Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: untuk perkongsian kita


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:
untuk perkongsian kita


assalamualaikum.. (dgn gaya dr. h.m. tuah)

 

hari ni aku nak kongsi 1 perkara ngan korang sumer...

kelebihan surah al-kautsar..

 

1235346_642696972419500_1172058312_n.jpg


BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya ibrahim dan bapak saudaranya abu thalib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-

baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.

jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di keher, insya allah hilang dahaga

jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat

jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi


__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

woww..ilmu..tq yayang moga sama2 kiter mdpt berkat ilmu yg diberi..amin

nanti ada lagi post ya

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Sekadar untuk perkongsian..

Sifat sombong yg buruk untuk suami, baik utk isteri.

Seorang suami yg sombong adlh tak baik, sebab nanti ia dibenci orang, seorang suami mestilah ada sifat mesra dan ramah, baik pada keluarga atau umum..

Tapi seorang isteri yg sombong adlh baik, tapi sombong yg bertempat, bila ada lelaki tegur, langsung tak layan, pandang pun tak, sebaliknya isteri yg terlalu peramah, pantang org tegur semua dia layan, isteri harus sombong pada tempatnya.


Sifat kedekut adlh buruk bagi suami, baik bagi isteri.

Seorang suami yg kedekut adlh tak baik, nak keluar singgit utk isteri pun berkira, sebenarnya sedekah yg paling besar martabatnya adlh bila seorang suami membelanjakan hartanya utk keluarganya.

Tapi kedekut seorang isteri adlh baik, nak beli apa2 pun berkira2, supaya tak membazir duit suaminya, sebaliknya soerang isteri yg pemurah dalam berbelanja akan membuatkan suaminya tertekan, kadang2 sampai kena cari duit tepi utk buat belanja isteri.


Sumber.. Ustaz Kazim Alias Youtube.

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

betul betul betull....

tima kacih kongsi ilmu dgn kitorang.

sape2 yg ada pape ilmu atau pape je la article2 yg berkaitan dgn pengetahuan bley la share kat sini. selain cerita ceriti.

utk tambah2 sket ilmu hisab yg ada...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2028
Date:

sifat cemburu pula baik untuk suami isteri tapi biarlah bertempat...



__________________

nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

renungan utk petang ni...

 

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Barangsiapa yg Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan."  -h.r. Al-Bukhari.

bersangka-baik-pada-Allah.jpg

tumblr_loau8giCvc1qcrsrio1_500_large.jpg

 

bersangka+baik+pada+Allah.jpg

 

Slide1.JPG

 

last but not least..

541906_504899839532813_1826793034_n.jpg



__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2028
Date:

subhanallah...

__________________

nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

SALAM MA`AL HIJRAH 1435 ....

 

 

" Allah  tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.   Dia mendapat pahala

(dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat  seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

(Mereka berdoa):' Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.

ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau

bebankan kepada orang-orang sebelum kami. ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami

apa yang kami tidak sanggup memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami.

Engkaulah Pelinung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

 

Maksud Surah Al Baaqarah. 286.   - petikan daripada Buku Zikir dan Doa Al-Mathurat (Al-Wazifatul Kubra)



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

ape ke sengal diriku...ttibe carik butang like...huhhh nie pegaruh fb la nie....
actually....tq korg....coz syerr....

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard