Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisah taubat wanita penghidap kanser payudara.


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:
Kisah taubat wanita penghidap kanser payudara.


Aku telah mengalami penyakit paling berbahaya selama sembilan tahun lamanya. Penyakit tersebut ialah kanser payudara. Semua orang mengakui hakikat bahayanya penyakit ini dan semua orang takut apabila mendengar tentangnya.

 

Kanser ini telah menyerang buah dadaku sebelah kiri. Itulah! Akibat kelalaianku, keimananku kepada Allah sangat lemah, aku melupai-Nya. Aku selama ini menyangka kejelitaan seseorang insan itu akan berkekalan selamanya. Begitu juga usia muda dan kesihatan tubuh badan. Aku langsung tidak menyangka bahawa akan ditimpa penyakit paling berbahaya ini. Ketika aku terkena penyakit ini, perasaanku sangat gugup dan takut sekali. Pernah terlintas di fikiranku untuk melarikan diri, tapi mahu lari ke mana? Penyakit ini sudah tetap bersamaku walau ke mana saja aku melangkah. Malah pernah juga aku berfikir mahu membunuh diri, tetapi jauh di sudut hatiku, aku amat menyayangi suami dan anak-anakku. Aku tidak fikir bahawa aku akan selamat dari azab Allah SWT atas perbuatan terlarang itu, tambahan pula berapa banyak telah aku melupai-Nya selama ini? Siapalah aku di sisi-Nya nanti? Namun Allah SWT menghendaki aku beroleh hidayah melalui penyakit yang ku tanggung ini.

 

Tatkala aku mula mencari perawatan, aku telah terbang ke Belgium. Di sana aku telah menemui beberapa orang doktor pakar agar dapat mengubati penyakitku ini. Masing-masing para doktor itu berkata kepada suamiku, tidak dapat tidak, buah dadaku mesti dipotong. Selepas itu aku mestilah menggunakan sejenis ubat yang sangat berbahaya sekali. Apabila aku mengamalkan ubat tersebut, rambutku akan menjadi gugur termasuklah semua bulu-bulu roma, bulu kening dan alis mata. Dalam waktu sama akan menumbuhkan janggut di bawah daguku. Seluruh gigi dan kuku juga akan turut gugur sama. Mendengar penjelasan yang dahsyat ini, aku menolaknya mentah-mentah, fikirku, 'Lebih baik aku mati dengan buah dadaku yang buruk begini.'

 

Fikiranku ini timbul kerana didorong oleh kesedaranku bahawa semuanya itu adalah ciptaan Tuhan dan aku tidak perlu mengingkarinya. Lantas aku menyuruh para doktor yang ada menuliskan untukku ubat-ubat lain yang lebih ringan untukku gunakannya seharian. Mereka akur dengan permintaanku ini.

 

Aku pulang ke Maghribi. Aku mula menggunakan ubat-ubatan tadi. Ternyata aku tidak lagi berasa sakit, ianya amat menggembirakanku, sehingga aku berkata kepada diriku sendiri: Boleh jadi doktor-doktor itu tersilap, aku sebenarnya tidak menghidap kanser seperti yang mereka dakwakan itu."

 

Namun selepas enam bulan, aku mula terasa perubahan berat badanku. Warna kulitku sangat banyak berubah. Aku mula berasa sakit-sakit dan semakin bertambah. Para doktor dinegaraku telah menasihatkanku supaya pergi semula ke Belgium, lantas aku segera berangkat ke sana.

 

Di sanalah aku menerima musibah yang lebih besar. Para doktor memberitahu suamiku bahawa penyakit kanser yang aku alami telah merebak ke seluruh badanku. Dan mereka tidak lagi mempunyai ubat untuk merawat keadaan seperti yang aku alami sekarang. Masing-masing menasihati suamiku agar aku dibawa pulang sahaja ke Maghribi dan menetap di sana sambil menunggu kedatangan maut.

 

Suamiku tergamam mendengar kenyataan tersebut. Kami menukar haluan ke Perancis sebagai ganti dari pulang terus ke Maghribi. Dengan harapan mungkin di sana kami akan menemui rawatan yang lebih baik. Namun sangkaan itu meleset dan kami hampa sekali. Akhir sekali kami membuat keputusan muktamad iaitu meminta bantuan salah seorang dari para doktor di situ memasukkan sahaja aku ke mana-mana hospital supaya buah dadaku itu dipotong. Selepas itu beramal dengan ubat-ubatan berbahaya yang telah disebutkan tadi.

 

Namun, di saat-saat sebegitu suamiku telah teringat akan sesuatu yang selama ini kami lupa akannya. Memang! Seumur hidup kami, kami tidak pernah mengingatinya. Sesungguhnya Allah SWT telah mengilhamkan kepada suamiku supaya kami berangkat sahaja ke Baitullaahi Haram di Makkah. Tiada jalan lain melainkan perlulah kami duduk menadah tangan agar segala kemudaratan yang dialami diangkat segera.

 

Kami keluar dari bandar Paris sambil bertakbir dan bertahlil. Aku tersangat gembira sekali kerana itulah kali pertama aku akan memasuki Baitullaahi Haram, dan melihat Kaabah. Sebelum bertolak aku sempat membeli sebuah mashaf Al-Quran dari bandar Paris. Selepas itu kami pun berangkat menuju ke Makkah al Mukarramah.

 

Kini kami telah pun tiba di Baitullaahi Haram. Sebaik sahaja kami masuk ke dalam, kedua mataku terus terpandang kepada Kaabah yang mulia. Aku menangis tersedu-sedan sambil disimbah penyesalan terhadap apa yang telah lama kami abaikan suatu ketika dahulu. Terutama sekali solat-solat fardhu. Kalau bersolat pun langsung tiada rasa khusyuk. Lantas aku pun berdoa:

 

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya para doktor semuanya tidak sanggup merawat penyakitku ini. Dari-Mu jualah datangnya segala penyakit dan pada-Mu jualah segala penawarnya. Engkaulah jua yang Maha Berkuasa menutupi wajahku dari segala pintu-pintu rawatan. Hanya pintu rawatan-Mu sahaja yang masih terbuka. Oleh itu, jangan Engkau tutupkan pintu itu kepadaku."

 

Selepas itu aku pun memulakan tawaf mengelilingi Kaabah. Aku banyak sekali berdoa kepada Allah agar tidak menghampakan permintaanku ini.

 

Seperti yang telahku sebutkan sebelum ini, aku sebenarnya seorang yang lupa terhadap Allah SWT malahan jahil dengan ajaran-ajaran agama-Nya meski bernama seorang Islam. Lantaran itu aku melakukan tawaf melalui bantuan ulama dan syeikh-syeikh mutawwif yang berada di situ. Aku minta kepada mereka menunjukkan kepadaku beberapa buah buku dan doa-doa ringkas untukku beramal dengannya. Masing-masing menasihatiku agar banyak membaca Al-Quran dan meminum air zam-zam di samping banyak berzikir dan berselawat atas Nabi SAW.

 

Sepanjang berada di Masjidil Haram, perasaanku sungguh berasa tenang dan damai sekali. Untuk itu aku meminta izin dari suamiku agar membenarkanku menetap di Masjidil Haram dan tidak payah pulang ke hotel penginapan. Beliau akur dengan permintaanku ini.

 

Di Masjidil Haram, berhampiran tempatku terdapat beberapa orang kaum sejenisku dari negara Mesir dan Turki. Mereka melihatku sering menangis lantas mereka merapatiku bertanyakan kepadaku sebab apa aku berkeadaan demikian. Aku jelaskan kepada mereka bahawa aku berjaya juga akhirnya sampai ke rumah Allah dan aku tidak menyangka bahawa aku amat menyintai-Nya setelah sekian lama melupai-Nya. Perkara yang kedua aku beritahukan kepada mereka ialah aku menghidap penyakit barah buah dada yang amat parah sekali.

 

Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk terus menemaniku di situ dan tidak mahu berpisah lagi. Aku nyatakan kepada mereka bahawa aku sebenarnya sedang beriktikaf. Masing-masing meminta izin dari suami mereka untuk menemani bersamaku. Kami langsung tidak tidur, kami tidak makan kecuali sedikit sahaja. Kami banyak meminum air zam-zam. Dan Nabi SAW sendiri ada bersabda: "Air zam-zam itu penawar bagi sesiapa yang meminumnya."

 

Meminum air za-zam juga merupakan iktiar rawatan terakhirku, moga-moga dengan meminum air mulia ini Allah memberikan kesembuhan kepadaku. Allah telah menghilangkan rasa lapar kami dengan hanya meminumnya. Kami mampu mengerjakan tawaf tanpa berhenti dan selepas itu kami bersolat, kemudian kami meneruskan semula ibadat tawaf. Kami banyak meminum air zam-zam dan banyak membaca Al-Quran. Demikianlah agenda kami seharian siang dan malam. Kami tidak tidur melainkan sedikit sahaja.

 

Semasa aku baru tiba di Masjidil Haram, keadaanku adalah sangat lemah sekali. Bahagian atas badanku banyak sekali bintik-bintik merah dan bengkak. Menunjukkan bahawa penyakit itu telah merebak ke seluruh tubuh badanku. Sahabat-sahabatku yang baik hati itu menasihatkanku agar membasahkan badanku bahagian atas dengan air zam-zam. Namun aku takut untuk menyentuh bintik-bintik merah dan kawasan bengkak tersebut. Penyakit itu sedikit sebanyak mengganggu juga tumpuanku terhadap ibadahku. Akhirnya aku cuba juga merenjis-renjis kawasan yang disyorkan tanpa menyentuh sedikitpun kawasan tersebut.

 

Pada hari Khamis, para sahabatku tetap memujukku supaya menyapu air zam-zam di kawasan yang terdapat tanda-tanda tersebut. Pada mulanya aku tetap menolak. Akan tetapi aku tiba-tiba sahaja didatangi dengan suatu perasaan untuk cuba menyapu kawasan sakitku itu dengan air zam-zam. Perlahan-lahan aku menyapu kawasan tersebut dengan air berkat itu. Kali pertama aku diserang perasaan takut. Kemudian, aku berasa semakin gagah untuk berbuat demikian pada kali kedua. 

 

Akhirnya pada kali ketiga aku perlahan-lahan membasahkan tubuhku termasuklah buah dadaku yang penuh dengan kudis, darah dan nanah itu dengan air zam-zam tanpa rasa takut lagi. 

 

Satu perkara aneh telah berlaku tanpa ku sangka-sangka. Semua bintik-bintik merah dan kudis yang ada telah lenyap semuanya. Aku dapati semuanya sudah tiada lagi pada tubuhku! Tiada lagi rasa sakit, darah, nanah dan kudis pada buah dadaku.

 

Kali pertama aku tercengang-cengang memikirkan keadaan tubuhku. Aku segera menghulurkan tanganku ke dalam baju dan meraba-raba badanku yang dulunya penuh dengan penyakit. Benar! Ternyata tidak ada lagi bintik-bintik merah dan kudis itu! Tiba-tiba sahaja badanku mengigil kerana tidak percaya apa yang telah berlaku. Seketika itu aku teringat bahawa Allah SWT Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Aku meminta para sahabatku memeriksa tubuhku dan penyakit tersebut. Benar! Mereka semua mengesahkan bahawa bintik-bintik merah dan bengkak-bengkak itu sudah tidak ada lagi, malah mereka sendiri langsung tidak menyedari semuanya itu. Allahu Akbar!

 

Aku segera bergegas keluar menemui suamiku untuk mengkhabarkan hal tersebut. Aku meluru masuk ke hotel tempat suamiku berada. Sebaik berada di hadapan suamiku, aku terus menanggal pakaianku sambil berteriak kepada suamiku untuk melihat keadaanku ini. Aku memberitahu segalanya yang berlaku kepadanya. Dia sendiri tidak percaya apa yang dilihatnya. Lantas suamiku menangis dan berkata kepadaku:

 

"Tahukah awak? Sungguh semua para doktor pakar telah mengesahkan bahawa tempoh untuk awak hidup hanyalah tiga minggu sahaja lagi." Jelas suamiku sambil tersebak-sebak menahan airmata lelakinya.

 

"Sesungguhnya ajal maut itu adalah di tangan Allah. Tiada siapa yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah sahaja." Ujarku dengan penuh kesedaran.

 

Kami menetap di Makkah selama beberapa ketika. Aku banyak-banyak bertahmid dan mengucapkan syukur di atas nikmat-Nya yang tidak terhitung. Selanjutnya kami ke Madinah untuk menziarahi masjid Nabawi. Selepas itu barulah kami pulang semula ke Perancis.

 

Di sana, para doktor pakar yang masing-masing pernah merawatku tercengang dan hampir gila melihat apa yang telah aku alami. "Benar, sayalah orangnya yang menghidap penyakit kanser buah dada itu. Dan inilah suami saya yang tuan katakan kepadanya bahawa saya hanya dapat hidup tiga minggu sahaja lagi. Sesungguhnya saya telah pergi menemui Tuhan saya. Saya langsung tidak takut kepada apa-apa lagi melainkan hanyalah kepada Allah sahaja. Takdir itu milik Allah. Baik dan buruk itu adalah urusan-Nya!" Ujarku dengan tegas.

 

Mereka masing-masing tercengang. Kaku tidak bersuara. Akhirnya mereka berkata kepadaku:

 

"Sungguh keadaan awak ini adalah pelik dan ganjil sekali. Semua bintik-bintik merah dan bengkak telah hilang. Tidak dapat tidak, awak perlu diperiksa sekali lagi."

 

Mereka pun bertungkus-lumus memeriksa semula penyakitku itu, ternyata mereka langsung tidak menemui apa-apa kesan penyakit itu lagi. itulah hakikat kekuasaan Allah SWT yang Maha Besar, yang Maha Mulia lagi Maha Tertinggi KeagunganNya, jauh melebihi dari sedikit keupayaan teknologi tinggi manusia.

 

Kalau dulunya aku amat sukar bernafas kerana disebabkan bengkak-bengkak tersebut, tetapi sebaik sahaja aku menjejakkan kakiku di Baitullahi Haram dan memohon agar disembuhkan penyakitku, maka sesungguhnya Allah menerima doa hamba-hamba-Nya yang berserah diri kepada-Nya.

 

Semenjak dari peristiwa ini, aku mulai meneliti sejarah hidup Rasulullah SAW dan sirah para sahabat. Aku banyak menangis lantaran mengenangkan kelalaianku dari mengasihi dan mengingati Tuhanku dan Rasul-Nya. Ketika aku masih amat jauh sekali dari mengingati Allah SWT. Aku memohon kepada Allah agar mengampuniku dan menerima taubatku, taubat suamiku serta taubat seluruh umat Islam, amin.

 

 

"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." Surah Al-Mukmin-60.



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

kabare kang ijui...

lama bener ngak denger brite...

apa kang ijui sihat....?

mudah2an sih sihat sejahtere....

__________________

Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

betul, sebaik2 tempat adalah di baitullah... sebaik2 penawar adalah air zam zam... dan sebaik2 penyerahan adalah berserah kepada ALLAH...

kenapa kaabah adalah tempat paling mustajab doa? sila baca article ni  ye.. sesungguhnya apa yg telah ditentukan oleh ALLAH ada hikmah tersenbunyi yg tidak kita ketahui. hanya setelah lebih 1400 tahun baru rahsia tersingkap, tapi secara peribadi saya percaya masih banyak rahsia kebaikan yg masih belum kita ketahui. wallahu a'lam..

 

***********************************************************************************************

15 RAHASIA KEAJAIBAN KABAH YANG PERLU DIKETAHUI

Berikut 15 perkara merupakan keajaiban yang kurang diketahui banyak tentang struktur Kabah dari sudut sains :

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

 

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi˛an yang membina yang tidak bisa didengar oleh telinga.

 

 
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

 

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

 

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi bisa dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mau terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.

 

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kabah.

 

7. Malah teknologi satelit pun tidak bisa meneropong apa yang ada di dalam Kabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa˛ yang ada di dalam Kabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

 

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.


9. Kabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib karena di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.


11. Pergerakan mengelilingi Kabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justru dengan mengelilingi Kabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah senantiasa bertenaga, sehat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak ternilai atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali putaran sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak ternilai jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala karena rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

 

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

 

Subhanallah...


__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

ke2path wrote:

kabare kang ijui...

lama bener ngak denger brite...

apa kang ijui sihat....?

mudah2an sih sihat sejahtere....


Khabar baik..

Hoh!..  Ada ke aku ni yg ditanya kabar birte? Aku ni selalu je menjengokkan muka kat forum ni kann??   ko Ketupat yg lama menghilang.. Last yg ko aktip macam bebudak ribena rasanya awal 2012 dulu..  pastu dah jarang nampak, kekadang jer online.. 

Aku rasa dulu ko aktif macam budak pawerut, mungkin sekarang ko pulak dah jadik bapa budak, yek ketupat?.. itu yg dah insaf sikit kot?.. sikit je heh..biggrin



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

w'pun ckit, tp kira ok la ingat lgi nk insaf...

ko bla plak nk insaf ijui...???

sjak jd bpk budak2 ni, susah cket nk aktif mcm dulu...

ko maintain jer aku tngok...

msti ko minum pawarut dgn sirap ribena scr istiqomah ni...

tul tk..??


__________________

Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

ke2path wrote:

w'pun ckit, tp kira ok la ingat lgi nk insaf...

ko bla plak nk insaf ijui...???

sjak jd bpk budak2 ni, susah cket nk aktif mcm dulu...

ko maintain jer aku tngok...

msti ko minum pawarut dgn sirap ribena scr istiqomah ni...

tul tk..??


 

Ish.. Terkesima sunggoh rasanya...  Masih adakah ruang taubat buat makluk dubuk seperti aku ni?...

Minum pawerut tu dulu-dulu jer.. Pawerut dah tak best skrg.. Sekarang aku mengamalkan meminum Ali Kafe kuat macam Fahrin Ahmad sebanyak 17 kali sehari untuk mantain body.. Barulah macam anak dara jer rasanya.. Auww.biggrin



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2028
Date:

wahai kang ijoi si anak dare..
sungguh aku seronok membaca postingmu ini..
xsengaja pulak berair mata dek kerana takjubnya dengan kekuasaan sang Pencipta..
tima kaseh wahai ijoi..

wei..nko minum ali kafe 17x sehari tu, nko xpanas ke..



__________________

nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee

 

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard