Bunyi Gong, Kenong diikuti dengan bunyi Tambur , Caklempong dan Angklung dan yang lainnya ( Bonda tak ingat alatan muzik yg lain ) mula kedengaran. Bingkas anak bongsu Pakcik Im berlari ke tingkap. Dipanggilnya Bonda berkali-kali tapi Bonda tak endahkan sangat.....malas nak tengok. Agaknya dia tahu yg Bonda malas nak layan, dia pun keluar ke beranda dapur ( yang menghadap ke padang ).

15 minit kemudian, kedengaran alunan muzik bertambah rancak. Diselang-seli dgn bunyi cabuk.. Hidung Bonda terbau kemenyan ( Bonda amat sensitive dgn bau kemenyan  ). Dalam agakkan Bonda tentu ' kuda-kuda ' semua dah naik syeh. Entah apa-apa yg dibuat oleh mereka nanti.. makan kaca la....kopek kelapa dengan gigi la.....macam-macam.

Ketika Bonda hendak bangun utk masuk ke bilik, tiba-tiba Bonda terdengar pukulan dari Gong Jawa. Hanya sekali pukulan dari Gong itu menyebabkan langkah Bonda terhenti. Automatik! Seolah-olah kaki Bonda terpaku atas lantai.. ( jangan tanya kenapa dan macamana..sebab Bonda sendiri susah nak terangkan.. ). Kemudian disambung dgn bunyi Kenong serta Caklempong.. bonda seperti terbuai-buai dengan alunan muzik tu..cukup mengasyikkan. Macam berada di alam lain!

Bulu roma sudah mula meremang, muka Bonda dah terasa bahang. Jantung berdegup kencang... Kenapa ni? Bonda rasa lain macam... Alah! Ni yg tak best... Kenapa ni? .... Bonda dah nak nangis.

Bonda tekan tumit kaki sekuat-kuat hati dan Bonda patahkan ibu jari kanan kebelakang sampai Bonda kesakitan.... Diikuti dengan bacaan Surah Al- Qausthar 7x. baru Bonda boleh bergerak. Alhamdulillah...

Akan tetapi... ( ada juga TETAPInya itu... ), hati Bonda bagai dipanggil-panggil utk melihat persembahan tarian KUDA KEPANG tu... Tak nak berfikir panjang, Bonda masuk bilik, tukar pakaian dan bersiap ala kadar..  Kenapa pula Bonda sibuk-sibuk nak cerita pasal 'bersiap ala kadar' ? Sebabnya...ada kaitan dengan apa yg akan berlaku seterusnya....

Bonda memakai kebaya pendek nyonya dengan kain batik jawa. Dalam banyak-banyak baju yg Bonda ada, Bonda boleh ambil baju tu dan terus sarung ke badan. Pelik sungguh...!!  Rambut Bonda sanggulkan sedikit dan klip dengan sepit yg berbunga besar. Touch up sikit muka ( takde la Bonda nak bersolek bagai...Cuma berbedak nipis, bercelak dan oleskan sedikit dengan gincu bewarna pink ).

Bonda tak mahu bersiap lama-lama sebab hati ni macam tak sabar nak pergi ke sana. Bila Bonda keluar bilik, Bonda terserempak dgn Pakcik Im yg baru balik dari masjid. Terus Bonda minta izin utk melihat tarian Kuda Kepang. Dia izinkan dengan syarat jangan berdiri terlalu dekat dengan padang. Bonda mengiyakan saja sebab Bonda tahu byk sangat pantang larang bila nak menonton tarian KUDA KEPANG ni.

Menjadi kebiasaan bagi Bonda sejak dari sekolah lagi, apabila nak melangkah keluar... Bonda akan mulakan dengan kalimah Basmallah dan langkah dengan kaki kanan. Masa Bonda nak melangkah Bonda lihat 'kuda-kuda' sudah bersepah-sepah... tapi Bonda tak ambil kisah sebab tumpuan Bonda adalah bunyi alunan muzik tadi. Terasa asyik sangat...Entahlah..

Langkah Bonda diiringi dengan bauan bunga melur yang sangat harum... bauannya seperti dibawa angin. Sekali lalu...  Macam tadi juga... Bonda tak ambil pusing langsung... Bonda fikir positif.. mungkin ada makcik-makcik yg pakai bunga melur di kepala.. (  mcm nenek Bonda yg suka selitkan bunga cempaka dan bunga melur disanggulnya  ).

 Nasib Bonda baik.... seolah-olah dibukakan jalan dan ruang khas utk Bonda melihat dengan lebih jelas tarian KUDA KEPANG.

 Seperti tadi juga ketika kaki kanan Bonda hendak memijak tepi padang tadi, Bonda sertakan dengan kalimah Bismillahirahmannirrahim.......

Apabila Bonda jejakkan kaki kanan Bonda ke tanah.....Bonda terasa ada angin bertiup lembut ke muka Bonda.... sangat lembut dan sejuk... sama juga seperti tadi.. Bonda tak ambil pusing sangat. Mungkin angin malam yg bertiup. Jadi tak ada apa-apa perasaan yg pelik.

 Tapi.... yg peliknya...Ketika itulah semua 'kuda-kuda' yg tgh naik syeh tadi memandang serentak ke arah tempat Bonda berdiri. Memikirkan bukan Bonda seorang saja yg berdiri di situ, jadi tanpa memikirkan apa-apa.. Bonda tegak berdiri sambil memandang mereka semua.

Tiba-tiba ada satu ' kuda ' yg berada jauh sekali ( dalam jarak kurang lebih 200 meter ) tegak berdiri sambil memandang ke arah yg sama. ' Kuda ' ni tengah sibuk makan bunga kat depan rumah salah satu penduduk di situ ( Rumah tersebut berhadapan dengan padang ). Dia ambil beberapa kuntum bunga dan berlari sepantas kilat menuju ke arah Bonda.

Belum sempat dia sampai ke Bonda, dia dihalang oleh ' danyang ' yg telah memukul tanah dengan cabuk. ' Kuda ' tersebut sangat marah........  Dia cuba merempuh  'danyang' tadi. Tak semena-mena datang 2 lagi 'kuda-kuda' datang membantu ' kuda ' yg pertama tadi. Keadaan jadi sedikit kecoh.

Bila dapat melepaskan diri... ' kuda ' tersebut berlari meluru ke tempat Bonda berdiri. Tanpa Bonda sedari rupa-rupanya Bonda sorang saja yg berdiri di situ. Kiri kanan Bonda tiada orang. Laaaa.... semuanya dah diri jauh-jauh...  Memang tak patut sungguh ! Tak sempat Bonda nak bergerak, ' kuda ' tadi sudah berada didepan Bonda. Bonda dengar nafasnya bunyi keras.. sebijik macam kuda nak meroyan.....

Jantung Bonda seperti nak pecah... orang kiri kanan dah jerit-jerit suruh Bonda berundur pelan-pelan. Mereka kata jangan lari.... Bonda terpaku berdiri tegak macam patung. Tak tahu nak buat apa..

Tiba-tiba ' kuda ' tadi terus tunduk... lagaknya betul-betul seperti seekor kuda. Kedua kakinya dibengkokkan sedikit, kedua tangannya diluruskan kebawah jejak ke tanah. Manakala mulutnya menggigit beberapa tangkai bunga yg diambilnya tadi. Perbuatannya seakan-akan memberi hormat.

Kemudian diangkatnya kepala sambil matanya memandang Bonda. Kepalanya digeleng-gelengkan ke kanan dan kiri. Di dekatkan kepalanya ke Bonda sambil mulutnya menghulur bunga-bunga tadi. Bonda tak tahu nak buat apa.

Salah seorang dari lelaki yg menjaga kesemua KUDA KEPANG tadi mengarahkan Bonda utk mengambil bunga tersebut. Dengan teragak-agak, Bonda ambil. Takut tetiba dia libasnya Bonda.. tak pasal-pasal tercampak lak Bonda nanti..

Bunga diambil, tapi ' kuda ' tu masih lagi hulurkan kepalanya.....  secara spontan tapi perlahan Bonda hulurkan tangan kiri Bonda dan Bonda usap kepala ' kuda ' tersebut tanpa rasa takut. Hoh?! Apa yg Bonda buat ni...? Bonda sendiri terkejut dgn tindakan Bonda.

