Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: SEBALIK KISAH ADIK NOR ADILA SYIKIN


Super Member

Status: Offline
Posts: 705
Date:
SEBALIK KISAH ADIK NOR ADILA SYIKIN


Assalamualaikum saudara semua.Saya mengharapkan agar saudara dapat
menyiarkan cerita ini dalam laman web saudara kerana ianya melibatkan
kepentingan agama Islam kita.Saya agak kurang yakin sekiranya saya
menghantarkan surat ini kepada akhbar-akhbar perdana, mereka akan
menyiarkannya.


Banjir di Perlis baru-baru ini bukan sahaja telah menenggelamkan harta
benda dan tanaman tetapi juga cerita tentang penderaan keatas Adik Nor
Adilla Syikin Abdul Halim.Semasa ianya hangat diperkatakan orang, adakah
semua sedar kenapa ia berlaku? Benarkah dia didera semata-mata kerana
dia
gagal menjawab soalan tuisyen yang diberikan oleh "guru"nya? Atau adakah
sesuatu yang lebih dahsyat yang tidak terfikir oleh anda semua?


Cerita sebenar ini telah saya ambil daripada ahli keluarga saudara Abdul
Halim sendiri yang menyatakan bahawa terdapat tanda-tanda "guru" itu
sebenarnya ingin meng"kristian"kan anaknya.Dengan lakonan wajah yang
manis
"guru" itu, dia selalu akan membuat tempahan makanan daripada kedai
Islam
untuk memastikan kononnya dia mengambil berat dengan pemakanan Adik Nor
Adilla.


Kadang kala menurut sumber itu lagi, "guru" itu akan membeli bahan
mentah
dan meminta agar ibu Nor Adilla untuk memasak.Jadi apa perasaan anda
jika
seseorang menunjukkan keperihatinan yang sebegitu kepada anak anda?
Sudahlah dia membantu dalam pelajaran, dijaga pula makan dan minum anak
itu
supaya tidak termakan makanan yang tidak halal.Pastinya kita semua akan
menaruh kepercayaan kepada dia.


Sebenarnya menurut sumber itu lagi "guru" tersebut telah lama mencuba
untuk
memasukkan jarum kristianisasinya kepada Adik Nor Adilla.Alhamdulillah
ianya gagal sehinggalah kepada hari kejadian.Barangkali dia sudah tidak
tahan kerana kegagalannya untuk menghasut Adik Nor Adilla maka diapun
mengambil tindakan "gila" itu.


Manakala Adik Nor Adilla pula tidak sedar akan perkara itu kerana dia
memang tidak mengerti apa-apa.Kalau dia dimarahpun sebelum itu ialah
kerana
dia menganggap itu adalah kerana kesalahan yang dia lakukan.


Menurut sumber itu lagi "guru" itu telah mengajar dia bahawa tuhan Islam
dengan tuhan kristian itu sama sahaja."Guru" itu juga cuba
menyembunyikan
kecederaan yang dialami oleh Nor Adilla selepas dia menderanya dengan
memberitahu ayahnya bahawa Nor Adilla ingin menumpang tidur di rumahnya
buat beberapa hari lagi.


Syukur sekali lagi kepada Allah yang telah membongkarkan kejadian ini
dengan memberikan akal kepada Adik Nor Adilla untuk lari menyelamatkan
dirinya.


Saudara pengarang, saya tidak mereka mahupun memperbesar-besarkan secara
semberono cerita ini kerana menurut sumber itu lagi perkara di atas itu
semuanya telah dikhabarkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Shahidan
Kassim
oleh Adik Nor Adilla sendiri secara berhadapan di wad kanak-kanak itu
ketika lawatan beliau pada sehari selepas kejadian.Disaksikan oleh ayah
dan
ibunya.


Saya tidak pandai dengan psikologi kanak-kanak tetapi yang saya tahu
kanak-kanak yang berusia sembilan tahun biasanya tidak pandai lagi
hendak
menipu.Apatah lagi berkenaan perkara agama.Wallahua'lam perbetulkan saya
sekiranya silap.


Saya memang sudah menjangkakan yang Shahidan tidak akan mengeluarkan
kenyataan tentang konflik agama itu sebaliknya yang hanya disentuhnya
ialah
berkenaan pusat tuisyen yang sepatutnya berdaftar dengan kementerian
pelajaran kerana menurut sumber itu, Shahidan telah berpesan kepada
saudara
Abdul Halim supaya merahsiakan perkara tersebut.


Tetapi saya sangat berharap agar Datuk Seri Shahidan Kassim akan
mengusahakan sesuatu supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan
apatah
lagi Perlis ini terkenal dengan ajaran Sunnahnya yang menjadikan amalan
rasulullah sebagai amalan utama tanpa adanya unsur-unsur bidaah.Dan saya
sangat yakin bahawa adalah menjadi bidaah yang amat besar sekiranya
membiarkan sahaja usaha-usaha untuk memurtadkan ummat Islam tanpa
tentangan
apatah lagi kita mempunyai kuasa sebagai pemerintah.


Saya tidak rela keturunan saya dimurtadkan begitu sahaja.Relakah anda
semua?


 



__________________
kyo


Asst Moderator

Status: Offline
Posts: 886
Date:

tak paham tok..kenapa insan yang dianggap hebat dari pandangan mata dunia kerana melahirkan ramai insan berjaya sanggup menggadaikan agama yang begitu suci ini...apa guru ini tidak menghayati ker kerjaya guru yang mulia ini...atau dorang rase seronok dengan apa yang dorang buat....cukuplah....napa makin ramai insan yang ingin memesongkan agama allah....sedih nya dah ler kekurangan ilmu...lepas tue mengheret orang plak nak ikut cam dia...betapa bodohnya.....kan terang2 kan tiada jalan mudah nak kesyurga.....selain dari "beramal salleh dan cegah kemungkaran" semoga kita semua terlindung dari perkara2 yang macam nie...sesat dan menyesatkan...


sory tok ter emosional plak...



__________________
tok dan nenek


Super Member

Status: Offline
Posts: 1121
Date:

wah wah tok teremosional plak ekk, tp tok apa yg dibtau tu mmg dah melampau,tak tau la apa nak jd pada Malaysia nowaday, itu baru sedikit tok tp yg nyata nyer hampir 25 peratus ramai org melayu yg telah memasuki agama kristian tp tidak dihebah hebahkan tp berpandu kepada pejabt agama yg mmg sahih kebenarannya mmg ramai anak2 melayu telah terpesong akidah nya,kdg2 mereka2 ini di bayar ganjaran sebanyak 2000 ringgit sebulan andai masuk kristian, sapa yg tak mau duit sebanyak itu melainkan kita benar2 warak dan kuat berpegang teguh pada agama islam,bertaubat la wahai insan2, tidak takutkah dilaknati Allah.

__________________
suka hati aku la..lalalalala


Super Member

Status: Offline
Posts: 705
Date:

mm...mmg da trk tahap kritikal da ni...biasala..tok beremosi..mmg tok thn dgn mende cam ni...


apa tindakan kita sbagai seorg muslim?



__________________
kyo
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard