Nama lengkapnya Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdi Manaf. Sebagaimana lazim pada zaman itu, Abdul Muthalib mempunyai beberapa orang isteri. Salah seorang diantaranya bernama Fathimah. Ia mempunyai lima orang anak lelaki dari Fathimah, iaitu Harits, Abdul Uzha(Abu Lahab), Abdul Manaf(Abu Thalib), Zubair dan Abdullah. Adapun dari isteri-isteri yang lain ia mendapat beberapa orang putera dan puteri, diantaranya bernama Abbas, Hamzah, Dhirar dan Muqawwam.
Abdullah adalah anak lelaki yang kesepuluh. Padahal Abdul Muthalib pernah bernazar, andaikata ia memperolehi anak genap sepuluh orang, maka yang kesepuluh akan dikorbankan untuk para berhala di Kaabah.
Abdul Muthalib menyesal sekali terhadap niatnya ini, sebab anaknya yang kesepuluh itu ternyata seorang putera idaman yang sopan, tampan dan gagah perkasa. Namun nazar tetap nazar, harus segera ditunaikan, kalau tidak nanti para berhala akan murka serta menjatuhkan kutukannya yang luar biasa.
Maka sesudah usia Abdullah mencapai sepuluh tahun, Abdul Muthalib lalu mengadakan persiapan untuk melaksanakan penyembelihan atas Abdullah, untuk membayar nazarnya. Abdullah adalah keturunan Ismail yang juga pernah akan dikorbankan oleh ayahnya, Ibrahim. Oleh kerana itu, Abdullah bersikap sama dengan Ismail, membiarkan ayahnya menyempurnakan nazarnya. Ia rela disembelih demi keyakinan ayahnya.
Tersebarlah berita ke segenap penjuru tanah Hijaz bahawa Abdul Muthalib hendak menyembelih anaknya yang paling kecil, Abdullah. Timbul kegemparan di kalangan penduduk, sebab Abdul Muthalib adalah pemimpin Makkah yang disegani. Semua perbuatan dan ucapannya menjadi contoh serta hukum tidak tertulis bagi kaumnya. Dengan alasan itulah, seorang penjaga Kaabah datang mengadap kepada Abdul Muthalib dan berkata. "Tuan, saya mohon jangan meneruskan niat itu, menyembelih Abdullah, anak sendiri."
Dengan sebab apa kamu melarangku?" tanya Abdul Muthalib mendengus.
"Kerana perbuatan tuan ini kelak akan dicontohi oleh orang-orang lain. Dan hal itu akan mengakibatkan kita kekurangan kaum lelaki yang dapat diandaikan untuk memperkuat angkatan perang, makin berkurang jumlah lelaki, makin rapuh pula kekuatan kita, lalu, siapa yang akan kita berangkatkan ke medan perang? Apakah anak-anak perempuan kita?"
Dalam benak Abdul Muthalib berkecamuk antara ya dan tidak. Namun setelah dipertimbangkannya masak-masak, ia cenderung menyetujui teguran penjaga Kaabah itu. Maka ia pun bertanya, "Lalu apa yang mesti aku lakukan supaya tidak menerima kutukan lantaran tidak memenuhi nazar itu?"
"Berdasarkan hukum kita, tuan boleh menebusnya dengan menyembelih 100 ekor unta."
Akhirnya Abdullah selamat dari pembantaian yang sia-sia itu. Lehernya tidak jadi ditetak untuk melakukan persembahan kepada para berhala. Oleh kerana itu Nabi Muhammad (putera Abdullah) sering mengatakan bahawa ia adalah keturunan dua orang manusia yang akan disembelih, yakni Ismail, moyangnya dan Abdullah, ayah kandungnya.
Setelah cukup umur untuk berumahtangga, Abdullah dijodohkan dengan seorang gadis keturunan Zuhrah, bernama Siti Aminah, puteri Wahbin yang sama-sama sesuku. Sebagai wanita yang subur, Siti Aminah tidak berselang masa langsung mengandung. Pada waktu kehamilannya baru berusia dua bulan, Abdullah bertolak menuju negeri Syam untuk berniaga bersama beberapa orang sahabatnya.
Abdullah jatuh sakit di Yatsrib(Madinah). Ia dirawatkan di rumah seorang warga Quraisy yang tinggal di Yatsrib. Abdul Muthalib mendengar berita itu dari kawan-kawan Abdullah yang bersama perjalannya. Dengan cemas Abdul Muthalib menyuruh Harits (salah seorang puteranya) untuk menyusul ke Yatsrib, sementara itu Siti Aminah dengan tabah dan sabar, turut merasa khuatir. Ternyata ketabahan dan kesabaran Siti Aminah masih harus berpanjangan, sebab Abdullah yang dikhabarkan masih sakit itu hanya ditemui kuburnya oleh Harits. Suami Siti Aminah sudah meninggal dunia di Yatsrib, tepat ketika umur kandungannya baru tiga bulan.
Itulah ujian berat pertama yang menimpa diri bayi yang dikandung Siti Aminah, sebagai isyarat bahawa janin itu kelak akan ditempa menjadi seorang pemimpin dunia. Oleh sebab itu, detik-detik ketika Siti Aminah mulai memasuki masa kehamilan bulan kesembilan, meletuslah peristiwa besar yang tercatat dalam catitan sejarah Arab, yakni penyerbuan dan kemudian kehancuran tentera bergajah dari Yaman di bawah pimpinan Abrahah bin Arsyam.
Akhirnya bayi itu dilahirkan pada hari Isnin tanggal 12 Rabiul-Awal tahun Gajah. Tepat tatkala ia dilahirkan, Abdul Muthalib, datuknya, sedang melaksanakan thawaf mengelilingi Kaabah. Begitu seorang utusan menyampaikan khabar bahawa Siti Aminah, menantunya, baru saja bersalin. Abdul Muthalib tergesa-gesa pulang. Anak lelaki itu dipeluk dan dikendungnya menuju Kaabah. Dibawanya cucu yang tampan itu masuk ke dalamKaabah dan berdiri beberapa saat dengan khusyuk, berdoa mengucapkan rasa syukurnya kepada Allah, sesuai dengan ajaran Nabi Ibrahim, dan bukan kepada para berhala seperti biasanya. Sebab anak itu bukan anak Uzza, bukan anak Manaf, melainkan anak hamba Allah. Barulah setelah itu anak tersebut diserahkan kembali kepada ibunya.
Semua kaumnya ikut bersukacita. Abdul Uzza atau Abu Lahab bukan main gembiranya sampai memerdekakan salah seorang hambanya yang bernama Tsuwaibah. Adalah merupakan kebanggaan tersendiri memperolehi tambahan keluarga seorang anak lelaki, dan menjadi aib serta kehinaan besar apabila suatu keluarga lebih banyak anak perempuannya daripada anak lelakinya.
Seperti umumnya adat penduduk negeri Hijaz, setiap anak hanya disusukan oleh ibu kandungnya selama beberapa hari. Setelah itu ia diserahkan kepada perepuan lain yang tinggal di dusun dan gunung. Biasanya dari kalangan suku Badwi yang menetap di kampung terpencil, sampai usianya mencapai 7 atau 8 tahun.
Demikian pula anak Siti Aminah, setelah disusui ibunya selama tiga hari, ia kemudiannya diserahkan kepada Tsuwaibah, budak Abu Lahab yang telah dibebaskan itu. Sedangkan untuk merawatnya, ia diserahkan kepada Ummu Aimah sebagai ibu asuhan. Lewat beberapa hari dalam susuan Tsuwaibah, anak itu lantas disusukan oleh Halimah binti Zuaib dari kampung Bani Sa'ad isteri Abu Kabsyah.
Dalam usia tujuh hari, sebagaimana yang sering dilakukan oleh penduduk negeri Hijaz, anak itu dikhatankan sekaligus diberi nama. Abdul Muthalib mengadakan jamuan besar dengan mengundang seluruh orang besar dari kaum bangsawan tersohor di seluruh tanah Hijaz. Acaranya berlangsung amat meriah, disitulah Abdul Muthalib mengumumkan bahawa cucunya, putera pasangan mendiang Abdullah dan Siti Aminah, diberinya nama Muhammad, sebuah nama tidak umum dipakai di tanah Hijaz, sehingga kedengaran agak ganjil pada saat itu.
Salah seorang tamu terpandang bertanya kepada Abdul Muthalib, "Mengapa nama itu Tuan pakai?"
Abdul Muthalib, seraya memandang jauh dengan wajah berbinar-binar menjelaskan, "Aku berharap semoga anak itu kelak akan menjadi seorang manusia yang terpuji di langit dan terpuji di bumi, mulia di sisi Allah, dan mulia di sisi mahluk-Nya."
Selamat Menyambut Maulidur Rasul Nabi Muhammad SAW
Rasulullah SAW meninggalkan dua perkara iaitu al-Quran dan hadis kepada umatnya sebagai rujukan dan panduan.
Selagi dua perkara itu dipegang dan dijadikan pedoman hidup dan ikutan, selagi itulah umat Islam tidak akan sesat selama-lamanya.In Sya Allah...
Perempuan yang lemah lembut itu berasal dari kampung Bani Sa'ad. Namanya Halimah. Kerana itu ia dikenal dengan sebutan Halimatus Sa'diah. Sebagaimana umumnya para wanita dusun, ia datang ke Makkah untuk mencari anak-anak kaum hartawan yang hendak disusukan, seperti juga sejumlah perempuan lain yang mengharapkan upah dari pekerjaan itu. Mungkin kerana Halimah bertubuh kurus dan tampak kepucatan, tidak seorang pun orang tua yang berani mempercayakan anaknya kepada Halimah.
Sementara itu, Muhammad yang dalam keadaan yatim kurang diminati para wanita penyusu, mereka lebih suka mencari anak-anak yang masih berayah, sebab bayarannya akan lebih terjamin dan banyak. Dalam hatinya, Halimah pun berfikiran sama. Ia hidup serba kekurangan bersama suaminya yang miskin, Abu Kabsyah. Bagaimana pula ia harus menyusui Muhammad, anak seorang janda yang kehidupannya tidak lebih baik dari dirinya sendiri? Namun, ia tidak sampai hati untuk menolak ketika ditawari pekerjaan itu. Selepas dari asuhan Ummu Aiman, Muhammad diambil dari susuan bekas budak Abu Lahab yang bernama Tsuwaibah itu.
Maka kepada suaminya Halimah berkata, "Daripada saya pulang ke kampung tanpa membawa anak susuan, sementara perempuan-perempuan lain tidak ada yang bertangan kosong, apakah tidak sebaiknya tawaran menyusui anak yatim yang bernama Muhammad itu saya terima?"
Abu Kabsyah menyetujui niat isterinya. "Siapa tahu dengan mengambil anak yatim itu, rahmat Allah akan turun kepada kita."
Maka sejak hari itu Muhammad dibawa ke dusun bani Sa'ad. Kebiasaan begini dianggap baik oleh para bangsawan, sebab anak itu akan boleh menghirup hawa padang pasir yang jernih di tengah alam yang luas dan bersih. Diharapkan anak tersebut bakal membesar lebih segar dan sihat dengan fikiran yang luas dan bersih juga. Pergaulannya akan terpelihara dari suasana yang kotor dan tipu muslihat. Bahasa Arab di kampung juga lebih murni daripada bahasa Arab di kota-kota yang telah bercampur-baur dengan pengaruh bahasa asing. Dengan mengasingkan anak ke kampung, biasanya anak itu bakal memiliki landasan bahasa Arab yang baik dan fasih.
Sesudah dua tahun dalam jagaan Halimah, Muhammad diserahkan kembali kepada ibunya, Siti Aminah, akan tetapi oleh Siti Aminah, Halimah diminta membawa Muhammad lagi ketika bermaksud pulang ke desa Bani Sa'ad. Lantaran Aminah khuatir, perkembangan keperibadian Muhammad yang telah amat baik itu akan terpengaruh oleh suasana Makkah yang dinilai kurang sesuai buat anak-anak.
Dalam usia empat tahun, Muhammad mulai ikut mengembala domba dan kambing milik orang tua asuhnya, berdua dengan salah seorang anak Halimah. Tanpa disangka sebelumnya, pada suatu hari, ketika Muhammad sedang menjaga binatang peliharaan itu sendirian kerana anak Halimah sedang pulang untuk mengambil makanan, tiba-tiba datanglah dua orang lelaki berpakaian serba putih menghampiri Muhammad.
Entah apa yang terjadi. Tatkala anak Halimah sudah balik ke tempat gembalaan, ia terkejut menemukan tempat itu lengang dan kosong. Muhammad bagaikan ghaib ditelan bumi tidak diketahui ke mana perginya.
Anak Halimah menangis ketakutan. Ia terburu-buru pulang dan mengadukan hal itu kepada orang tuanya. Halimah berserta Abu Kabsyah terburu-buru menyusul ke padang itu, mereka juga tidak menjumpai Muhammad di tempat yang biasa. Mereka mencari Muhammad lebih setengah hari, barulah kemudian Muhammad diketemukan tengah duduk sendirian di kaki sebuah bukit.
Dengan cemas Halimah bertanya, "Apa yang telah terjadi atas dirimu, wahai putera Quraisy yang mulia?"
Muhammad menatap ibu asuhnya itu beberapa saat, lalu ia bercerita, "Pada waktu aku sedang duduk sendirian, dua orang lelaki berpakaian putih datang kepadaku. Salah seorang di antara mereka berkata, "Inilah dia, anak yang kita cari." Kawannya menyahut, "Betul, pastilah anak ini yang kita cari."
Muhammad diam sejenak lalu meneruskan, "Mereka membawaku ke mari. Entah dengan alat apa, kelihatannya seperti sebuah pisau yang bercahaya, perutku dibelah setelah dibaringkan. Mereka mengambil sesuatu yang berwarna hitam dari dalam tubuhku, dan membuangnya. Sesudah perutku ditangkupkan kembali, mereka lalu hilang entah ke mana. Sungguh aku tidak tahu dari mana mereka datang dan ke mana pula mereka pergi."
Mendengar cerita ini, Halimah dan suaminya menjadi ketakutan setiap hari, kalau-kalau peristiwa yang mengerikan itu berulang lagi di masa-masa yang akan datang. Seandainya terjadi sesuatu yang tidak diinginkan atas Muhammad, apa pula yang hendak dikatakan kepada ibunya? Adakah keluarga Muhammad itu mahu mempercayai cerita mereka? Kalau tidak, bukankah mereka harus menanggung akibatnya?
Dengan berbagai pertimbangan dan kecemasan, mereka kemudian terpaksa mengambil keputusan yang pahit, mengembalikan Muhammad kepada ibunya di kota Makkah. Padahal, selama Muhammad berada dalam asuhan mereka, sungguh kehidupan yang lebih baik dirasakan mereka dari waktu ke waktu. Haiwan ternak mereka gemuk-gemuk dan banyak air susunya. Kebun mereka subur dan melimpah hasilnya. Usaha dagang suaminya selalu beruntung dan seakan-akan rezeki datang sendiri tanpa dicari. Namun dengan kesedaran bahawa keselamatan anak itu harus lebih diutamakan, maka pada suatu hari yang cerah, Muhammad dibawa ke Makkah dan diserahkan kembali kepada keluarganya.
abdul muthalib pernah bernazar kalau beliau dapat 10 orang anak lelaki, anak yang ke-10 akan dikorbankan dengan disembelih seperti mana nabi ibrahim. anak kesepuluh adalah abdullah, bapa kepada muhammad. abdullah adalah pemuda kesayangan bani hashim. seluruh kaun bani hashim tak bersetuju abdullah dikorbankan, bahkan juga tak bersetuju abdul muthalib mengorbankan man2 pun anaknya, takut kalau perbuatan beliau akan diikuti memandangkan abdul muthalib adalah pemimpin bagi mereka, pemimpin yang dihormati dan disegani oleh bani hashim mahu pun oleh kaum2 lain.
anak2 beliau yang lain juga menawarkan diri bagi menggantikan abdullah memandangkan abdullah adalah adik kesayangan mereka. tetapi abdullah juga berkeras tidak mahu digantikan oleh sesiapa.
beliau tetap ingin meneruskan nazar tapi dinasihati supaya berjumpa seorang alim (bagi masyarakat tersebut) bagi mendapatkan penyelesaian berhubung ganti nazar sembelihan ini. orang alim tersebut (sori, aku tak ingat nama dia) menasihatkan supaya dijalankan tilikan antara abdullah dan unta, tapi tetap nama abdullah yang terpilih. orang alim tersebut mencadangkan jika nama abdullah terpilih lagi gatikan dengan 10 ekor unta, tilikan dijalankan hingga nama unta yang terpilih.
setelah 10 kali tilikan dijalankan barulah nama unta yang naik, bermakna 10x10=100 ekor unta perlu disembelih bagi menggantikan abdullah. 100 ekor unta bukan masalah bagi abdul muthalib kerana ternakan beliau juga melebihi jumlah yang diperlukan. berita ini disambut dengan kegembiraan oleh seluruh masyarakat. gembira kerana abdullah tidak jadi disembelih dan gembira bagi fakir miskin kerana meraka akan mendapat jamuan unta besar-besaran.
perkahwinan abdullah & aminah dicemburui oleh pemuda pemudi bani hashim kerana kedua2 mereka menjadi idaman pemuda & pemudi dengan ketampanan dan budi pekerti abdullah serta keayuan dan kesopanan aminah.
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
semasa halimatus sa'diah membawa abdullah, berlaku keajaiban yang sangat luar biasa. pada mulanya halimatus sa'diah juga seperti ibu2 susuan yang lain, keberatan untuk mengambil muhammad menjadi bayi susuan kerana status anak yatim baginda. walaupun ramai yang tertarik melihat kecomelan baginda tetapi ketiadaan ayah membatalkan hasrat kesemua ibu2 susuan tersebut.
keadaan halimatus sa'diah yang kurus kering menyebabkan tidak ada keluarga bani hashim yang yakin untuk menyerahkan anak meraka untuk disusukan. namun halimatus sa'diah tidak mahu pulang dengan tangan kosong. beliau berpatah semula ke rumah aminah untuk mengambil muhammad.
pertama kali muhammad menyedut susu daru halimatus sa'diah, badan yang pada mulanya kurus kering menjadi sangat bertenaga. susu yang kekeringan hingga anak beliau sendiri menangis kelaparan akibat tidak cukup susu membuak2 keluar hingga mampu untuk mengenyangkan 2 bayi, iaitu muhammad sebagai anak susuan beliau & anak kandung beliau sendiri (siapa ingat nama dia? aku tak ingat la)
keldai (ke unta ek? serius aku terlupa) tunggangan beliau & suami yang seblumnya ketiak datang ke makkah ketinggalan jauh dibelakang kerana lemah, tidak bertanaga dan kurus kerana tidak cukup makan menjadi sebaliknya ketika pulang. tunggangan mereka secara tiba2 menjadi sangat bertenaga dan bergerak pantas. unta yang dibawa juga tiba2 mengeluarkan susu yang mencurah2 hingga mampu mengenyangkan halimatus sa'diah dan suaminya.
tunggangan mereka dengan pantas memintas rombongan halimatus sa'diah yang telah jauh meninggalkan beliau di depan. perkara ini menimbulkan kehairanan kepada rombongan tersebut.
antara lain keajaibanyang berlaku yang ijoi belum sempat ceritakan aku tuliskan sikit la kat sini ek.
ternakan halimatus sa'diah yang dulu tidak cukup untuk menampung hidup mereka sekeluarga menjadi2 selepas muhammad tiba. unta mereka yang dulu kurus dan selalu tidak cukup susu untuk diminum walaupun untuk seorang kini berlebih2 daripada yang dperlukan hingga boleh disedekahkan kepada jiran2. rumput tempat ternakan meraka makan sentiasa segar dan mengenyagkan haiwan2 ternakan mereka sedangkan rumput di tempat lain semakin lama semakin berkurangan dan ada juga yang semakin kelayuan.
lain2 keajaiban kalo sempat aku tolong search ekk...
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Ish terharu. Ada jugak ropanya yg baca apa yg aku taip tu.. Ingatkan saja je nak kongsi apa yg aku baca tu.. Mungkin ramai dah tau, tapi takplelah, biarlah diulang-ulang cerita yg mengingatkan pada Rasulullah SAW. Sebab kita ni selalu lupa.
Terima kasih la kat makcik Cikodok Putih-putih melepak sebab share tentang mukjizat2 baginda. Yg saya cerita tu cuma versi ringkas tanpa melibatkan mukjizat2 Rasulullah SAW. Kalau nak cerita mukjizat Nabi SAW ni mau tujuh page pun tak cukup.
heheee... dah alang2 ostat ijoi meluangkan masa mengeshare kisah2 nabi aku pun tepek la sikit2 pe yang aku tau utk melengkapkan sikit pengkisahan tersebut.
tak banyak pun aku tambah, tapi rasanya buleh la utk kita sama2 rasai betapa bertuahnya siapa2 saja yang pernah berada dekat dengan baginda.
tapi sebenarnya kia lebih bertuah lagi, sebab kita semua, umat akhir zaman adalah saudara2 yang dirindui oleh baginda. betapa beruntungnya kita, tidak pernah bertemu tapi sudah dirindui.
Suatu ketika berkumpullah Nabi sallallahu alaihi wasallam bersama sahabat-sahabatnya yang mulia. Di sana hadir pula sahabat paling setia, Abu Bakar ash-Shiddiq. Kemudian terucap dari mulut baginda yang sangat mulia: Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan ikhwanku (saudara-saudaraku).
Suasana di majelis itu hening sejenak. Semua yang hadir diam seolah sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi sayidina Abu Bakar, itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihinya melontarkan pengakuan demikian.
Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mulai memenuhi pikiran.
Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku. Suara Rasulullah bernada rendah.
Kami juga saudaramu, wahai Rasulullah, kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian Baginda bersabda,
Saudara-saudaraku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku. (Hadis Muslim)
Lihatlah betapa kasih dan cinta Rasul untuk umatnya. Walaupun Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tidak pernah bertemu dengan kita namun cinta dan kasihnya kepada kita tidak pernah pudar.
Renungkanlah saudaraku! Rasulullah sallallahu alaihi wasallam merindui umatnya yang belum pernah beliau lihat. Beliau ungkapkan cinta beliau itu kepada sahabat-sahabatnya. Akankah kita tidak senang dengan ungkapan rindu dan kasih beliau ini? Lalu bagaimana dengan kita sendiri. Sudahkah kita menjadi saudara-saudara (ikhwan) Rasulullah? Akankah kita biarkan cinta dan kerinduan itu bertepuk sebelah tangan, tidak memperoleh sambutan yang layak dari kita?
Malu rasanya jika kita membandingkan kecintaan kita kepada Rasul dengan kecintaan Rasul kepada kita, umatnya. Bahkan untuk kita, beliau rindukan syafaat penyelamat di akhirat kelak. Doa paling mustajabnya beliau simpan untuk umatnya di hari yang paling sulit dan menggetarkan nanti. Simaklah kisah ini:
Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaatkan doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat (syafaat). (Hadits riwayat Muslim).
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Diriwayatkan dari Abu Jumah ra yang berkata Suatu saat kami pernah makan siang bersama Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dan ketika itu ada Abu Ubaidah bin Jarrah ra yang berkata Wahai Rasulullah shallallahu alaihi wasallam adakah orang yang lebih baik dari kami? Kami memeluk Islam dan berjihad bersama Engkau. Beliau shallallahu alaihi wasallam menjawab Ya ada, yaitu kaum yang akan datang setelah kalian, yang beriman kepadaku padahal mereka tidak melihatku. Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad juz 4 hal 106 hadis no 17017. Hadits ini juga diriwayatkan oleh Ad Darimi dalam Sunan Ad Darimi juz 2 hal 398 hadis no 2744 dengan sanad yang shahih.
Dari Ibnu Abbas Radhiallahu anhu, diriwayatkan suatu ketika selepas shalat shubuh, seperti biasa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam duduk menghadap para sahabat.
Kemudian beliau bertanya, Wahai manusia siapakah makhluk Tuhan yang imannya paling menakjubkan?.
Malaikat, ya Rasul, jawab sahabat.
Bagaimana malaikat tidak beriman, sedangkan mereka pelaksana perintah Tuhan? Tukas Rasulullah.
Kalau begitu, para Nabi ya Rasulullah para sahabat kembali menjawab
Bagaimana nabi tidak beriman, sedangkan wahyu dari langit turun kepada mereka? kembali ujar Rasul.
Kalau begitu para sahabat-sahabatmu, ya Rasul.
Bagaimana sahabat-sahabatku tidak beriman, sedang mereka menyaksikan apa yang mereka saksikan. Mereka bertemu langsung denganku, melihatku, mendengar kata-kataku, dan juga menyaksikan dengan mata kepala sendiri tanda-tanda kerasulanku. Ujar Rasulullah.
Lalu Nabi Shallallahu alaihi wasallam terdiam sejenak, kemudian dengan lembut beliau bersabda, Yang paling menakjubkan imannya, ujar Rasul adalah kaum yang datang sesudah kalian semua. Mereka beriman kepadaku, tanpa pernah melihatku.
Mereka membenarkanku tanpa pernah menyaksikanku. Mereka menemukan tulisan dan beriman kepadaku. Mereka mengamalkan apa-apa yang ada dalam tulisan itu. Mereka mengamalkan apa-apa yang ada dalam tulisan itu. Mereka membela aku seperti kalian membelaku. Alangkah inginnya aku berjumpa dengan saudara-saudaraku itu.
Kemudian, Nabi Shallallahu alaihi wasallam meneruskan dengan membaca surat Al-Baqarah ayat 3, Mereka yang beriman kepada yang gaib, mendirikan shalat, dan menginfakan sebagian dari apa yang Kami berikan kepada mereka.
Lalu Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda, Berbahagialah orang yang pernah melihatku dan beriman kepadaku Nabi Shallallahu alaihi wasallam mengucapkan itu satu kali. Berbahagialah orang yang beriman kepadaku padahal tidak pernah melihatku. Nabi Shallallahu alaihi wasallam mengucapkan kalimat kedua itu hingga tujuh kali.
Dalam riwayat Ahmad dari Anas r.a, katanya : Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda , Aku sangat suka untuk bertemu dengan saudara-saudaraku yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku.
Siapakah saudara-saudara dari Rasulullah shallallahu alaihi wasalam ?
Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pernah mendatangi pekuburan lalu bersabda: Semoga keselamatan terlimpahkah atas kalian penghuni kuburan kaum mukminin, dan sesungguhnya insya Allah kami akan bertemu kalian, sungguh aku sangat gembira seandainya kita dapat melihat saudara-saudara kita.
Para Sahabat bertanya, Tidakkah kami semua saudara-saudaramu wahai Rasulullah?
Beliau menjawab dengan bersabda: Kamu semua adalah sahabatku, sedangkan saudara-saudara kita ialah mereka yang belum berwujud.
Sahabat bertanya lagi, Bagaimana kamu dapat mengenali mereka yang belum berwujud dari kalangan umatmu wahai Rasulullah?
Beliau menjawab dengan bersabda: Apa pendapat kalian, seandainya seorang lelaki mempunyai seekor kuda yang berbulu putih di dahi serta di kakinya, dan kuda itu berada di tengah-tengah sekelompok kuda yang hitam legam. Apakah dia akan mengenali kudanya itu?
Para Sahabat menjawab, Sudah tentu wahai Rasulullah.
Beliau bersabda lagi: Maka mereka datang dalam keadaan muka dan kaki mereka putih bercahaya karena bekas wudlu. Aku mendahului mereka ke telaga. Ingatlah! Ada golongan lelaki yang dihalangi dari datang ke telagaku sebagaimana dihalaunya unta-unta sesat. Aku memanggil mereka, Kemarilah kamu semua. Maka dikatakan, Sesungguhnya mereka telah menukar ajaranmu selepas kamu wafat. Maka aku bersabda: Pergilah jauh-jauh dari sini. (HR Muslim 367)
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Pada hari Isnin tanggal 12 Rabiulawal tahun 11 H, dalam usia 63 tahun Nabi wafat meninggalkan dunia yang fana ini. Berita tersebut amat mengejutkan sehingga ramai yang tidak percaya. Umar Al Khattab sambil menghunus pedangnya berteriak di muka masyarakat, "Ada orang mengatakan bahawa Rasulullah telah wafat. Tidak, demi Allah tidak, beliau tidak mati, beliau hanya pergi sebentar menghadap Tuhan seperti halnya Nabi Musa pernah juga menghadap Tuhan. Demi Allah, Nabi pasti kembali lagi.
Mendengar khabar begitu Abu Bakar segera berangkat mengunjungi rumah Nabi. Jenazahnya memang sudah terbujur kaku di atas sebuah balai-balai kasar. Abu Bakar menyingkap penutup wajah Nabi, menciumnya, lantas berkata, "Alangkah tampannya engkau di waktu hidup dan di waktu mati. Andaikata engkau tidak melarang kami untuk menangis, pasti kami sudah meratapi pemergianmu."
Sesudah itu Abu Bakar pergi ke tempat ramai orang lalu berpidato: "Wahai manusia. Barangsiapa yang menyembah Muhammad, Muhammad telah mati. Barangsiapa menyembah Allah, Ia hidup dan takkan mati."
Kemudian Abu Bakar membaca surah Ali-Imran ayat 144 yang bermaksud: "Tidaklah Muhammad itu kecuali seorang rasul belaka. Telah berlalu pula rasul-rasul sebelumnya. Apakah seandainya Muhammad meninggal atau mati dibunuh orang, kamu akan menjadi kafir kembali? Barangsiap berbuat demikian, sungguh kekafirannya tidak akan mendatangkan mudarat sedikitpun kepada Tuhan."
Umar sedar akan kekeliruannya. Terjatuh pedang dari tangannya, dan sambil mengusap air mata yang membasahi pipinya, Umar memeluk Abu Bakar.
Salah seorang di antara dua kuasa suku Quraisy yang diharapkan masuk Islamnya oleh Rasulullah SAW adalah Umar bin Khattab. Sementara yang satu lagi ialah Amr bin Hisyam yang lebih dikenal dengan jolokan Abu Jahal.
Ternyata akhirnya doa Nabi ini kabulkan. Melalui peristiwa unik dan liku-liku yang pelik, Umar pun memeluk ajaran Rasulullah.
Seolah mahu menebus semua dosanya sebelum Islam, Umar bin Khattab berubah menjadi Singa Allah sesudah bertahun-tahun malang dikenal sebagai Singa Padang Pasir.
Kaum Muslimin pun bertambah semangat apalagi setelah sayap Islam dilengkapi pula dengan berimannya Hamzah bin Abdul Muthalib. Kedua-duanya, Umar dan Hamzah, merupakan pasangan perkasa yang berani menentang aniaya kaum musyrikin dengan sepadan dan terang-terangan.
Atas dokongan kedua pendekar itu, para pendakwah mulai dapat keluar masuk ke pasar-pasar dan perkampungan suku demi suku yang awalnya menutup pintu mereka rapat-rapat.
Keislaman Umar bin Khattab sungguh menghebohkan para pemimpin kabilah Quraisy yang tersohor kekejamannya terhadap orang-orang Islam terutamanya. Mereka ditimpa kecemasan dan kerisauan bahawa akan kian berkembang suburnya ajaran Muhammad. Namun, mereka tidak lagi berani bertindak keras secara gelabah.
Setelah menikmati damai dalam Islam, mengenal keparibadian Muhammad dengan makin akrab, dan menyaksikan betapa mulianya sikap dan perilaku Muhammad, bertentangan dengan fitnah yang disebarkan oleh kaum Quraisy tentang pemimpin agung itu, kebencian Umar kepada orang-orang musyrik bertambah meningkat.
Umar tidak mahu melakukan ibadah dengan sembunyi-sembunyi. Ia melakukan sujud dan rukuk di muka Kaabah. Ia membaca ayat-ayat Al-Quran di tempat-tempat keramaian. Dengan mata garang, ia menghadapi sesiapapun yang punya keberanian untuk menentangnya. Dan ia siap membelasah siapa saja yang mengancam keselamatan Rasulullah.
Berita yang menggembirakan ini tersebar sampai ke negeri Habsyi. Para sahabat yang berhijrah ke sana segera berlayar pulang ke Makkah. Walaupun orang-orang Quraisy belum menghentikan usaha jahat mereka terhadap umat Islam, hati mereka tidak dihinggapi kerisauan seperti hari-hari yang lampau. Keselamatan mereka seakan sudah terjamin dengan dibentengi Umar dan Hamzah.
Ketika Allah SWT mewahyukan hijrah kepada Rasulullah menuju ke Yatsrib atau Madinah, para sahabat dengan lega hati berduyun-duyun berangkat meninggalkan Makkah yang penuh kezaliman. Atas saranan Rasulullah dan demi menjaga keamanan serta kerahsiaan hijrah tersebut, mereka bertolak tengah malam. Dan biasanya menempuh jalan-jalan yang tidak biasa dilalui orang lain.
Tidak demikian Umar bin Khattab. Pantang baginya keluar dari Makkah dengan sembunyi-sembunyi. Umar sesudah Islam harus lebih perkasa daripada ketika masih musyrik. Kalau dulu Umar hidup tanpa pegangan, sekarang ia telah memiliki pedoman yang sempurna dan tujuan yang pasti, syurga. Jadi mengapa harus takut kepada kaum yang pengecut itu?
Suatu tenga hari, Umar keluar dari rumahnya. Ia melangkah tenang di atas jalanan kota Makkah sambil menyandang sebilah pedang tajam. Di bahunya bersama sebatang busur, di tangannya tergenggam beberapa batang anak panah. Ia melipat tongkatnya, petanda siap mencabut pedangnya setiap saat untuk menhadapi musuh-musuhnya. Ia bersedia menghadapi mereka sesuai dengan yang dikehendaki oleh mereka.
Ia berjalan melewati Kaabah, sementara para pemimpin Quraisy sedang berkumpul di halaman Kaabah. Ia melakukan tawaf tujuh kali mengelilingi rumah suci itu dan mengerjakan solat sunat di makam Ibrahim. Kemudian ia berdiri mengangkang di muka para jagoan Quraisy itu seraya mengherdik,"Siapa yang ingin berpisah dengan ibunya, atau yang mahu menyatimkan anak-anaknya atau yang hendak membuat isterinya menjadi janda, temuilah aku di belakang lembah itu."
Tiada seorang pun yang berdenyut. Bahkan orang-orang musyrik itu bagaikan terkunci mulutnya sehingga tanpa gangguan, Umar dapat meneruskan perjalanan menuju Madinah.
Hope pas ni Ijoi leh keluarkan kisah2 nabi lain lak
dl masa mengaji dgn ayah
pas habis ngaji mst ayah buka cite psl nabi
mcm2..
tp skang aku dh ingat2 lupa jer
Pada suatu hari orang-orang kafir berkumpul di rumah Abu Jahal. Seorang daripada mereka yang bernama Thariq Ash Shaidalani lalu berkata:
"Betapa mudahnya bagiku membunuh Muhammad, jika dalam hal ini kalian, mestilah sepakat."
Abu Jahal lantas bertanya:
"Bagaimana caranya hai Thariq?" Jawab Thariq: Sekarang Muhammad sedang bersandar pada dinding Kaabah. Jika salah seorang dari kita pergi ke sana dan naik keatas Kaabah, kemudian lemparkan batu besar dari atas itu, pasti Muhammad akan remuk kepalanya seketika itu."
Mendengar cadangan yang dikemukakan oleh Thariq itu, lalu berdirilah sorang pemuda yang tegap badannya bernama Syihab seraya berkata dengan suara lantang:
"Hai Thariq, bagaimana kalau kamu pula yang membunuhnya, kiranya akupun setuju jika kamu sajalah yang membunuhnya.:
Mendengar ucapan Syihab itu, orang-orang lain pun turut bersetuju. Jawab Thariq: "Kiranya engkaulah Syihab yang patut untuk membunuhnya, kerana aku telahpun memberi cadangan untuk cara-caranya itu."
Akhirnya Syihab pun setuju, kemudian ia pergi ke Kaabah. Ia naik ke atas dinding Kaabah itu sambil membawa batu besar. Dari atas Kaabah itupun, ia melemparkan batu itu ke arah Rasulullah.
Setelah batu dilemparkan kearah yang dituju, tiba-tiba batu itu melayang-layang diuadara, tidak mahu turun ke bumi, sehingga sebelum batu itu jatuh ke bumi, Rasulullah SAW telah pergi meninggalkan tempat duduknya. Setelah itu barulah batu itu jatuh ke bumi dan mengelilingi Kaabah, dan kemudian menempatkan semula pada tempatnya.
Syihab melihat hal yang demikian itu dengan penuh kebenaran yang bercampur rasa takjub, lantas turun dari dinding Kaabah, langsung mengadap Rasulullah untuk menyatakan keinginannya masuk Islam. Selain Syihab, juga Thariq Ash Shaidalani beserta kawan-kawannya ikut masuk Islam, setelah melihat kejadian itu.
Dari kisah ini, tahulah kita kenapa Rasulullah sangat mengasihi umatnya yang berada di akhir zaman ini. Umat yang beriman kepada Rasulullah SAW tanpa melihat beliau dan menyaksikan sendiri mukjizat dan keajaiban yang ada pada diri baginda.
Pada suatu hari ada seorang Yahudi datang menemui Rasulullah, menuduh seorang Muslim telah mencuri untanya. Bersamanya didatangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik.
Lalu baginda SAW memutuskan hukum bahawa unta itu adalah milik orang Yahudi tersebut, dan menjatuhkan hukum untuk dipotongkan tangan orang Muslim itu sehingga ia kebingungan. Maka ia pun mendongakkan kepala ke langit seraya berdoa:
"Tuhanku, dan baginda adalah Nabiku, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa aku tidak mencuri unta itu."
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi:
"Wahai Rasulullah, sungguh keputusan hukum engkau itu benar, akan tetapi mintalah keterangan yang sebenarnya daripada unta ini."
Kemudian Nabi SAW pun bertanya kepada unta itu:
"Hai unta, milik siapakah engkau ini?"
Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih terang.
"Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi-saksi itu adalah dusta."
Akhirnya Rasulullah SAW berkata kepada orang Muslim itu, "Wahai fulan, beritahukan kepadaku, apakah yang telah engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat berbicara yang benar."
Jawab orang Muslim itu:
"Ya Rasulullah, aku tidak tidur diwaktu malam sehingga melainkan aku membaca selawat keatasmu sepuluh kali terlebih dahulu."
Rasulullah SAW berkata:
"Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat kelak dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."
Sejak zaman Nabi Musa lagi, tengok camna bila org2 bani israel yg dikejar Firaun minta Nabi Musa berdoa supaya Allah selamatkan mereka, dimakbulkan sampai hancur Firaun dalam laut. Bila Nabi Musa pergi sekejap je, 40 hari meninggalkan diorg utk beribadah pada Allah secara memencilkan diri, diorg dah buat patung anak lembu utk disembah.