NILAI Kasih sayang (halaman 201) Nilai ini digambarkan melalui kasih sayang antara Fuad dengan Farhana
Ketabahan (halaman 192) Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang tabah menghadapi liku-liku dalam hidupnya
Tolong-menolong ( halaman 89) Nilai ini digambarkan melalui watak Robert Lim yang membantu keluarga abang dan kakak iparnya iaitu Peter Lim dengan Swee Lan
Kerajinan (halaman 23) Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad, Pak Ismail dan Mak Salmah yang rajin mengusahakan tanah yang baru dibeli oleh Fuad
Hormat-menghormati (halaman 84) Nilai ini digambarkan melalui watak Fuad yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripadanya seperti dia menghormati emak Farhana.
PENGAJARAN PENGAJARAN 1. Setiap orang hendaklah menyayangi ahli keluarganya sendiri. Hal ini dibuktikan melalui Fuad yang mengingati dan menyayangi ayahnya Robert Lim walaupun mereka tidak tinggal bersama.
2. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup. Sebagai contohnya, Fuad begitu tabah menghadapi hidupnya yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang hebat.
3. Kita perlulah membantu orang yang memerlukan bantuan. Hal ini dibuktikan oleh Fuad yang membantu rakannya Borhan dengan membawa anak Borhan yang demam panas ke klinik. Selain itu, Robert Lim menghulurkan bantuan wang perbelanjaan kepada abangnya Peter Lim setiap bulan.
4. Setiap orang yang rajin bekerja pasti akan mendapat hasilnya. Sebagai contohnya, Fuad yang rajin mengusahakan tanah yang dibelinya itu dengan menanam jagung dan memberikan hasil yang banyak.
5. Sebagai manusia kita perlu menghormati orang lain. Sebagai contohnya, Fuad sentiasa menghormati ayah dan ibu angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah.
6. Setiap orang hendaklah taat akan agama masing-masing. Hal ini dubuktikan melalui tindakan Fuad dan Pak Ismail yang tidak pernah mengabaikan solat lima waktu mereka. Elain itu mereka berdua juga kerap menunaikan solat Maghrib dan Isyak di surau.
7. Kita perlulah mengamalkan nilai murah hati dalam kehidupan seharian. Hal ini dibuktikan melalui tindakan Fuad yang murah hati dengan memberikan jagung yang ditanamnya sendiri kepada guru-guru sekolah di tempatnya bertugas.
8. Kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. Sebagai contohnya, Mak Salmah memaafkan kesalahan Fuad yang melarikan Sofia daripadanya untuk diserahkan kepada Robert Lim.
9. Setiap orang haruslah menepati janji yang telah dibuatnya. Sebagai contohnya, Fuad menunaikan janjinya untuk menjenguk adik-adik Farhana di rumah ibu Farhana. Selain itu, Fuad juga menunaikan janjinya dengan pergi ke rumah Cikgu Zamani yang menjemputnya untuk makan malam.
__________________
I love my family,I love my friend,I lOVE ALL People in the world. ehh.......lupa pulak nak letak i love my self sorry lupe punye masalah
Aku ada terbaca yang ko cakap ko darjah 5 kaT posting yang mana ntah tapi ini je ke komen yang ko boleh luahkan untuk posting tahun 2013..sekarang ni di bulan yang baik dan mulia ni jujur je lah dengan semua gay di dalam ni seperti cik baddar kite cik ijoi kite dan lain-lain selain dari AKU awak ni darjah 5 ke atau umo 5 tahun... Jika 5 tahun maka abaikan lah komen ni tapi jika darjah 5 please lah belajar jangan main2..setiap kali cikgu suruh buat karangan buatlah supaya tidak terkeluar lagi 1 patah perkataan yang mempunyai 3 huruf seperti contoh diatas..nasib baik abg ijoi ko puasa hari ni sebab tu dia nak baling selipar je kalu dia tak pose memang dah kene rukuk lah pak belang..
betul tak saudara ijoi ( ayat baik sebab bulan yang baik)

tersembul gigi aku kuar terbayangkan komen incek bob wahab ni..
kena rukuk ye... apsal tak sujud terus? ngahahaaa...
(aku buat2 tak paham jer la..)
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..