Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari keluarga yang miskin..kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh dari kampung..dengan menaiki teksi..membawa beg dan barang-barang milik anak gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di Ipoh..menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita ini.
Masih saya ingat lagi ustaz. bagaimana senyuman bangga ayah si gadis ini yang terlalu seronok kerana anak gadisnya berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut Pengajian Tinggi
Saya dapat melihat dengan jelas..bagaimana ayah si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan anaknya..dengan mulutnya riuh rendah..sambil melemparkan senyuman kepada dirinyasebagai jiran kepada anaknya itu.Setelah bersalaman dengannya..ayah si gadis ini ramah menceritakan kejayaan anaknya..dan anaknya itulah yang diharapkan akan menempah kejayaan ..seterusnya dapat membela hidup mereka sekeluarga suatu hari nanti.
Sedang kami berbual.. terdengar anak gadis si ayah ini merungutkatanya Ayahkat sini tak ada tilam..la..takkan nak tidur atas toto aje ..nanti sakit lah badan along ni..!! kata anak gadisnya merungut manjasambil meneruskan bebelannya dengan suara yang kurang jelas.
Ayahnya hanya tersengih..sambil menjawab nantilah ayah belikan..tengah ni duit ayah dah habis. beli kelengkapan kamukita bukan orang senang
Ok lah ok lahtapi ayah beli cepat sikit taunanti macam mana along nak belajar..tidur tak selesa.nanti tak boleh tidur.haaa..ganggu prestasi along..!!
Ye laye la..nanti ayah beli lah.
Sebulan telah berlalusi ayah belum lagi nampak ..kelibatnya membawa tilam yang dijanjikanmungkin..sedang kumpul duit nak beli tilam agaknyamaklumlah kerja kampung bukan orang senang.rumah yang anaknya sewa pun bayarannya kongsi ramai-ramaisatu rumah duduk lapan orang.
Apa yang tak seronoknya ustaz ialah.budak-budak perempuan di sebelah rumah saya tupada mula mereka duduk menyewa tiada apa masalah ataupun gangguan tapi lama kelamaan..rumah sewa anak dara di sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-budak lelakiada yang datang bermotosikal dan ada yang datang dengan menaiki kereta.
Entahlah ustaz..bukan tak tegur..dah tegur dah.tapi jawab budak lelaki yang datang bertandang tupakcik ni sapa?bapak diorang ke ..???? terkedu saya ustaz apa nak dikata lagi..Kadang-kadang ustaz bebudak lelaki tu duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke tengah malam.gerun saya ustaz.!!
Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan perkara ini kepada penguatkuasa jabatan agamatetapi saya risau pulak nanti bebudak lelaki tu akan serang saya balik..atau apa-apakan keluarga saya..saya pun ada anak dara ustazrisau saya ustazapalah upaya saya ustaz
Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang malang ni tadi..setiap hari keluar dengan pakwenyamaklumlah orang sedang bercinta..bercouplemak bapak pulak jauh ..jadi line clearustaz..kadang-kadang tengah malam baru nampak balik ke rumah sewanya..entah lah..sedih saya apabila mengenangkan bapanya yang cukup baik.
Suatu petang ustaz.sedang anak gadis si ayah ni keluar macam biasa dengan pakwenya.ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa anak gadisnya.dengan menaiki motorsikal..di belakang motorsikalnya itu terikat tilam kekabu.sambil dia berhenti ..lalu terkial-kial si ayah ini cuba menongkatkan motornyakerana tilam kekabu itu berat..kemudian si ayah itu menjerit memanggil nama anaknya.. sambil mengelap peluhnya yang mengalir lajuterdengar suaranya yang mengah..memanggil-manggil anaknya..tetapi tiada sahutansunyikerana hari itu hari cutiada yang dah balik kampung hujung minggu dan ada yang biasa la..tengah menenggek di belakang motorsikal pakwe merekatermasuklah anak gadis si ayah yang malang ini.
Saya pun keluar dari rumah.lalu memanggil si ayah ini tadi..abang..mari masuk berehat di rumah saya dahulubebudak ni tak ada mereka keluar agaknyakata saya kepada si ayah .
Ke mana mereka pergi.agaknyakeluar ramai-ramai ke.bila balik agaknya.? tanya ayahnyabertalu-talusaya hanya mendiamkan diri.lalu saya berkata kepada si ayahtak mengapa bangrehat dulu..abang letih tu datang dari jauh.bawak masuk motor abang tu ke dalam laman rumah saya.
Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lainnak balik alang-alang..dah sampai ..bukannya dekat..lagipun bukan senang nak datang balik..si ayah nampak keletihan sambil menolak motorsikalnya dengan beban tilam yang berat.
Si ayah menunggusehinggalah waktu maghrib telah masuk.si anak masih tidak balik lagi.saya mengajak si ayah masuk ke dalam rumah mandi dan menunaikan solat maghrib ..kemudian saya menjamunya makan malam.Si ayah nampak keberatan tapi apa kan daya kerana menunggu anaknya lantaran hati kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak selesa tidur di atas tototakut kesihatan anaknya terganggu.
Sedang kami duduk menunggu anaknya.yang masih tidak balik walaupun waktu isyak sudah lama berlalu.tiba-tiba si ayah sudah mengesyaki sesuatu..lalu bertanya kepada sayaAnak saya ni keluar dengan siapa sebenarnya encik?
Saya hanya terdiamtak terkata apa-apa.lalu saya menjawabbeginilah bang..abang tunggulah sampai dia balik ..lihatlah sendiri dan tanyalah sendiri dengannya.
Si ayah semakin risaudan semacam sudah mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang dilakukan oleh anak gadisnya itu.Tepat pukul 2.15 pagibarulah anak gadisnya pulang..dengan membonceng motorsikal pakwenya..memeluk mesrapakwenya.berhenti di depan rumah sewa, Si anak gadis itu kemudiannya turun dari motorsikal pakwenyasambil menanggalkan topi keledar diikuti oleh pakwenya,..itu.mereka tidak terus berpisah tetapi berbual mesra di hadapan rumah..tanpa menyedariperlakuan mereka itu dilihat oleh kami berdua.
Mereka berpegangan tangan..sambil ketawa.bergurau.dan tiba-tiba..pakwe si gadis itu mencium bibirnya!!!Subhanallah.saya tak boleh bayangkan keadaan ayahnya ketika itu yang bangun dan hendak bergerak menuju ke arah anaknyatetapi saya tahan.kata saya kepada ayahnya..:Jangan bangsekarang dah pagijangan mengamuk tengah ni nanti..abang yang dapat malubiarkan budak lelaki itu balik dulu.
Hampir setengah jam kami melihat babak mesra bercumbu dan berpeluk itubarulah budak lelaki itu pulangsi gadis itu pun masuk ke rumahnya..
Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak motorsikalnyadan menghidupkan enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah anaknya..seolah-olah dia baru sampailalu dia memanggil nama anaknya.Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut terkejut dengan kehadiran ayahnya pada lewat pagi sebegitusambil katanya..:hah ayah apasal datang pagi-pagi macam ni..tak boleh tunggu besok..?
Si ayah terus meluru lalu menamparmuka anak gadisnyamenjerit-jeritmarah..Oooo..buat apa datang pagi buta ye.kamu tahu tak aku sampai sejak dari petang tadi..menunggu kamubawakkan tilam untuk kamu..jenuh aku tunggu kamu.ni hapakcik ni yang tumpangkan aku..rehat..sembahyang makan..aku datang dari jauh letihsebab risaukan kamusayangkan kamu..tapi kamukeluar sampai jauh malam.dengan pakwe kamu yedah la tu kamu bercium beromen depan aku..anak tak tahu diuntung.aku malu tau takmaluuuuu.anak kurang ajar..anak derhaka.anak tak mengenang budi..aku jaga kamu.aku tatang kamu macam minyak yang penuh.macam ini balasan kamumacam ni balasan kamu..pada aku..haaaa!!! anak ****..berdebubgedebab.kali ini saya lihat dia terajang anaknya ustaz..saya masuk ke dalam rumah dan memegang si ayah dan memintanya mengucap.beristighfar.bersabar.
Anak gadisnyamenangis meraungmerayumemohon keampunan..hu hu hu ayahhhhampunkan alongggg.huwaaaaaayah alongggg salah along berdosa dengan ayah..hunhuuuuuu.!!Kau memang anak celaka..memalukan keluargaorang tua..kalau mak kamu tahu ni pasti mak kamu akan sedih sangat.tadi..mak kamu nak ikut..rindu nak tengok kamuaku tak bagi tau tak. sebab nak bawak tilam ni.kamu tau tak tilam ni berat.tilam kekabuaku bawak dari kampung jauh.terhoyong hayang aku..bawak motortadi pun nyaris tak kena langgar dengan lori..tau tak??
Kata si ayah sambil menangis.suasana pilu..saya juga menitiskan air mata.sedih melihat ayah yang separuh abad,,,menangis kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.Sudah..kau kemaskan barang.pagi ni jugak balik ikut aku.balikkkkkikut akucepatttt,kata ayahnya.
Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi anaknya itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya ituTilam yang dibawa oleh ayah si gadis itu masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh ayahnyakerana tidak mampu dibawa balik lantaran si ayah membawa anaknya balik pada malam itu juga.
Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke kampungnya,.dengan membonceng motortetapi bukan di belakang pakwenyatetapi dibelkang bapaknyakesiannn ustazkesiannnn