Members Login
Username
Password
Login
Remember Me
New Member
Lost Account Info?
UTAMA
Senarai Geng
Profile Geng
Blog Geng
wkdin's blog
MindaKronik
datt's blog
misterie's blog
Awek's happy url
Kalendar
Post Terkini
UCAPAN!!
Hidup ni umpama kartun kadang-kadang. Pemegang wataknya adalah kita sendiri
Sempoi Game
Search
Search
Advanced Search
GengCerita
->
CERITA CERITA
->
Cerpen Dan Novel
->
MiNah BrUtaL MaMat JiwAng
Start A New Topic
Reply
Post Info
TOPIC: MiNah BrUtaL MaMat JiwAng
cesilia
Senior Member
Status: Offline
Posts: 310
Date:
Jan 8, 2014
MiNah BrUtaL MaMat JiwAng
Permalink
Cerita Cinta Sweet : Minah Brutal Mamat Jiwang
Isnin (Perkenalan di stesen KTM)
Mamat: Assalamualaikum. Hai awak, saya nak berkenalan dgn awak boleh tak?
Minah: Waa'laikumussalam. Boleh, tapi kena jumpa mak bapa aku dulu. Minta izin. Kalau mak bapa aku bagi, aku on je.
Mamat: Waaa.. Boleh tahan erk awak ni? Ok saya jumpa mak bapa awak. Bagi alamat rumah awak.
Minah: Ni i/c aku, cepatlah salin alamat aku.
Mamat: Tangan menyalin sambil tersenyum² (Dlm hati: Ceh, malas betul punya minah! Takpa². Wah, nama NURUL IMAN!
Lembut je nama tapi perangai brutal tul)
Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPA SI MINAH)
Mamat: Assalamulaikum pak cik, mak cik. Sihat?
Pakcik & Makcik: Waa'laikumussalam. Alhamdulillah kami sihat. Tapi, anak ni siapa?
Mamat: Saya MOHD AIMAN. Saya datang jumpa mak cik & pak cik ni sebab nak minta izin nak berkenalan dgn anak pak cik yg
bernama NURUL IMAN.
Pak cik: Alhamdulillah. Ada lagi pemuda yg gentleman macam kamu ni lagi ya zaman sekarang. Sebenarnya, kamulah
pemuda yg pertama datang minta izin sebelum nak berkenalan dgn anak pak cik, NURUL IMAN tu.
Mamat: (Dlm hati: Wah, bangga aku sebagai seorang lelaki sejati!)
Mak cik: Sebelum² ni takda siapa yg berani datang. Katanya si NURUL IMAN tu garang sangat orangnya. Sebenarnya tak. Si
NURUL IMAN tu orangnya lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin & agamanya pun baik.
Mamat: Sambil angguk² & tersenyum² mendengar cerita mak bapa minah. (Dlm hati: Ceh. Lembut ke? Sopan ke? Budi
bahasa ke? Takda gaya langsung. Takpa². Wait & see minah)
Pak cik: Pak cik izinkan anak berkenalan dgn anak pak cik NURUL IMAN.
Mamat: Terima kasih pak cik, mak cik.
Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN)
Mamat: Awak, parents awak dah izinkan saya berkenalan dgn awak.
Minah: So what? Ada aku kisah.
Mamat: Tersenyum dlm kebengangan. (Dlm hati: Eh². Sabar hati. Sabar.)
Minah: Wei, aku nak jumpa mak bapa kau pula. Ni fon aku, kau salinkan alamat kau. Pastu save message.
Mamat: Awak nak buat apa jumpa ibu ayah saya? (Sambil tangan laju menaip alamat rumah & save message)
Minah: Yg kau sibuk kenapa? Macam mak nenek. Banyak tanya. Esok kau jangan ada dekat rumah dari jam 11am sampai
jam 12pm, kau merayaplah ke mana²pun. Kalau ada gak kat rumah, aku bakar kau hidup² depan mak bapa kau. Paham?
Mamat: Ok². Awak, saya nak no. tepon awak? Manalah tau kalau rindu² nanti boleh calling².
Minah: Ooiiitt. Geli aku. Rindu², ingat aku ni bini kau ke? Nak termuntah aku dengar. Kau call je 999 minta no. tepon aku kat
dorang. Kompem dapat. Dapat pelempang. Hahaha...
Mamat: Senyum jela (Dlm hati: Eieieieieiei... Geramnya aku. Takpa². Sabar hati. Sabar)
Khamis (APABILA MAMAT BALIK KE RUMAH SELEPAS JAM 12pm)
Ibu: MOHD AIMAN. Sampai hati senyap² ye. Tak nak kongsi langsung kat ibu & ayah.
Mamat: Apa ibu cakap ni? Aiman tak pahamlah. (Dlm kepala sambil memikir apa sebenarnya telah terjadi)
Ayah: MOHD AIMAN. Jangan nak main menyorok²lah. Kami dah tau. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang. Ayah
berkenanlah kalau dia jadi menantu ayah.
Ibu: Ibu pun setuju. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai ambil hati orang tua. Seronok ibu kalau dapat
menantu yg boleh jadi kawan ibu. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan macam mana MOHD AIMAN.
Kamu setuju?
Mamat: Kalau ayah dgn ibu setuju & suka, teruskan sajalah niat nak masuk minang NURUL IMAN tu. (Dlm kebingungan:
Sejak bila pula aku ada GF ni. GIRLFRIEND yg dicakapkan oleh ayah & ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN. Perhhh... Gilalah.
Aku dahlah tak kenal sapa minah tu. Brutal pula tu. Tiba² je ibu ayah nak buat menantu. Takpa. Jalan je. Ada sesuatu kat
NURUL IMAN tu sampai ibu & ayah pun suka. Hihihi)
Jumaat (HALAL & HARAM)
Mamat: Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak. Takpa ke awak?
Minah: Kau setuju ke mak bapa kau minang aku?
Mamat: Setuju!
Minah: Dah kau setuju, buat apa tanya aku lagi. Apalah. Cuma aku nak kalau kita bertunang, aku cuma nak barang
hantaran telekung, sejadah & Al-Quran yg kau khatamkan je. Duit hantaran ikut suka kau nak bagi berapa. Aku tak kisah.
10 sen pun aku terima. Pastu 2 minggu je bertunang & pastu kawin. Dah, kita tutup kes ni.
Mamat: Amboi dashyat tul awak ni. Awak ni garanglah tapi sweet. (Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)
Minah: Oooiiittttttttt setan. Keluarlah kau dari badan mamat ni. Kau tau tak HARAM sentuh orang yg bukan mahram selagi
kau tak lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA. Selagi tu kau HARAM nak sentuh aku. Kau ada wudu tak?
Mamat: Takda. Nak buat pe?
Minah: Kau gi ambil sekarang. Cepatlah.
Mamat: Merungut dlm hati sambil kaki melangkah mencari paip utk berwudu (Dlm hati: Eiiii minah ni cubelah cakap sopan
sikit dgn aku. Garang macam singa. Singa pun tak macam dia)
SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU
Mamat: Awak, saya dah amik wudu. Awk nak saya buat apa?
Minah: Diamlah. Banyak bunyilah kau ni. Nah ambil ni AL-QURAN. Ni HALAL utk kau pegang 24 jam. Cium, peluk pun boleh.
Pahala berganda 1000x kalau kau baca. Ha Aku nak kau hafaz juzu 30. Minggu depan kita tunang, aku tau kau dah hafaz
semua surah dlm juzu 30 tu.
Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Mamat: Awak apa kata kita tukar panggilan? Saya panggil awak SAYANG & awak panggil saya ABANG.
Minah: Ooiiiittt. Geli aku nak panggil kau abang. ABANG tu hanya SUAMI aku je. Kau tu bukan suami aku lagi. Baru tunang
nak gempak². Bla la wei. Hah drpd kau duk mengarut yg bukan², kau dah hafaz juzu 30?
Mamat: Emmmmmmm. Dah². Napa?
Minah: Ha.. Ha cuba baca kat aku apa yg ku hafaz.
Mamat: (Dgn dimulai dgn surah Al-Fatihah & seterusnya membaca semua surah juzu 30 tu sampai habis)
Minah: Alhamdulillah. Pasni kau baca pula makna² surah dlm juzu amma tu. Minggu depan aku nak dengar kau bercerita
depan aku.
