Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: tertark rambut hantu dlm tandas copy paste lagi.....


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:
tertark rambut hantu dlm tandas copy paste lagi.....


 

kisah 1

Tarik Rambut Hantu Didalam Tandas

Petir sabung-menyabung menyebabkan aku tersedar dari tidur. Aku memandang rakan sebilik yang sedang tidur lena.Suasana sejuk membuat aku terasa hendak buang air kecil. Kerana tidak sampai hati hendak mengejutkan rakan yang penat bermain bola jaring petang tadi, aku beranikan diri ke tandas seorang diri.

Dada ku berdegup kencang ketika melangkah masuk ke bilik air. Memang tidak pernah aku ke situ seorang diri. apatah lagi dalam hujan ribut begitu.Aku cepat-cepat membuang air kecil dan menarik pam.

Entah kenapa tali pam tu terasa lain sekali. Ku terasa bulu roma ku meremang. Aku memandang ke atas dan rasa hendak terkeluar jantung ku apabila melihat bukan tali yang aku tarik tapi rambut seorang wanita hodoh yang duduk bertenggek di atas pam sambil tersenyum menyeringai menunjukkan taringnya.

Aku menjerit dan menerpa pintu. Apabila ku selak daun, pintu dia betul- betul berada di hadapan ku. Matanya terjojol merah, terasa lidahnya menyentuh muka ku.Aku menjerit sekuat hati dan pandangan ku menjadi gelap.Apabila ku sedar aku berada di dalam bilik. Kawan-kawan mengelilingi aku. Menurut mereka, aku di temui pengsan di depan tandas. Aku demam seminggu .Sejak itu, aku tidak berani ke tandas seorang diri.

kisah 2

KAIN PUTIH

Cerita ini berlaku kalau tak silap aku pada tahun 1985. Ketika itu aku masih menuntut disalah sebuah institusi pengajian tinggi. Aku tinggal diasrama tingkat 4. Waktu itu kebanyakan pelajar balik kampung sebab hujung minggu. Maka tinggallah aku bersama rakan sebilikku. Kami tidak balik sebab sibuk menyiapkan term paper.

Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi. Aming rakan sebilikku dah lama dibuai mimpi. Dia memang kurang sihat sejak dari petang tadi. Cuaca diluar agak suram dengan pancaran kilat sekali sekala menanda hujan akan turun tidak lama lagi. Meja studyku menghadap ketingkap. Suasana diluar memang gelap. Sesekali ketika kilat memancar, nampak dedahan kering diluar. Angin bertiup semakin kencang. Aku memperlahankan radio untuk tidak menganggu Aming. Siarannya pun sering terganggu apabila kilat memancar.

Tiba-tiba aku tersintak apabila mendengar Aming mengerang. Dia meracau-racau. Aku tidak berapa dengar apa yang dia sebutkan. Dia nampak gelisah. Matanya tertutup rapat. Cuma badannya mengeliat-ngeliat seperti orang diikat badannya. Kakinya kejang dan tangannya mengengam penumbuk. Sekali lagi aku tersintak apabila terdengar lolongan anjing diluar. Bulu romaku mula berdiri. Ini tak boleh jadi ni, fikir hatiku. Aku cuba mengejut Aming. Dia masih meracau. Badannya yang panas terasa keras seolah-olah dia menahan nafasnya.

Dentuman guruh diluar betul-betul membuat aku hilang semangat. Badanku terasa seram sejuk. Lolongan anjing diluar bertambah rancak. Hujan mula turun dengan lebatnya dengan pancaran kilat dan dentuman guruh yang menggila. Aku bingkas bangun untuk menutup tingkap. Ketika itu aku ternampak sesuatu berwarna putih terawang-awang disebelah pokok besar betul-betul dihadapan tingkap. Aku tersintak dan mengucap beberapa kali. Disaat itu aku terdengar suara mengilai yang nyaring dan benda putih yang seperti kain tadi semakin menghampiri tingkap. Aku kaku dan terduduk disebelah katil Aming. Aku cuba mengejut Aming yang masih meracau-racau dalam bahasa yang aku tidak tahu. Badannya masih keras. Aku memanggil namanya beberapa kali. Tiba-tiba matanya terbeliak melihat syiling. Matanya merah. Dia tidak meracau tetapi mengerang-ngerang. Disaat yang sama aku terasa deruan angin dimukaku. Bunyi hilaian tadi memenuhi ruang bilik kami. Aku mendongak kesyiling.
Dimasa itu aku terasa sangat lemah dan tidak dapat berbuat apa-apa. Apa yang aku lihat sangat mengerikan. Kain putih tadi telah berada didalam bilik kami. Ianya seolah-olah tersangkut pada kipas syiling. Berpusing-pusing sambil mengilai.

Suaraku tersekat. Aku cuma mampu melihat. Tiba-tiba bahuku digengam Aming dengan kuatnya. Matanya yang merah masih terbeliak. Mulutnya berbuih. Aku cuba menjerit, tetapi suaraku tidak keluar. Aku mengucap didalam hati beberapa kali. Hilaian dari kain putih tadi memekak telingaku. Akhirnya aku berjaya melaungkan azan. Sungguhpun perlahan, tetapi berjaya menenangkan keadaan. Suara hilaian tadi menjadi sayup-sayup dan akhirnya hilang ditelan bunyi hujan lebat diluar. Kain putih yang berlegar disyiling pun ghaib entah kemana. Gengaman Aming semakin lemah dan akhirnya tangannya terkulai. Nafas kami sesak seperti baru lepas berlari jauh. Peluh membasahi muka kami. Aming telah mula sedar.

Dia memberitahu aku yang dia telah dihimpap sesuatu yang berat sehingga sukar untuk bernafas. Katanya lagi dia beberapa kali meminta tolong dariku tetapi aku seolah-olah tidak menghiraukannya. Aku tanya adakah dia melihat apa yang berlaku sebentar tadi. Dia kebingungan. Katanya dia cuma melihat aku dimeja studyku. Aku sendiri kebingungan. Dia seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku.

Jam menunjukkan hampir pukul 6:00 pagi. Sayup-sayup terdengar bacaan ayat-ayat suci dari masjid yang berdekatan. Aku bersyukur kami berdua selamat meskipun masing-masing mengalami dua kejadian yang berlainan dalam waktu yang sama

 

kisah 3

 

LANGSUIR

 

Pengalaman ngeri ini berlaku beberapa tahun dahulu disebuah kampung yang terpencil diselatan tanah air. Ketika itu aku sedang menunggu keputusan SPM dan bekerja sambilan sebagai kelindan lori. Aku bekerja dengan sebuah syarikat pengangkutan yang membawa barangan kesetiap tempat di Johor termasuklah kedaerah-daerah yang terpencil.

Pada suatu petang, lebihkurang jam 5:30 penyelia tempat aku bekerja mengarahkan aku mengikut seorang pemandu lori untuk menghantar barangan kesebuah kampung dipendalaman. Katanya barangan itu perlu dihantar hari itu juga. Memandangkan hari sudah lewat petang, pada mulanya aku agak keberatan kerana waktu habis bekerja sudah hampir iaitu jam 6:00. Aku diberitahu yang gaji kami akan dibayar dua kali ganda untuk tugas yang kami lakukan. Aku terus setuju kerana kalau balik rumah pun, tidak ada apa-apa rancangan. Lebih baik aku bekerja, dapat juga menambah wang saku.

Perjalanan kami ke kampung tersebut mengambil masa selama dua jam. Kami sampai kedestinasi jam 7:30. Sayup-sayup kedengaran suara azan Maghrib. Setelah segala urusan selesai, hari sudah mula gelap. Kami singgah disebuah warung untuk mengisi perut. Keadaan dikampung itu agak berlainan sedikit dari tempat-tempat ini. Disitu suasananya sunyi, cuma sekali-sekala kelihatan motosikal lalu-lalang memecah kesunyian malam. Warung yang kami singgah itu pun menggunakan lampu gasolin. Mungkin bekalan elektrik belum sampai kekawasan ini, fikir hatiku. Tuan punya warung sedang berkemas-kemas untuk menutup kedai. Waktu menunjukkan jam 9:30.

Sewaktu membayar harga makanan, tuan punya warung, seorang pakcik tua, menasihati kami agar berhati-hati ketika memandu diwaktu malam kerana menurutnya dua minggu yang lepas salah seorang penduduk kampung itu, seorang wanita yang sarat mengandung, telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori. Keadaannya amat mengerikan. Dia telah digilis dan diheret beberapa meter dari tempat kejadian sehinggakan mayatnya sukar dikenali. Perasaanku bercampur ngeri dan simpati mendengar cerita pakcik tadi.

Sebaik sahaja kami melangkah keluar menuju ke lori, tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Sipemandu menyumpah kerana keadaan seperti itu akan menyulitkan perjalanan. Aku cuma berdiam diri. Keadaan menjadi bertambah gelap dengan langit yang mendung dan dentuman guruh yang sayup-sayup kedengaran menandakan hujan lebat akan turun.

Kami menghadapi masalah mencari jalan keluar kerana kami tidak biasa dengan jalan dikampung tersebut ditambah lagi dengan cuaca yang tidak begitu baik.
Kami mengambil keputusan untuk kegerai tadi semula untuk mendapatkan bantuan, tetapi malangnya gerai tersebut susah tutup. Kenderaan lain pun tidak kelihatan. Kami tertekad untuk mencari jalan keluar biar pun mengambil masa yang lama. Sipemandu tidak henti-henti menyumpah seranah dirinya sendiri kerana sanggup melakukan tugas tersebut semata-mata inginkan bayaran gaji lebih untuk hari itu. Aku cuma berdiam diri.

Apabila kami sampai kesuatu kawasan dimana kelihatan sebuah rumah kayu usang yang seperti sebuah surau, aku ternampak sesusuk tubuh sedang berdiri dibawah pokok besar yang rimbun. Hujan sudah mula lebat. Apabila kami menghampiri pokok tersebut, kelihatan seorang perempuan berkain batik dan berbaju T lusuh sedang mengendung bayi yang ditutupi dengan kain putih. Mungkin untuk melindungi bayi itu dari terkena hujan. Kami berhenti untuk bertanya. Wanita tadi cuma menundukkan mukanya. Dari gerak-gerinya, dia kelihatan seperti seseorang yang sedang menangis teresak-esak. Aku memberi salam, tetapi tidak diendahkan. Sipemandu yang memang sudah terkenal dengan sikap panas baran, hilang sabar. Dia terus turun dari lori dan mendekati wanita tadi. Wanita itu masih tunduk sambil teresak-esak. Dengan suara yang agak tinggi, sipemandu bertanya kepada wanita itu kenapa dia berada disitu. Wanita itu terus tunduk dan teresak-esak. Oleh kerana hilang sabar, sipemandu terus menengking sambil menghenjut bahu wanita tadi. Kali ini wanita itu mengangkat mukanya. Jantungku serta-merta terhenti apabila melihat wajah wanita itu. Matanya kosong, mukanya dipenuhi darah dan luka-luka. Dengan suara yang garau dia berkata, "Kau yang membuat aku begini." Sambil dia membuka kain putih yang menyelimuti bayinya. Rupa-rupanya bayi itu adalah sebuah nisan kayu yang berdarah. Sipemandu terus jatuh pengsan. Wanita tadi terus berpaling kearah aku. Aku menggigil. Dia seperti terawang-awang dan menghampiriku. Aku terus melompat keluar dan lari sekuat-kuat hatiku tanpa menoleh kebelakang. Entah macam mana kakiku tersangkut akar. Aku tersungkur. Pandanganku berpinar-pinar. Aku cuba bangun tetapi tidak berdaya. Aku cuma terlentang. Dikiri-kananku kelihatan batu-batu nisan. Diatasku kelihatan sesuatu berwarna putih terawang-awang. Aku terus tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.

Apabila tersedar, aku dikelilingi oleh orang-orang kampung. Aku berada didalam surau bersama dengan sipemandu. Keadaan diluar masih gelap. Pakcik peniaga warung pun ada disitu. Dia menepuk bahuku, menyuruhku bangun untuk mengambil air sembahyang. Waktu subuh dah masuk katanya. Setelah selesai berjemaah kami menceritakan pengalaman ngeri kami kepada semua yang ada. Mereka cuma mengangguk-nganggukkan kepala mendengar cerita kami. Sewaktu bersarapan diwarung pakcik tua, dia memberitahu kami kemungkinan besar kami bertemu dengan langsuir dibawah pokok kekabu bersebelahan dengan surau. Dibelakang pokok itu ialah tanah perkuburan dimana mayat wanita yang terlibat dalam kemalangan tempoh hari dikebumikan.

Menurut pakcik itu lagi, mungkin roh wanita itu tidak diterima bumi maupun langit kerana dia telah banyak membuat dosa semasa hayatnya. Dia telah menduakan suaminya dan anak yang dikandungi itu bukan dari suaminya. Sewaktu malam kejadian, dia telah dihalau oleh suaminya apabila mengetahui yang isterinya curang. Orang-orang kampung tidak pasti samada kemalangan yang berlaku itu disengajakan oleh wanita tersebut ataupun sebaliknya. Rohnya tidak aman.

Sebelum kami berangkat, pakcik tersebut menunjukkan kubur wanita itu. Aku sempat menghadiahkan alfatihah dan mendoakan semoga dosa-dosanya diampun. Sipemandu tidak mengikut kami. Dia cuma menunggu didalam lori. Sewaktu dalam perjalanan pulang, sipemandu melarang aku menceritakan perkara yang sebenarnya kepada sesiapa pun apabila kami sampai ketempat kerja nanti. Aku kurang pasti kenapa. Mungkin kerana dia malu diatas apa yang telah berlaku.
Yang pastinya aku telah memberitahu kepada semua pembaca sekelian tanpa pengetahuan sipemandu. Semoga sama-sama kita mengambil ikhtibar.

 

 

kredit pada yang bkenaan......

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard