Suatu hari Rasulullah SAW bertemu dengan sahabatnya, Suhaib yang sedang makan buah kurma. Kebetulan ketika itu sebelah mata Suhaib sedang sakit. Walaupun begitu, ia tetap makan buah kurma tanpa menghiraukan matanya yang sakit.
"Hai Suhaib, mengapa engkau makan buah kurma sedangkan matamu sakit." Tegur Nabi.
"Ya Rasulullah, mataku memang sakit tetapi cuma sebelah." Jawab Suhaib.
"Walaupun cuma sebelah yang sakit, tetapi matamu tetap sakit." Kata Nabi.
Suhaib berkata lagi: "Ya Rasulullah, aku makan dengan sebelah lagi mataku yang sihat."
Mendengar itu, Nabi tertawa hingga nampak gigi gerahamnya.
Pada ketika putera Nabi Muhammad SAW, Ibrahim meninggal, Rasulullah SAW sendiri telah menangis dan bersedih hati, sambil bersabda:
"Sesungguhnya, mata bergenang dengan air mata dan hati berduka nestapa, dalam pada itu, kami tidak mengatakan melainkan apa yang diredhai Tuhan kami, dan kami sesungguhnya terhadap perpisahan denganmu, wahai Ibrahim, adalah bersedih hati dengan sesedih-sedihnya."
korang klu nak tau knp baddar upkan thread thread lama sbb hari tu ade satu org atau lebih baik kata pesakit jiwa dah post banyak new post yg mmg kita tak paham....
jadi baddar upkan post lama....
pastu dtg hero gc iaitu mr gab untuk delete semua post budak sakit jiwa tu....
__________________
aku meminta pada yang ada aku merindu pada yang sudi