Jom baca 1 kisah menarik yang aku dapat masa buka e-mail awal pagi tadi
Pada 1 hr ketika sepasang suami isteri duduk makan,datang seorang pengemis yang berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka."Tolongla encik,saya lapar sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi..",dengan muka bengis si suami menjeling kepada isterinya yang cantik lalu menghalau mengemis itu.
Dalam hati suami berkata "susah payah aku mengumpul kekayaan ini,bukan untuk org lain tetapi utk kesenangan diriku dan keluargaku."
Si isteri tidak dapat berbuat apa2 walaupun dalam hatinya terdetik niat untuk bersedekah.Beberapa tahun kemudian perniagaan si suami yang angkuh tadi telah mengalami kerugian dah jatuh muflis.Dia menceraikan isterinya kerana tdk mahu si isteri turut menderita bersamanya.
Setahun kemudian si isteri yg cantik ini telah berkhawin dgn lelaki lain yang lebih kaya.pada satu hari ketika mereka menghadap makanan,pintu rumah diketuk oleh seorang fakir yang berpakaian lusuh dan meminta belas ihsan mereka utk mendapatkan sesuap makanan.
Mendegar rayuan pengemis itu si suami segera menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan makanan yg sama seperti mereka nikmati pada hari itu.Setelah memberi makan kpd pengemis itu,si isteri lalu menangis & menangkup mukanya.
Si isteri mengadu bahawa pengwemis itu adalah bekas suaminya yg pernah menengking pengemis lain semasa mereka kaya dahulu.Lalu si suami menjawab dgn tenang "Demi ALLAh,akulah pengemis yg pernah ditengking dan dihalau dahulu."
"Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya."
"Sesungguhnya Kami(yakni Allah) telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran."
...Surah Al-Balad-3-4...
"Oleh itu, maka tetapkanlah kepercayaanmu, bahawa sesungguhnya setiap kesusahan, diselangi kesenangan."
"(Sekali lagi ditetapkan) bahawa sesungguhnya setiap kesusahan itu diselangi kesenangan."
...Surah Al-Insyirah 5-6...
"Wahai manusia, sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (dalam menjalankan urusan hidup) dengan sedaya-upayamu, hingga engkau kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau akan tetap mendapat balasan akan apa yang telah engkau usahakan itu(tercatit semuanya)."
aku nak menumpang jugaklahh sekaki dua kaki tiga kaki ... kalo yg lepas lepas ... nak menumpang barang semangkuk dua mangkuk tiga mpat mangkuk
mandangkang mangkuk seme blom bercuci .. maka lebih apdal sapie ... aku guna kaki sahaja ....
Pintu-Pintu Syurga ...
a. Jumlah pintunya ...
Di dalam sahih Bukhari dan Muslim dari Abu Hazim dari Sahl binnsaad r.a diriwayaatkan .. bahawa Rasullullah saw bersabda bermaksud:
" Di syurga terdapat lapan pintu. Salah satunya bernama pintu Rayyan yang hanya dimasukki oleh orang-orang yang menjalankan puasa."
di dalam sahih Bukhari dan Muslim, Abu Hurairah r.a. meriwayatkan Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
" barang siapa menginfakkan sesuatu kepada dua oranag suami isteri fi sabillillah maka ia akan dipanggil dari pintu pintu syurga. Barang siapa terkun menjalankan sola, ia akan diseru dari piintu solat dan barang siapa termasuk ahlul Jihad maka ia akan diseru dari pintu Jihad. Barang sia[a suka bersedekah ia akan diseru dari pintu sedekah, barang siaparajin melaksanakan puasa, diseru dari pintu rayyan." Abu Bakadr bertanya, " Ya Rasullulah' adakah seseorang yang dipanggil dari semua pintu pintu itu?". Jawab Rasullullah"Ya ada .. aku berharap engkau salah seorang diantaranya.'
Di dalam sahih Muslim, Umar bin Khatab berkata yang maksudnya:
" Jika seseorang dari kamu berwuduk dengan sempurna lalu berdoa." Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, maha Tunggal,Dia tidak ada sekutu bagiNYa dan aku bersaksi bahawa Muhamad adalah hamba dan RasulNya, maka akan dibukakan baginya pintu syurga yang lapan dan dapat masuk dari pintu yang disukainya."
Imam Tarmizi menambakan bacaan doa di atas dengan menyebut:
" Ya Allah, jadikan aku termasuk orang-orang yang menyucikan diri."
Imam Ahmad menyebutakn hadis dari Anas (yang diglongkan hadis madfu) tentang sabda Rasullulah sa.w.
yang bermaksud:
" Barang siapa berwuduk dengan baik lalu meembaca 'Asyadu an la Ilaaha Illah wahdahu la syariikalahu,
wa asy hadu anna Muhammadan abduhu wa rasulluh' .. maka akan dibuka baginya pintu syurga yang lapan
sehingga ia dapat masuk dari mana sahaja."
Ibnu Majah meriwayatkan dari utbah bin abdullah As-salami bahawa ia mendengar Rasullaullah saw bersabda yang bermaksud:
" Tidaklah seorang Muslim ditingggalkan mati oleh tiga orang anaknya yang belum baligh, melainkan ia akan disambut oleh
mereka dari lapan pintu syurga, dari mana sahaja ia masuk."
B. Luas Pintu Syurga
Abu Hurairah r.a. bercerita bahwa pada suatu hari Rasullulah s.a.w. dihidangkan bubur dan daging. baginda mengambil
lengan kambing, makanan kesukaannya.
Setelah menggigitnya, baginda berkata(maksudnya): " Aku adalah pemimpin umat manusia pada hari kiamat." Baginda menggigit daging itu sekali lagi dan mengulang perkataanya: " Aku adalah pemimpin umat pada
hari kiamat."
Kerana tiada seorang pun diantara para sahabat bertanaya, maka baginda bertanya: " Tidakkah kamu
bertanya bagaimana?". Maka mereka pula bertanya " bagimana ya Rasulullah?. baginda menjawab (setelah
dengan panjang lebar menjelaskan masalah syafaat) ..." aku beranjak ke bawah Arsy utnuk bersujud pada Tuhanku.
Kemudian Ia menyuruhku bangun dengan cara yang tidak pernah dilakukan terhadap seorang pun sebelum aku
dan tidak akan dilakukan kepada siapa pun setelah aku. Maka aku berkata: " Ya Rabbi, tolonglah umatku,
tolonglah umatku."
Allah berfirman (yang mafhumnya): " hai Muhamad. Akan aku masukkan umatmu yang tidak dihisab ke syurga
dari pintu kanan. demi yang jiwa Muhamad ditanganYa, jarak antara dua daun pintu sama dengan jarak Mekah dan Hjr,
atau Mekah dan Bashra". (Mutafaq Alaihi)
hadis ini selamat dari idhtirab, illat dan sydz.masih banyak hadis lain tentang hal ini, namun tergolon dari yang dhoif dan munkar.
bagi umat Muhamad s.a..w. disediakan pintu khusus yang tidak diperuntukkan bagi umat yang lain. Tersebut di dalam
Musnad Agmad dari Ibnu Umar bahawa Rasullulah s..a.w. bersabdan yang bermaksud:
: Pintu yang akan dimasukki umatku lebarnya sama dengan jarak perjalanan seorang pengembara
selama tiga hari. Mereka berdesak desakan memasuki pintu itu sampai bahu mereka hampir lenyap."
Imam Tabrani meriwatakan bahawa Laqith bin Amir berjumpa Rasullullah s.a.w. lalu bertanya:
" ya rasullulah, apakah syurga dan neraka itu.?. Rasullah s.a.w. menjawab: " Demi Rabbmu (Tuhanmu),
neraka itu memiliki tujuh pintu dengan jarak antara pintu sama denga jarak perjalanann seorang pengembra selama
70 tahun. Syurga itu memiliki lapan pintu. jarak diantara pintu dengan pintu yang lain sama dengan jarak perjalanan
seorang pengembara selama 70 tahun.".
-- Edited by badda2 on Friday 28th of February 2014 08:07:15 AM
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.