Mamat: Dah macam peserta pertandingan hafazan & bercerita pula. (Cakap dlm nada slow)
Minah: Ooiitt, ko kutuk aku erk? Takpa².
Mamat: Mana ada. Awak memang cantik, comel.
Minah: Dah². Jangan nak cakap lagi. Aku tau dah aku memang cantik, comel. Sebab tu kau suruh ibu ayah kau minang aku
kan?
Mamat: Tersenyum (Dlm hati: Ceh, masuk troli sorong sendirilah weii!!!)
Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Mamat: Awak². Awak tak rasa ke apa yg saye rasa? Saya rasa macam ada sesuatu yg indah antara kita berdualah. Setiap
kali ingat awak mesti terasa yg awak dekat sangat dlm hati saya.
Minah: Ooiitt yg kau nak berjiwang karat sangat ni napa? Bengkak telinga aku dengar. Kau ingat kau berjiwang² ni, aku cair
& kau. Jangan haraplah weii. Dah². Sekarang kau ceritakan dekat aku kisah² dlm juzu amma tu.
Mamat: (Dlm hati: Dia ni memang takda perasaan langsung. Baru nak jiwang² dah tak boleh. Takpa. Sabar hati. Sabar)
Minah: Ooiitt berangan pula. Aku suruh cerita bukan berangan. Cepatlah cerita, aku nak dengar.
Mamat: Sabarlah. Tgh susun ayat ni. (Dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia memulakan kisah dari 1
surah ke surah yg lain hingga khatam dlm juzu' amma tu)
Minah: Alhamdulillah. Minggu depan kita nikah. Aku nak sehari sebelum kita nikah kau buat qiamulllaill. Allah tu Maha Melihat.
Kalau kau tak buat, kau tunggulah masa kau lafaz Aku Terima Nikahnya mesti kau tersangkut².
Mamat: Tak naklah saya. Malulah tersangkut². Ok². InsyaAllah saya buat.
Minah: Tau pula malu. Ok. Lagi 1, hari nikah tu aku nak kau senyum je sepanjang majlis. Tak kisahlah waktu tu kau sedih ke,
kecewa ke. Yg aku nak tengok, kau senyum je. Paham?
Mamat: Faham. Awak, saya teringin nak tengok awak senyum. Senyumlah awak. Mesti manis. Selalu tengok muka garang
awak je. Senyumlah sikit awak.
Minah: Ada. Ada aku kisah. Tak boleh. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kita nikah nanti. Mesti kau tak
boleh tidur lepas tengok senyuman aku yg menggoda sangat ni tau. Hahaha...
Mamat: Emmmmmm.. Yelaaaaa..
Jumaat (HARI PERNIKAHAN)
Mamat: Dgn sekali lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DGN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNA
Tok kadi: Sah².
Minah: Alhamdulillah. (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)
SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG
Minah: Terima kasih ABANG krn sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yg
solehah. (Sambil tangan terketar² utk salam & cium tangan suci suaminya)
Mamat: Subhanallah. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suamimu. (Sambil mengucup ubun² isteri tercinta)
Attachments
View image
__________________
aNAK maK abAH akU
Page 1 of 1
sorted by
Oldest First
Newest First
Quick Reply
Please log in to post quick replies.
GengCerita
->
CERITA CERITA
->
Cerpen Dan Novel
->
MiNah BrUtaL MaMat JiwAng
Subscribe
Jump To:
--- Ruang Sembang ---
Sembang-sembang Kedai Kopi
Sembang-sembang member Forum
Sembang-sembang Geng Remaja
Luah Perasaan
--- Post Cerita ---
Ruang Cerita Teladan
Ruang Cerita Pengalaman
Cerita Teknologi dan IT
Ruang Cerita Hiburan
Ruang Cerita Agama
Ruangan Cerita Lawak
Ruangan Cerita Seram
--- Post Kreatif ---
Teka-Teki
Cerpen Dan Novel
Nukilan Sajak , pantun, puisi, ...
Resepi
--- Photo and video ---
Kongsi Video/3gp
Create your own FREE Forum
Report Abuse