Selepas itu ' kuda '  tersebut tersebut bangun, undur perlahan-lahan dan terus berlari ke tempat lain.. belum pun sempat Bonda nak tengok bunga di tangan. Satu lagi kejadian pelik berlaku. Satu ' kuda ' yg berada di atas pokok kedondong yg bersaiz sederhana, terjun ke bawah. ' Kuda ' tersebut berlari laju menghala ke salah sebuah rumah yg berdekatan. Oleh kerana kawasan sekitar banyak lampu jalan, Bonda nampak dengan jelas yang ' kuda ' tadi melompat setinggi 5 kaki mengambil sesuatu dengan mulutnya. Sambil tu Bonda menjeling ke tengah padang. Keadaan di tengah padang sedikit terkawal. Muzik masih lagi rancak dimainkan. ' Kuda-kuda ' yg lain ada yg masih menari, ada juga seperti sedang memasang kekuda, seolah-olah ingin bersilat.

Bila Bonda toleh semula untuk melihat ' kuda ' tadi, sekelip mata..entah bila ' kuda ' tadi datangtiba-tiba dah ada depan mata Bonda. Tetapi kali ini ' kuda ' ini tidak keseorangan.. kuda tersebut di temani dengan satu lagi ' kuda ' dan juga 2 lelaki yg lain.. ( Bonda rasa mereka pengawal 'kuda-kuda' tu dari bertindak di luar kawalan ).

Dengan lagak yang sama seperti ' kuda ' yg pertama, ' kuda-kuda ' yg ini pun memberi Bonda sejambak bunga. Dengan keadaan terpinga-pinga Bonda ambil juga bunga-bunga tu. Masih juga seperti yg pertama tadi..' kuda-kuda ' ini menghulurkan kepala utk di usap. Lepas saja diusapkan kepala mereka, mereka akan tunduk.. seperti tunduk hormat dan undur perlahan-lahan kemudian terus berlari sambil menari-nari.

Bonda tegak berdiri..Perasan Bonda masa tu..sekeliling Bonda sunyi.. tak dengar bunyi suara orang atau bunyi apa-apa.  Yang Bonda dengar hanyalah bunyi alatan muzik yg dimainkan utk tarian KUDA KEPANG.

Tiba-tiba bahu Bonda ditepuk dari belakang. Automatik keadaan sekeliling kembali seperti biasa. Bonda toleh ke belakang. Rupanya anak bongsu Pakcik Im. Mulutnya sedikit ternganga sambil matanya memandang bunga-bunga yg Bonda pegang. Bonda jungkit bahu menandakan yang Bonda sendiri pun tak tahu apa telah yg berlaku.

Apabila muzik yg mengiringi persembahan KUDA KEPANG semakin perlahan, sekali lagi angin bertiup lembut ke muka Bonda. Bila kesemua ' kuda-kuda' tadi dipulihkan dari keadaan sawai dan muzik telah pun habis dimainkan, Bonda perasan kebanyakan mereka yg menonton persembahan KUDA KEPANG memandang kepada Bonda. Jujurnya Bonda rasa tak selesa..Bonda terasa macam mereka mengata Bonda. Ada yg berbisik-bisik. Ada yg tunjuk-tunjuk kepada Bonda.

Bonda tak nak tunggu lama-lama kat situ. Bonda ajak anak bongsu Pakcik Im balik. Bila Bonda nak pusingkan badan, Bonda dengar ada orang bagi salam. Bonda pandang ke arah orang yg bagi salam tadi. Seorang lelaki dalam lingkungan akhir 30-an berdiri dalam jarak 5 meter dari Bonda. Bonda sambut salamnya. Bonda perhatikan betul-betul mukanya.. Eh! Ni lelaki ' danyang '...

" Boleh saya tanya? ", dia tanya. Bonda angguk je kepala. " Siapa awak ni? ", dia tanya lagi tapi dalam nada yg perlahan. Bonda toleh kiri kanan. Nak jawab ke tidak ni Bonda berkira-kira..

" Saya anak saudara Pakcik Im ", Bonda jawab ringkas. " Baru pindah sini? Tak pernah tengok pun sebelum ni...". Bonda main angguk-angguk je.  " Asal mana? ", soal dia lagi. Isshh.... macam sesi nak mengurat pulak.. Tapi sebab perasaan hormat dan Bonda tidak mahu di cop kurang sopan, Bonda pun bgtau tempat asal Bonda. Dia pula anggukkan kepala. Dia seperti nak bertanya sesuatu tapi Bonda cepat-cepat potong ayat dia. Bonda katakan Bonda perlu balik sekarang sebab dah lewat malam.

Bonda minta diri.... Bonda tarik tangan anak bongsu Pakcik Im. Sambil jalan Bonda pandang ke kawasan padang. Pandangan mata Bonda bertentang dengan Bomoh yg membuat upacara tarian Kuda Kepang. Dia  tenung Bonda. Tak tunggu lama, Bonda jalan laju-laju balik ke rumah.

Masuk rumah, Bonda terus basuh kaki dan cuci muka. Baju yg Bonda pakai tadi Bonda campak ke dalam bakul. Bonda salin baju lain dan terus baring atas katil. Bunga-bunga tadi Bonda letakkan atas almari cermin. Bonda imbas balik apa yg berlaku tadi. Dari mula-mula Bonda dengar Gong Jawa sampailah tenungan bomoh tadi.

Isteri Pakcik Im katakan kepada Bonda, bunga-bunga yg Bonda dapat tu jangan dibuang. Boleh dibuat ubat. Ubat? Nak ubat apa? (  Bonda cakap dalam hati je la.. tak berani nak tanya lebih-lebih  ). Perkara ini Bonda tak ceritakan kepada ayah. Bonda juga mohon pada Pakcik Im agar tidak dipanjangkan cerita yg berlaku malam tadi. Anggap saja semua yg berlaku cuma kebetulan..

Dalam hati memang tertanya-tanya kenapa 'kuda-kuda'  tadi memberi Bonda bunga? Kenapakah mereka memandang Bonda serentak ketika Bonda masuk ke kawasan padang ? (  ini anak bongsu Pakcik Im yg beritahu Bonda.... Bonda mmg tak tahu sebenarnya kesemua ' kuda-kuda ' tu memandang Bonda ). Kenapakah mereka menundukkan kepala di depan Bonda? Adakah ada kaitan dengan muzik yg dimainkan? Atau bauan bunga melur atau angin lembut tadi? Banyak betul KENAPA? Banyak betul soalan-soalan dalam kepala Bonda..

Bonda mmg tak mahu fikir bukan-bukan. Lagipun Bonda sendiri tak nak fikir yg mistik-mistik. Walaupun banyak persoalan dan misterinya tentang kejadian tersebut. Entahlah yek

Sampai sekarang kisah ini Bonda pendamkan.... inilah kali kedua Bonda menceritakan pengalaman misteri ni. Kali pertama dulu, Bonda pernah tanyakan kpd arwah Tok Ayah. Tapi arwah hanya diamkan diri... Begitu juga dengan ayah. Bonda tahu kalau Bonda ceritakan tentang perkara ini..jawapan yg akan Bonda terima ialah samada sama seperti arwah Tok Ayah ataupun TAKDE APA-APALAH..PERASAN AWAK JE TU..KEBETULAN SAJA.. Jadi Bonda buat andaian sendiri... memang semuanya KEBETULAN... smile

Memang ikutkan. Bonda tak nak post cerita ni... sebabnya Bonda tidak mahu di cap PERASAN atau meninggi diri atau apa saja. Sedangkan ayah Bonda sendiri pun Bonda tak pernah ceritakan kisah ini. Tapi Bonda ambil keputusan utk ceritakan juga. Sebab kisah ni pun dah lama... berbelas-belas tahun yg lalu.

Itu sebab Bonda ambil masa nak taip kisah ni.. ada yg Bonda ubah ayatnya...Bonda tak ceritakan kesemuanya... Jadi kiranya kalau ada ayat Bonda atau cerita Bonda ni membuatkan pembaca sangsi, abaikan saja sebab Bonda takde jawapan utk soalan yg akan ditanyakan nanti.

Mohon maaf andainya ada yg tidak mempercayai cerita ini. Bonda tak boleh memaksa semua utk mempercayainya... Bonda cuma ingin berkongsi. Wallahu`allam.

Semoga terhibur ya...



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

Walaikumusalam ... Bondaku Dioana Danele ...

 

oohhh begitu rupanya misteri kuda kepang ....

 

zaman aku kecik2 dan remaja sunti dulu ....kalo dekat kampung arwah nenek atuk aku ...

ada gakla kuda kepang niii .. malah arwah atuk sedara ada simpan kuda kepang nie n letak kat dinding rumah

tu pon apabila x aktif lagi ...

kali akhir aku teguk kat kampung .. zaman aku sekolah menengah ...

besan kepada arwah nenek aku yang juga jiran .... buat majlis kahwen ...

malam2 ... ada persembahan kuda kepang ... memang buat racon round up la ....ehh .. silap ... kepungan bulatan laaa ..

klasmate aku (anak tuan rumah) ikut menari kuda kepang ... syokkk aaaa ... muzik kuda kepang niihhh ...

ada yang mabuk ... tp dapat kontrol ...  muziknya .. pang pang pung ,..pang pang pung .... syoook dengar ... buleh kaki pon kekadang ikut terjenjet2 ... ikut irama ...

kalu layan ... boleh lupa diri (x kurang juga ... penonton yang syok tadi .. menari2 masuk gelanggang ... tu yg kekadang penari kuda kepang yang ada

siap bergaduh dalam gelanggang ....)

 

kalo di johor nii .,. kat batu pahat masih femes ... terutama kawasan kampung SERI MEDAN ,.....

masih ada lagi tarian kuda kepang ... tapi la nie di bawah pengawasan ,MAJLIS BELIA SUKAN DAN KEBUDAYAAN DAERAH ,....

tarian pun terkawal .. perempuan dan lelaki ada ,.,, cantik dan ensem ... maen gila2 punya x ada kalu yang persembahan dari kumpulan nie ...

persembahan lain .. seperti BARONGAN ... aaa nie ... ada jugak .. selaen kuda kepang ... ada penari yang pakai toping besar dan taring panjang ...

nie kalu x silap BARONGAN .... x taulah kalu bondaku Diana Danele pon maklum perkara nii

 

eh .. terpanjang pulakkkk cerita ceriti pagi2 nihhh

 

cuma ... apa yang berlaku kat bondaku Diana Danele ... ada sesuatu yang berlaku tanpa sedar'

menyebabkan kuda2 kepang tu memandang dan tuntuk serta beri bunga pada bondaku diana danele ...

kalu arwah atuk sedara ada lagi ... buleh aku tanyakan ..... misteri misteri ... n Mister Rie ....

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 342
Date:

Waalaikumussalam...
Bonda Diana...citer bonda ni x ada pon unsur perasan diri...
malah membuatkan Sa teruja bila membaca kisah bonda ni...
bagi Sa...kisah bonda ni dikira pengalaman hebat...
amat jarang Sa mendengar pengalaman mistik seperti ni...

__________________

It's better to let it unknown...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Waalaikumsalam Bonda..

Betul kata SakuraBiru tu.. Takde pun unsur bangga diri dalam cerita Bonda ni..

Tapi gaya penulisan Bonda memang terbaik.. Haku baca tak terasa panjang pun cerita ni, padahal ni level cerita2 mistik..

Tapi bunyi alat2 muzik macam gong, serunai tu memang boleh buat org khayal dgn lamunan dia laa.. Dgr alunan dia boleh terlentok2..



-- Edited by Ijoi on Friday 15th of February 2013 06:23:13 PM

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

betul la aku pun tak perasan yg cerita bonda ni panjang...sedar sedar dan nak abis....
Banyak sungguh pengalaman bonda....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Assalammualaikum ...

Sorry Bonda lambat reply..
Bonda demam...ni pun baru je baik..huhuhu...

To Wak Baddarin.. zaman sunti ek? eceh!
Memang betul tu..muzik tarian kuda kepang tu boleh nikin org khayal...tapi Bonda masa tu..mmg tak khayal pun.. cuma bila Gong Jawa tu bunyi.. ( sekali je pukulan ) Bonda boleh tiba2 ter...behenti..aaiiiyoyo..
Bonda juga ada dengar kat BP ada kumpulan kuda kepang yg famos..tp depa ada buat sampai pengsan x?
Bonda pun mmg sebenarnya nak juga cari JOPAN ttg apa yg berlaku. Tp x tau nk tanya saper..

To Sakura yg Biru & Ijoi yg manje... ( eh! Manje ke? )...
Terima kasih... Mungkin Bonda yg perasan sendiri...kot?...sbb entah yek...tak tau camne nk explain.
Kdg2 kalau cerita terlebih..org kata kita ni mcm2.. ( ni pun Bonda pernah kena..)..tu yg terlebih berhati2..hehehe

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

Waalaikumsalam Bonda ku...
(harap cepat sihat supaya boleh post cite lagi huhu)

Ni cerita bonda...saya yakin yg tujuan bonda bukan nak menunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi cerita dan pengalaman....

Pengalaman yg seperti bonda ceritakan bukan semua org pernah hadapi....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Hi G..

Tima kasih. ..lega ati Bonda. Takut2 juga Bonda kalau ada org yg ingat Bonda bikin cerita sendiri..
Panjang sangat ke citer Bonda? Hehehe

Bonda tak tau camne nak pendekkan laa..
Kalau terpendek..takde aura seram lak..kang saper nal JOPAN...abg ensem Baddarom juga yg kena..kih kih kih

Entahla...bila fikir2 balik...dlm usia mcm ni..byk juga yg pernah Bonda alami..
Cuma dulu tak ambil kisah sgt..tu yg tak perasan..
Bila 1 citer dah terkuar..yg lain mcm kena renjatan elektrik..sumer teringat balik.
Mana yg sempat Bonda cerita..Bonda akan postkan nanti..

Boleh? ^_^

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 133
Date:

cite bonda sume bes2 lorh.. cepat la. kite tggu cite bonda ni.. heheh

__________________

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Thank u my sweetie cik lin..

Sabar ye yang..
Bonda tgh taip citer baru.. Tp slow sikit.. Tgh demam ni huhuhu

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

klu boleh jgn pendek sgt sampai tak paham...skrg ni dah ok sedap menbaca cerita bonda...

Saya akan sentiasa tggu n sokong cerita bonda...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 251
Date:

cerita2 drpd bonda selalu buat aku TERUJA..koleksi pengalaman yg ter paling best lahsmile

buat aku TERUJAbiggrinbiggrinbiggrin..kdg2 SERAMdisbeliefdisbeliefdisbelief

P/s: bonda ni ade kerabat2 raja dulu kala kot.....



__________________

sebab aku x baik la aku nk perbaiki diri aku...

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

terima kasih ya hamba Allah....
takde apa-apala dear... just sharing saja..

kerabat diraja..hehehee..
entahh..Bonda pun tak tau...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 133
Date:

bonda ada darah bugis kot. hoh0..

__________________

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 414
Date:

wow.. sungguh misteri.. nak tau gak sbb ape sumenye cm tu ???

nti klu dh tu, bonda jgn lupa nk gtau kt sini ye.. kami2 nak tau sbb ape, terutama nye ariesyaz. chewah.. hahaha

seram gak kisah kuda kepang nie.. aku pernah terbaca @ terdengar @ tertonton yg tarian kuda kepang nie mmg misteri..

ade org kte, kuda kepang nie kebiasaannye untuk org memuja makhluk2 halus,, x tau lh..

tpi mmg penah terjadi org terpukau dgn tarian nie ngna muzik2 yg dye main kan..

mmg misteri n menakutkan.. !

__________________

AKU SUKA BACA KOMEN KORANG DARI CERITA..

TAPI AKU SUKA BACA CERITA KORANG DARI KOMEN...



Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

The residence is envisioned to be a gateway to the live-work-play lifestyle of the future with its strategic location in the area that will be developed as the Greater Southern Waterfront align with the Urban Redevelopment Authoritys vision to revitalise the CBD. www.avenuesouth-residence.sg/price/avenue south residence price. There are plans to restructure the area to have a good mix of commercial and residential activities.

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard