Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tidur? * Dalam pelbagai riwayat diceritakan bahawa ketika Adam diciptakan oleh Allah dan ditempatkan di syurga, dia merasa kesepian kerana tidak ada kawan. Syurga yang begitu luas hanya dia sendiri yang menghuninya .
Kerana itu Adam memohon kepada Allah agar diberikan seorang teman.Ketika Adam sedang terlelap tidur, Allah mengambil 1 (satu) tulang rusuk Adam untuk mencipta manusia lain sebagai teman bagi Adam. Hadirlah Hawa di samping Adam.
Ada soalan yang muncul kemudian . Mengapa Hawa yang tercipta dari tulung rusuk Adam ini diciptakan Allah ketika Adam tertidur ?Inilah alasannya. Seorang laki- laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya, , Seandainya Hawa diciptakan dari Adam saat Adam terjaga , pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya , hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur , agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.Berbeza dengan seorang wanita.
Wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya kerana proses melahirkan itu, namun dia akan semakin sayang dan cinta kepada anak yang dilahirkan bahkan ia rela menebusnya dengan kehidupannya.Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung , hati nurani ) . Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.
Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan , dengan hati , dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut .Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut dengan paksa , seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, " jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya . " Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki -laki . Kerana itu wahai kaum Adam ... janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia masa untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci pada orang yang paling dia sayang ..
Tapi ada jugak perempuan yg memang langsung tak sama dgn tu, dah laa tak tau malu, perangai buruk, jahat, suka dengki, suka memburukkan org, tak pernah kisah dgn org sekeliling, ingat dia cantik semua org suka, paling benci perempuan macam ni.. kebanyakkannya artis..
eh eh... ayat hang macam pernah terkono jo dgn pompuan cenggitu?
ye ke???? cer citer... kitorang kat sini enitaim je ada masa nak dengor luahan perasaan ko.
tak elok pendam2 nanti sakit jiwa.. spital mental kat tampoi tu dah penuh mano ko nak poie lak nanti jang kalo ko tetibe jadi mereng dek menahan panahan asmara yang kepatahan..
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..