Ikan patin adalah salah satu jenis ikan sungai atau ikan air tawar. Ikan jenis ini memiliki bentuk yang unik. Badannya panjang sedikit memipih, berwana putih perak dengan punggung berwarna kebiru-biruan, tidak bersisik, mulutnya kecil, memiliki sesungut berjumlah 2-4 pasang yang berfungsi sebagai alat peraba. Ikan patin termasuk ikan yang hidup di dasar sungai dan lebih banyak mencari makan pada waktu malam. Diceritakan keenakan memakan ikan patin jika kena dengan menu masakan kelazatannya sehingga menjilat jari tetap walau seenak mana atau senikmat mana ikan patin mengapa ramai Melayu Sarawak tidak memakannya. Sudah tentu ada cerita legenda disebalik mengapa dan kenapa masyarakat Melayu Sarawak mahupun Melayu di nusantara tidak menjadikannya hidangan pembuka selera. Inilah paparan Borneo Oracle buat kali ini iaitu Legenda Ikan Patin Dan Mengapa Ramai Masyarakat Melayu Sarawak Tidak Memakannya.
Umum mengetahui bahawa kebanyakan masyarakat Melayu Sarawak leluhurnya adalah daripada negara-negara Nusantara seperti Indonesia dan yang lebih spesifik adalah leluhur yang berasal daripada Riau, Sumatera Barat. Sebenarnya ada sebuah cerita legenda di kalangan masyarakat Riau di Sumatera sejak beratus-ratus tahun dahulu. Cerita legenda tersebut mengisahkan seorang nelayan yang bernama Awang Gading, yang menemukan seorang bayi perempuan di atas batu di tepi sungai saat ia pulang memancing. Konon, bayi itu adalah keturunan raja ikan di sungai tersebut. Oleh kerana merasa kasihan dan simpati, si nelayan membawa bayi itu pulang ke rumahnya untuk dijaga dan dibesarkan seperti anak-anak yang lain. Bayi itu diberinya nama Dayang Kumunah. Selama dalam asuhannya, si nelayan telah mengajar Dayang Kumunah dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan budi pekerti yang baik, sehingga ia pun membesar menjadi seorang gadis yang cantik, bijak dan berbudi pekerti luhur. Setiap pemuda yang melihatnya pasti akan terpikat kepadanya.
Pada suatu hari, seorang pemuda tampan dan kaya yang bernama Awang Usop telah melewati rumah orangtua Dayang Kumunah. Pemuda itu melihatnya sedang menjemur pakaian. Saat itu pula, Awangku Usop langsung jatuh hati kepada Dayang Kumunah dan berniat untuk menyuntingnya sebagai permaisuri hidupnya. Beberapa hari kemudian, Awangku Usop datang ke rumah Dayang Kumunah untuk meminangnya. Dayang Kumunah bersedia menerima pinangan Awang Usop, asalkan ia juga bersedia memenuhi syaratnya. Syarat Dayang Kumunah yang harus dipenuhi oleh Awang Usop adalah untuk tidak meminta Dayang Kumunah ketawa walau sekalipun. Satu syarat yang pelik bagi Awang Usop tetapi demi kecintaannya kepada Dayang Kumunah syarat yang pelik ini telah dipersetujui dengan rela hati.
Setelah kata sepakat telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak akhirnya seminggu kemudian, mereka pun telah disatukan di dalam satu pesta perkahwinan yang berlangsung dengan gilang gemilang. Semua kaum kerabat dan tetangga kedua mempelai telah diundang bagi memeriahkan suasana perkahwinan tersebut. Para undangan turut gembira menyaksikan kedua pasangan yang bagai pinang dibelah dua sama cantik sama padan disatukan. Dayang Kumunah gadis yang sangat cantik dan Awang Usop seorang pemuda yang sangat tampan. Mereka pun hidup berbahagia, saling mencintai dan saling menyayangi.
Namun, kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Beberapa minggu setelah mereka menikah, Awang Gading ayahanda Dayang Kumunah meninggal dunia kerana sakit. Ini membuatkan Dayang Kumunah sering sedih-sedih kerana kehilangan ayah yang telah mendidik dan membesarkannya sejak dari kecil lagi biarpun bukan ayah kandungnya yang sebenar. Hingga berbulan-bulan lamanya, hati Dayang Kumunah diselimuti perasaan sedih. Untungnya, kesedihan itu segera terubat dengan kelahiran anak-anaknya yang berjumlah lima orang. Kehadiran mereka telah menghapus ingatan Dayang Kumunah kepada ayahnya. Ia pun kembali bahagia hidup bersama suami dan kelima-kelima anaknya.
Namun, Awang Usop merasa kebahagiaan mereka kurang lengkap kerana semenjak mereka berkahwin tidak pernah dia melihat Dayang Kumunah ketawa. Pada suatu petang, Dayang Kumunah berkumpul bersama keluarganya di serambi rumah mereka. Saat itu, si Bungsu mulai dapat berjalan dengan tertatih-tatih. Semua anggota keluarga tertawa bahagia melihatnya, kecuali Dayang Kumunah. Kerana keinginan yang amat sangat Awang Usop meminta isterinya untuk ikut tertawa namun Dayang Kumunah menolaknya tetapi suaminya terus mendesak. Akhirnya ia pun menuruti keinginan suaminya. Disaat dia tertawa itulah, tiba-tiba tampak insang ikan di mulutnya. Menyedari hal itu, Dayang Kumunah segera berlari ke arah sungai. Awangku Usop berserta anak-anaknya hairan dan mengikutinya dari belakang. Sesampainya di tepi sungai, perlahan-lahan tubuh Dayang Kumunah menjelma menjadi ikan dan segera melompat ke dalam air. Pada masa itu Awang Usop pun baru menyedari kekhilafannya kerana dia sudah memungkiri syarat sewaktu mereka hendak melangsungkan perkahwinan dahulu. Dikala itu tiada apa yang dapat dilakukan kerana segalanya sudah pasrah.
Sebelum menyelam ke dalam air, Dayang Kumunah berpesan kepada suaminya Awang Usup untuk menjaga anak-anak mereka menjadi manusia yang berguna dan tiada sesiapa di kalangan keturunan mereka yang dibenarkan untuk memakan ikan patin kerana barangsiapa yang memakannya adalah seumpama memakan keturunan sendiri dan boleh menjadi gila ataupun mendapat penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Awangku Usop dan anak-anaknya sangat bersedih melihat Dayang Kumunah yang sangat mereka cintai itu telah menjadi ikan. Mereka pun berjanji dan bersumpah akan mematuhi segala larangan yang dikenakan. Sumpahan ini diteruskan ke atas semua keturunan mereka selepas itu.
Inilah cerita legenda ikan patin dan mengapa ramai masyarakat Melayu Sarawak tidak memakan ikan patin. Tidak diketahui samada kebenaran sumpahan ini ke atas semua keturunan Melayu Sarawak namun yang pasti ada sesetengah masyarakat Melayu Sarawak sememangnya tidak memakan ikan patin. Sesungguhnya setiap hal yang berlaku di dunia ini ada ceritanya dan cerita legenda adalah satu cerita yang digembar gemburkan untuk mencantikkan jalan ceritanya. Sejauhmana kebenarannya hanya Yang Maha Kuasa yang lebih mengetahuinya.
Satu masa dulu di sebuah tempat yg jauh lebih maju dari tokyo sekarang, (Atlantis) ada sepasang kekasih yang saling mencintai dengan sepenuh hati. Begitu hebatnya cinta mereka, satu hari si lelaki telah bersumpah untuk membukitikan cintanya pada kekasihnya, yang ia takkan menyentuh air laut seumur hidupnya, (turun ke laut untuk belayar) dan meninggalkan kekasih hatinya, kalau ia disentuh air laut jadilah ia seekor ikan yang kembung perutnya kerana merindu kekasih hatinya, beginilah sumpah cintanya.
Tiba-tiba datang seorang lelaki membawa seruan kepada seluruh rakyat negeri ini: "Wahai kaumku, telah datang kepadaku wahyu dari Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah Ia dan tinggalkanlah apa yang kamu dan datuk nenek kamu sembah tanpa ilmu pengetahuan tentangnya itu, kerana aku bimbang Tuhan Yang Esa murka dan menimpakan kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya."
Lalu penduduk negeri itu termasuk pasangan kekasih tadi menolak dan menempelak lelaki yang menyeru mereka supaya berbuat kebaikan ini. Maka berkatalah ia: "Sesungguhnya aku hanyalah seorang rasul, yang diutus menyampai risalah yang benar dari Tuhan sekelian alam, pembawa khabar gembira bagi orang yang mahu mengikutiku, dan amaran bagi orang yang mendustaiku. Sesiapa yang beriman ikutlah aku dan sesiapa yang kufur tetaplah ia tinggal disini, kerana azab dari Tuhanku terhadap orang-orang yang kufur adalah benar!"
Lalu ikutlah beberapa orang, beberapa haiwan berpasang-pasangan bersama lelaki itu menaiki sebuah bahtera yang besar sedang mereka diejek oleh penduduk negeri itu. Kemudian tiba-tiba turunlah hujan yang melampau, selama tujuh tahun tanpa henti menenggelamkan negeri yang maju ini ke dasar lautan bersama semua penduduknya yang mendustakan apa yang dibawa oleh lelaki ini. Negeri yang maju tadi hilang seolah-olah tidak terkesan pun dari muka bumi.
Termasuklah lelaki yang bersumpah tadi, maka ia dimakan sumpahnya yang ia takkan disentuh air laut, jadilah ia seekor ikan yang kembung kerana rindu pada kekasih hatinya.
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan, bagi orang-orang yang berfikir." SURAH AR-RUUM-21
Err...sebenarnya Sa x tau camna rupa ikan patin tu... sebab keluarga sebelah mak Sa (x ingat arwah atuk atau nenek)... keturunan mereka x makan ikan patin... Sa x tau apa sebab mereka x makan ikan patin... sebab mak Sa x bercerita sangat tentang pantang-larang orang2 lama...
Err...sebenarnya Sa x tau camna rupa ikan patin tu... sebab keluarga sebelah mak Sa (x ingat arwah atuk atau nenek)... keturunan mereka x makan ikan patin... Sa x tau apa sebab mereka x makan ikan patin... sebab mak Sa x bercerita sangat tentang pantang-larang orang2 lama...
Err...sebenarnya Sa x tau camna rupa ikan patin tu... sebab keluarga sebelah mak Sa (x ingat arwah atuk atau nenek)... keturunan mereka x makan ikan patin... Sa x tau apa sebab mereka x makan ikan patin... sebab mak Sa x bercerita sangat tentang pantang-larang orang2 lama...