Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: SERAI PENAWAR KANSER?


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:
SERAI PENAWAR KANSER?


Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai

rempah ratus tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk

mendapatkan bekalan serai segar di ladang milik beliau.



Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari ladang

beliau bagi kegunaan perubatan.



Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan

menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi, kata Zabidov kepada pihak ISRAEL21c. Inilah tempatnya diseluruh Israel dimana kita boleh

memperolehi serai yang segar.


Semua ini berlaku pada tahun lepas apabila para penyelidik di Universiti Ben Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma lemon

didalam rempas ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain yang sihat didalam badan pesakit.



Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair di

dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).



Citral ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon didalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai

(Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).



Menurut Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati citral akan menyebabkan sel-sel kanser ini membunuh diri sendiri dengan

mengunakan apoptosis, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman

serai segar sudah cukup untuk citral telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam bekas kajian.



Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa keberkesanancitral ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada

kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti citral yang dimasukkan

adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas yang direndam bersama serai dan didapati citral ini hanya

membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.



Penemuan ini telah dipaparkan didalam sebuah journal sains iaitu Planta Medica, dimana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan

sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi didalam surat

khabar yang paling popular di Israel.



Bagaimana citral ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori

terhadapnya.
Dalam sel didalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel didalam

badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Didalam sistem sel-sel yang sihat,

sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka

sel-sel tersebut akan menjadi sel-sel mati didalam badan, kata Weinstein. Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan

serai.



Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi citral yang menjadi bahan untuk menentang

sel-sel kanser didalam badan kita.

Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh Universiti Ben Gurion (BGU) didalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel mulai sedar dan

penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor juga menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk

melawan penyakit ini.

Tidak hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah ladang serai yang terbesar di Israel menjadi tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit kanser.

Mereka amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan. Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan

pelawat-pelawat dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut serta kata-kata semangat buat mereka.



Bapa saya meninggal kerana kanser dan kakak isteri saya meninggal pada usia yang muda juga disebabkan kanser, kata Zabidov. Jadi saya

paham apa yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu mengenai ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang setia

untuk mereka. Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah

mereka lalui selama ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk berubat dan adalah terbaik sekiranya mereka

sentiasa mendalami kaedah-kaedah sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum teh serai ini setiap hari.



Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian Kfar

Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah

padang pasir yang dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk pertanian iaitu Tsofar.



Kami semua sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran disitu, sambil tersenyum beliau

berkata,kami dapat membesarkan anak-anak yang comel juga.



Dalam lawatan beliau ke Europa pada pertengahan tahun 80 an, beliau mula berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak

memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa jenis rempah ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan

dan ketumbar.



Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan melihat kepelbagaian jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai potensi

yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, dimana ini adalah

satu kesalahan, katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk melihat bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak

lama kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage, marjoram dan melissa serta beberapa jenis pudina.



Perniagaan beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat keputusan untuk berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah

tempat yang sangat sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan

ratusan kilogram serai dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar untuk membungkus untuk diedarkan ke

seluruh pusat-pusat makanan kesihatan di negaranya.



Zabidov juga mendalami tentang serai ini dan kebaikkan citral untuk membantu para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut serta

menjemput beberapa penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan bagaimana dan kenapa citral berfungsi.



Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu kepada para pelanggannya tentang kebaikkan serai. Apabila saya menyedari apa

yang berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion kerana ada diantara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang

terbaik untuk menggunakan citral ini. Dr Weinstein memberitahu adalah baik sekiranya serai direndam didalam air panas dan meminumnya

sebanyak lapan gelas sehari sebagai amalan.



Zabidov sangat berpuas hati dengan pennemuan penyelidikan ini bukan disebabkan keuntungan bisnis tetapi kerana ianya dapat meningkatkan

tahap kesihatan beliau sendiri.



Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan keluarga juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini

bertahun lama, kerana rasa airnya yang sedap.



Jom tengok resipi Air Serai Berlimau yg simple jer ni dan selamat mencuba :)



AIR SERAI BERLIMAU


resipi : K.Nor@SecubitGaram 





Bahan:


1 batang serai (kalau serai yg kecik guna 2 btg)


1 biji limau kasturi


1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis


250ml air panas mendidih


Cara:


Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2.


Letakkan kedalam gelas dan masukkan gula.


Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai.


Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi.


Kacau dan sedia utk diminum.

420421_318754851507463_871752615_n (1).jpg



Attachments
__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 51
Date:

wah XD akhirnye jumpa penawar untuk penyakit kanser !!! alhamdulillah .. tpi mmg kebanyakan kanser tiade penawar an ..

ini serai nie ntok kanser ape ?

ya Allah .. takut aku klu kne kanser .. jauhi lah aku dri terkena penyakit kanser nie .. amin ~~

__________________

assalamualaikum. aku mmg nak bercinta tp aku akn tunggu JODOH yg sebenarnya muncul~~

amcm ? sweet x sweet x ? XP

 

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

Ermmmm knser...knser....
Boleh kot ubt..
Bergntg pada thp pykit...dgn bdn org tu kuat tak..

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Newbie

Status: Offline
Posts: 2
Date:


Individually, Let me observe Andr vredal, that introduced tale alive using the Norwegian dream thriller Trollhunter, get this particular chance. The actual movie dedicated to the trio associated with university students on the mission in order to run after lower the unexplainable poacher, however after they captured him or her these people uncover their victim may be the mythological as well as towering trolls associated with Scandinavian tale. The results as well as style of those monsters had been awe-inspiring, as well as vredal well balanced enjoyment having a satisfyingly dried out spontaneity. Exactly what much more would you request whenever buying Wow overseer?

__________________

 

 

wow po

wow gold

wow boutique

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

sume sakit ade ubat..
kecuali mati

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Apa la sunyi sangat GC skrg ni?.. dgn malasnya aku terpaksa bukak cerita serai Areza siput sedut ni.. serai oh serai..

Cuba la cerita pasal ruang teratak naluri gender ke..

'Serai ubat tahan lama' atau 'Serai wangi penawar bau kurang menyenangkan'..

Barulaa syiok nak bace..biggrin



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

Ijoi wrote:

Apa la sunyi sangat GC skrg ni?.. dgn malasnya aku terpaksa bukak cerita serai Areza siput sedut ni.. serai oh serai..

Cuba la cerita pasal ruang teratak naluri gender ke..

'Serai ubat tahan lama' atau 'Serai wangi penawar bau kurang menyenangkan'..

Barulaa syiok nak bace..biggrin


 sudahnye...aku buat cite suam2 kuku sume tanak reply....

dah seme tanak buka tread baru...

nak tunggu sape buat....

ko buat lah joi...kitorang serang cite kau...haku bab2 yg tu ade shegen sikit hahahah



__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard