Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Seorang Ayah...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1018
Date:
Seorang Ayah...


Sekadar kongsi cerita.

Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorg pakcik berdiri.

Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sbb selalunya ada pegawai yg tolong.
Hari ini cuti public cik..

Duit utk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - uia.

Duit dmasukkan utk anak pertama. 4keping rm50.
Berjaya. Kemudian, duit utk anak kedua.
Jumlah yg sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dlm mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata ini menjeling ke dlm porch pakcik itu(maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega tlihat di riak wajahnya.

Berlalu tapi perlahan..

Ingin kutahu dia naik apa..

Motor.
Dlm hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu dberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu. Jgn lupa balas jasa ayah nnt.


RM400 utk 2org anak.
Sikit utk dirinya memadai..

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik utk ABAH yg selalu saya sanjungi..

Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh utk membalas jasa ibubapa kita..

 

pakcik-1_zps9a39d27f.jpg

 

 

............................



__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 251
Date:

waaaaa...chikun oooiii...series post ko ni sgt memilukan hati!

pakcik tu pakai motor oku ke..dr tepi mcm penah nampak. kt area ne ni chikun?

Ya Allah sayu nyer... teringat kt bapak haku dulu dok anto haku naik mtor ujan2..

skrg bapak haku dh trlntarx kuat jalan..

 

 

 



__________________

sebab aku x baik la aku nk perbaiki diri aku...

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

ko telah berjaya megalirkan air mata aku....aku nie dh la jenis sensitip..
pgorbanan seorg ayah...sob..sob...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

ok...aku da baca komen...

aku tanak baca...huhuhu

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

reza...sesungguhnya teramat sedih utk membacanya....

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

sayu..sob..sob...sob

teringat bapak aku....

__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Versi Matematik:-

Pagi tadi aku pergi ke bank untuk membayar hutang2 yang patut di 'cash deposit mechine'. Dibelakangku berdiri seorang pakcik. Tiba-tiba dia menegurku

"Nak, boleh tolong pakcik tak?"

"Boleh pakcik. Minta tolong apa?", balasku.

"Tolong pakcik masukkan duit. Selalunya ada pegawai yang tolong"

"Hari ini pegawai cuti pakcik".

"Duit ni untuk pakcik ya?" sambungku.

"Ya, dia belajar di UIA Selangor", jawab pakcik itu

4 keping Rm50 dimasukkan untuk anak yang pertama. Berjaya tanpa sebarang masalah. Pakcik tersebut meminta tolong untuk memasukkan untuk anak yg kedua. Jumlah yg sama seperti anak yg pertama tetapi not wang yang berbeza. 5 keping Rm10, sekeping 50 dan sekeping Rm100. Semua duit tersebut berjaya dimasukkan tetapi Rm100 keluar semula sebanyak 2 kali.

Lalu aku bertanya, "Pakcik ada duit lain?".

"Tak ada la nak", balas pakcik itu.

Sempat juga mata nakal ku menjeling ke arah 'porch' pakcik itu. Dalam Rm7 sahaja yang tinggal. Hatiku mula tersentuh. Terasa juga sidikit kekesalan dalam diri kerana menjenguk 'porch' pakcik tersebut tanpa kebenaran beliau. Aku mencuba untuk kali yang ketiga. Moga2 urusan ini dipermudahkan. Setelah menunggu dan mungkin berkat keikhlasan seorang ayah, Alhamdulillah proses tersebut berjaya. Jelas kelihatan rasa lega di riak wajahnya.

Waktu berlalu tetapi seakan-akan perlahan. Terdetik pula hatiku untuk mengetahui kenderaan dinaikinya. MOTORSIKAL. Hanya bermotorsikal. Dalam hujan yang agak renyai terlihat kepayahan seorang ayah untuk melihat anak-anaknya berjaya. Dalam tak sedar, mengalir air mata jantanku ini.

Berfikir aku sejenak. RM400 utk 2 org anak. Sikit utk dirinya sudah memadai.

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik utk ABAH yg selalu saya sanjungi..

Semoga pengorbanan seorang ayah itu dberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu. Jgn lupa balas jasa ayah nnt.
Kepada semua pelajar: Belajarlah sungguh-sungguh utk membalas jasa ibubapa kita..


p/s: perghhhhhhh... aku memang suke edit2 cite org nie...

__________________





Senior Member

Status: Offline
Posts: 342
Date:

Versi En.Chikun & En.Mathematics...
2-2 pon Sa suka...
versi En.Chikun santai...
versi En.Mathematics formal...
kesimpulan...Sa tetap rasa sedih bila baca citer ni...(sob...sob...)


__________________

It's better to let it unknown...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

rasa sedih hiba tapi kena control macho...wpun kesian hanya doa yg mampu di berikan supaya anak2 pakcik ni bukan seperti kacang lupakan kulit....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

betul, pengorbanan seorang tersangat la besau, walaupun hari2 kite nengok asyik makkkk je masak, makkkk je ngemas, pas tu sikit2 "pah, buatkan abang air", "pah, abang lapar nak makan pizza", atau pun "pah, butang baju melayu aku mana pahhh"... tapi pengorbanan ayah tak terlihat dek mata anak2.. contoh paling dekat adalah bapak kepada anak2 aku sendiri, walau pun beliau bukan berkorban utk negara tapi sungguh aku terharu dengan perngorbanan beliau kpd keluarga... menanggung segala beban kesusahan tanpa merungut ape lagi nak merebeh air mata...

caiyuk caiyuk bapak2...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard