Sebuah kampung telah dibuka.Memandangkan kampung itu berhampiran dengan hutan penduduknya sering diancam binatang buas.Sebagai ketua kampung disitu Pak Yahya terpaksa menjaga keselamatan penduduknya.Hanya Pak Yahya sahaja yang memiliki senapang gajah untuk menghadapi binatang-binatang buas yang berkeliaran dikampung itu.Semakin hari Pak Yahya disanjung dan dihormati penduduk kampung dan ia menjadi riak dan takbur.Segala bantuan yang dihulurkan Pak Yahya mula mahukan ganjaran.Tibalah pada suatu hari Pak Yahya sedang tidur nyenyak dirumahnya.....tiba-tiba ia terdengar suara orang meminta tolong sambil menyatakan ada harimau besar dikampung itu.Sambil tersenyum Pak Yahya berkata didalam hatinya...."rezeki aku ni.....kali ni aku mesti minta upah lebih punya".Pak Yahya terus keluar bersama senapangnya dan mencari harimau yang dikatakan ada itu.Puas Pak Yahya berlegar disekitar kampung tapi harimau tidak juga kelihatan.....tetapi suara orang yang minta pertolongan masih lagi kedengaran tidak henti-henti....."telung-telung,papaya,limau busat.....telung-telung,papaya,limau busat."