Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Hubungan solat


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:
Hubungan solat


Sepasang suami isteri datang melawat anak dan menantu mereka dan tinggal dirumah anaknya utk beberapa hari. Dalam masa beberapa hari tinggal dirumah mereka, kedua menantu dan ayah mertua ini sentiasa pergi berjemaah di masjid bersama. Lalu pada hari utk mak dan ayah ini hendak pulang, datanglah si ibu berkata pada anak perempuannya.

 

Ibu: Mak nak balik dulu, mak dah tak risau dah, elok suami kamu tu, solat jemaah tak tinggal.

 

Anak: Err sebenarnya mak.. Abang tak tinggal solat berjemaah tu sebab dia segan dgn ayah je, sebab salalunya abang solat pun jarang..

 

Ibu: Laa ya ke?.. Sebenanrnya ayah kamu pun sama, kalau kat rumah jarang mak nampak dia solat, kalau ke masjid pun hari jumaat aja, cuma kat sini dia rajin jemaah, dia segan dgn suami kamu..

 

 

 

 

 

"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya, orang-orang yang berbuat riak."

 

Al-Ma'un 4-6.

 

 

Hadis Nabi SAW mengenai riak:

 

"Sesungguhnya yang amat aku khuatirkan atas kamu ialah syirik kecil. Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah?" Baginda bersabda: Itulah riak. "Pada hari kiamat ketika manusia menghadap dengan amal mereka, Allah Yang Maha mulia berfirman: "Pergilah kamu kepada orang-orang yang kamu pamerkan (niat amal-amal kamu) di dunia, dan lihatlah apakah kamu mendapat pahala dari mereka."



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

Tertidur Waktu Solat Subuh

Soalan:
Saya mendengar ada orang mengatakan kalau kita terlewat bangun waktu Subuh lalu waktu Syuruk telah lepas, kita boleh terus sembahyang Subuh tanpa perlu niat Qadha'. Betulkah Ustaz? Kalau boleh Ustaz tolong jelaskan?



Jawapan:
Jika kita terlewat waktu subuh kerana tertidur, sedangkan waktu syuruk telah lepas ataupun matahari telah terbit, maka ketika terjaga tersebut segeralah mengerjakan solat Subuh. Tidak perlulah kita berniat qadha', sebab terlepas sesuatu hukuman tersebut lantaran bukan sengaja. Namun jika kita mengetahui telah masuknya waktu subuh tetapi kita meneruskan tidur, maka perkara ini jelas berdosa.


Ia berdasarkan hadis riwayat Abu Qatadah radiyallahu `anhu katanya; Para sahabat menceritakan kepada nabi SAW, mereka tertidur sehingga luput waktu solat. Baginda ( s.a.w ) bersabda:



Maksudnya: Tidak ada pada tidur itu sebarang kecuaian. Tetapi kecuaian berlaku dalam suasana jaga. Justeru, apabila seseorang kamu terlupa solat atau tertidur maka hendaklah dia melakukannya apabila dia mengingatinya.

(hadis hasan Sahih Riwayat Tirmizi dalam Kitab al-Solat Bab Tertidur hingga terluput solat)



__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard